Dap Dominasi Lantikan Politik Glc Semasa Ph Ini




Antara `bisu’ DAP lantikan politik GLC dan perpaduan Melayu Perikatan NasionalPergerakan minda seorang Perdana Menteri tidak pernah berakhir dan tidak pernah bermula. Hidup beliau benar-benar umpama roda di dalam roda.Roda luaran berpusing mengikut arah jam tetapi pada masa sama, dalaman boleh berpusing ke arah yang lain – merancang laluan untuk perkara akan datang.Waima apa pun, `orang itu’ harus akur setiap Perdana Menteri mempunyai cara atau gayanya sendiri dalam melakukan sesuatu. Tiada dua Perdana Menteri menangani sesuatu isu dengan cara sama. Ia bukanlah misteri seperti mana pengalaman Malaysia telah membuktikannya.Apabila Perdana Menteri ketujuh membenarkan Ahli Parlimen Cheras selama enam penggal yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai dilantik selaku Duta Khas Malaysia ke China pada 1 Ogos 2018, mengapa pula kesediaan Perdana Menteri kelapan memilih Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawat Duta Khas bertaraf menteri ke rantau Timur Tengah disanggah?Jika ada mengatakan lantikan politik tidak sesuai, negara jiran Singapura lantik juga isteri perdana menteri terajui GLC sayap pelaburan kerajaan, Temasek Holdings. Ya, kriteria dan kelayakan ada, mengapa tidak? Apabila Mazlan Aliman dari Parti Amanah Negara jadi peneraju Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) hanya kerana dikatakan dia aktif demonstrasi haram jalanan hasut rakyat lawan Barisan Nasional (BN) sebelum PRU-14, ada orang pertikaikan? Ada lah, tapi tidak lah ramai.Isu lantikan politik dalam GLC semasa era Perikatan Nasional tidak sepenting isu lebih besar lagi – perpaduan orang Melayu.Kalau lantikan politik hendak dipergunakan, mengapa tidak dihebohkan apa yang telah dijanjikan PH dalam manifesto PRU-14 untuk menarik sokongan rakyat.Dalam manifesto PH, dalam Janji 22 ada menyebut, ‘Menjadikan pentadbiran semua GLC setaraf dengan piawaian antarabangsa’ dan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.Begitu juga Janji 21, ‘Memperkasa perkhidmatan awam’, kerajaan PH akan meletakkan sektor perkhidmatan awam kembali ke tempat yang sewajarnya – dengan memastikan para pegawai kerajaan tidak terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.Tapi apa sudah jadi? Flip-flop.Di beberapa negeri seperti Pulau Pinang semasa PH memerintah, pelantikan beberapa ahli politik dalam GLC nya termaktub dalam enakmen negeri berkenaan. Walaupun ada kebimbangan berkemungkinan berdepan dengan percanggahan kepentingan yang membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan tanggungjawab, namun isu itu ditolak ke tepi.Dr Mahathir, Perdana Menteri sebelum ini ketika ditanya 7 Oktober 2019 mengenai isu itu, mempertahankan tindakan kerajaan PH membuat lantikan politik bagi jawatan penting dalam beberapa GLC.Kata beliau, kerajaan pimpinannya akan meneruskan dasar melantik mereka yang banyak berjasa kepada parti dan memenangkan PH pada Pilihan Raya Umum, berkebolehan serta berkelayakan.“Inilah masalahnya, kita tidak patut bagi mana-mana jawatan kepada orang yang bekerja keras menangkan parti, tetapi yang dapat nikmat jawatan adalah mereka yang tidak membantu parti.
“Apabila ini berlaku, maka kecewalah mereka yang bertungkus lumus membantu PH. Atas sebab itulah, kita pilih orang yang ada kaitan sikit dengan parti sebab ada kelayakan,” katanya kepada media.Malah, Menteri Kewangan waktu itu, Lim Guan Eng mempertahankan pelantikan ahli politik PH yang menyertai entiti GLC, sambil menekankan ia tidak berleluasa dan bukan pada peringkat kebangsaan. Bahkan kata Setiausaha Agung DAP itu lagi, ia bukan isu kerana GLC berkenaan ditadbir secara profesional.Justeru, terjadilah apa yang berlaku. Ramai pemimpin DAP mendominasi jawatan dalam GLCs.Antaranya:
1. Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, MTIB) pada Ogos 2018.
2. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada November 2018.
3. Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Labuan Port Authority (Lembaga Pelabuhan Labuan, LPA) pada Februari 2019.
4. Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, SEDA) pada Julai 2019.
5. Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau, yang telah dilantik sebagai Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH) pada Oktober 2019.
6. Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) (Lembaga Pelabuhan Klang, PKA) pada Mei 2019.
8. Dr John Brian Anthony, yang merupakan Ahli Jawatankuasa CEC DAP dan Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bintulu Port Authority (Lembaga Pelabuhan Bintulu, BPA) pada November 2018.
9. Jeffrey Chew Gim Eam, yang merupakan mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Penang Port Commission dan Pengerusi Penang Port Commission Teluk Ewa (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa, PPC dan PPC Teluk Ewa) pada Mac 2019.Rakyat semasa era kerajaan PH terus dihidangkan dengan tindak tanduk melanggar janji manifesto gabungan parti-parti politik mereka dengan pelantikan Pengerusi PH Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berkuat kuasa 1 Mac 2019.Begitu juga dengan pelantikan Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) juga berkuat kuasa 1 Mac tahun lepas.Ramai lagi, antaranya aktivis undang-undang dari Parti Bersatu, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti tersebut, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi pula mengetuai Mara Corporation Sdn Bhd dan Datuk Dr. Sukiman Sarmani sebagai Pengerusi UNITEK-Mara.PH turut melantik ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang juga Timbalan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM, Wan Saiful Wan Jan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dr Faiz Naaman (Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dan Exco ARMADA Nasional) di Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan isteri Setiausaha Politik Perdana Menteri dan
Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Junaidah Kitting sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.Nama-nama lain seperti Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil dengan jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah sebagai Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAN Nasional, Mazlan Aliman sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).Jadi, tak perlu gawat, tak perlu kecoh. Pemimpin-pemimpin dalam PN, anda mempunyai agenda besar merapatkan perpaduan Melayu yang belum selesai.Maka, bantulah Muhyiddin menerusi cara merealisasikan kepentingan gabungan parti politik Melayu ketika mana Melayu sedang berasa `tertindas’ orang lain.

Akhirnya kita pasti berjaya membuktikan kita mampu. Tak perlu fokus kepada isu-isu lain.SM
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/dap-dominasi-lantikan-politik-glc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Lantikan Ahli Parlimen Adun Pemimpin Politik Pengkhianat Nasional Ke Glc Dan Agensi Kerajaan

Senarai Lantikan Ahli Parlimen Adun Pemimpin Politik Pengkhianat Nasional Ke Glc Dan Agensi Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 395 hits
Umno 1 MP Jelebu Umno Dato Jalaluddin Alias Pengerusi UDA Holding2 MP Gerik Umno Dato Hasbullah Osman Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad3 MP Cameron Highlands Umno Dato Ramli Pengerusi Amanah Raya Berhad4 MP Padang Terap Umno Dato S...
Lantikan Politik Jangan Ulang Era Isa Samad Di Felda Mazlan

Lantikan Politik Jangan Ulang Era Isa Samad Di Felda Mazlan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 198 hits
Lantikan politik Jangan ulang era Isa Samad di Felda MazlanOleh June 02 2020Lantikan politik ke atas Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Pengerusi Felda yang baharu oleh Kerajaan Perikatan Nasional berkuatkuasa 1 Mei lalu mungkin mengulangi kele...
Kehancuran Sebuah Glc Goc Adakah Disebabkan Orang Politik Kuasainya

Kehancuran Sebuah Glc Goc Adakah Disebabkan Orang Politik Kuasainya

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 237 hits
Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC atau Govt Owned Linked Company lebih kurang 100 syarikat dibawah MKD yg mana Menteri Kewangan memiliki melebihi 51 saham syarikat berkenaan Di zaman BN memerintah majoriti Pengerusi dan beberapa Ahli Lem...
Dap Pemandu Mabuk Dalam Politik Negara

Dap Pemandu Mabuk Dalam Politik Negara

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 298 hits
AMAT canggung bekas Timbalan Menteri Pertahanan yang juga bekas mahasiswa Sains Politik menelah kesilapan hala tuju PAS Sudah tentulah strategis DAP itu menempelak PAS kerana tidak memilih haluan seperti PAN sekutu rapatnya Jika Chin Tong m...
Johor Ph Kecut Perut Perkembangan Politik Semasa Ini

Johor Ph Kecut Perut Perkembangan Politik Semasa Ini

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 390 hits
Pilihan Raya Negeri Johor KEMELUT politik di Johor semakin hangat dan tegang sejak kebelakangan ini Sehinggakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melahirkan rasa dukacita dan kecewa baginda dengan kemelut politik yan...
Dakwaan Dr M Arah Kurangkan Keyakinan Kepada Dap Benar Kata Bekas Setiausaha Politik

Dakwaan Dr M Arah Kurangkan Keyakinan Kepada Dap Benar Kata Bekas Setiausaha Politik

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 711 hits
PETALING JAYA Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad Muhammad Zahid Md Arip mengesahkan dakwaan setiausaha agung PPBM Hamzah Zainuddin berhubung arahan bekas perdana menyerti itu supaya mengurangkan keyakinan rakyat kepada DAP Zahid b...
Penganalisis Masa Depan Politik Dr M Kian Malap Tapi Ada 9 Nyawa

Penganalisis Masa Depan Politik Dr M Kian Malap Tapi Ada 9 Nyawa

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 508 hits
Diterbitkan Hari ini 11 02 amSusulan krisis dalaman Bersatu penganalisis berpendapat masa depan politik Dr Mahathir Mohamad akan menjadi malap terutamanya selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengesahkan peletakan jawatannya seba...
Pemimpin Ada Sifat Ikram Bersifat Gergaji 2 Mata Bahaya Dalam Politik

Pemimpin Ada Sifat Ikram Bersifat Gergaji 2 Mata Bahaya Dalam Politik

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 257 hits
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee AbdullahJika ada pilihan beralih kepada BERJASA hala tuju jelas tak hipokrit LEBIH baik PPBM kekal bersama PN untuk kebaikan bersama Ikut sentimen hari ini jika PPBM terus bersama PH pasti kalah teruk Teruja sungguh...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur