3 Hari 3 Negeri Kami Singgah Dari Kuala Lumpur Ke Penang Kedah Dan Perlis


3 Hari 3 Negeri Kami Singgah, Dari Kuala Lumpur Ke Penang, Kedah Dan Perlis | Bila DH confirmkan yaing kami akan balik kampung, memang teruja sangat. Ini adalah travel pertama untuk tahun 2023 dengan family walau Cik Meya dah confirm tak balik sebab dah janji dengan bff dia yang akan bertunang. KC pulak kejap jadi, kejap tidak sebab PJJ, ada kelas pada hari Sabtu, Ahad dan tengah nak prepare untuk exam.

Tiba hari nak balik kampung pada hari Jumaat tu memang KC Iman tak ikut sebab hari Ahad ada kelas jadinya cuma kami berempat (umi, DH, KY Amanda dan cikapplepie). Jadinya tak perlu guna kereta family, hanya guna kereta KY jer.





Ikutkan DH nak balik awal pagi tapi umi overnite rumah bonda, jadi kena tunggu la umi balik dari rumah bonda jam 10.30 pagi (selalunya hari Jumaat, umi balik jam 12.30 dari rumah bonda).
 
Apa pun kami bertolak dari rumah dalam 11.30 jugaklah sebab ada pulak barangan last minit yang nak dibawa. Pastu DH dah siap belikan nasi lemak lauk sotong dengan daging masak kicap, kenalah makan kan sebab semenjak dua menjak ni kami lebih suka singgah makan kat kedai makan bukan kat R&R.


First time KY Amanda memandu ke utaraKali pertama KY bawa kami waktu konvo dia di Pahang, jadi umi dan DH dah tahu yang dia boleh memandu dan kemudian dia ke Terengganu untuk wedding kawan pejabat dia dan ke Perak jumpa kedua ibu bapa untuk sesi kenal mengenal. 


Perjalanan kami ni lebih relax dan stop bila rasa nak buang air jer sebab perut masingn-masing dah kenyang. Waktu dalam perjalanan tu adik DH mesej suruh singgah makan kat rumah dia di Batu Maung, jadi kami divert ke Penang. 


Rindu pulak kat nasi kandar beratur tapi orang dah suruh singgah makan tengahhari kan, jadi no nasi kandar, no pasembor gituu dan kami sampai Penang jam 3 petang dan gerak keluar Penang lebih kurang jam 5.30 petang.


Memang naiya pak karim! Jalan sesak sebab orang balik kerja dan DH lupa sebab tu dia terima pelawaan adik dia. Apa nak risau, kami santai-santai jer kan. Tapi dalam santai-santai tu bff DH call tanya kami ada kat mana dan bagitau bila sampai nanti terus ke kaunter untuk ambil kunci.


Pendang Lake Resort
3 Hari 3 Negeri Kami Singgah, Dari Kuala Lumpur Ke Penang, Kedah Dan Perlis
Walau sesak dan banyak kereta, mujur waze cukup membantu dan kami sampai ke resort di Pendang, ambil kunci dan rehat. Pastu bff DH call ajak dinner, alamak! ni yang malas tapi orang nak raikan kita kan, lagipun pun dia jemput untuk kenduri anak kedua dia tu dan siap tempah bilik resort untuk kami lagi.


Memang segan sebab walau bff DH ni pegawai besar (pangkat DSP) tapi dia ni cukup humble, sama la jugak wife dia tu.


So dinner kami kat gerai di pekan Pendang yang banyak pilihan makanan. Umi makan kuetiau goreng, DH makan mee goreng mamak, KY makan kuetiau sup dan cikapplepie makan nasi goreng. Not bad jugak makanan kat gerai-gerai ni, jadilah untuk lapik perut.


No foto untuk makanan kami. Faham-fahamlah sebab bukan kami saja kan. Bff DH siap ajak untuk breakfast roti canai esok pagi, tapi DH cakap tak boleh janji untuk breakfast sama sebab takut kami lewat dan nanti terganggu aturcara dan perjalanan majlis persandingan anak dia. 


Perut dah kenyang, jadi balik ke bilik, mandi dan tidur jer lah. 


Pemandangan pagi di tasik Pendang yang tenang dan cantik. Lepas solat subuh, kami keluar bilik dan berposing kat depan tasik. Bilik pula memang mengadap tasik dan beberapa langkah pun dah sampai ke gigi tasik.


Puas ambil foto bagai, DH ajak kami breakfast sebab perut dah lama kan. Sampai kat parking dah nampak bff DH tengah breakfast dengan wife dia. Hehehe. Sempat pulak dia melambai dan tukar tempat duduk yang membolehkan kami duduk sekali.


Kalau duduk sekali suami isteri, cerita berkisah anak-anak jer la kan.


Selesai breakfast, masing-masing balik ke lokasi, bff DH nak ke dewan dan kami balik bilik untuk rehat dan bersiap. Eh, sempat singgah kat Nat Pendang untuk beli buahtangan buat kakak DH dan abang DH.  Sampai di bilik terus buat sesi packing barangan, mandi, bersiap dan check out sekali.


Wedding yang simple dan tetap meriah. Semoga berkekalan hingga ke syurga.


Dari Pendang kami ke rumah kakak DH tapi dia pulak ke mesyuarat. Tunggu punya tunggu, sampai tertidur dia tak sampai balik. Jadi DH ajak gerak jam 5 petang sebab dia sibuk nak ikut orang mengai sotong.


Memang best kat kampung DH ni, dengan pemandangan padi tengah menghijau dan kami akan bermalam kat sini. Pelawaan untuk dinner kami tolak sebab dah janji nak bawa anak-anak makan kat luar tapi DH menjongket jer bila nak candat sotong.


Maka dinnerlah kami tiga beranak kat luar sebab nak ke Alor Setar rasa malas walau kat AS tu mesti dapat makan yang lebih berbeza dari makanan Thai ni.


3 Hari 3 Negeri Kami Singgah, Dari Kuala Lumpur Ke Penang, Kedah Dan Perlis
Kami pilih set A bila nampak ada sotong goreng tepung tapi lepas beberapa minit, pelayan datang cakap sotong dah habis jadi minta kami tukar dan kami tukar ke ayam goreng kunyit.


Apa yang lawak lauk kami ni ada tomyam ayam, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin pun ada ayam dan telur dadar. Boleh la nak makan tapi tak boleh betul kalau dalam tomyam diletakkan sayur kobis, memang ermmm.


Balik ke rumah abang ipar, sempat borak dengaan kakak ipar DH, katanya kalau pergi mengai diaorang akan balik jam 4 pagi. Risau jugak lewat sebab DH dah pesan nak gerak dari rumah abang dia jam 7.30 pagi sebab nak  breakfast kat Dusun Nakawan, nak minum di Bee Farm dan ke Nat Pokok Kelapa.


Ingat nak tunggu tapi umi terlelap la juga dan sedar jam 3 pagi tengok DH update ka story FB. Tunggu la jugak tapi sampai dekat jam 5 pagi DH tak balik lagi.


3 Hari 3 Negeri Kami Singgah, Dari Kuala Lumpur Ke Penang, Kedah Dan Perlis


Akhirnya jam 6 lebih baru geng mengai yang 6 orang ni balik. Memang sah DH tak tidur dah!


Okay lah nanti sambung pulak bahagian trip ke Perlis bila ada kelapangan. Good Nite.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/01/3-hari-3-negeri-kami-singgah-dari-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Chow Kit Dan Raja Chulan Ini 7 Sejarah Nama Jalan Jalan Terkenal Di Kuala Lumpur

Siapa Chow Kit Dan Raja Chulan Ini 7 Sejarah Nama Jalan Jalan Terkenal Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 346 hits
Seperti bandar bandar bersejarah yang lain Kuala Lumpur yang juga ibu kota negara mempunyai pelbagai jalan yang dinamakan atas individu yang terkenal pada suatu masa dulu
Cuti Hari Wilayah Mencari Itik Salai Di Terachi Kuala Pilah

Cuti Hari Wilayah Mencari Itik Salai Di Terachi Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 360 hits
Assalamualaikum Pagi tadi gerak balik kampung sebab nak ambik sabut kelapa dan jugak tempurung kelapa skit Sabtu nanti SA nak buat daging salai nak tunjuk kat En Tunang tu macam man nak salai daging ye la baru ni dia suruh SA order daging s...
Highlights Kuala Lumpur City 0 0 Terengganu

Highlights Kuala Lumpur City 0 0 Terengganu

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 264 hits
Saksikan rangkuman perlawanan pra musim 2023 di antara Kuala Lumpur City FC bertemu Terengganu FC
The Best Gym Fitness Centre In Kuala Lumpur

The Best Gym Fitness Centre In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 389 hits
Kuala Lumpur is home to some of the best gyms and fitness centers in the world From high end luxury gyms to affordable local gyms there is something for everyone In this essay I will discuss the top six gyms and fitness centers in Kuala Lum...
T15c28 Hari Pertama Di Taman Negara Kuala Tahan Jerantut Pahang Malaysia

T15c28 Hari Pertama Di Taman Negara Kuala Tahan Jerantut Pahang Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 132 hits
Koleksi gambar pada hari pertama kami berada di Taman Negara Kuala Tahan untuk Teambuilding GIT jabatan IT pejabat Mummy Agak menarik kerana keluarga juga boleh menyertai rombongan Teambuilding ni Kami menaiki bas dari pejabat Mummy di Mena...
Kuala Lumpur Convention Centre And Partners Creating Impact Across 119 Sdg Targets

Kuala Lumpur Convention Centre And Partners Creating Impact Across 119 Sdg Targets

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 174 hits
During 2022 the Malaysia s premier award winning purpose built venue and its Kuala Lumpur Convention Centre Business Events Alliance partners which includes the venue on site hotels a shopping mall and the national airline have undertaken a...
Airasia X Recommences Exclusive Direct Service From Kuala Lumpur To Busan

Airasia X Recommences Exclusive Direct Service From Kuala Lumpur To Busan

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 245 hits
AirAsia X announces further expansion into South Korea with exclusive direct services from Kuala Lumpur to Busan connecting the largest coastal city in the country with Southeast Asia and beyond starting today Dato Fam Lee Ee AirAsia X Boar...
Clearwater Group Opens Kintsugi Kuala Lumpur With Michelin Starred Chef Jeff Okada Ramsey

Clearwater Group Opens Kintsugi Kuala Lumpur With Michelin Starred Chef Jeff Okada Ramsey

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 227 hits
After much anticipation Clearwater Group announced the opening of KINTSUGI Kuala Lumpur with Tokyo Michelin starred Chef Jeff Okada Ramsey yesterday at Isetan The Gardens Mall Kuala Lumpur Inspired by the centuries old practice of golden jo...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life