Go Malaysia Fair Edisi Ekspres Cetuskan Demam Pelancongan Hujung Tahun Di Singapura


Go Malaysia Fair Edisi Ekspres Cetuskan ‘Demam’ Pelancongan Hujung Tahun Di Singapura
Singapura, 14 November 2025 – Acara yang dinanti-nantikan, Go Malaysia Fair kembali lagi dengan edisi baharu yang lebih menarik, iaitu Go Malaysia Fair – Edisi Ekspres!
Penganjuran ini bertujuan mencetuskan semangat jelajah hujung tahun dalam kalangan pengembara tegar mahupun mereka yang bakal memulakan perjalanan pertama mereka.
Inisiatif ini juga menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026(VM 2026) dengan menggalakkan lebih ramai warga Singapura melancong ke Malaysia berkali-kali sepanjang tahun.
Berlangsung dari 14 hingga 16 November 2025 dengan kerjasama Tourism Malaysia, para pengunjung boleh menantikan diskaun eksklusif daripada pemilik produk pelancongan dari Malaysia serta tawaran pakej istimewa daripada ejen pelancongan Singapura.
Dengan 16 gerai yang turut serta, pameran ini turut menampilkan pelbagai hotel baharu, tarikan terkini dan pakej percutian yang sesuai untuk musim cuti hujung tahun yang bakal tiba.
BACA: Jejaki Keindahan Hong Kong, 8 Tempat Buktikan Bandar Ini Semakin Mesra Muslim Tourism Malaysia turut menganjurkan sebuah pavilion khas yang menampilkan pengendali terkemuka dari Malaysia, termasuk rangkaian hotel baharu seperti Sheraton, Johor Bahru, 1001 Nights Hotel, Genting Highlands dan The Lisbon, Melaka.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy berkata, Singapura akan terus menjadi sumber utama pelancong antarabangsa ke Malaysia, dengan 13,96 juta ketibaan yang dicatatkan dari Januari hingga Ogos 2025.
“Pameran ini berperanan sebagai platform strategik untuk menyokong VM2026 serta mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan di rantau ini,” ujarnya lagi.
Pengerusi Penganjur Go Malaysia Fair, Foong Cheng Hon turut berkata, Go Malaysia Fair – Edisi Ekspres sangat sesuai bagi penggemar pelancongan, keluarga dan sesiapa sahaja yang ingin merancang percutian hujung tahun dengan mudah dan yakin.
“Dengan kemudahan yang ditawarkan oleh Edisi Ekspres, para pengunjung dapat menikmati pengalaman pameran pelancongan yang padat dan menyeluruh,” katanya.
Go Malaysia Fair yang dilancarkan pada tahun 2024 menggabungkan elemen digital dan fizikal, menawarkan pelbagai pengalaman yang lebih luas daripada sekadar pelancongan tradisional, seni, dan budaya.
Go Malaysia Fair – Edisi Ekspres ini akan berlangsung di Marina Square, Singapura (Marina Foyer Atrium), aras 2. Segmen pameran digital pula bermula lebih awal pada 10 November di www.gomalaysia.sg.
BACA: Ini Senarai Destinasi “Cool-Down” Popular Rakyat Malaysia The post Go Malaysia Fair Edisi Ekspres Cetuskan ‘Demam’ Pelancongan Hujung Tahun Di Singapura appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/14/go-malaysia-fair-edisi-ekspres-cetuskan-demam-pelancongan-hujung-tahun-di-singapura/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Terminal Bas Bersepadu Dijangka Siap Hujung Tahun 2025

Tahniah Terminal Bas Bersepadu Dijangka Siap Hujung Tahun 2025

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 263 hits
Adrian Lim Chee AnnTerbaikkkk Kota Bharu punyai Terminal Bas baharu dalam sebulan dua iniTERMINAL BAS BERSEPADU DIJANGKA SIAP HUJUNG TAHUN 2025KOTA BHARU Projek Pembangunan Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral yang baharu akan diterusk...
60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Ethiopia Sepakat Pacu Kerjasama Bernilai Tinggi

60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia Ethiopia Sepakat Pacu Kerjasama Bernilai Tinggi

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 153 hits
SITI NUR ZAWANINovember 19 2025Dalam semangat memperingati 60 tahun hubungan diplomatik kedua dua negara sehaluan bahawa ia harus dipacu dengan hala tuju baharu merentasi kerjasama tradisional kepada sektor bernilai tinggi Dalam pertemuan r...
Cochlear Raikan 30 Tahun Di Malaysia Asean Dengan Pelancaran Implan Nucleus Nexa Pintar

Cochlear Raikan 30 Tahun Di Malaysia Asean Dengan Pelancaran Implan Nucleus Nexa Pintar

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 175 hits
Cochlear peneraju global dalam penyelesaian pendengaran berasaskan implan meraikan ulangtahun ke 30 di Malaysia dan rantau ASEAN dengan pelancaran Implan koklea Cochlear Nucleus Nexa System Implan ini menampilkan ciri memori terbina dan per...
Wan Rosdy Pahang Sasar Kehadiran 15 Juta Pelancong Tahun Depan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 Di Negeri Ini

Wan Rosdy Pahang Sasar Kehadiran 15 Juta Pelancong Tahun Depan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 260 hits
KUANTAN Pahang menyasarkan sebanyak 15 juta kehadiran pelancong pada tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 di negeri itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia berdasarkan prestasi cemerlang dalam sektor p...
Seni Silat Melayu Berpotensi Jadi Tarikan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026

Seni Silat Melayu Berpotensi Jadi Tarikan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 230 hits
Seni Silat Melayu Berpotensi Jadi Tarikan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026 KUALA LUMPUR 9 Nov Seni silat Melayu berpotensi besar untuk diangkat sebagai satu daripada produk pelancongan negara khususnya sebagai tarikan istimewa bersempena d...
Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 262 hits
Malaysia telah mencatatkan lebihan akaun perkhidmatan sebanyak RM0 7 bilion dalam suku ketiga 2025 selepas mengalami defisit selama 14 tahun Ini dianggap oleh PMX sebagai pencapaian bersejarah kerana negara kita telah berdepan defisit bertu...
Syarat Pekerja Asing Malaysia Cetuskan Rasuah Di Nepal

Syarat Pekerja Asing Malaysia Cetuskan Rasuah Di Nepal

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 276 hits
B Nantha KumarTindakan Malaysia mengetatkan kelayakan agensi pembekal pekerja asing ke negara ini mencetuskan rasuah di Nepal yang terkenal sebagai negara pembekal anggota keselamatan Sumber dari Nepal memberitahu Malaysiakini tindakan Mala...
Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 290 hits
Mencari destinasi percutian yang menarik dan unik Nikmati pengalaman melancong yang menggembirakan hati dan mendamaikan jiwa Lembaga Pelancongan Arab Saudi kini bersedia untuk melancarkan acara Festival Pelancongan Saudi yang bertempat di I...
Malaysia Hands On Asean Baton After Landmark Year Of Sustainable Diplomacy

Malaysia Hands On Asean Baton After Landmark Year Of Sustainable Diplomacy

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 178 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivers his remarks at the Closing Ceremony of the 47th Asean Summit and Related Summits at the Kuala Lumpur Convention Centre on Tuesday BernamapicPUTRAJAYA Every time Malaysia chairs Asean once eve...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


T16d12 Separuh Hari Pun Bolehlah

Resipi Telur Tomato Chinese Style Favourite Yusuf

Ucid Selesai Berkhatan

Hanya Yang Terbaik 2025

Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda