Panduan Percutian Yang Jauh Tetapi Selesa
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa tempat yang paling jauh anda pernah pergi untuk bercuti sebelum ini? Biasanya kalau nak pergi jauh-jauh ni tak boleh selalu sebab bajetnya agak tinggi. Tapi ada cara nak dapatkan Emirates Malaysia cheap flight tickets kalau anda berminat. Aku nak share dengan anda info yang mungkin berguna untuk anda semua. Selain itu, aku nak cerita juga sikit macam mana anda nak buat booking kat Traveloka.
Di Traveloka anda boleh buat online booking, katakan anda nak buat flights to london online booking anda kena buka Traveloka web atau apps, search dulu Emirates, then isikan detail macam destinasi yang anda nak pergi contohnya London, cari tarikh yang anda plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas tu click search flight, dan anda akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang anda pilih tu.
Anda pilih yang mana satu anda nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay anda akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka anda atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa anda nak check in kat airport nanti.
Emirates AirlineEmirates ni kalau anda perasan ada banyak sponsor kelab bolasepak seluruh dunia. Diorang ni adalah airlines yang agak famous dan berkualiti dari middle east sejak tahun 1985. Sekarang ni diorang boleh terbang ke 150 destinasi. Ada 3 jenis seating class yang anda boleh pilih. Economy Class diorang agak selesa dan anda boleh request selimut kalau nak. Business Class pula seat dia anda boleh baringkan dan screen lagi besar. Yang paling best kalau anda ada bajet tinggi boleh try first class diorang sebab sangat selesa, screen untuk anda tengok movie pun besar, anda boleh dapat perfume dan kalau anda travel jauh nak minta penutup mata pon boleh.
Piccadilly Circus
Sebut sahaja London ramai tau kat mana, especially kita orang Malaysia sebab ramai juga student kita belajar kat sana. Banyak juga tempat yang anda boleh explore di London. Piccadilly Circus adalah sebuah kawasan yang diwujudkan sejak tahun 1819 untuk connect Regent Street dengan Piccadilly. Sebenarnya ramai yang akan datang ke sini dan tercari-carikan ‘circus’ sebabkan namanya, tapi akan kecewa bila tahu yang Piccadilly Circus ini bukanlah sarkas tapi adalah sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan banyak tarikan-tarikan menarik untuk membeli-belah dan enjoy. Di sebelah barat Piccadilly Circus ini juga terdapat sebuah peninggalan lama yang dipanggil ‘Police Box’ yang telah berdiri di tempat yang sama sejak 1935 lagi. Lama tuhhh.
Tower Bridge
Tower Bridge bukan sekadar untuk tengok dari jauh atau sebagai laluan kenderaan sebab anda sebenarnya boleh masuk menara atau lalu jambatan ini untuk dapatkan view London dari sudut yang dapat membuatkan nafas anda stop kejap. Melalui laluan gelas di jambatan ini, anda dapat melihat view River Thames dari jarak ketinggian 42 meter sambil tengok kereta dan bot yang lalu sini. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan lebih info tentang pembinaan jambatan ini di dalam Tower Bridge Exhibition Room dan banyak lagi pameran-pameran yang boleh buatkan masa anda berbaloi untuk di spendkan.
Queen Mary’s Garden
Dah puas berjalan di sekitar bandar yang sibuk, tiba masanya untuk anda merehatkan diri dengan menikmati udara segar di kawasan taman. Begitu banyak taman di London ini, jadi apa istimewanya Queen Mary’s Garden untuk dijadikan pilihan bersantai? Taman bersejarah yang telah dibuka kepada orang awam sejak tahun 1932 ini dapat memberikan anda aroma yang terindah pernah dihidu di dalam hidup, kerana di sinilah terletaknya koleksi bunga ros terbesar di kawasan kota dengan lebih daripada 12,000 bunga ros yang terdiri daripada 400 jenis yang berbeza. Anda boleh bersandar di atas kerusi yang disediakan sambil menikmati view dan udara yang segar tak terkata. Dengar je mesti anda tak sabar-sabarkan? Jangan risau tak hilang mana London tu, dan anda dah boleh start plan and book the flight. Sekian
Sumber : Google Image
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2019/08/panduan-percutian-yang-jauh-tetapi-selesa.html