Pemimpin Ada Sifat Ikram Bersifat Gergaji 2 Mata Bahaya Dalam Politik


Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Jika ada pilihan, beralih kepada BERJASA hala tuju jelas, tak hipokrit LEBIH baik PPBM kekal bersama PN untuk kebaikan bersama. Ikut sentimen hari ini, jika PPBM terus bersama PH, pasti kalah teruk.
Teruja sungguh membaca komentar pemimpin yang ada sifat ikram mengenai kedudukan PPBM (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN).
Pada hemat saya, jika pemimpin yang ada sifat ikram ini bertanding semula di Simpang Renggam atas tiket PH pada PRU15 akan datang, untuk mengekalkan kerusinya, bersedialah untuk kalah.
Beliau hanya akan selamat jika kekal dalam PPBM bertanding atas tiket PN. Itu pun jika terpilih untuk bertanding.
Lebih menarik lagi, siapakah yang menentang beliau jika mewakili PN? Sudah tentu PAN akan menolak, kerana pemimpin sejamaah dan seikram. PAN pasti akan menolak, serahkan kerusi tersebut kepada PKR untuk bertanding di situ. Yang pastinya orang PAN tidak akan mengundi PKR bagi mengekalkan keikramannya.
Sebab itu, simpati saya membaca komentar pemimpin yang ada sifat ikram ini.
Lebih menyedihkan lagi, beliau berkata lagi, yang pasti jika PPBM benar-benar mahu kekal bersama UMNO dan PAS dalam PN sewaktu PRU15, Zahid Hamidi tidak akan dicabar oleh PPBM, Najib Razak akan kekal di Pekan, Azeez akan kekal di Baling, Ku Nan akan kekal di Putrajaya.
Persoalannya, sudah pastikah mereka akan bertanding di situ? Kenapa marahkan kepada mereka ini?
Mereka masih dibicarakan, belum lagi disabitkan bersalah? Jika kamu faham proses demokrasi, seseorang yang dituduh itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Katakan jika mereka didapati bersalah, itu sudah tentu mereka tidak layak bertanding kerana bercanggah dengan undang-undang pilihan raya. Kamu faham atau tidak proses ini wahai pemimpin yang ada sifat ikram.
Yang saya hairan, kamu taji empat orang ini sahaja, kenapa kamu diam sabitan kes ultra kiasu yang jelas didapati sabitannya dalam kes banglo dan terowong, tetapi dibebaskan ketika PH berkuasa.
Kamu kata PPBM secara logiknya hanya akan bertanding di kerusi majoriti Melayu. Kini dengan PN, PPBM tidak akan bertanding di kesemua kawasan yang telah dimenangi oleh UMNO dan PAS.
Memang itulah formulanya, kerana dalam PRU14, pertandingan tiga penjuru, begitu jelas membuktikan kekuatan sebenarnya semua parti.
Memang benar, ikut logiknya, PPBM akan terus kekal di kawasan yang dimenangi sebelum ini. Begitulah nasib PPBM di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kawasan majoriti Melayu ini memang kuat PN (PAS).
Kamu kata lagi, jika PPBM tidak akan bertanding di kerusi-kerusi UMNO dan PAS, maka bahagian-bahagian Bersatu di ketiga-ketiga negeri tersebut boleh melupakan hasrat untuk menjadi Ahli Parlimen atau ADUN di sana.
Mengucap panjang saya, baru saya faham, cara berfikir orang yang ada sifat ikram selama ini, duduk di bahagian untuk dapat kuasa menjadi Ahli parlimen atau ADUN, bukan untuk berkhidmat untuk rakyat. Macam Machiavelli juga.
Seteruk-teruk UMNO dan PAS yang kamu hina selama ini, tanpa kuasa pun mereka tetap berkhidmat untuk rakyat.
Kamu kata lagi. Jika dipanjangkan perhitungan ini kepada negeri-negeri lain pula, PPBM tidak akan memerintah mana-mana negeri selepas PRU15, kerana itulah status quo yang ada pada hari ini.
Bukankah kamu selama ini yang mencanangkan paling penting adalah keadilan yang terpancar, bukan soal kuasa. Kamu faham atau tidak, sifat ikram yang kamu canangkan ini.
Bagi mengukuhkan hujah, kamu bawa fakta lapok PRU14 lalu, PPBM telah bertanding di 52 kerusi dan berjaya menang sebanyak 13 kerusi (termasuk di Parlimen Tanjung Piai yang kini dirampas oleh BN).
Kamu kata, jumlah undi yang dikutip oleh Bersatu di kesemua kerusi yang kita masuk bertanding ialah 718,648. Jumlah ini bersamaan dengan 28% dari jumlah keseluruhan iaitu 2,573,505 pengundi yang keluar di 52 parlimen tersebut. Maknanya, semasa ‘menumpang rumah dan bendera PKR’, PPBM cuma mampu meraih maksima 28% sokongan rakyat.
Perlu diingat, 718,648 undi untuk Bersatu di 52 tempat ini datangnya tentu dari pengundi asas PKR, sebahagian dari UMNO, selebihnya dari Amanah dan DAP. Jika kita tidak bersama PH, bererti PPBM akan hilang sekurang-kurangnya 80% daripada 718,648 pengundi tadi.
Kamu timbulkan persoalan, apakah PPBM hanya berpuas hati dengan 25 kerusi Parlimen yang ada (12 asal dimenangi Bersatu dan 13 dari kalangan mereka yang melompat ke Bersatu)? Kamu rasa sangat mustahil untuk PPBM kekal dengan kerusi yang ada jika bersama PN.
Pelik sungguh, terlalu buruk sangka sungguh terhadap PN, tetapi masih kekal dalam PPBM yang telah bermuafakat dengan PN. Kenapa tidak keluar sahaja berpihak kepada PH? Nampak atau tidak, strategi gergaji dua mata.
Pada hemat saya, dalam politik, tidak ada yang mustahil? Mustahil boleh jadi tidak mustahil, tidak mustahil boleh jadi mustahil. Macam kamu jugalah. Duduk dalam naungan PN, tetapi hati kepada PH. Mustahil atau tidak.
Paling menarik, kamu bangkitkan, jawatan-jawatan di kementerian dan juga GLC yang telah difaraidkan kepada UMNO, UMNO akan menjadi semakin bertenaga dan mengumpulkan dana yang lebih, serta semakin bersedia untuk kembali menjadi kuasa dominan yang memerintah Malaysia selepas PRU15 nanti.
Kelakar sungguh kamu ni, kenapa kamu diam ketika GLC ini difaraidkan kepada PH. Begitu juga derma daripada kerajaan Qatar?
Lagi kelakar, bila PN begitu terbuka memberikan jawatan GLC kepada kamu, kerana masih bersangka baik kedudukan kamu dalam PPBM, kejap kamu terima, kejap kamu tolak, kononnya nak jadi lembu suci. Inikah sifat ikram yang kamu canangkan selama ini?
Beginilah, mari saya ajar kamu, kira kira tolak campur politik. Mudah-mudahan kamu sedar diri dan faham.
Jika Bersatu kekal dgn PH pada PRU15 akan datang, dalam keadaan sentimen hari ini, saya fikir PPBM akan gulung tikar dalam semua kawasan majoriti Melayu yang ditandingi.
Justeru, Muhyiddin telah mengambil langkah tepat keluar daripada PH demi survival PPBM dan bangsa Melayu (Islam).
Saya tidak fikir kamu boleh menang di Simpang Renggam, kawasan yang kamu menangi dalam PRU14, jika kamu bertanding atas tiket PH. Dulu bolehlah. Cuba sekarang tengok.
Begitu juga dengan kawasan-kawasan yang dimenangi di kawasan majoriti Melayu yang dimenangi oleh PPBM sebelum ini.
Saya yakin PN tidak sekejam yang kamu sangka. Jika PPBM kekal bersama PN, keadilan tetap akan diberikan. Inilah tolak campur politik. Bukan berasaskan pra sangka tetapi realiti politik.
Saya yakin, pemimpin PN yang telah matang dan lama dalam politik, bukan separuh masak, akan berfikir matang bahawa, semua kerusi yang PAS, UMNO dan PPBM yang menang sebelum ini akan dikekalkan.
Saya amat bersetuju dengan pandangan blogger, kerusi yang PAN menang, boleh diserahkan kepada PPBM. Terutama Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Johor, serah kepada PPBM. Manakala, kerusi yang PAN menang di Pahang serah kepada UMNO. Kerusi yang PAN menang di Kedah dan Perlis serah kepada PAS.
Bagi kerusi kawasan Melayu yang PKR menang, bahagi sama rata kepada UMNO, PAS dan PPBM. Tidak ketinggalan BERJASA. Formula ini perlu dimulakan daripada sekarang, tanpa melupakan rakan bukan Islam.
Jika formula ini dapat diterima, laluan mudah untuk PN terus berkuasa dengan majoriti yang lebih tinggi. PH akan gigit jari.
Akhirnya, kepada pemimpin yang ada sifat ikram ini, eloklah kamu serlah diri kamu yang sebenar. Keluarlah daripada PPBM dan bertandinglah atas tiket PAN, saya nak tengok banyak mana kamu boleh menang.
Ingatan saya kepada pemimpin PN dan PPBM, pemimpin yang bersifat gergaji dua mata ini amat bahaya dalam politik. Boleh jadi gunting dalam lipatan. Jangan terlalu terpesona dengan sifat ikram yang menjadi pegangan. Jika ada pilihan, beralihlah kepada BERJASA yang lebih jelas hala tuju dan tidak hipokrit.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/pemimpin-ada-sifat-ikram-bersifat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Lantikan Ahli Parlimen Adun Pemimpin Politik Pengkhianat Nasional Ke Glc Dan Agensi Kerajaan

Senarai Lantikan Ahli Parlimen Adun Pemimpin Politik Pengkhianat Nasional Ke Glc Dan Agensi Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 391 hits
Umno 1 MP Jelebu Umno Dato Jalaluddin Alias Pengerusi UDA Holding2 MP Gerik Umno Dato Hasbullah Osman Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad3 MP Cameron Highlands Umno Dato Ramli Pengerusi Amanah Raya Berhad4 MP Padang Terap Umno Dato S...
Bahaya Kalau Tak Jaga Mata Anak Yang Asyik Tengok Gajet Guna Formula 20 20 20 Ini

Bahaya Kalau Tak Jaga Mata Anak Yang Asyik Tengok Gajet Guna Formula 20 20 20 Ini

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 450 hits
American Association of Pediatric menyarankan agar kanak kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan gajet Bagi kanak kanak berumur 2 ke 5 tahun masa yang dibenarkan adalah kurang dari dua jam sehari Baca I...
Pemimpin Politik Ngo Tidak Perlu Jadi Hero Kepada Pati Ismail Sabri

Pemimpin Politik Ngo Tidak Perlu Jadi Hero Kepada Pati Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 307 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pemimpin politik atau mana mana badan bukan kerajaan tidak perlu ambil kesempatan untuk menjadi hero kepada pendatang asing tanpa izin Beliau berkata negara mengambil tindakan yang betul dengan mena...
Politik Culik

Politik Culik

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 241 hits
MOHD FADLI GHANI SEJAK awal 2009 Ustaz Hassan berulang alik ke Jalan Raja Laut kerana sibuk mendrafkan peraturan bagi menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS Selepas berbincang mengenai hal itu di bilik saya Ustaz dan saya sering melepak di...
China Sedia Kerjasama Siasat Punca Covid 19 Tapi Mesti Bebas Politik

China Sedia Kerjasama Siasat Punca Covid 19 Tapi Mesti Bebas Politik

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 342 hits
Hormat kedaulatan semua negara dan tentang segala salah anggap BEIJING China terbuka menjalinkan kerjasama antarabangsa bagi mengenal pasti punca kewujudan COVID 19 dengan menekankan bahawa siasatan itu mesti bebas daripada campur tangan po...
Pkr Parti Pelik Dalam Politik Aneh Malaysia

Pkr Parti Pelik Dalam Politik Aneh Malaysia

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 261 hits
Zin Mahmud Sebelum hari raya minggu lalu keluar berita Tian Chua dilaporkan akan menubuhkan sebuah NGO yang menumpukan perhatian bagi usaha mengatasi masalah sosial berkaitan daripada kesan wabak Covid 19 Tetapi beliau kekal dalam PKR Walau...
Berikut Bahaya Konsumsi Daging Babi Menurut Para Ahli Gizi

Berikut Bahaya Konsumsi Daging Babi Menurut Para Ahli Gizi

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 294 hits
Informasi terkait adanya daging babi yang diolah sedemikian rupa menyerupai daging sapi dijual bebas di Kabupaten Bandung beredar di sejumlah media sosial sejak Minggu Berdasarkan keterangan dari pihak kepolisian ada dua warga Solo yang tin...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini