Buffet Ramadan 2023 Nostalgia Senja World Trade Centre Kuala Lumpur


BUFFET RAMADAN 2023 “NOSTALGIA SENJA” WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR | Assalammualaikum semua! Pada 18 Januari 2023 baru-baru ini Ruby telah menghadiri prebiu Buffet Ramadan dari World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Ia adalah prebiu pertama Ruby hadir bagi tahun 2023. Pembuka tirai dari segala Buffet Ramadan yang bakal menyusul selepas sambutan Tahun Baru Cina. Hahaha. Advance betul WTCKL ni

Selama 6 tahun Ruby membuat liputan Buffet Ramadan di WTCKL, mereka tidak pernah mengecewakan para tetamu yang hadir. Barisan chef dan hidangan dari Restoran Riverside amat memahami tastebuds masyarakat Malaysia. Kita suka pedas, manis, masin, berlemak krim santan dan berempah. 
Jadi, buat kalian yang sudah biasa dengan hidangan Buffet Ramadan di WTCKL, pastinya baucar Early Bird akan disambar segera! Sebab potongan harga untuk anak-anak dan ibu bapa kita tu yang penting. Nak juga bahagiakan keluarga kita. Apa salahnya gantung kuali sehari kan. Jom ke Nostalgia Senja WTCKL abang.... Hehehe. 
BUFFET RAMADAN 2023 “NOSTALGIA SENJA” WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR
WTCKL menyambut bulan Ramadan yang mulia dengan makan malam Bufet Ramadan yang mewah iaitu "Nostalgia Senja". Menyajikan pelbagai hidangan menu buat semua peringkat usia. Pasti ada makanan untuk setiap tetamu yang hadir. Boleh makan sampai jam 10 malam dan menunaikan ibadah tanpa risau makanan habis. InsyaAllah ada untuk semua. 
Di WTCKL, buffet Ramadan teratur dan setiap tetamu yang telah menempah sahaja akan berada di sana. Tiada walk-in sebab pastinya penuh dengan tetamu yang telah membuat tempahan.  
Dari kiri Chef Suzaini dan Chef Mohazam bersama hidangan Nostalgia Senja

Dalam menghayati semangat berkongsi dan memberi pada bulan yang mulia, briged kulinari kami, yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, akan mempamerkan hidangan istimewa mereka yang akan menggoda deria anda pada waktu matahari terbenam

Nostalgia Senja, bufet Ramadan akan bermula dari 27 Mac hingga 20 April 2023. Ruang makan eksklusif Ramadan terletak di Legar Putra, Aras 2, dan akan beroperasi setiap hari dari jam 6 petang hingga 10 malam.
LEBIH 300 HIDANGAN SETIAP HARIBriged kulinari kami menyediakan hidangan istimewa tahun ini dengan 5 menu giliran yang merangkumi Bubur Lambuk istimewa kami, Nasi Dagang Perantauan Wangi, Nostalgia Kambing Panggang yang lazat, Kambing Masak Pasemah rempah Malaysia, Sup Berempah Penawar Duka yang enak dengan pilihan Kambing, Daging, Perut, Ayam and Ekor. Manakala dua signature Masakan Kampong iaitu Ikan Patin Tempoyak dan Siput Sedut Masak Lemak serta hidangan terlaris iaitu Nasi Ayam Istimewa Senja

MASAKAN KAMPONG

ULAM-ULAMAN BERANEKA SAMBAL

KAMBING PANGGANG

SUP BEREMPAH PENAWAR DUKA

NASI DAGANG PERANTAUAN

ROTI CANAI ROTI TELUR

NASI AYAM SENJA

MINUMAN, CENDOL, ABC DAN TEH TARIK

PEMANIS MULUT, KUIH MUIH TRADISIONAL, BISKUT RAYA, DAN AIS KRIM

3 TAHUN NASI KANDAR SADDAM DAN KEKAL TERUS BERSAMA WTCKL
Kembali atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati untuk menampilkan “Nasi Kandar Saddam” yang paling digemari di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan diiringi telur rebus dan pilihan sayur sayuran


