Flow Smoke Brew Kuala Lumpur


Bersambung cerita di KL. Pada malam kami tiba di KL, encik suami bersungguh nak makan malam di FLOW Smoke & Brew yang terletak di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur.
Sebelum ini (November 2022), encik suami pernah beli bungkus untuk kami makan di tempat penginapan je. Jadinya kali kedua ni encik suami nak makan di kedainya pula. Saya menurut saja walaupun pada fikiran saya makan jelah di mana-mana yang berhampiran dengan hotel penginapan. Cuma berjalan kaki, tak perlu susah payah keluar berkenderaan

Supaya tak perlu bersusah payah meredah kesesakan trafik di KL dan susah pula nak dapatkan semula tempat parkir di hotel, kami naik kenderaan e-hailing. Tu diaa…bukan main gigih demi nak makan di FLOW Smoke & Brew. Ini semua gara-gara Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad yang menayang kelazatan dan kelembutan daging yang dimakan semasa bersiaran di ZRA Strim. Kalian pernah tonton siaran ZRA Strim? Kalau belum pernah, silalah cuba tonton. Saya sendiri dah terpengaruh dengan encik suami dan jadi pengikut ZRA Strim untuk menadah ilmu berkenaan perkembangan semasa tempatan/dunia, perbukuan, pengalaman hidup dan hal kemanusiaan. Selalu juga kami bersama-sama mendengar ZRA Strim di dalam kereta sewaktu melakukan perjalanan jauh atau ketika bersantai di rumah

Ok, berbalik cerita makan-makan…
Ada dua pilihan ruang makan. Kalau suka ruang terbuka atau datang dengan kumpulan, sesuai duduk makan di luar ni

Satu lagi ruang makan terletak di dalam bangunan. Tak luas dan sesuai untuk yang datang seorang atau berdua. Kami pilih makan di dalam. Imbas kod QR di meja makan untuk membuat pesanan

Antara dekorasi di ruang dalam. Turut disediakan bahan bacaan. Tak sempat membaca, tapi nak berfoto acah-acah baca buku sambil minum kopi pun boleh. Hehe

Minuman kami

Kami makan Smoke Brisket dan Smoke Lamb Ribs, tambah juga Mashed Potatoes.
Meh kasi tengok dekat sikit tekstur daging. Dah dua kali makan, rasa dan teksturnya konsisten. Memang sedap berjus dan lembut! Sesuai untuk orang yang giginya dah tak berapa kuat nak kunyah daging macam saya 🤭
Apa rahsianya? Mereka memasak daging menggunakan alat salai selama 12-15 jam dengan kayu rambutan. Itu yang dagingnya cukup lembut dan berjus

Foto alat salai di atas saya rakam dengan izin tuan kedai. Sewaktu menunggu kereta e-hailing untuk kami kembali ke hotel penginapan, kami sempat berborak ringkas dengan dua daripada tiga orang pemilik bisnes ini

Saya rasa seronok dan berbangga ada orang-orang muda yang bersungguh berniaga dengan menawarkan hidangan yang berkualiti begini. Usaha yang baik harus kita sokong, jomlah cuba makan di sini! Mana tau ia sesuai dengan cita rasa kalian juga. Pilihan menu boleh lihat DI SINI. Kalau nak tahu promosi terkini boleh ikuti mereka di Facebook : Flow

Satu kekurangan tempat ini, lokasinya agak sedikit tersorok dan ruang parkir yang terhad. Kena parkir kenderaan di tepi jalan. Tapi makanannya memang terbaik, tak rugi mencuba

—————————————————————————
FLOW SMOKE & BREWKampung Chubadak,Kuala Lumpur
(Carian Google Maps - FLOW Smoke & Brew)
Waktu operasi :Selasa - Jumaat : 4 petang - 10 malamSabtu & Ahad : 4 petang - 11 malamCuti hari Isnin






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/01/flow-smoke-brew-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Concorde Hotel Kuala Lumpur

Concorde Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 357 hits
Pada 12 14 Januari lalu saya menemani encik suami ke KL atas urusan kerja Kami bertolak dari rumah PP pada waktu petang Alhamdulillah selamat sampai di hotel penginapan sekitar pukul 7 30 malam Kali ini kami menginap di Concorde Hotel Kuala...
Museum Of Illusions Kuala Lumpur Ansa Hotel

Museum Of Illusions Kuala Lumpur Ansa Hotel

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 315 hits
Salam to all readers Museum of Illusions Kuala Lumpur ANSA Hotel Aku dah lama tahu akan kewujudan Museum of Illusions Kuala Lumpur ini cumaa tiada masa nak pergi Ia betul betul terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur di Bukit Bintang Dise...
The Best Gym Fitness Centre In Kuala Lumpur

The Best Gym Fitness Centre In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 402 hits
Kuala Lumpur is home to some of the best gyms and fitness centers in the world From high end luxury gyms to affordable local gyms there is something for everyone In this essay I will discuss the top six gyms and fitness centers in Kuala Lum...
T11l11 Sehari Di Tasik Titiwangsa Di Kuala Lumpur Di Malaysia

T11l11 Sehari Di Tasik Titiwangsa Di Kuala Lumpur Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 170 hits
Hari ini merupakan hari yang berbahagia buat aunty Yati dan pasangannya kerana hari ini hari perkahwinan mereka Kenduri diadakan di Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur Sambil makan kenduri kita boleh per...
Best Hotels In Kuala Lumpur For Relaxing Staycation

Best Hotels In Kuala Lumpur For Relaxing Staycation

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 265 hits
Best Hotels in Kuala Lumpur for Relaxing Staycation Are you planning to go for a short staycation getaway in Kuala Lumpur From four star hotels that exude elegance to cozy boutique hostels Kuala Lumpur has everything for everyone especially...
Emirates Fa Cup Trophy Heading To Kuala Lumpur For Historic First Visit

Emirates Fa Cup Trophy Heading To Kuala Lumpur For Historic First Visit

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 193 hits
Football s oldest and most famous domestic knockout competition The Emirates FA Cup is embarking on its first ever Asia Pacific Trophy Tour from 21 January to 29 January 2023 For the first time in its 150 year history the Emirates FA Cup tr...
Buffet Ramadan 2023 Nostalgia Senja World Trade Centre Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2023 Nostalgia Senja World Trade Centre Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 251 hits
BUFFET RAMADAN 2023 NOSTALGIA SENJA WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR Assalammualaikum semua Pada 18 Januari 2023 baru baru ini Ruby telah menghadiri prebiu Buffet Ramadan dari World Trade Centre Kuala Lumpur Ia adalah prebiu pertama Ruby had...
Food Truck Park Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang Kuala Lumpur

Food Truck Park Tapak Urban Street Dining Jalan Ampang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 248 hits
Food Truck Park TAPAK Urban Street DiningTAPAK Urban Street Dining ni adalah tempat untuk korang santai santai makan street food Semua peniaga di sini menggunakan food truck sebagai kiosk jualan mereka Tempat ini juga di kenali sebagai food...
Polperro Steak House Pilihan Restoran Makanan Barat Dan Asia Sedap Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Polperro Steak House Pilihan Restoran Makanan Barat Dan Asia Sedap Di Kuala Lumpur Dan Selangor

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 499 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Maha nak cerita pasal satu restoran ini dahulu ia menyajikan banyak masakan barat kerana ia dibawa daripada sana untuk cawanga...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm