Cara Mudah Dan Selamat Beli Produk Di Alibaba


Bagaimana beli produk di Alibaba? persoalan ini selalu diajukan kepada kami. Kali ini, kami akan kongsikan sedikit maklumat cara selamat bagaimana membuat pembelian online dari laman web Alibaba


Apa Itu Alibaba?
Alibaba merupakan laman web e-commerce yang terbesar di dunia. Ia memiliki direktori yang komprehensif yang menggabungkan ramai pembekal dari Asia dengan pembeli di serata dunia. Terdapat berjuta-juta produk yang ditawarkan di dalam laman web ini. 
Mudah saja nak beli dari Alibaba. Anda hanya perlu taip produk di kotak Search ataupun browse di bahagian kategori. Contohnya jika anda nak cari Mesin Aiskrim Lembut ( mesin soft ice cream machine ), taip saja mesin aiskrim dan pasti akan keluar banyak jenama dan jenis Mesin Soft Aiskrim


Terdapat beberapa perkara harus diambilkira apabila mencari barang dalam Alibaba. Mari kita lihat contoh barang iaitu Mesin Soft Aiskrim yang dicari dalam Alibaba. 



Harga Seunit
Perkara yang pertama sekali kita biasa nak tau adalah harga. Mengikut gambar di atas, harga sebuah mesin soft ice cream adalah USD450-990. Pembeli akan menanggung kos berkaitan penghantaran produk ke pelabuhan dengan potongan diskaun 50% OFF. Pembeli juga akan membayar kos sebenar penghantaran produk dari pelabuhan sehingga destinasi

Kuantiti Pesanan Minimum (MOQ)
MOQ ataupun Minimum Order Quantity adalah jumlah pesanan minimum yang sanggup diterima pengilang. Namun begitu, ada juga pengilang yang boleh diajak berunding untuk menurunkan MOQ. Anda boleh cuba

Kaedah Pembayaran

Setelah anda tahu harga dan MOQ, seterusnya anda perlu tahu tentang kaedah pembayaran. Terdapat beberapa cara pembayaran dan setiapnya memiliki kelebihan dan keburukan

1. Upront TT (Bank Transfer)

Risiko kepada pembeli sangat tinggi. Di sini pembekal akan menerima pembayaran sebelum pengeluaran produk dimulakan. Kaedah ini sangat berisiko untuk pembeli dan biasanya tidak digalakkan terutama bagi pembelian pertama kali lebih-lebih lagi bila berurusan dengan pembekal yang tidak dikenali. Sekiranya anda ditipu, peluang untuk mendapatkan kembali wang anda sangat tipis

2. Letter of Credit

Cara pembayaran ini selamat dan adil untuk kedua pihak. Akan tetapi kaedah ini rumit dan biasanya hanya syarikat besar yang menggunakannya

3. Western Union

Risiko tinggi di pihak pembeli. Ia merupakan kaedah pembayaran yang sangat berisiko dan tidak digalakkan. Kaedah ini boleh digunakan jika anda pernah berurusniaga atau kenal dengan pembekal. 
4. Paypal

Cara ini selamat. Paypal sangat popular digunakan kerana ia mudah, risiko rendah dan ada perlindungan. Walaupun ia popular di kalangan pembeli, ia tidak popular bagi pembekal kerana kerumitan untuk mengeluarkan wang dan cukai tinggi

5. Escrow

Escrow sangat selamat digunakan dan melindungi pembeli dan pembekal. Apabila menggunakan Escrow, wang pembeli akan ditahan oleh pihak ketiga dan hanya akan dibayar kepada pembekal setelah pembeli mengesahkan penerimaan barang


Masalah Yang Timbul Dalam Mencari Pembekal/Supplier
Membeli dari Alibaba adalah selamat namun antara masalah yang timbul di dalam mencari pembekal:
1. Orang tengah
Di dalam Alibaba terdapat beriru-ribu pembekal/pengilang dan tidak semua pengilang itu adalah pengilang sebenar. Ada orang tengah yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga produk pengilang sebenar dan ia boleh melambatkan proses pembelian

2. Scammer 
Orang tengah mungkin hanya menambahkan kos anda dengan meletakkan caj yang lebih tinggi. Scammer pula mengambil kesemua wang anda tanpa belas kasihan. Walaupun Alibaba telah berusaha membuang scammer dari laman web mereka, anda perlu sentiasa berhati-hati kerana mungkin ada pembekal yang tidak jujur

3. Kualiti
Banyak produk yang diiklankan sebagai berkualiti dan premium. Namun hakikatnya kualiti yang dikatakan itu berkualiti tidak seperti yang kita harapkan


Cara Elak Ditipu Ketika Pembelian Di Alibaba
Oleh itu bagi mengelakkan diri daripada ditipu, antara langkah yang perlu anda ambil adalah:
1. Pembekal yang sah atau verified supplier
Alibaba memiliki program pengesahan tersendiri yang melibatkan level tertentu. Anda perlu pilih pembekal yang disahkan saja. Adalah lebih baik untuk memilih pembekal yang mempunyai level Gold Membership

2. Tanya soalan dan follow up
Sentiasa bertanya soalan dan follow up dengan pembekal yang telah anda senaraipendekkan. Tanya lesen perniagaan dan nombor telefon. Minta gambar kilang dan juga sampel produk. Jangan segan dan takut untuk bertanya apasaja yang timbul di fikiran

3. Minta sampel
Sebelum anda membuat pembelian sebenar, anda perlu minta sampel terlebih dahulu supaya anda dapat tengok dengan mata sendiri kualiti barang sebenar

Jika anda rasa pembekal menimbulkan banyak keraguan seeloknya jangan beli


Soalan Lazim Perlu Ditanya Kepada Supplier Sebelum Beli
Apabila anda ingin hantar email kepada pembekal, antara perkara yang perlu ditanya adalah:
1. MOQ 

Jika MOQ terlalu tinggi anda boleh cuba bertanya jika dapat dikurangkan

2. Sampel

Anda perlu minta sampel supaya dapat lihat contoh produk. Ada sampel yang perlu dibayar dan ada yang percuma

3. Harga Pengeluaran

Paling penting adalah berapa harga produk seunit. Biasanya di dalam Alibaba, pembekal meletakkan harga seunit di dalam lingkungan seperti $2-5. 
4. Tempoh pengeluaran

Anda perlu tanya berapa lama kilang ambil masa untuk siapkan satu-satu order

5. Kaedah Pembayaran 

Kaedah pembayaran selalunya dipaparkan. Namun, perlu ditanya juga dan memilih cara pembayaran yang lebih selamat seperti yang kami terangkan diatas


Nota: Jika anda ingin memborong atau membeli barang/produk dari China selain Alibaba, kami syorkan kepada anda 2 laman web yang popular disana iaitu Taobao.com dan 1688.com. Anda boleh membuat pembelian walaupun dengan MOQ hanya 1 unit sahaja. Dapatkan panduan borong di Taobao ( klik sini ) dan panduan borong dari 1688 ( klik sini ).
Sekarang anda dah tahu cara selamat beli produk dari Alibaba. Semoga anda berjaya!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rujukanniaga.com/2018/09/cara-mudah-dan-selamat-beli-produk-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Cara Rawat Kulit Muka Rosak Akibat Penggunaan Produk Berkimia Dengan Mudah Dan Berkesan

3 Cara Rawat Kulit Muka Rosak Akibat Penggunaan Produk Berkimia Dengan Mudah Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 1086 hits
BUKAN SEDIKIT PRODUK PRODUK KECANTIKAN WAJAH TERUTAMA PEMUTIH MUKA BERLAMBAK DI PASARAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KULIT MUKA MEMBUATKAN KULIT MUKA NAMPAK SEPERTI TERBAKAR BERTOMPOK TOMPOK HITAM DAN SEBAGAINYA KETAHUI MERAWAT KULIT MUKA ROSAK DE...
Jangan Tertipu Lagi Ini Cara Kesan Scammer Menipu Ketika Beli Barang Di Facebook Mudah Dan Carousell

Jangan Tertipu Lagi Ini Cara Kesan Scammer Menipu Ketika Beli Barang Di Facebook Mudah Dan Carousell

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 1388 hits
Pembelian secara online adalah kemudahan yang menjadi keperluan bagi semua pengguna internet pada masa kini selain menyeronokkan ia juga boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana segalanya di hujung jari dengan hanya klik sahaja Pada zaman i...
5 Cara Mudah Cari Semangat Diri

5 Cara Mudah Cari Semangat Diri

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 950 hits
5 Cara Mudah Cari Semangat Diri Pernah jadi kat diri sendiri tak bila bangun pagi tiba tiba kita rasa bersemangat dengan apa yang kita nak lakukan pada hari tu Semangat setinggi gunung Kita dah bayangkan apa perlu kita capai dan otak dah mu...
5 Cara Mudah Jana Income Di Website

5 Cara Mudah Jana Income Di Website

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 383 hits
Jika anda sudah mulakan pembinaan website anda sendiri jangan lepas peluang jana income dengan 5 cara mudah ini Website anda boleh mengalirkan income untuk anda pada bila bila masa Berikut ialah 5 Cara Mudah Jana Income di Website Google Ad...
10 Langkah Mudah Daftar Secure2u Maybank Selamat Tinggal Sms Tac

10 Langkah Mudah Daftar Secure2u Maybank Selamat Tinggal Sms Tac

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 746 hits
Sebagai pengguna Maybank2u anda mesti pernah mengalami situasi menunggu SMS TAC pada telefon sebelum boleh meneruskan sesuatu transaksi Rata rata pengguna pernah mengalami SMS TAC tak sampai lah SMS TAC salah lah dan macam macam lagi yang m...
Cara Mudah Nak Anak Buat Apa Yang Kita Suruh Tak Nampak Macam Arahan Tapi Anak Laju Nak Buat

Cara Mudah Nak Anak Buat Apa Yang Kita Suruh Tak Nampak Macam Arahan Tapi Anak Laju Nak Buat

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 336 hits
Banyak perkara yang kita perlukan kerjasama anak untuk buat Tapi anak susah nak buat malah tidak mengendahkannya Di mana silapnya Mungkin ada ibu bapa akan mengambil jalan mudah untuk menakut nakutkan anak supaya apa yang disuruh dilaksanak...
Cara Mudah Dan Senang Buat Cream Puff Gebu Gemok Gendut

Cara Mudah Dan Senang Buat Cream Puff Gebu Gemok Gendut

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 600 hits
Rasa kongsikan resipi dari Jemah Jematul Adawiyah buat Cream Puff 3G Gebu Gemok dan Gendut Caranya sangat senang dan mudah yang puan puan boleh cuba RESIPI CREAM PUFF MAK JEMAHBAHAN BAHAN 100gm marjerin butter 275gm air150gm tepung gandum3b...
Cara Mudah Bina Website Kedai Online Yang Cantik Dan Profesional

Cara Mudah Bina Website Kedai Online Yang Cantik Dan Profesional

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 433 hits
Baru baru ini kami ditanyakan soalan berkaitan laman web E commerce Kami bukan pakar buat laman web tetapi kami pakar mencari penyelesaian untuk anda iPay88 Sdn Bhd recorded 38 2 million online transactions last year via its payment gateway...
Sayur Masak Bening Cara Masak Paling Mudah Kalau Rasa Nak Jaga Badan

Sayur Masak Bening Cara Masak Paling Mudah Kalau Rasa Nak Jaga Badan

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 895 hits
Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening Ia ringkas mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain Nak cuba Rasa tampilkan 7 resipi sayur bening yang boleh anda saj...
4 Ways Android Has Made Switching Even Better

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Bertolak Ansurlah

Loyalty

Lava789

The King And U