PROMOSI EARLY BIRD NOSTALGIA SENJA WTCKL
Tetamu akan dihidangkan dengan masakan tempatan yang menyelerakan pada peringkat harga makan malam bufet Ramadan yang berpatutan, Early Bird Special berharga RM118 bersih seorang dewasa, RM 69 bersih seorang untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Pengalaman menjamu Selera Ramadan ini di WTCKL pasti selesa kerana fasiliti lengkap yang menawarkan surau khusus, Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk dan seorang Imam untuk mengimami umat Islam solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih


Buat anda yang ingin berbuka puasa bersama keluarga atau rakan sepejabat. Anda boleh rebut promosi BUY 10 FREE 1 ni. Lebih jimat dan berbaloi-baloi

Baucar Early Bird boleh dibeli terus dari Restoran Riverside atau hanya klik pada pautan di https://riverside.wtckl.com/
NOSTALGIA SENJA, GET TOGETHER PACKAGE 
Suasana intim untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan dan sambutan Syawal bersama rakan perniagaan, ahli keluarga, rakan dan insan tersayang. Untuk merangkum Nostalgia Ramadan, WTCKL juga menawarkan Jamuan Persendirian dan Korporat dengan pakej bermula dari RM 148 bersih seorang dengan tempahan sekurang-kurangnya 250 pax. 
Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, pentas persembahan, PA sound system, skrin LED, papan tanda elektronik, tempat letak kereta VIP dan surau khusus

KADAR PARKING FLAT RATE
Selain dari makanan sedap, lokasi selesa dan fasiliti yang mencukupi. Pastinya pengunjung sangat partikular tentang kadar parking dan jumlah kotak tempat letak kereta. Di WTCKL kita tidak perlu bimbang kerana terdapat 750 kotak parking tersedia untuk anda

Caj Tempat Letak Kereta sepanjang Tempoh bulan Ramadan bermula 27 Mac hingga 20 April 2023 adalah RM12 pada kadar rata bersih untuk kemasukan dari pagi ke atas. Manakala RM 5.00 bersih setiap kemasukan bermula dari 6 petang dan seterusnya

TIFFIN EKSKLUSIF 
Apabila pergi Buffet Ramadan, pastinya kita akan pulang dengan tangan kosong kan? Namun di Riverside, WTCKL berbesar hati memberi para tetamu membawa pulang hidangan yang anda ingin makan semasa sahur. Jadi, tidaklah mengidam dan terkenang lauk pauk yang anda nikmati di Riverside WTCKL

Eksklusif Ramadan ini, raikan bulan suci ini dengan lebih hijau dengan Tiffin Carrier edisi terhad kami berharga RM59 bersih dengan saiz dimensi 12 cm untuk pembawa 3 tingkat. Dengan pembelian tiffin, tetamu boleh menikmati hidangan makan malam bufet Ramadan yang lazat di rumah untuk bersahur. 
Dengan promosi eksklusif ini, WTCKL berharap dapat melancarkan mesej kemampanan satu lagi cara terbaik untuk menyelamatkan bumi, dengan mempromosikan pilihan pembawa makanan yang lebih hijau dan mesra alam yang sesuai untuk sebarang majlis

Tiffin Edisi Terhad 3 tingkat ini diperbuat daripada keluli tahan karat gred selamat makanan berkualiti tinggi yang dibalut dengan cetakan pelekat berkualiti tinggi berlamina eksklusif. Tersedia dalam 3 corak

Dari kiri Bunga Raya, Geometric dan Rumah Kampung

Dapatkan sekarang

TEMPAH SESI BUFFET RAMADAN ANDA SEKARANG!
Aras 2, Legar Putra,World Trade Centre Kuala Lumpur41 Jalan Tun Ismail50480 Kuala Lumpur
Email untuk Ramadan Buffet Dinner: [email protected]
Email untuk Corporate Booking: [email protected]
Nombor Telefon: +603 2614 6999 / +603 2614 6173
WhatsApp: +6019 2678 960
RIVERSIDE WTCKL | FACEBOOK | INSTAGRAM 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/01/nostalgia-senja-world-trade-centre-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Rasmi Pemain Kuala Lumpur City Fc Liga Super 2023

Senarai Rasmi Pemain Kuala Lumpur City Fc Liga Super 2023

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 319 hits
Senarai Rasmi Pemain Kuala Lumpur City FC Liga Super 2023 MUSIM perpindahan pemain untuk fasa pertama bakal dibuka pada 29 November 2022 sehingga bulan Februari 2023 bagi aksi kancah Liga Super Malaysia 2023 Musim perpindahan pemain ini per...
Tiket Seen Festival In Kuala Lumpur 2023 Mula Dijual Pada 13 Januari Ini

Tiket Seen Festival In Kuala Lumpur 2023 Mula Dijual Pada 13 Januari Ini

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 296 hits
TIKET SEEN FESTIVAL IN KUALA LUMPUR 2023 MULA DIJUAL PADA 13 JANUARI INI Assalammualaikum Annyeonghaseyo Festival Muzik K Pop yang dinantikan telah tiba Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton NCT DREAM WayV KARD dan ALICE secara langsu...
2023 Maksim The Collection Kuala Lumpur

2023 Maksim The Collection Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 216 hits
2023 MAKSIM THE COLLECTION KUALA LUMPUR Assalammualaikum semua Bagi anda yang menggemari muzik dramatis dari pemain piano tersohor Maksim Mrvica Anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton secara langsung konsert Maksim Maksim s...
Nikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Nikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 245 hits
Nikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur SentralNikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Untuk musim perayaan ini pastinya anda sedan...
Buffet Nook S Hoppening Lunar New Year Feast Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Nook S Hoppening Lunar New Year Feast Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 381 hits
Buffet Nook s Hoppening Lunar New Year Feast Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Assalamualaikum semua Yuhuu tak lama lagi masyarakat cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina kan Bagi negara yang mempunyai pelbagai kaum dah tentu kita semua j...
Polperro Steak House Pilihan Restoran Makanan Barat Dan Asia Sedap Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Polperro Steak House Pilihan Restoran Makanan Barat Dan Asia Sedap Di Kuala Lumpur Dan Selangor

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 491 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Maha nak cerita pasal satu restoran ini dahulu ia menyajikan banyak masakan barat kerana ia dibawa daripada sana untuk cawanga...
Food Truck Park Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang Kuala Lumpur

Food Truck Park Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 242 hits
Food Truck Park TAPAK Urban Street DiningTAPAK Urban Street Dining ni adalah tempat untuk korang santai santai makan street food Semua peniaga di sini menggunakan food truck sebagai kiosk jualan mereka Tempat ini juga di kenali sebagai food...
Apa Sudah Jadi Dengan Kuala Lumpur Sekarang

Apa Sudah Jadi Dengan Kuala Lumpur Sekarang

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 319 hits
LAMBAKAN warga asing yang mengambil peluang berjalan jalan di sekitar ibu kota sempena cuti umum UTUSAN AMIR KHALIDSAUDARA PENGARANG APA sudah jadi dengan Kuala Lumpur Sana sini kita boleh melihat warga asing berniaga secara terang terangan...
Emirates Fa Cup Trophy Heading To Kuala Lumpur For Historic First Visit

Emirates Fa Cup Trophy Heading To Kuala Lumpur For Historic First Visit

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 169 hits
Football s oldest and most famous domestic knockout competition The Emirates FA Cup is embarking on its first ever Asia Pacific Trophy Tour from 21 January to 29 January 2023 For the first time in its 150 year history the Emirates FA Cup tr...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa