Dayang Nurfaizah Selesa Bersama Hael Husaini






Jodoh tetap rahsia Tuhan. Predikat tersebut menjadi jawapan paling selamat demi sebuah jawapan terhadap sensasi hubungan dua sejoli pelantun Haram, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini.

Meskipun masing-masing tidak mengiyakan sangkaan umum tentang hubungan istimewa yang kelihatan sedang terjalin antara keduanya, sudah banyak pihak dan peminat merestui keintiman persahabatan mereka.

Keyakinan khalayak bertambah terang bagai bersuluh apabila, baik Dayang mahupun Hael, mereka sering berbalas-balas komen manis dalam ruangan komen Instagram masing-masing.

Hal tersebut dipanaskan lagi dengan adegan berkongsi makanan sepinggan dan video nyanyian bersama seolah-olah Hael benar-benar sedang mabuk cinta terhadap Dayang.

Ditemui Kosmo! pada acara Karisma Jelajah Suria FM di Central i-City, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 38, tidak keberatan menjelaskan situasi sebenar hubungan akrabnya dengan penyanyi lelaki dan komposer popular itu.

Boleh kongsikan perkembangan seni terbaharu Dayang?

DAYANG NURFAIZAH: Sekarang saya sibuk mempromosikan single terbaharu berjudul Sebentar. Alhamdulillah penerimaan orang ramai terhadap lagu itu sangat baik walaupun saya sudah agak lama tidak muncul dengan lagu berentak rancak. Dalam pada itu, saya juga sedang sibuk membuat persiapan untuk konsert Dayang Dua Dekad di Istana Budaya yang akan berlangsung pada 20 Disember depan.

Orang melihat anda terlalu kuat sangat bekerja sedangkan status anda sebagai penyanyi bertaraf papan atas atau ‘diva’ mampu dijadikan sandaran untuk berehat dan memilih untuk tidak melibatkan diri dalam acara-acara hiburan berskala kecil. Boleh jelaskan?

Saya buat dan teruskan sahaja apa yang telah dilakukan sepanjang 20 tahun berada dalam industri. Tiada istilah ‘diva’ dan memilih acara bagi saya. Macam acara Karisma Jelajah Suria ini, saya tiada masalah untuk turut serta kerana radio Suria banyak memberikan sokongan terhadap kerjaya nyanyian saya. Saya tidak pernah terfikir soal berada dalam apa juga taraf. Banyak benda yang perlu saya pelajari dalam bidang ini.

Baiklah, menyentuh soal peribadi, peminat kini seperti mengharapkan anda dan Hael benar-benar bercinta selepas kalian menjadi semakin rapat bermula dengan duet Haram, apatah lagi sempat mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-33. Apa yang boleh anda jelaskan?

Saya akui kami memang rapat namun hanya sebagai kawan. Kami mula rapat selepas dia menulis lagu untuk salah satu lagu dendangan saya sebelum ini yang berjudul Dia. Selepas itu, kami merakamkan lagu bersama menerusi Haram. Buat persembahan sama-sama. Senang cerita, saya memang selesa bekerja dengan Hael.


Jika ditakdirkan Hael adalah jodoh anda, boleh anda bayangkan?

Buat masa sekarang, memang kami hanya kawan. Tetapi pada masa akan datang, siapa tahu. Kalau betul peminat suka, doakanlah yang terbaik. Kalau peminat juga masih untuk terus bercakap yang kami bercinta, saya tidak boleh tutup mulut mereka.

Mungkin dengan timbulnya gosip percintaan anda dengan Hael bercinta, semakin ramai lelaki di luar sana yang takut untuk mendekati anda . Bagaimana pula kalau begitu?

Jangan takut (ketawa). Saya tak makan orang. Selagi tiada kenyataan yang saya akan kahwin esok, mana-mana lelaki-lelaki di luar sana boleh mengurat saya. Saya pun ingin kahwin macam wanita lain.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/09/dayang-nurfaizah-selesa-bersama-hael.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Selesa Bersama Dengan Dia Tapi Kami Tidak Dayang Nurfaizah

Saya Selesa Bersama Dengan Dia Tapi Kami Tidak Dayang Nurfaizah

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 321 hits
Sweet betul tengok Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini ni kan tetapi tu lah kalau korang nak tahu sebenarnya Dayang masih membuka peluang untuk korang semua yang nak kenal lah selagi dia tak keluarkan statement yang dia nak kahwin Satu lagi s...
Jamal Abdillah Wany Hasrita Sertai Genre Hael Husaini

Jamal Abdillah Wany Hasrita Sertai Genre Hael Husaini

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 476 hits
Bukan mudah untuk seseorang legenda keluar dari ruang dunianya kemudian mencuba perkara baharu yang mungkin di luar kotak fikirnya selama ini Bagaimanapun situasi berbeza dilalui pemilik gelaran Raja Pop Datuk Jamal Abdillah yang tidak kebe...
Panduan Percutian Yang Jauh Tetapi Selesa

Panduan Percutian Yang Jauh Tetapi Selesa

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 362 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa tempat yang paling jauh anda pernah pergi untuk bercuti sebelum ini Biasanya kalau nak pergi jauh jauh ni tak boleh selalu sebab bajetnya agak tinggi Tapi ada cara nak dapatkan kalau anda berminat Aku ...
Suami Jangan Balik Rumah Dengan Muka Kelat Isteri Tak Selesa Anak Pun Terkesan

Suami Jangan Balik Rumah Dengan Muka Kelat Isteri Tak Selesa Anak Pun Terkesan

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 582 hits
Isteri adalah nadi dalam sesebuah keluarga Kalau isteri tak ada satu hari rumah jadi sepi Anak anak pun akan rasa sama suramnya Jadi suami kenalah pandai jaga hati isteri Jangan biar isteri merajuk Isteri yang sedang merajuk pun bikin hati ...
Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi Bayi Selesa Ibu Ayah Gembira

Narinar Set Terapi Lengkap Untuk Bayi Bayi Selesa Ibu Ayah Gembira

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 689 hits
assalamualaikum salam di pagi 3 Muharram 1441 tahun baru dlm bulan bulan Islam a fresh new year in shaa Allah orait nak citer sambungan dari entry yg lepas tentang baca bila bila masa depan berminat tau dah mana dan sape nak dicari kan kera...
Travel Ke Eropah Dengan Teratur Dan Selesa Bersama Kembara Halal Eropah

Travel Ke Eropah Dengan Teratur Dan Selesa Bersama Kembara Halal Eropah

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 380 hits
Melancong keluar negara memang seronok tapi yang buat pening kepala bila semua persediaan kena dibuat dari A hingga ke Z Kena survey tempat penginapan kalau kita berpindah pindah kawasan maka tempat penginapan disatu satu tempat tu kena pik...
Anak Tak Selesa Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan Angin Pasang Boleh Undang Bahaya

Anak Tak Selesa Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan Angin Pasang Boleh Undang Bahaya

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 536 hits
Masalah angin pasang yang sering terjadi kepada anak kecil kita selalu dipandang ringan oleh masyarakat Hakikatnya jika dibiarkan akan menjadi ketidakselesaan kepada kesihatan anak kecil kita Masyarakat kita umumnya menamakan penyakit Ingui...
Restoran D Rumoh Pata Selesa Bersih Untuk Aktiviti Santai Makan Makan

Restoran D Rumoh Pata Selesa Bersih Untuk Aktiviti Santai Makan Makan

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 651 hits
Restoran D Rumoh Pata Selesa Bersih Untuk Aktiviti Santai Makan Makan Bila ada anak kecil Gee akui agak sukar untuk mencari restoran yang sesuai untuk lepak santai bersama kawan kawan dan keluarga Bila suasana sekeliling yang tidak selesa i...
Ingat Gila Ke Apa Nak Pakai Baju Tak Selesa Untuk Baby

Ingat Gila Ke Apa Nak Pakai Baju Tak Selesa Untuk Baby

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 1752 hits
Kini hamil anak sulung bagaimanapun foto terbaru Nina Iskandar yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya dikecam apabila pakaiannya dikatakan terlalu ketat dan tidak sesuai dengan wanita hamil Berikutan kecaman dan kata kata negatif neti...
Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keladi Sayur Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard

Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural

Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Jualan Mega Gatti Sports Rawang Barangan Sukan Berkualiti Dengan Diskaun Hebat