Penganalisis Masa Depan Politik Dr M Kian Malap Tapi Ada 9 Nyawa


Yasmin Ramlan
Diterbitkan Hari ini 11:02 am

Susulan krisis dalaman Bersatu, penganalisis berpendapat masa depan politik Dr Mahathir Mohamad akan menjadi malap, terutamanya selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi parti berkenaan.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Awang Azman Awang Pawi, berpendapat berdasarkan percaturan semasa Mahathir seolah-olah sudah hampir gagal selepas meletakkan jawatan sebagai pengerusi partinya.

Hal yang sama, katanya, akam turut dialami oleh pengikut Mahathir.

Pun begitu, Awang Azman enggan mengetepikan kemungkinan lain atau memandang rendah kemampuan bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu.

“Mahathir dikenali kerana mempunyai 'sembilan nyawa politik' macam kepercayaan sesetengah orang pada kucing.

"Beliau akan berbuat apa sahaja untuk memenangi balik jawatan tersebut sehingga ke saat akhir," katanya kepada Malaysiakini.

Kecuali Mahathir memiliki perancangan sokongan, Awang Azman menjangkakan ahli parlimen Langkawi itu - bersama pengikutnya - akan tersingkir daripada Bersatu selepas ini.

Katanya, gelombang pembersihan Mahathir dan pengikut beliau oleh pemimpin Bersatu akan berlaku bagi memastikan tidak ada lagi ancaman dan perpecahan dalam parti.

Tarik beberapa ahli parlimen

Semalam, ROS mengesahkan bahawa Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, "berhak" menjadi pemangku pengerusi parti berkenaan setelah Mahathir menyerahkan surat peletakan jawatan kepada beliau pada 24 Feb lalu.

Surat itu memetik Fasal 16.9 perlembagaan parti untuk membuat keputusan berkenaan, yang menetapkan bahawa jika pengerusi mengundurkan diri atau dipecat, presiden akan mengambil alih jawatan sebagai pemangku sehingga orang baru dipilih.

Untuk rekod ketika berlaku krisis dalam kerajaan akhir Feb lalu Mahathir melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Bersatu namun menarik balik keputusan tersebut selepas ia ditolak majlis pimpinan tertinggi (MPT) parti berkenaan.

Namun selepas itu Bersatu berdepan kesukaran apabila Mahathir tidak sependapat dengan Muhyiddin yang membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH) sekali gus - dengan bantuan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan beberapa ahli parlimen PKR - meruntuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum (PRU) dua tahun lalu.
Awang Azman Awang PawiBaru-baru ini beredar surat mengenai mesyuarat MPT Bersatu yang disebut-sebut bertujuan untuk membincangkan kedudukan Mahathir beberapa sekutu beliau.

Kemungkinan yang ada, kata penganalisis, ialah Bersatu memecat Mahathir. Mesyuarat itu - yang tidak menjemput Mahathir dan timbalan presiden parti berkenaan, Mukhriz Mahathir - kemudian ditangguhkan.

ROS adalah jabatan yang terletak di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri. Menterinya ialah Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin, yang dilantik oleh Muhyiddin sebagai setiausaha agung Bersatu baru-baru ini.

Awang Azman mencadangkan, jalan terbaik untuk Mahathir dan pengikutnya agar kekal relevan dalam politik negara adalah dengan membawa beberapa ahli parlimen Bersatu yang lain untuk menyokongnya dalam undi tak percaya terhadap Muhyiddin.

Suara jadi kian sayup

Sementara itu Prof Jeniri Amir pula berkata ahli politik veteran itu sepatutnya memberikan laluan kepada orang lain untuk memimpin parti dan negara.

Katanya, kenyataan ROS semalam juga menunjukkan kedudukan Mahathir dalam Bersatu sudah tidak bermakna dan sekali gus mengukuhkan kedudukan Muhyiddin.

"Implikasinya kedudukan Muhyiddin semakin terjamin dan kukuh kerana duri dalam daging utama dalam Bersatu ialah Mahathir,” katanya.

Tambah bekas pensyarah Universiti Malaysia Sarawak itu lagi, Mahathir tidak mempunyai jalan lain lagi kerana mustahil beliau akan menyertai parti lain dalam PH seperti PKR atau DAP.

“Jadi mereka (Mahathir dan pengikutnya) sebagai ahli politik seperti melukut di tepi gantang.

"Jadi suara mereka akan jadi sayuplah dalam kepimpinan politik negara.

“Apatah lagi Mahathir yang sebenar sudah tidak relevan lagi. Apa dia nak kuasa sangat lagi? Dah beri kuasa dah lama dah... dah 22 tahun tambah 22 bulan. Dah lebih dah. Tak cukup?” katanya.

Terdahulu, Mahathir mempertikaikan kenyataan ROS yang mengatakan beliau bukan lagi pengerusi Bersatu melalui surat yang peguam yang mewakilinya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Dalam surat tersebut, menurut Haniff, Mahathir percaya bahawa ROS tidak mengambil kira beberapa faktor ketika memutuskan status jawatan pengerusi "berhak" dipangku oleh Muhyiddin dan mempertahankan jawatannya sebagai pengerusi selepas tiada sesiapa mencabarnya dalam pencalonan pemilihan Bersatu yang tutup pada 16 Mac lalu.
Sementara itu, Prof Kartini Aboo Talib (gambar) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berpandangan supaya Mahathir harus bersara dari dunia politik dan pengikutnya boleh memilih untuk bersama dengan kepimpinan Muhyiddin dalam Bersatu atau tidak.

“Pilihan terbuka, pengikut boleh bersama PN (Perikatan Nasional) atau memilih untuk bersama barisan pembangkang,” katanya.

Namun, Kartini melihat adalah lebih baik sekiranya mereka bersama dengan blok pembangkang supaya wujud semak dan imbang dalam politik, agar setiap tindak tanduk kerajaan diperhati, dikritik dan sentiasa diperbaiki.

Ditanya sama ada Mahathir akan merancang strateginya sendiri untuk menyelamatkan keadaan, Kartini menjangkakan ia merupakan jalan yang sukar untuk pemimpin berusia 94 tahun itu memandangkan kebanyakan rakayat sudah dapat menerima PN.

Tambahnya, lebih-lebih lagi apabila gabungan itu dapat membuktikan hasil yang baik dalam berdepan dengan ancaman Covid-19.

“Mereka perlu menerima hakikat yang mereka kini kembali sebagai pembangkang,” katanya sambil meramalkan kemungkinan Mahathir tidak akan meneruskan hasrat mengemukakan usul tak percaya kepada Muhyiddin di sesi Parlimen akan datang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/penganalisis-masa-depan-politik-dr-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Topeng Muka Jadi Bahan Pameran Muzium Untuk Orang Masa Depan Kenang Covid19

Topeng Muka Jadi Bahan Pameran Muzium Untuk Orang Masa Depan Kenang Covid19

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 480 hits
Biarpun wabak COVID 19 masih lagi belum reda namun kini satu inisiatif baru telah dilaksanakan oleh beberapa muzium di dunia dalam usaha mengenang kehidupan dan pengalaman rakyat berdepan perintah berkurung topeng muka jadi bahan pameran mu...
Datuk Razlanrafii Sidang Dewan Rakyat Selesai Masa Untuk Pembangkang Berhenti Bermain Sandiwara Politik

Datuk Razlanrafii Sidang Dewan Rakyat Selesai Masa Untuk Pembangkang Berhenti Bermain Sandiwara Politik

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 369 hits
1 Desas desus sebelum ini yang mendakwa mantan Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mendapat perkenan Tuanku untuk mengisytiharkan jumlah sokongan Ahli Ahli Dewan Rakyat selepas perletakan jawatan beliau akhirnya terjawab 2 Pat...
Kepimpinan Syed Saddiq Tercalar Negara Berdepan Covid 19 Tapi Masih Utamakan Agenda Politik Peribadi

Kepimpinan Syed Saddiq Tercalar Negara Berdepan Covid 19 Tapi Masih Utamakan Agenda Politik Peribadi

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 365 hits
KUALA LUMPUR Pertikaian pemimpin Armada di beberapa buah negeri yang mempersoalkan keputusan mesyuarat sayap itu di peringkat Pusat untuk kembali bersama Pakatan Harapan menggambarkan bahawa mereka sedang menghadapi krisis kepimpinan di tah...
Polis Anti Covid 19 Di India Kelihatan Seperti Robot Dari Masa Depan

Polis Anti Covid 19 Di India Kelihatan Seperti Robot Dari Masa Depan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 277 hits
Untuk meleperkan keluk epidemik banyak negara di dunia mengenakan perintah kawalan pergerakan Antar norma baharu yang dapat dilihat di Malaysia ialah suhu badan yang akan dibaca sebelum dibenarkan masuk ke pejabat restoran kedai dan pusat m...
China Sedia Kerjasama Siasat Punca Covid 19 Tapi Mesti Bebas Politik

China Sedia Kerjasama Siasat Punca Covid 19 Tapi Mesti Bebas Politik

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 342 hits
Hormat kedaulatan semua negara dan tentang segala salah anggap BEIJING China terbuka menjalinkan kerjasama antarabangsa bagi mengenal pasti punca kewujudan COVID 19 dengan menekankan bahawa siasatan itu mesti bebas daripada campur tangan po...
Optimis Masa Depan Industri Koko Dr Khairudin Menteri Kreatif

Optimis Masa Depan Industri Koko Dr Khairudin Menteri Kreatif

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 320 hits
JOM KREATIFPASIR GUDANG Guan Chong Berhad merupakan syarikat pengisar koko terbesar di Malaysia bahkan merupakan pengisar keempat terbesar di dunia dengan kapasiti pengisaran sebanyak 250 000 tan metrik setahun Dengan kemampuan tersebut GCB...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri