Perasmian Butik Konsep Coach Airways Pertama Di Dunia Dalam Pesawat Boeing 747 Di Freeport A Famosa Outlet Melaka


Hi Korang,
Freeport A’Famosa Outlet secara rasminya memperkenalkan Coach Airways yang pertama di dunia iaitu sebuah pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai menjadi butik dan kafe yang unik bagi produk jenama Coach


Bermula dengan cita-cita dan impian yang tinggi, projek ini telah bermula pada April 2021 dan akhirnya berjaya disiapkan sepenuhnya pada Mei 2023 selepas proses penilaian, perolehan, pemindahan, pemasangan dan ubah suai dilakukan pada pesawat Boeing 747. Dengan panjang badan pesawat 231 kaki 10 dan lebar rentang sayap sepanjang 195 kaki 8 inci, pesawat Boeing 747 ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pesawat awam terbesar pada tahun lewat 1960-an. Pada hari ini, pesawat kemegahan ini telah bertukar peranan menjadi Butik Coach yang pertama di dunia


YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka berkata, “Coach Airways merupakan satu penambahan kepada tarikan baharu di Negeri Melaka dan secara tidak langsung membuktikan kesungguhan negeri ini dalam usaha meningkatkan produk di sektor pelancongan kepada orang ramai. Perasmian ini juga sejajar dengan kempen Tahun Melawat Melaka 2024. Selain menjadi tempat beli-belah, konsep butik ini juga melambangkan kemewahan dan prestij untuk semua rakyat Malaysia secara amnya dan penduduk di Melaka secara khususnya”.

Datuk Julian Lau, Pengarah Urusan Freeport A’Famosa Outlet berkata, “Projek ini telah dimulakan sejak dua tahun yang lalu dan semua pihak yang terlibat telah berusaha dengan gigih untuk menyiapkan mengikut rancangan yang telah ditetapkan bagi memastikan pesawat Boeing 747 ini menjadi butik yang eksklusif dan unik bagi jenama Coach”.
“Sejak pembukaan Freeport A’Famosa Outlet ini, pihak kami sentiasa berusaha keras untuk mencipta pelbagai pengalaman yang unik kepada semua pelangan kami. Diharapkan tarikan terbaru in dapat memberikan pengalaman baharu, keseronokan, kemeriahan kepada semua pelanggan. Selain itu juga, pelanggan juga berpeluang untuk meneroka ruang kokpit, kabin penumpang dan ruang istirehat disambil melihat koleksi Coach,” tambah beliau



Para pengemar pesawat penerbangan dan membeli-belah boleh bersedia untuk merasai suatu pengalaman yang cukup memukau kerana Boeing 747 yang dahulu dikenali sebagai ‘Queen of The Skies’ kini dinobatkan sebagai ‘Queen of The Retail’. Reka bentuk pesawat yang luas secara tidak langsung memberikan persekitaran beli-belah yang selesa disamping dapat mengamit kenangan pada zaman kegemilangan perjalanan udara dahulu yang menitikberatkan nilai kemewahan dan keanggunan


Pas masuk yang menyerupai tiket penerbangan akan diberikan kepada pelanggan sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke jambatan udara menuju ke badan pesawat bagi menciptakan pengalaman sebenar menaiki pesawat udara. Pelanggan juga berpeluang untuk meneroka bahagian dalam pesawat dan kabin runcit untuk melihat koleksi barangan Coach yang sedia dipakai untuk semua golongan yang terdiri daripada koleksi beg, kasut dan aksesori






Jenama Coach juga ada mengeluarkan koleksi Coach eksklusif menampilkan pilihan baju, beg bagasi beroda, beg tangan dan aksesori perjalanan seperti tag bagasi dan dompet kecil yang dicetak dengan simbol edisi terhad pada koleksi tersebut

Campbell O’Shea, Pengurus Besar Tapestry Southeast Asia & Oceania berkata, “Pembukaan Coach Airways bukan sahaja menandakan pelancaran konsep butik yang pertama seumpamanya, tetapi juga merupakan detik yang mengujakan bagi Coach selaras dengan usaha kami yang berterusan untuk melonjakkan inovasi dan mencipta ruang yang membolehkan para pelanggan melakukan penerokaan sambil berinteraksi. Kami juga amat teruja untuk membawakan pengalaman beli-belah yang menarik kepada pelanggan di destinasi beli-belah yang terkenal di Freeport A’Famosa Outlet Melaka”.



Acara ini turut dihadiri oleh Dato’ Dr. Ammar Bin Abd Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan pengurusan Freeport A’Famosa Outlet atas pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai ‘First Retail Concept Store in An Airplane’, Kedai Konsep Pertama Dalam Kapal Terbang sekaligus menokok pelbagai penganugerahan yang diraih oleh negeri Melaka untuk menginspirasikan rakyat Melaysia agar terus cemerlang dalam pelbagai bidang sehingga melangkaui standard dunia


Coach Airways juga telah menerima anugerah Pengalaman Peruncitan Yang Unik, ‘Unique Retail Experience’ 2023 daripada Persatuan Taman Tema & Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) pada awal bulan ini. Ini sekali gus menandakan Freeport A’Famosa Outlet sebagai destinasi wajib dikunjungi untuk merasai pengalaman beli-belah yang terbaik daripada fesyen, sejarah dan inovasi yang sukar dilupakan


Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet kini bersedia untuk menawarkan pengalaman beli-belah yang unik dan bernilai tambah kepada pelanggan sambil dapat menarik asas pelanggan yang lebih luas dan seterusnya memacu jualan. Selain ruang butik, pesawat ini juga dilengkapi dengan ruang tetamu, galeri yang menakjubkan dan kafe kotemporari bagi memberi peluang pelanggan ruang untuk berehat dan menikmati hidangan ringan sambil menghayati keseronokan suasana pesawat yang telah siap diubah suai selain mencipta keunikan tersendiri


Coach Airways kini bersedia untuk menjadi tarikan global yang memukau pelanggan dengan gabungan butik dan penerbangan sekali gus menyemarakkan imaginasi yang lebih unggul




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2023/06/perasmian-butik-konsep-coach-airways.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melaka Coach Coach Coach Coach Airways Tarikan Terbaharu Di Melaka

Melaka Coach Coach Coach Coach Airways Tarikan Terbaharu Di Melaka

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 224 hits
PERASMIAN BUTIK KONSEP COACH AIRWAYS PERTAMA DI DUNIA DALAM PESAWATSabtu lepas aku dijemput ke perasmian Coach Airways di Freeport A Famosa Outlet Alor Gajah Melaka Dekat luar A Famosa Resort tu je tak masuk bandar Melaka pun Meriah sungguh...
Travel Terminal Sekinchan Menempatkan Pesawat Jenis Boeing 727

Travel Terminal Sekinchan Menempatkan Pesawat Jenis Boeing 727

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 596 hits
Assallammualaikum pasti semua tahukan tentang kewujudan Terminal Sekinchan Apa yang menarik tentang Terminal Sekinchan adalah menempatkan pesawat jenis Boeing 727 di tengah tengah sawah di Parit 5 Bila padi sudah hijau nanti pasti pemandang...
Panas Suspek Disiasat Sprm Meninggal Dunia Di Putrajaya

Panas Suspek Disiasat Sprm Meninggal Dunia Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 174 hits
Hariz Mohd Wang PingSeorang lagi suspek yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meninggal dunia hari ini Difahamkan kejadian itu berlaku di ibu pejabat agensi penguat kuasa terbabit di Putrajaya Suspek itu merupakan seorang lel...
Prabowo Bangsa Kita Di Ambang Kebangkitan Ekonomi Salah Satu Terkuat Di Dunia

Prabowo Bangsa Kita Di Ambang Kebangkitan Ekonomi Salah Satu Terkuat Di Dunia

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 218 hits
Prabowo lalu memuji kepemimpinan Presiden Joko Widodo Menurutnya Indonesia dinilai dunia menjadi salah satu negara yang berhasil
Momen Pelayaran Langka Dua Kapal Pesiar Kerajaan Yang Tersisa Di Dunia

Momen Pelayaran Langka Dua Kapal Pesiar Kerajaan Yang Tersisa Di Dunia

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 119 hits
Dua kapal pesiar kerajaan Denmark Dannebrog dan kapal pesiar kerajaan Norwegia Norge berlayar beriring iringan Kedua kapal kerajaan itu merupakan satu satunya kapal kerajaan yang masih aktif dan tersisa di dunia
Ustazah Suami Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Maut Di Lpt2

Ustazah Suami Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Maut Di Lpt2

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 204 hits
Mohd Riduan dan Zahidah maut selepas terbabit dalam kemalangan di LPT2 petang tadi NSTP Rosli IlhamKEMAMAN Sepasang suami isteri maut manakala dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 267 2 Lebuh Raya...
2 Pelajar Sekolah Dari Pitas Keracunan Minuman Campuran Spirit Meninggal Dunia

2 Pelajar Sekolah Dari Pitas Keracunan Minuman Campuran Spirit Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 262 hits
2 pelajar sekolah dari Pitas yang kritikal setelah minum air berkarbonat campur spirit meninggal dunia 2 pelajar keracunan metanol di Pitas meninggal dunia PETALING JAYA Dua pelajar sekolah menengah di Pitas yang berada dalam keadaan kritik...
Usahawan Kosmetik Terkenal Sifu Lentik Meninggal Dunia

Usahawan Kosmetik Terkenal Sifu Lentik Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 1369 hits
Usahawan kosmetik terkenal Muhd Irfan Abdullah dilapor telah meninggal dunia pada petang tadi dipercayai akibat menghidap penyakit kanser Mohd Irfan Abdullah 31 atau lebih dikenali sebagai Sifu Kunyit Sifu Lentik Kosmetik Hq telah meninggal...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2