Somca Ke 21 Malaysia Perkukuh Kerjasama Budaya Asean Di Sabah


SOMCA Ke-21: Malaysia Perkukuh Kerjasama Budaya ASEAN Di Sabah Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam landskap budaya ASEAN apabila Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurkan Mesyuarat Pegawai Kanan Kali Ke-21 mengenai Budaya dan Seni (SOMCA) serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan dari 17 hingga 22 November 2025 di Kota Kinabalu, Sabah.

Siri mesyuarat ini dirasmikan oleh YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan dihadiri oleh pegawai kanan dari semua Negara Anggota ASEAN serta wakil-wakil dari Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea.
Perbincangan peringkat tinggi ini mengukuhkan komitmen bersama ASEAN untuk memperkembangkan kerjasama serantau dalam bidang budaya, seni dan ekonomi kreatif sebagai pemacu utama identiti, inovasi dan pembangunan mampan.

Dalam ucapan alu-aluannya, YB Datuk Khairul Firdaus menzahirkan rasa bangga Malaysia atas kejayaan penerimaan dua hasil utama, iaitu Kerangka Kemampanan Ekonomi Kreatif ASEAN (ASEAN Creative Economy – ACE) dan Deklarasi Melaka mengenai Penciptaan Nilai Warisan Budaya, serta merakamkan penghargaan kepada semua Negara Anggota atas sokongan mereka dalam merealisasikannya.
Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama dengan rakan dialog ASEAN di bawah kerangka ASEAN Plus Three (APT) kekal sebagai asas penting diplomasi budaya serantau.

Mengukuhkan lagi pengisian program, para delegasi turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Ke-7 bagi Kerjasama Warisan Budaya ASEAN–ROK (AKCHC), yang memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan pemeliharaan warisan budaya, pembangunan kapasiti dan kolaborasi kreatif antara ASEAN dan Republik Korea.
Sebagai sebahagian daripada agenda penghayatan budaya, para peserta turut menyaksikan keunikan warisan budaya dan alam semula jadi Sabah melalui lawatan ke Kampung Budaya Mari Mari, yang menampilkan demonstrasi hidup tradisi, kraf dan gaya hidup masyarakat pribumi, serta kunjungan ke Taman Marin Tunku Abdul Rahman.

Siri mesyuarat ini menarik perhatian kuat dari rantau dan media, mencerminkan peranan aktif Malaysia dalam mempromosikan diplomasi budaya dan kerjasama warisan dalam ASEAN dan di peringkat antarabangsa.
Hasil yang dicapai menjadi asas kepada kerjasama berterusan ke arah membina ekosistem budaya yang mampan, inklusif dan berdaya tahan di rantau ini.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), Malaysia kekal teguh menjadikan budaya dan seni sebagai tonggak penting pertumbuhan pelancongan mampan dan ekonomi kreatif, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan keterangkuman, kelestarian dan kemakmuran bersama.
Melalui kerjasama ASEAN dan pertukaran budaya, MOTAC terus menonjolkan kepelbagaian warisan budaya, keunggulan seni serta layanan mesra Malaysia kepada dunia, sekali gus mencerminkan aspirasi negara menuju masyarakat yang progresif, harmoni dan inovatif.

Borneo Arts and Crafts Bazaar turut dianjurkan bersempena SOMCA Ke-21 bagi mengetengahkan kekayaan dan kepelbagaian warisan budaya Sabah serta rantau Borneo.
Menampilkan kraftangan tradisional, tekstil, karya seni dan produk kreatif tempatan, bazar ini memberikan peluang kepada para delegasi dan orang ramai untuk alami sendiri serta menghargai hasil tangan dan ekspresi budaya para artisan tempatan.
Bazar ini berlangsung dari 18 hingga 20 November 2025, dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang, di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah.
The post SOMCA Ke-21: Malaysia Perkukuh Kerjasama Budaya ASEAN Di Sabah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/19/somca-ke-21-malaysia-perkukuh-kerjasama-budaya-asean-di-sabah726640/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Mahu Perkukuh Peranan Asean Dalam Pelaksanaan Rcep Kata Anwar

Malaysia Mahu Perkukuh Peranan Asean Dalam Pelaksanaan Rcep Kata Anwar

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 185 hits
KUALA LUMPUR 21 Okt Malaysia berhasrat memperkukuh kepimpinan ASEAN dalam memacu pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau pada Mesyuarat Pemimpin RCEP ke 5 yang dijadual berlangsung minggu depan kata Perdana Menteri Datuk Seri ...
Asean Perkukuh Kerjasama Tangani Cabaran Media Sosial Kuala Lumpur Sedia Jadi Hos Sidang Kemuncak Ke 47

Asean Perkukuh Kerjasama Tangani Cabaran Media Sosial Kuala Lumpur Sedia Jadi Hos Sidang Kemuncak Ke 47

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR 19 Okt Negara negara ASEAN bakal memperkukuh usaha bersama dalam menangani cabaran keselamatan dalam talian melalui penyelarasan dasar dan tindakan serantau sejurus selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang berlangsung dari 26 h...
Scoot Perkukuh Destinasi Pelancongan Kerjasama Dengan Bakat Malaysia

Scoot Perkukuh Destinasi Pelancongan Kerjasama Dengan Bakat Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 166 hits
Scoot Perkukuh Destinasi Pelancongan Kerjasama Dengan Bakat Malaysia KUALA LUMPUR Scoot syarikat penerbangan tambang rendah di bawah Singapore Airlines terus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan meningkatkan kapasiti destinasi penerb...
Malaysia S Diplomacy Helped Asean Punch Above Its Weight Say Experts

Malaysia S Diplomacy Helped Asean Punch Above Its Weight Say Experts

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 179 hits
They credit Prime Minister Anwar Ibrahim and Wisma Putra for steering Asean through a turbulent yet successful year on the matter he said Phar said the growing global attention on Asean and Malaysia offers further opportunities Malaysia inc...
60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Ethiopia Sepakat Pacu Kerjasama Bernilai Tinggi

60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Ethiopia Sepakat Pacu Kerjasama Bernilai Tinggi

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 144 hits
SITI NUR ZAWANINovember 19 2025Dalam semangat memperingati 60 tahun hubungan diplomatik kedua dua negara sehaluan bahawa ia harus dipacu dengan hala tuju baharu merentasi kerjasama tradisional kepada sektor bernilai tinggi Dalam pertemuan r...
Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 257 hits
Malaysia menyeru ASEAN untuk bersatu dan berdaya maju dalam menghadapi persaingan global dengan penekanan kepada keamanan kebersamaan dan kepentingan regional KUALA LUMPUR Malaysia telah menggesa ASEAN untuk membentuk satu barisan yang lebi...
Can Malaysia S Anwar Survive Sabah For Sabahans Pushback In Crucial State Election

Can Malaysia S Anwar Survive Sabah For Sabahans Pushback In Crucial State Election

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 223 hits
A key issue driving Sabahans ire is the division of revenue collected from the resource rich state by the federal governmentJoseph Sipalan12 Nov 2025Malaysia s election season kicks into full gear this weekend with Prime Minister Anwar Ibra...
Perkukuh Hubungan Dagang Malaysia China Di Ekspo Import Antarabangsa Shanghai 2025

Perkukuh Hubungan Dagang Malaysia China Di Ekspo Import Antarabangsa Shanghai 2025

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 237 hits
Perkukuh Hubungan Dagang Malaysia China Di Ekspo Import Antarabangsa Shanghai 2025 Shanghai 5 November 2025 YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini menghadiri Majlis Pembuk...
Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Irresistible Beef Meatball Recipe No Dairy

Rightist Akmal Slammed For Politicising Uec Casting Unfounded Fear Of Uec A Threat To National Edu Policy

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Glow Into 2026 Lazada S 12 12 Beauty Wellness Finds

Sesi Khas Penyampaian Bkk Johor Kulai

Yamaha Lc V8 Upgrade Uma Racing Back Pressure Exhaust Air Filter Tuneboss Ecu

Lazada S Christmas Promotion

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Seni Makan Sedap Ketika Kenikmatan Bertemu Kesukaran Buang Air Besar