6 Kegunaan Sabut Kelapa Yang Ramai Tak Tahu


Buah kelapa mempunyai banyak khasiatnya pada kesihatan. Selain airnya sering diminum, isi kelapa juga telah diolah untuk dijadikan ramuan penting dalam masakan seperti kerisik, santan dan minyak kelapa.
Namun, bagaimana pula dengan sabut kelapa? Walaupun ia sering dilihat sebagai bahan buangan, namun sebenarnya sabut daripada buah kelapa mempunyai banyak kegunaannya.
Ia juga sering menjadi pilihan ramai kerana boleh didapati sepanjang tahun, mesra alam dan harganya murah.
Ayuh kita semak bersama-sama.
6 Manfaat Sabut Kelapa Yang Ramai Tak Tahu 1. Sebagai Media Tanaman Anda pasti selalu lihat pokok bunga orkid dengan medium tananam yang berasaskan sabut.
Antara kegunaan utama sabut kelapa adalah sebagai media tanaman yang cukup versatil bagi tanaman ladang mahupun tanaman hiasan.
Disebabkan ia berongga, sabut daripada kelapa dapat berfungsi sebagai media tanaman dengan pengudaraan yang baik untuk tanaman.
Pada masa yang sama, sabut juga mampu menyimpan sehingga 6 kali ganda air daripada beratnya sendiri.
Ini seterusnya dapat memberikan kelembapan yang optimum buat pelbagai jenis tanaman.
2. Sebagai Pembekal Nutrisi Pada Tumbuhan Bukan sahaja dapat memberikan pengudaraan serta kelembapan yang baik pada tanaman, malah ia juga mampu membekalkan pelbagai nutrisi penting untuk tumbuhan.
Antara unsur nurtrisi makro dan mikro yang didapati dalam sabut kelapa adalah kalium, fosforus, kalsium, magnesium dan natrium.
Bagi yang belum tahu, unsur kalium dalam medium tanaman adalah sangat penting khususnya bagi penghasilan buah yang berkualiti.
Sumber : kompas.com 3. Untuk Dijadikan Cocopeat Sabut daripada buah kelapa juga sering dihancurkan untuk menjadi satu lagi variasi medium tanaman iaitu cocopeat.
Cocopeat mempunyai nilai pH 5.6 hingga 6.5 iaitu kadar yang optimum untuk pertumbuhan akar tanaman.
Di samping itu, cocopeat juga mampu membekalkan pelbagai nutrien pada tumbuhan seperti magnesium, natrium dan fosforus.
4. Sebagai Bahan Bakar Tiada arang di rumah? Apa kata anda gunakan sabut?
Sabut kelapa yang kering sangat mudah terbakar. Ini menjadikan ia sebagai bahan bakar cukup baik.
5. Bahan Utama Dalam Penghasilan Perabot Kandungan lignin serta selulosa yang terdapat dalam sabut kelapa menjadikannya sesuai untuk dijadikan papan untuk perabot.
Selain itu, serat daripada sabut juga sesuai untuk digabungkan bersama lateks untuk pengasilan perabot yang tahan lasak dan terbiodegradasi.
6. Sebagai Penyaring Air Kegunaan lain bagi sabut adalah sebagai komponen penyaring air. Air yang melalui saringan sabut akan ditapis agar bebas daripada kotoran atau sampah.
Proses penyaringan juga boleh dilakukan berkali-kali untuk mendapatkan air yang benar-benar jernih dan bersih.
Rupanya terdapat pelbagai kegunaan sabut kelapa dalam kehidupan seharian. Tidak hanya berfungsi sebagai media tanaman yang berkualiti, malah ia juga merupakan bahan penting dalam industri penghasilan perabot.
Sumber : Facebook Umam Agro, Facebook Laman
Baca Juga : Air Kelapa Muda : Nutrisi, Khasiat Pada Tubuh dan Pantang Larang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sabut-kelapa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sabut-kelapa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Burasak Dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis Yang Sangat Enak

Resepi Burasak Dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis Yang Sangat Enak

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 289 hits
Resepi Burasak dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis yang Sangat Enak 28 Resepi burasak adalah salah satu resepi makanan tradisional kaum Bugis yang terdapat di Sabah Sarawak malah di Semenanjung seperti Johor dan Terengganu Ia ...
Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2024

Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2024

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 296 hits
Assalamualaikum hai semua Jom Kak Sue nak kongsi Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2024 Tahun nie pun kami masih terima pesanan dari peniaga peniaga lama tapi ada juga peniaga baru dua tiga orang untuk tahun nie Alhamdulli...
Air Kelapa Muda Nutrisi Khasiat Pada Tubuh Dan Pantang Larang

Air Kelapa Muda Nutrisi Khasiat Pada Tubuh Dan Pantang Larang

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 260 hits
Air kelapa muda sering menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya ketika cuaca panas Ia juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan sering mendapat permintaan yang tinggi khususnya apabila wabak penyakit bermusim berlaku ...
Kegunaan Ubat Kumur Selain Berkumur No 5 Mesti Ramai Yang Tak Sangka

Kegunaan Ubat Kumur Selain Berkumur No 5 Mesti Ramai Yang Tak Sangka

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 248 hits
Jujur sebelum ni cikla ingat ubat kumur ni fungsi dia hanya semata mata untuk berkumur je tapi rupanya lebih dari tu Macam menarik pulak bunyinya kan sebab nak tau jugak apa kegunaan lain ubat kumur ni lagi lagi untuk kecantikan Ubat kumur ...
Daun Pandan Khasiat Pada Kesihatan Kegunaan Dalam Masakan

Daun Pandan Khasiat Pada Kesihatan Kegunaan Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 209 hits
Tahukah anda daun pandan menyumbang manfaat yang sangat besar kepada kesihatan diri kita Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat daun pandan dan kegunaannya dalam masakan Baca juga Apa itu daun pandan ...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Nak Anak Senyum Manis Sampai Besar Start Dengan 5 Tip Ni

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag