Sudut pandang dari kolam renang hotel.Kawasan parkir Concorde Hotel terletak di bangunan yang bersambung dengan bangunan hotel. Dari kawasan parkir, kita perlu melalui kolam renang untuk menuju masuk ke bangunan hotel
Bilik penginapan kami selama dua malam - Premier Room. Sebenarnya encik suami buat tempahan bilik jenis Superior Room. Tapi semasa mendaftar masuk, pihak hotel tawarkan untuk upgrade kepada Premier Room jenis smoking room (boleh merokok di dalam bilik dan ada disediakan bekas habuk rokok). Menurut staf hotel, walaupun smoking room tetapi tiada sebarang bau rokok dan kita boleh tukar bilik sekiranya ada bau rokok.
Alhamdulillah…bilik penginapan yang cukup luas dan lengkap dengan meja kerja. Juga tak ada sebarang bau rokok pun. Selesa
Binaan kabinet menjadi pemisah di antara tempat tidur dan bilik air
Bilik air lengkap dengan tab mandi. Rasa macam dah lama tak dapat bilik hotel yang dilengkapi dengan tab mandi.
Pemandangan dari tingkap bilik penginapan kami di aras 3. Walaupun ini bukanlah pemandangan yang menarik di mata saya, tapi ia bukanlah satu masalah. Keutamaan adalah pada keselesaan bilik
Penginapan di sini termasuk sarapan pagi. Banyak pilihan makanan tersedia. Ambil itu sikit ini sikit, jadi banyak juga. Yang penting, dah ambil kenalah habiskan supaya tak membazir|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |