Coach Airways Butik Pertama Dalam Pesawat Boeing 747


Coach Airways ; Butik Pertama Dalam Pesawat Boeing 747 - Freeport A’Famosa Outlet secara rasminya memperkenalkan Coach Airways yang pertama di dunia. Sebuah pesawat Boeing 747 telah diubah suai menjadi butik dan kafe yang unik bagi produk jenama Coach.





Projek ini telah bermula pada April 2021 dan akhirnya berjaya disiapkan sepenuhnya pada Mei 2023 selepas proses penilaian, perolehan, pemindahan, pemasangan dan ubah suai dilakukan pada pesawat Boeing 747. Dengan panjang badan pesawat 231 kaki 10 dan lebar rentang sayap sepanjang 195 kaki 8 inci, pesawat Boeing 747 ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pesawat awam terbesar pada tahun lewat 1960-an. Pada hari ini, pesawat kemegahan ini telah bertukar peranan menjadi Butik Coach yang pertama di dunia.


YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka berkata, “Coach Airways merupakan satu penambahan kepada tarikan baharu di Negeri Melaka dan secara tidak langsung membuktikan kesungguhan negeri ini dalam usaha meningkatkan produk di sektor pelancongan kepada orang ramai. Perasmian ini juga sejajar dengan kempen Tahun Melawat Melaka 2024. Selain menjadi tempat beli-belah, konsep butik ini juga melambangkan kemewahan dan prestij untuk semua rakyat Malaysia secara amnya dan penduduk di Melaka secara khususnya”.





Datuk Julian Lau, Pengarah Urusan Freeport A’Famosa Outlet berkata, “Projek ini telah dimulakan sejak dua tahun yang lalu dan semua pihak yang terlibat telah berusaha dengan gigih untuk menyiapkan mengikut rancangan yang telah ditetapkan bagi memastikan pesawat Boeing 747 ini menjadi butik yang eksklusif dan unik bagi jenama Coach”.


“Sejak pembukaan Freeport A’Famosa Outlet ini, pihak kami sentiasa berusaha keras untuk mencipta pelbagai pengalaman yang unik kepada semua pelangan kami. Diharapkan tarikan terbaru in dapat memberikan pengalaman baharu, keseronokan, kemeriahan kepada semua pelanggan. Selain itu juga, pelanggan juga berpeluang untuk meneroka ruang kokpit, kabin penumpang dan ruang istirehat disambil melihat koleksi Coach,” tambah beliau.





Para pengemar pesawat penerbangan dan membeli-belah boleh bersedia untuk merasai suatu pengalaman yang cukup memukau kerana Boeing 747 yang dahulu dikenali sebagai ‘Queen of The Skies’ kini dinobatkan sebagai ‘Queen of The Retail’. Reka bentuk pesawat yang luas secara tidak langsung memberikan persekitaran beli-belah yang selesa disamping dapat mengamit kenangan pada zaman kegemilangan perjalanan udara dahulu yang menitikberatkan nilai kemewahan dan keanggunan.





Pas masuk yang menyerupai tiket penerbangan akan diberikan kepada pelanggan sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke jambatan udara menuju ke badan pesawat bagi menciptakan pengalaman sebenar menaiki pesawat udara. Pelanggan juga berpeluang untuk meneroka bahagian dalam pesawat dan kabin runcit untuk melihat koleksi barangan Coach yang sedia dipakai untuk semua golongan yang terdiri dari koleksi beg, kasut dan aksesori.





Jenama Coach juga ada mengeluarkan koleksi Coach eksklusif menampilkan pilihan baju, beg bagasi beroda, beg tangan dan aksesori perjalanan seperti tag bagasi dan dompet kecil yang dicetak dengan simbol edisi terhad pada koleksi tersebut.





Pembukaan Coach Airways bukan sahaja menandakan pelancaran konsep butik yang pertama seumpamanya, tetapi juga merupakan detik yang mengujakan bagi Coach selaras dengan usaha kami yang berterusan untuk melonjakkan inovasi dan mencipta ruang yang membolehkan para pelanggan melakukan penerokaan sambil berinteraksi. Kami juga amat teruja untuk membawakan pengalaman beli-belah yang menarik kepada pelanggan di destinasi beli-belah yang terkenal di Freeport A’Famosa Outlet Melaka.






Jutaan tahniah kepada pasukan pengurusan Freeport A’Famosa Outlet atas pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai ‘First Retail Concept Store in An Airplane’, Kedai Konsep Pertama Dalam Kapal Terbang sekaligus menokok pelbagai penganugerahan yang diraih oleh negeri Melaka untuk menginspirasikan rakyat Melaysia agar terus cemerlang dalam pelbagai bidang sehingga melangkaui standard dunia.


Coach Airways juga telah menerima anugerah ‘Unique Retail Experience’ 2023 dari Persatuan Taman Tema & Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) pada awal bulan ini, sekali gus menandakan Freeport A’Famosa Outlet sebagai destinasi wajib dikunjungi untuk merasai pengalaman beli-belah yang terbaik daripada fesyen, sejarah dan inovasi yang sukar dilupakan.





Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet kini bersedia untuk menawarkan pengalaman beli-belah yang unik dan bernilai tambah kepada pelanggan sambil dapat menarik asas pelanggan yang lebih luas dan seterusnya memacu jualan. Selain ruang butik, pesawat ini juga dilengkapi dengan ruang tetamu, galeri yang menakjubkan dan kafe kotemporari bagi memberi peluang pelanggan ruang untuk berehat dan menikmati hidangan ringan sambil menghayati keseronokan suasana pesawat yang telah siap diubah suai selain mencipta keunikan tersendiri.





Coach Airways kini bersedia untuk menjadi tarikan global yang memukau pelanggan dengan gabungan butik dan penerbangan sekali gus menyemarakkan imaginasi yang lebih unggul.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2023/07/coach-airways-butik-pertama-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perasmian Butik Konsep Coach Airways Pertama Di Dunia Dalam Pesawat Boeing 747 Di Freeport A Famosa Outlet Melaka

Perasmian Butik Konsep Coach Airways Pertama Di Dunia Dalam Pesawat Boeing 747 Di Freeport A Famosa Outlet Melaka

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 284 hits
Hi Korang Freeport A Famosa Outlet secara rasminya memperkenalkan Coach Airways yang pertama di dunia iaitu sebuah pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai menjadi butik dan kafe yang unik bagi produk jenama Coach Bermula dengan cita cita ...
Coach Airways Pertama Di Dunia Berkosepkan Butik Dalam Pesawat

Coach Airways Pertama Di Dunia Berkosepkan Butik Dalam Pesawat

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 304 hits
Coach Airways Pertama Di Dunia Berkosepkan Butik Dalam Pesawat Sebuah pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai menjadi kafe dan butik yang unik bagi produk jenama Coach yang pertama di dunia iaitu Coach Airways secara rasminya diperkenalka...
Melaka Coach Coach Coach Coach Airways Tarikan Terbaharu Di Melaka

Melaka Coach Coach Coach Coach Airways Tarikan Terbaharu Di Melaka

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 231 hits
PERASMIAN BUTIK KONSEP COACH AIRWAYS PERTAMA DI DUNIA DALAM PESAWATSabtu lepas aku dijemput ke perasmian Coach Airways di Freeport A Famosa Outlet Alor Gajah Melaka Dekat luar A Famosa Resort tu je tak masuk bandar Melaka pun Meriah sungguh...
Travel Terminal Sekinchan Menempatkan Pesawat Jenis Boeing 727

Travel Terminal Sekinchan Menempatkan Pesawat Jenis Boeing 727

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 604 hits
Assallammualaikum pasti semua tahukan tentang kewujudan Terminal Sekinchan Apa yang menarik tentang Terminal Sekinchan adalah menempatkan pesawat jenis Boeing 727 di tengah tengah sawah di Parit 5 Bila padi sudah hijau nanti pasti pemandang...
T23e31 Pertama Kali Aidan Berbasikal Di Giverny Park Sunsuria City

T23e31 Pertama Kali Aidan Berbasikal Di Giverny Park Sunsuria City

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 219 hits
Hari ini seperti biasa kami ke Giverny Park Sunsuria City kerana Mummy mahu berjoging Apa yang luar biasa ialah pada kali ini kami membawa basikal Aidan dan Aina Gambar menunjukkan seorang budak lelaki yang tidak kami kenali sedang cuba mem...
Senarai Kutipan Filem Tempatan Bagi Separuh Tahun Pertama 2023

Senarai Kutipan Filem Tempatan Bagi Separuh Tahun Pertama 2023

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 345 hits
Industri perfileman tempatan dilihat semakin pulih dengan penambahan jumlah filem dalam tempoh enam bulan pertama 2023 Sebanyak 22 buah filem telah dikeluarkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2023 berbanding 14 buah filem pada tahun l...
Meski Terpalit Kontroversi Song Joongki Buat Penampilan Umum Pertama Selepas Jadi Bapa

Meski Terpalit Kontroversi Song Joongki Buat Penampilan Umum Pertama Selepas Jadi Bapa

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 182 hits
Selepas menjadi bapa Song Joong ki telah pun muncul di khayalak ramai buat kali pertama ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 21 Jun Song Joong ki telah menghadiri acara fesyen buat Louis Vuitton Men SS2024 yang diadakan di Pont Neuf Bridge di Par...
Odin Thiago Holm Celtic Mendatangkan Gelandang Sebagai Rekrutan Pertama Brendan Rodgers Berita Sepak Bola

Odin Thiago Holm Celtic Mendatangkan Gelandang Sebagai Rekrutan Pertama Brendan Rodgers Berita Sepak Bola

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 202 hits
Celtic telah mengontrak gelandang Odin Thiago Holm dengan kontrak lima tahun tunduk pada izin internasional Pemain berusia 20 tahun itu bergabung dari Valerenga di negara asalnya Norwegia dan menjadi rekrutan pertama manajer Brendan Rodgers...
Port Baru Skyline Luge Gamuda Gardens Yang Pertama Di Malaysia

Port Baru Skyline Luge Gamuda Gardens Yang Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 233 hits
Anda mencari pengalaman yang menarik dan mengasyikkan di Malaysia Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Skyline Luge Gamuda Gardens Rawang Selangor atraksi luge pertama di Malaysia yang akan dibuka pada tahun 2023 Skyline Luge adalah aktivi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba