Cochlear Raikan 30 Tahun Di Malaysia Asean Dengan Pelancaran Implan Nucleus Nexa Pintar


Cochlear, peneraju global dalam penyelesaian pendengaran berasaskan implan, meraikan ulangtahun ke-30 di Malaysia dan rantau ASEAN dengan pelancaran Implan koklea Cochlear Nucleus® Nexa® System. Implan ini menampilkan ciri memori terbina dan perisian dalaman yang boleh dinaik taraf, menghubungkan penerima kepada inovasi terkini hanya dengan menaik taraf sistem.
Sambutan ulangtahun ini mengukuhkan komitmen jangka panjang Cochlear bagi kemajuan kesihatan dan memastikan akses kepada pendengaran di Malaysia dan ASEAN. Sejak memulakan operasi di Malaysia tiga dekad yang lalu, Cochlear memainkan peranan penting dalam membantu ramai rakyat Malaysia dan lebih 10,000 di rantau ASEAN yang terjejas pendengaran untuk kembali mendengar, dari kanak-kanak hingga ke orang dewasa.
“Ulangtahun ke-30 merupakan detik yang tepat untuk memperbaharui janji kami dalam memastikan perjalanan hidup setiap individu yang terjejas pendengaran disokong oleh teknologi pintar dan pasukan berdedikasi di Malaysia dan ASEAN,” ujar Stuart Sayers, Presiden, Asia Pasifik dan Amerika Latin, Cochlear.
“Malaysia merupakan sebuah pasaran penting dalam ekosistem antarabangsa kami yang menempatkan pelbagai tahap operasi, termasuk proses inovasi, pembuatan, perkhidmatan dan sokongan komuniti. Pelancaran Implan koklea Cochlear Nucleus Nexa System menggambarkan secara jelas budaya dan matlamat masa hadapan Malaysia dan Cochlear, iaitu komitmen untuk terus maju kehadapan dan memperbaiki kualiti kehidupan dengan pemulihan pendengaran,” tambah beliau.
Implan koklea Cochlear Nucleus Nexa System memperkenalkan era baharu teknologi implan pintar. Dibangunkan menerusi penyelidikan dan proses penciptaan intensif, implan ini menampilkan perisian dalaman boleh dinaik taraf dan memori terbina, menghubungkan penerima kepada inovasi terkini. Perisian implan ini boleh dinaik naik taraf dan tetapan pendengaran peribadi boleh disimpan dan dipindahkan dengan selamat ke Pemproses Audio Nucleus® Nexa baharu, sekaligus melakar sejarah penting dalam teknologi implan pendengaran.
Kerjasama antara Cochlear dan komuniti kesihatan pendengaran Malaysia bagi membantu mengubah hidup pesakit berbilang usia bermula sejak tahun 1995 dan melibatkan pakar audiologi, pakar bedah, ahli terapi pertuturan dan hospital. Menerusi inovasi dan kerjasama ini, Cochlear terus memperkasakan individu, membantu mereka untuk mendengar, berhubung dan menikmati kualiti hidup.
Pada tahun 2022, Cochlear telah mengembangkan fasiliti pembuatan antarabangsa mereka di Kuala Lumpur bagi memenuhi permintaan antarabangsa untuk teknologi implan pendengaran. Pelaburan bernilai RM30 juta ini telah mewujudkan 270 peluang pekerjaan baharu dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu dari lapan pangkalan operasi antarabangsa syarikat yang bertanggungjawab bagi reka bentuk, pembangunan, pembuatan dan pembekalan dengan ibu pejabat di Australia.
Fasiliti yang diperluas seluas 50,000 kaki persegi ini menempatkan operasi logistik, rantaian bekalan dan teknologi maklumat bertaraf global, menyokong pengeluaran dan pengedaran Cochlear ke lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Ia juga menyumbang kepada matlamat kelestarian syarikat, beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga boleh diperbaharui sebagai sebahagian daripada sasaran global Cochlear untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2030, sejajar dengan visi Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
Di peringkat antarabangsa, Cochlear telah membantu lebih 750,000 orang, serta telah dinobatkan sebagai syarikat kesihatan yang dipercayai oleh Newsweek’s World’s Most Trustworthy Companies 2024.
The post Cochlear Raikan 30 Tahun di Malaysia & ASEAN Dengan Pelancaran Implan Nucleus Nexa Pintar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/19/cochlear-raikan-30-tahun-di-malaysia-asean-dengan-pelancaran-implan-nucleus-nexa-pintar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seni Silat Melayu Berpotensi Jadi Tarikan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026

Seni Silat Melayu Berpotensi Jadi Tarikan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 238 hits
Seni Silat Melayu Berpotensi Jadi Tarikan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026 KUALA LUMPUR 9 Nov Seni silat Melayu berpotensi besar untuk diangkat sebagai satu daripada produk pelancongan negara khususnya sebagai tarikan istimewa bersempena d...
Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 302 hits
Malaysia menyeru ASEAN untuk bersatu dan berdaya maju dalam menghadapi persaingan global dengan penekanan kepada keamanan kebersamaan dan kepentingan regional KUALA LUMPUR Malaysia telah menggesa ASEAN untuk membentuk satu barisan yang lebi...
Go Malaysia Fair Edisi Ekspres Cetuskan Demam Pelancongan Hujung Tahun Di Singapura

Go Malaysia Fair Edisi Ekspres Cetuskan Demam Pelancongan Hujung Tahun Di Singapura

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 158 hits
Go Malaysia Fair Edisi Ekspres Cetuskan Demam Pelancongan Hujung Tahun Di Singapura Singapura 14 November 2025 Acara yang dinanti nantikan Go Malaysia Fair kembali lagi dengan edisi baharu yang lebih menarik iaitu Go Malaysia Fair Edisi Eks...
Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 265 hits
Malaysia telah mencatatkan lebihan akaun perkhidmatan sebanyak RM0 7 bilion dalam suku ketiga 2025 selepas mengalami defisit selama 14 tahun Ini dianggap oleh PMX sebagai pencapaian bersejarah kerana negara kita telah berdepan defisit bertu...
Somca Ke 21 Malaysia Perkukuh Kerjasama Budaya Asean Di Sabah

Somca Ke 21 Malaysia Perkukuh Kerjasama Budaya Asean Di Sabah

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 214 hits
SOMCA Ke 21 Malaysia Perkukuh Kerjasama Budaya ASEAN Di Sabah Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam landskap budaya ASEAN apabila Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya menganjurkan Mesyuarat Pegawai Kanan Kali Ke ...
Malaysia S Diplomacy Helped Asean Punch Above Its Weight Say Experts

Malaysia S Diplomacy Helped Asean Punch Above Its Weight Say Experts

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 214 hits
They credit Prime Minister Anwar Ibrahim and Wisma Putra for steering Asean through a turbulent yet successful year on the matter he said Phar said the growing global attention on Asean and Malaysia offers further opportunities Malaysia inc...
Malaysia Mahu Perkukuh Peranan Asean Dalam Pelaksanaan Rcep Kata Anwar

Malaysia Mahu Perkukuh Peranan Asean Dalam Pelaksanaan Rcep Kata Anwar

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR 21 Okt Malaysia berhasrat memperkukuh kepimpinan ASEAN dalam memacu pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau pada Mesyuarat Pemimpin RCEP ke 5 yang dijadual berlangsung minggu depan kata Perdana Menteri Datuk Seri ...
Ulasan Rcep Peluang Emas Asean Malaysia Sasar Jadi Pemain Utama

Ulasan Rcep Peluang Emas Asean Malaysia Sasar Jadi Pemain Utama

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 152 hits
Komitmen Malaysia untuk memperkukuh peranan ASEAN dalam pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau hadir pada waktu yang sangat strategik ketika dunia sedang mencari blok perdagangan yang stabil terbuka dan berdaya tahan RCEP buk...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum

Nasi Lemak Coconut Shake Mee Kari

Wanita Berperwatakan Kelakian Tampil Ayu Di Hari Nikah 7 Tahun 11 Bulan Berakhir Dengan Ikatan Halal

Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm