Dah Cukup Hari Tapi Baby Masih Sedap Duduk Dalam Perut Mama Cuba Buat Petua Mudah Bersalin Ni


Tarikh jangkaan bersalin (EDD) minggu lepas, tetapi baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar. Adakah cara mempercepatkan bukaan rahim? Ini 9 petua mudah bersalin untuk anda.

Apa itu bukaan rahim?
Ia adalah terma digunakan merujuk kepada bukaan pintu rahim atau serviks. Proses bukaan ini melibatkan penipisan dinding serviks yang bertujuan memberikan laluan kepada bayi yang bakal lahir.

Bagi kelahiran normal iaitu melalui saluran faraj, dinding rahim perlu mengembang sehingga 10 cm. Pembukaan dinding rahim ada kalanya tidak membawa maksud bahawa anda akan bersalin.
Ini kerana dalam sesetengah kes, berlaku proses bukaan rahim untuk beberapa cm, walaupun masih tinggal beberapa minggu sebelum EDD.
Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.
3 fasa dalam proses kelahiran
Secara umumnya, terdapat 3 peringkat ketika proses bersalin:
Peringkat 1
Merupakan tahap yang paling lama dan terbahagi kepada 3 peringkat:
Fasa awal – bermula proses bukaan rahim dari 1 – 3 cm Fasa aktif – berlaku apabila bukaan rahim mencapai bukaan 3 – 7 cm Fasa transisi – bukaan rahim akan mencapai bukaan 100% iaitu 10 cm
cara mempercepatkan bukaan rahim Peringkat 2
Bermula selepas bukaan rahim berjaya dicapai sepenuhnya sehingga bayi dilahirkan.
Peringkat 3
Pada tahap ini, plasenta berjaya dikeluarkan sepenuhnya.
Wujudkah cara mempercepatkan bukaan rahim?
Sememangnya proses bersalin adalah 1 proses yang berbeza bagi setiap individu. Ada sesetengah wanita hamil melalui proses bukaan rahim yang cepat sehingga prosedur bersalin berlaku dalam tempoh beberapa jam.
Namun, ada juga wanita mengandung yang berdepan tempoh bukaan rahim yang perlahan. Jadi adakah cara mempercepatkan bukaan rahim bagi wanita yang berdepan isu ini?
Sudah pastinya ada tip yang boleh dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses bukaan rahim.
Tetapi pastikan dahulu anda mendapatkan nasihat dan pandangan doktor sebelum melakukan sebarang cara mempercepatkan bukaan rahim, okay?
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dicuba untuk membantu proses bukaan serviks, antaranya:
Berjalan & bergerak
Banyakkan berjalan dan bergerak, cara ini dikatakan membantu mempercepatkan proses bukaan serviks dengan lancar serta meningkatkan pergerakan aliran darah.
Sebagai pilihan, anda boleh berjalan di dalam rumah atau melakukan pergerakan mudah menggunakan katil atau kerusi.
Semakin banyak anda bergerak akan menambah tekanan pada rahim akibat berat bayi. Jika anda gemar mendengar muzik, anda boleh menari sambil melakukan pergerakan mudah.
Gym ball, mencangkung atau senaman squat
Penggunaan bola angin atau gym ball juga boleh dianggap sebagai 1 petua mudah bersalin yang boleh dicuba. Anda boleh duduk di atas bola tersebut dan lakukan pergerakan ke depan dan ke belakang secara berulang.
Tindakan anda itu dikatakan dapat membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama memberikan rasa tenang kepada otot tersebut.
Jika tiada gym ball, anda boleh cuba untuk mencangkung atau melakukan senaman squat. Aktiviti ini juga dikatakan dapat memberikan tindak balas yang sama pada otot pelvik.
Tenang dan ketawa
Dalam kerisauan memikirkan proses bersalin nanti pastinya akan menyebabkan anda berada dalam keadaan tertekan. Sudah tentu ia boleh mengakibatkan bukaan rahim menjadi lebih sukar.
Jadi anda perlu belajar untuk bertenang. Lakukan sebarang aktiviti yoga, meditasi atau teknik pernafasan mendalam untuk mencapai ketenangan.
Ketawa juga boleh membantu meringankan tekanan dan ketakutan yang dihadapi. Dapat berasa tenang dan lega walaupun sekejap juga antara cara mempercepatkan bukaan rahim.
Ajaklah pasangan anda untuk bergurau-senda atau anda boleh menonton rancangan komedi yang boleh menyebabkan anda ketawa.
Mandian air panas
Cuba untuk mendapatkan mandian air panas untuk membantu anda lebih bertenang. Dalam keadaan tenang anda akan dapat mencegah ketegangan otot.
Mandi dengan air panas dapat mengurangkan tekanan dan membantu proses bukaan rahim serta kontraksi. Keadaan ini sekali gus menjadikan anda lebih bersedia melalui prosedur bersalin kelak.
Hubungan seks
Bersenggama untuk mempercepatkan bukaan serviks, betul ke? Ini kerana rangsangan seksual bersama pasangan akan membantu merembeskan hormon oxytocin yang membantu proses kontraksi pada rahim.
Selain itu, hormon prostaglandin di dalam air mani juga boleh melembutkan rahim dan menggalakkan bukaan rahim. Keadaan ini sekali gus menjadikan rahim lebih bersedia untuk bersalin.
Urutan lembut
Sekiranya anda berada dalam keadaan tekanan, mintalah pasangan untuk melakukan urutan lembut kepada anda. Ini dapat menjadikan diri anda lebih bertenang.
Situasi ini sudah tentu memberikan manfaat kepada proses bukaan rahim. Kata kunci di sini, anda perlu kekal bertenang, okay?
Memecahkan air ketuban
Jika kesemua cara mempercepatkan bukaan rahim di atas tidak berjaya, doktor mungkin akan mencadangkan untuk memecahkan ketuban bagi mempercepatkan proses kelahiran.
Biasanya prosedur memecahkan ketuban tidak dilakukan pada peringkat awal kelahiran. Kontraksi anda akan bertambah kuat selepas air ketuban dipecahkan, jadi pastikan anda berada dalam keadaan tenang, okay?
Harus sentiasa bertenang
Bersalin bukan 1 proses yang mudah seperti masuk bilik bersalin, terus meneran dan lahirlah si comel.
Hakikatnya ia 1 proses yang memakan masa dan memerlukan wanita hamil untuk sentiasa bertenang dan bersabar.
Jika percubaan petua mudah bersalin di atas tidak membantu, doktor mungkin akan menggunakan kaedah perubatan untuk mempercepatkan proses bukaan rahim.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
The post Dah Cukup Hari Tapi Baby Masih Sedap Duduk Dalam Perut Mama? Cuba Buat Petua Mudah Bersalin Ni appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dah-cukup-hari-tapi-baby-masih-sedap-duduk-dalam-perut-mama-cuba-buat-petua-mudah-bersalin-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuba 5 Resepi Sedap Berkhasiat Ini Untuk Tambah Susu Badan Confirm Mama Suka

Cuba 5 Resepi Sedap Berkhasiat Ini Untuk Tambah Susu Badan Confirm Mama Suka

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 264 hits
Setiap ibu pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak terutamanya aspek penyusuan eksklusif kan Tapi ia tidaklah semudah disangka Usah bimbang ada resepi makanan penggalak susu yang boleh dicuba Cabaran penyusuan eksklusif Antara cabar...
Allah Masih Jaga Harazz Akibat Kecuaian Pengasuh Sampai Hari Ini Mama Trauma

Allah Masih Jaga Harazz Akibat Kecuaian Pengasuh Sampai Hari Ini Mama Trauma

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 205 hits
Anak adalah anugerah Allah Tiada seorang ibu pun sanggup lihat anaknya sakit Namun apabila diuji dengan ujian yang tak dijangka sama sekali hati ibu mana yang tak sedih Kisah adik Irsyaad Harazz beberapa tahun lalu yang mengalami pendarahan...
Emosi Mudah Terganggu Mula Tak Senang Duduk Tiada Pilihan Izreen Azminda Terpaksa Bersalin Secara Pembedahan

Emosi Mudah Terganggu Mula Tak Senang Duduk Tiada Pilihan Izreen Azminda Terpaksa Bersalin Secara Pembedahan

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 222 hits
Pelakon Izreen Azminda yang bakal melahirkan anak ketiga dalam masa terdekat ini memaklumkan dia bakal bersalin secara pembedahan sekali lagi Selepas dua kali melahirkan anak secara pembedahan caesarean kata Izreen dia tiada pilihan lain ap...
Selalu Aminkan Doa Isteri Nak Rasa Sakit Bersalin Bakal Sambut Baby 27 September Azmi Caliph Buskers Teruja

Selalu Aminkan Doa Isteri Nak Rasa Sakit Bersalin Bakal Sambut Baby 27 September Azmi Caliph Buskers Teruja

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 468 hits
Bapa mana yang tidak merasa teruja untuk menyambut kelahiran anak sulungnya Lebih lebih lagi setelah menanti hampir 10 tahun Penyanyi Azmi Caliph Buskers juga mengakui rasa teruja yang sama malah menyifatkan ia sebagai bakal hadiah ulang ta...
Best Lah Bersalin Caesar Tak Sakit Tapi Allah Maha Adil Dr Say Minta Jangan Buat Perbandingan Dua Dua Sakit

Best Lah Bersalin Caesar Tak Sakit Tapi Allah Maha Adil Dr Say Minta Jangan Buat Perbandingan Dua Dua Sakit

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 279 hits
Isu bersalin melalui kaedah pembedahan atau secara normal selalu menjadi perbandingan kita hari ini Walhal baik secara normal atau czer sama sama melalui kepayahan yang sama Ada pro dan kontranya dan inilah yang cuba dikongsikan oleh doktor...
Kagum Tengok Cara Hanis Tegur Alisa Bila Kata Manggis Tak Sedap Lembut Tapi Sampai

Kagum Tengok Cara Hanis Tegur Alisa Bila Kata Manggis Tak Sedap Lembut Tapi Sampai

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 254 hits
Jika mahu mendidik anak biarlah bermula dari kecil Sebagai ibu ayah kita sendiri pun perlu selalu menunjukkan contoh terbaik pada anak supaya ia menjadi ikutan mereka Kalau mahu anak bercakap yang baik kita juga perlu begitu Jika mahu anak ...
Resipi Roti Puding Kastard Versi Baby Superb Sedap Kudapan Untuk Si Kecil

Resipi Roti Puding Kastard Versi Baby Superb Sedap Kudapan Untuk Si Kecil

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 217 hits
Waktu makan untuk si kecil antara waktu yang paling ditunggu tunggu Pelbagaikan hidangan supaya si kecil tak mudah jemu Resipi dikongsi ini sangat mudah disediakan dan bahan bahan yang digunakan juga sesuai untuk menambah berat badan bayi a...
Ada Anak Ekzema Dah Cuba Pelbagai Ubat Masih Tak Ok Cuba Makan Sayur Jenis Ini

Ada Anak Ekzema Dah Cuba Pelbagai Ubat Masih Tak Ok Cuba Makan Sayur Jenis Ini

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 325 hits
Pernah tak terfikir bila sakit kulit ada sayur yang tak boleh makan kalau nak sembuh cepat Bunyinya memang kedengaran pelik Dah namanya sakit kulit kenalah banyak makan sayur Siap orang akan label orang sakit kulit ni kena sakit kulit sebab...
Baby Nak Keluar Baru Dapat Masuk Bilik Bersalin Issey Syukur Dapat Sambut Kelahiran Anak

Baby Nak Keluar Baru Dapat Masuk Bilik Bersalin Issey Syukur Dapat Sambut Kelahiran Anak

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 322 hits
Penantian penyampai radio Issey Fazlisham selama sembilan bulan untuk bergelar ayah akhirnya membawa kegembiraan bila mana isteri tercintanya Noor Aimi Jamel selamat melahirkan bayi lelaki mereka semalam Lebih manis lagi bila mana anak pert...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt