Selalu Aminkan Doa Isteri Nak Rasa Sakit Bersalin Bakal Sambut Baby 27 September Azmi Caliph Buskers Teruja


Bapa mana yang tidak merasa teruja untuk menyambut kelahiran anak sulungnya. Lebih-lebih lagi setelah menanti hampir 10 tahun.
Penyanyi, Azmi Caliph Buskers juga mengakui rasa teruja yang sama malah menyifatkan ia sebagai bakal hadiah ulang tahun kelahirannya yang paling bermakna dalam hidupnya.

Kata Azmi menerusi perkongsiannya di Instagram, anak sulungnya itu bakal lahir dua minggu lagi, iaitu pada tarikh ulang tahun kelahirannya kelak.
Baru sahaja menjalani pemeriksaan bulanan, Azmi memaklumkan isterinya itu bakal melalui pembedahan ketika melahirkan kelak, selepas disarankan oleh doktor yang merawatnya.

“Antara doa isteri saya yang selalu saya aminkan adalah, “Moga satu hari saya juga berpeluang merasa macam mana rasanya melahirkan.”
“Alhamdulillah pagi tadi bertemu lagi dengan Doktor Dahlia di OHANA Specialist Hospital untuk pemeriksaan dan membuat keputusan tentang kaedah bersalin.
“Awalnya isteri memilih bersalin normal. Namun, Doktor Dahlia lebih menyarankan untuk isteri bersalin secara pembedahan bagi mengurangkan risiko pada keselamatan baby memandangkan kami sudah lebih 10 tahun menanti kehadiran cahayamata.
“Saya serahkan keputusan sepenuhnya pada isteri dan akhirnya isteri memilih untuk mengikut saranan doktor,” kata Azmi berkongsi.

Pilih 27 September sambut bayi
Malah kata Azmi lagi, hadiah terbesar dalam hidupnya ini pasti menjadi momen terindah dalam hidupnya dan isteri.
“Jika diizinkan Tuhan, tahun ini saya akan dapat hadiah hari ulang tahun kelahiran yang paling besar sepanjang hidup saya.
“Doktor beri kami ruang untuk memilih tarikh bersalin. Sepantas kilat saya pilih 27 September sebab itu tarikh birthday saya. Hehehe,” cerita Azmi lagi.

Dalam pada menunggu debaran, namun Azmi tidak lupa memanjatkan doa pada Yang Maha Esa agar proses kelahirannya isterinya itu nanti dipermudahkan Allah SWT. Malah Azmi juga berterima kasih pada peminat yang sentiasa mendoakannya dan isteri.

“Dah tak lama dah. 2 minggu sahaja lagi. Setakat ini urusan kami semuanya dipermudahkan. Langsung tak ada masalah dari kesihatan isteri dan Afnan.
“Saya yakin ini adalah kerana doa orang-orang yang sayangkan kami. Terima kasih. Moga Allah berikan kebaikan pada mereka dan kalian semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kami.
“Moga Allah permudahkan urusan kita semua,” kongsi Azmi lagi yang bakal menamakan bayi sulungnya dengan nama Afnan.
 
 
View this post on Instagram  
A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Semoga urusan kelahiran baby Afnan dan isteri Azmi dipermudahkan kelak.
The post “Selalu Aminkan Doa Isteri Nak Rasa Sakit Bersalin” Bakal Sambut Baby 27 September, Azmi Caliph Buskers Teruja! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selalu-aminkan-doa-isteri-nak-rasa-sakit-bersalin-bakal-sambut-baby-27-september-azmi-caliph-buskers-teruja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baby Nak Keluar Baru Dapat Masuk Bilik Bersalin Issey Syukur Dapat Sambut Kelahiran Anak

Baby Nak Keluar Baru Dapat Masuk Bilik Bersalin Issey Syukur Dapat Sambut Kelahiran Anak

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 363 hits
Penantian penyampai radio Issey Fazlisham selama sembilan bulan untuk bergelar ayah akhirnya membawa kegembiraan bila mana isteri tercintanya Noor Aimi Jamel selamat melahirkan bayi lelaki mereka semalam Lebih manis lagi bila mana anak pert...
Naluri Ibu Rasa Ada Tak Kena Anak Shahrol Shiro Hidap Sakit Buah Pinggang Kronik Isteri Mohon Doa Ramai

Naluri Ibu Rasa Ada Tak Kena Anak Shahrol Shiro Hidap Sakit Buah Pinggang Kronik Isteri Mohon Doa Ramai

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 310 hits
Isteri kepada Shahrol Shiro pelawak terkenal Hana Anna memohon doa ramai agar anaknya yang baru berusia 9 bulan agar diberikan kesihatan yang baik setelah doktor mengesahkan anaknya menghidapi penyakit buah pinggang kronik Hati ibu mana yan...
Nasib Bayi Berpaut Pada Kaki Ibu Hamil Bersalin Sendiri Netizen Doa Jururawat Terima Balasan Dunia

Nasib Bayi Berpaut Pada Kaki Ibu Hamil Bersalin Sendiri Netizen Doa Jururawat Terima Balasan Dunia

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 433 hits
Tular mengenai isu ibu hamil terpaksa bersalin sendirian di hospital mendapat perhatian orang ramai di media sosial
Dah Cukup Hari Tapi Baby Masih Sedap Duduk Dalam Perut Mama Cuba Buat Petua Mudah Bersalin Ni

Dah Cukup Hari Tapi Baby Masih Sedap Duduk Dalam Perut Mama Cuba Buat Petua Mudah Bersalin Ni

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 307 hits
Tarikh jangkaan bersalin minggu lepas tetapi baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar Adakah cara mempercepatkan bukaan rahim Ini 9 petua mudah bersalin untuk anda Apa itu bukaan rahim Ia adalah terma digunakan merujuk kepada bukaan ...
Vide0 Kena Basuh Po0p Baby Saya P4nik Issey Gel4bah Tak Tahu Nak Tukar Lampin Bayi

Vide0 Kena Basuh Po0p Baby Saya P4nik Issey Gel4bah Tak Tahu Nak Tukar Lampin Bayi

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 287 hits
Gelagat penyampai radio Gegar FM Issey Fazlisham menguruskan anak pertamanya mencvri perhatian netizen lebih lebih lagi apabila tiba gilirannya untuk menukar lampin bayinya itu Ujar Issey atau nama sebenar Fazlisham Mat Hussin 34 pengalaman...
Hiburan Bakal Nikah Disember Ds Vida Belum Berani Nak Beritahu Cik B

Hiburan Bakal Nikah Disember Ds Vida Belum Berani Nak Beritahu Cik B

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 271 hits
Bukan cerita publisiti atau teknik pemasaran usahawan kosmetik dan juga jutawan Datuk Seri Vida memaklumkan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan kerana merasakan sudah sampai jodohnya untuk mendirikan rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN Adve...
Hiburan Isteri Aman Graseka Bersalin Di Hospital Swasta Netizen Tanya Mana Dapat Duit

Hiburan Isteri Aman Graseka Bersalin Di Hospital Swasta Netizen Tanya Mana Dapat Duit

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 376 hits
Tindakan pelakon Aman Graseka yang sebelum ini diuji dengan kesempatan hidup membawa isterinya bersalin di sebuah hospital swasta di Sungai Petani Kedah pada hari Rabu lalu mengundang tanda tanya netizen BACA AdvertisementEnggan memburukkan...
Kalau Dulu Mnyanyi Duet Dgn Arwh Isteri Rehearsal Bagai Nak Rak Tapi Bila Mengaji Tak Reti Shuib

Kalau Dulu Mnyanyi Duet Dgn Arwh Isteri Rehearsal Bagai Nak Rak Tapi Bila Mengaji Tak Reti Shuib

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 476 hits
Pada usia 37 tahun Shuib Sepahtu berharap dia masih belum terlambat untuk memperbetul bacaan dan mendalami ilmu al Quran sebagai panduan di dunia dan akhirat
Lepas Solat Inilah Doa Isteri Untuk Suami Rezeki Makin Murah Hubungan Makin Cantik

Lepas Solat Inilah Doa Isteri Untuk Suami Rezeki Makin Murah Hubungan Makin Cantik

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 373 hits
Siapa lagi yang nak doakan suami kalau bukan isteri kan Selagi isteri doakan suami dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kepada Allah SWT rezekinya pasti terbentang luas Jangan pernah letih untuk mendoakan hanya yang terbaik untuk suami tersa...
Autoimmune Disease

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

The Middle East Has Changed Permanently

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual

Saturday Jokes 270


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ramai Blogger Kian Menyepi Diri

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Kosong