3 Cara Rawat Kulit Muka Rosak Akibat Penggunaan Produk Berkimia Dengan Mudah Dan Berkesan




BUKAN SEDIKIT PRODUK-PRODUK KECANTIKAN WAJAH, TERUTAMA PEMUTIH MUKA BERLAMBAK DI PASARAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KULIT MUKA.MEMBUATKAN KULIT MUKA NAMPAK SEPERTI TERBAKAR, BERTOMPOK-TOMPOK HITAM DAN SEBAGAINYA.KETAHUI MERAWAT KULIT MUKA ROSAK DENGAN MUDAH DAN BERKESAN. CHECK IT OUT!


Kali ini sis nak ceritakan pengalaman kali pertama guna  produk SK-II yang mengandungi Pitera. Produk inilah yang mana telah menyelamatkan muka Sis daripada terus ‘jahanam’! Selama ini Sis tak pernah mengalami masalah kulit muka rosak, sampailah terjadinya mimpi ngeri itu dalam hidup Sis.

Apapun, Sis bersyukur dan rasa bertuah sebab dapat mencuba, tiga produk penjagaan kulit wajah SK-II yang Sis rasa bagus dimiliki oleh setiap wanita yang mahu  mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan berseri. Lagi-lagi yang ada masalah kulit wajah dan yang umur makin tua, makin kertu macam Sis nih. Huahuauau…
Gambar Hiasan: Sumber GoogleMacam yang Sis ceritakan dahulu, kulit wajah Sis pernah bermasalah yang boleh tahan teruknya. Semua nie gara-gara terpengaruh dengan cadangan member, pakai local product untuk mendapatkan muka yang putih dan nampak flawless. Katanya, muka Sis nampak kusam, nampak macam orang sakit jer.Dia pun syorlah brand yang dia pakai tu.
Mula-mula Sis tak mahu, tapi lama-lama tu entah terpengaruh jugak bila tengok mukanya nampak licin dan lawa. Hahaha… Actually, muka Sis tak pernah nampak elok pun dengan produk yang disyorkan tu. Sebaliknya, semakin hari semakin ‘jahanam’adalah.Sis pun makin sakit hati, bila ramai yang tegur, apasal muka bertompok-tompok hitam, macam rentung terbakar?Bila Sis tanya member, Why macam tu? Dia kata, mula-mula memang macam tu, nak serasi. Lama-lama nanti okay. Kau pakai jer.... 

Hurmm... Sis pun, iyaa -iyakan jer dan teruslah pakai.
Lama-kelamaan kulit muka rosak menjadi semakin teruk.Balik kampung, family pun tanya menda yang sama.Nangis weeyyyyy…. Hahahah… Sayangnya tak ada sekeping pun gambo yang sempat Sis simpan time muka buruk tuh! Huuhu, tak sanggup nak bergambarrrrrr, alergik kamera hahahaa…dan tak suka nak keluar rumah dengan muka buruk tu!

Kena marah? Ahahaa… of coz la sebab gatai-gatai pakai produk yang sebegitu rupa. Nama jer lulus KKM. Hissh memang pedih bila ingat saat tu…Actually ambik masa lama juga untuk kulit Sis nak recover balik. Time tu, memang tak guna apa produk, sebaliknya kembali pada cara Sis jaga muka dulukala. Tepek dengan tomato, tepek dengan yogurt + madu, tepek dengan beras pulut blender sekali dengan kulit kayu manis dan macam-macam yang seangkatan dengannya… cara tradisional.

Baca Juga: Lulur Beras Buat Kulit Jadi Awet Muda



SK-II PENYELAMAT!
Di saat gundah gulana itu lah Sis diberikan kesempatan untuk merawat muka dengan produk keunggulan  produk terunggul SK-II, Facial Treatment Essence yang mengandung PITERA™ lebih dari 90%, Facial Treatment Clear Lotion dan juga R.N.A.Power Radical New Age. Inilah 3 cara yang Sis gunakan secara konsisten untuk merawat semula muka Sis yang ‘terbakar’ tu. Sis pernah cerita pasal kehebatan pelembab R.N.A.Power Radical New Age nie dalam post yang lepas.

Dah dekat setahun Sis guna kat set nih, dan allhamdulillah semakin hari kulit wajah Sis semakin ok. Nak kata flawless ‘giler babi’ tu tak adalah dan semua tu dah tak penting lagi.

Sis cuma nak kesan rentung tu nyah daripada kulit muka Sis dan biar ia kembali nampak  bersih dan sihat. Walaupun tak sepenuhnya pulih, tapi okay dan Sis bersyukur sangat sebab kesan-kesan rentungan tu tak adalah ketara sangat nampaknya. Tepek-tepek dengan bedak, foundation dapatlah disembunyikan sikit-sikit. 
Huhuhu…

Okaylah, tak nak cerita pasal tu lagi, sebab Sis nak  Si share adalah keberkesanan, kelebihan dan cara nak pakai SK-II, Facial Treatment Essence, Facial Treatment Clear Lotion dan juga  R.N.A.Power Radical New Age yang betul. Kot-kot korang yang ada masalah kulit wajah, 'terbakar', 'breakout' dan sebagainya bolehlah try set ini.Mana tau serasi dan dapat memulihkan kembali wajah korang yang dah rosak tu.





CARA PERTAMA:
1. FACIAL TREATMENT CLEAR LOTION (FTCL)
Sis pakainya dua kali sehari, iaitu sebelah pagi dan malam sebelum tidur. Lepas bersihkan muka dengan pembersih wajah, barulah Sis pakai Facial Treatment Clear Lotion nih.  Facial Treatment Clear Lotion adalah toner (penyegar).
Pemakaiannya sangat penting  membantu menghilangkan lapisan sel-sel kulit mati dan melancarkan pergantian sel-sel kulit di permukaan wajah.

Jadi, dulu masa muka Sis teruk tu, satu kapas tu memang jadi hitam. Sel-sel kulit mati tu terkeluar atau tertanggal sedikit demi sedikit.

Lepas pakai Facial Treatment Clear Lotion kulit muka akan terasa lebih fresh dan ringan sebab muka kita dah bersih. Biasanya ada sesetengah toner yang kita pakai tu, buat muka kita rasa macam tegang atau pedih semacam. Tapi Facial Treatment Clear Lotion nie langsung tak. Sebaliknya, rasa bersih, selesa jer. Cuma sebab ada kandungan Pitera tu, baunya tu kuranglah sedap sikit huhuhu…

Kebanyakan produk SK-II memang ada Pitera. Dalam Facial Treatment Clear Lotion pun ada Pitera yang mengandungi vitamin, amino acids, mineral dan organic acids yang mampu meremajakan kulit secara optimum.

CARA PENGGUNAAN:
A. Mula-mula, basahkan kapas tu dengan Facial Treatment Clear Lotion dan lepas tu sapukan ke bahagian zon T muka, terutama di kawasan yang berminyak.

B. Setelah tu sapukan pula dari dagu ke arah rahang dan pipi.

C.  Akhir sekali sapukan dari bagian bawah hingga atas leher.

Take Note: Elakkan menyapu atau terkena kawasan mata yang mana kulit di bahagian ini amat sensitif.


CARA KEDUA:
2. FACIAL TREATMENT ESSENCE (FTE),
Selalunya lepas pakai SK-II Facial Treatment Clear Lotion, Sis tak adalah tunggu lama untuk pakai Facial Treatment Essence (FTE) sebab ia cepat meresap.
Nie Sis nak cerita masa pakai Facial Treatment Essence(FTE). Dua minggu pakai,memang Sis macam gerun jugaklah. Perasan mula rasa semacam,bila tengok muka kat cermin nampak gelap semacam. Memang rasa macam nak stop, tapi bila tanya member yang memang pengguna tegar SK-II, dia kata tu efek FTE yang sedang membersihkan segala kotoran muka dari dalam, dari dasar kulit muka. Maklumlah rentungan dulu tu agak teruk, kan…

Lama-lama tu, berkat kesabaran… berkat konsisten menggunakan set produk nie, kesengsaraan Sis melihat muka sendiri pun berakhir. So, Sis percaya keupayaan FTE ini memang berkesan dan membantu mencerahkan kulit muka yang rentung tu! Memanglah tak hilang serta-merta atau sepenuhnya, tapi perubahan demi perubahan tu Sis nampak dengan jelas.

Sis notice, tekstur kulit muka kini lebih rata dan nampak sihat. Kalau pakai foundation atau bedak tu, lebih smooth. FTE nie turut mengandungi Pitera  yang mencerahkan kulit kerana terdapat asid organik, berfungsi menanggalkan sel-sel kulit matid an memberikan nutrisi yang diperlukan oleh kulit. Secara tak langsung vitamin-vitamin lain yang terdapat di dalamnya turut membantu kulit wajah agar menjadi lebih sihat dan cerah.

Sis memang pakai FTE dengan kapas dan lepas tu ‘tepuk-tepuk’ kat muka atau tekan-tekan lembut kat kulit supaya semua Pitera tu masuk ke dalam pori-pori kulit dengan sebaiknya. Wahh… gitew.. Barang mahal, kan kenalah digunakan dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan result yang bagus.

Dan kalau korang nak tahu produk SK II Facial Treatment Essence(FTE) nih adalah produk yang mengandung Pitera tertinggi iaitu 90%, di antara produk-produk SK- II yang lain. Jadi, terus-teranglah Sis cakap, bau FTE nih sangatlah ‘mengancam’ hidung. Ahahaha… ala-ala bau 'hancing' masam. Kih.. kih.. kih.. Tapi, sebab nak muka Sis nih ok balik, tahannnnnnnnn jer lahhhhhh!!!!



CARA PENGGUNAAN:
A. Basahkan kapas dengan Facial Treatment Essence (FTE)

B. Sapukan dengan lembut pada muka dan leher selama satu minit.

C: Gunakan bahagian sis kapas belakang dan ‘tepuk-tepuk’ perlahan-lahan muka serta leher sehingga FTEtersebut meresap.



CARA KETIGA:
3. R.N.A.POWER RADICAL NEW AGE
Lepas pakai FTCL dan FTE, barulah Sis pakai
pelembab nih. Sis tak nak cerita panjang-panjang sebab Sis dah cerita hari tu. So korang boleh baca balik story Sis tentang R.N.A.POWER RADICAL NEW AGE nih. Cara penggunaan pun ada Sis share.

Memandangkan muka Sis ketika itu rentung terbakar penggunaan pelembab anti-aging nih sangat-sangat membantu untuk Sis mendapatkan kembali keremajaan kulit. Secara tak langsung ia turut membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit sehingga kulit  muka menjadi lebih anjal, lembut dan berseri. Garis-garis halus yang dahulunya menebal, semakin berkurangan dan dapat disamar sikit laaa… hahahhaa…Begitu jugalah dengan tompok-tompok hitam terbakar tu.




Apapun semua tu bergantung pada keadaan kulit muka korang ya. Ada yang boleh serasi dengan sesuatu brand. Lagipun biasalah tu, kita semua mempunyai keunikan kulit muka masing-masing. Kebetulan Sis serasi dengan produk SK-II nie, jadi allhamdulillah.Lepas dah habis nie, bersiap sedialah mengeluarkan bajet untuk membelinya. Huhhuhu… Atau ada sesiapa yang boleh rekomend kan Sis, apa lagi yang set penjagaan wajah yang elok Sis cuba pakai selepas ini? Share ya…

Oklah, panjang sangat cerita Sis kali nie. Harap tak bosan membaca dan bermanfaat untuk semua. Ingat tau, jangan cepat terpengaruh produk-produk kecantikan yang belum tentu bebas bahan kimianya walaupun dah ada KKM! Nanti habis kulit muka rosak, hilang nak lawa... nak putih macam Sis hahaha.... Serikkkkkkk dahhh weyyyyyy!!!





Tatata…

Lurve,

Sis Anie Mohamed


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2018/11/3-cara-merawat-kulit-muka-rosak-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Mudah Ini Terbukti Ampuh Untuk Mengatasi Kulit Berminyak Pria

5 Cara Mudah Ini Terbukti Ampuh Untuk Mengatasi Kulit Berminyak Pria

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 364 hits
Setiap pria akan memiliki jenis kulit yang berbeda tergantung pada hormon dan lingkungan tempat tinggal Akan tetapi umumnya masalah yang palling sering dihadapi para pria adalah kulit berminyak yang berujung pada wajah kusam sehingga dapat ...
Cara Mudah Dan Selamat Beli Produk Di Alibaba

Cara Mudah Dan Selamat Beli Produk Di Alibaba

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 624 hits
Bagaimana beli produk di Alibaba persoalan ini selalu diajukan kepada kami Kali ini kami akan kongsikan sedikit maklumat cara selamat bagaimana membuat pembelian online dari laman web Alibaba Apa Itu Alibaba Alibaba merupakan laman web e co...
Rawat Kulit Muka Dengan Piolang 24k Gold Wrapping Mask

Rawat Kulit Muka Dengan Piolang 24k Gold Wrapping Mask

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 429 hits
Mask atau topeng muka salah satu produk wajib untuk awak awak semua yang sangat mementingkan kecantikan kulit muka Kenapa Memakai mask salah satu kaedah rawatan muka dan terapi muka untuk mengekalkan kecantikan kulit muka dan meremajakan ku...
Cara Saya Atasi Masalah Kejang Betis Mudah Tapi Sangat Berkesan

Cara Saya Atasi Masalah Kejang Betis Mudah Tapi Sangat Berkesan

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 418 hits
Fuhh kalau diingatkan balik memang menakutkan dan seksa sangat sangat bila kena kejang betis masa mengandung dulu Alhamdulillah masa mengandung anak ke 3 saya dah takde masalah kejang betis dah Tidur malam pun lena je
Wawa Skin Booster Mencerah Dan Melembapkan Kulit Wajah Paling Berkesan

Wawa Skin Booster Mencerah Dan Melembapkan Kulit Wajah Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 656 hits
Produk Mencerahkan Dan Melembapkan Kulit WajahAku ni bila nampak produk yang ada nama SERUM ada nama Brightening memang aku suka HAHA memang kulit tak cerah kannn pastu sibuk nak cerah gitulahhhh Lama dah usha produk WAWA Skin Booster ni se...
Cara Mudah Dan Murah Untuk Mencegah Serangan Jantung

Cara Mudah Dan Murah Untuk Mencegah Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 364 hits
Menurut seranganjantung org serangan jantung terjadi apabila darah berhenti mengalir Apabila darah berhenti mengalir jantung akan jadi rosak dan boleh mengakibatkan kematian Seseorang yang menderita serangan jantung akan merasa sakit pada b...
Cara Mudah Bina Website Kedai Online Yang Cantik Dan Profesional

Cara Mudah Bina Website Kedai Online Yang Cantik Dan Profesional

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 437 hits
Baru baru ini kami ditanyakan soalan berkaitan laman web E commerce Kami bukan pakar buat laman web tetapi kami pakar mencari penyelesaian untuk anda iPay88 Sdn Bhd recorded 38 2 million online transactions last year via its payment gateway...
Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Segera Hanya Menggunakan Bahan Di Dapur

Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Segera Hanya Menggunakan Bahan Di Dapur

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 281 hits
Pernah tak terjadi apabila anda ingin menghadiri upacara tertentu seperti majlis perkahwinan konvokesyen annual dinner atau sebagainya dan tiba tiba muncul pula jerawat di bahagian muka beberapa hari sebelum majlis Pasti ianya sesuatu yang ...
Cara Yang Sangat Mudah Sediakan Aiskrim Goreng

Cara Yang Sangat Mudah Sediakan Aiskrim Goreng

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 371 hits
Biasanya jika kita jurang masa yang agak panjang di antara masa makan perut akan terasa sangat lapar Ini akan membuka ruang untuk nafsu memujuk kita supaya makan dengan kuantiti yang banyak Tabiat ini akan mengundang masalah kegemukan terut...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik