5 Cara Mudah Jana Income Di Website
Jika anda sudah mulakan pembinaan website anda sendiri, jangan lepas peluang jana income dengan 5 cara mudah ini. Website anda boleh mengalirkan income untuk anda pada bila-bila masa.
Berikut ialah 5 Cara Mudah Jana Income di Website:
Google Adsense
Dengan Google Adsense, anda boleh dapatkan income apabila setiap pelawat masuk ke dalam website anda. Anda boleh set di Adsense dengan Pay Per Click (PPC) iaitu setiap kali iklan yang diklik di website anda, anda akan dibayar.
Untuk Google Adsense, anda perlu mempunyai follower atau pelawat website yang ramai kerana semakin ramai yang masuk ke website anda, semakin tinggi peluang anda untuk dibayar oleh Google Adsense.
Klik sini untuk daftar Adsense
Nuffnang
Nuffnang mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Google Adsense. Nuffnang juga membayar kepada anda mengikut bilangan pelawat web yang masuk ke dalam website anda. Namun ada syarat2 khas dari Nuffnang seperti anda tidak boleh menggunakan syarikat lain yang sama dengan nuffnang supaya status anda sentiasa aktif.
Nuffnang juga banyak digunakan oleh bloggers di Malaysia supaya mereka dibayar dari setiap tulisan yang mereka hasilkan. Melalui tulisan yang dapat menarik ramai pembaca akan menyebabkan pelawat blog akan bertambah setiap hari.
Anda boleh daftar akaun NUFFNANG anda di sini.
Paid Image
Pada bahagian website, anda boleh meletakkan gambar produk dari syarikat-syarikat tempatan di Malaysia dengan berbayar. Terdapat laman web seperi beautifulnara.com yang meletakkan produk-produk tempatan dengan bayaran tertentu.
Untuk menggunakan kaedah ini, pelawat anda mestilah ramai supaya syarikat yang membayar anda berpuas hati dengan pelaburan yang mereka lakukan. Anda harus memberi info-info yang menarik di dalam website anda supaya menarik minat pembaca.
Affiliate
Affiliate adalah satu kaedah mudah untuk jana income. Anda hanya perlu dapatkan link affiliate dari mana2 platform affiliate, anda letakkan link tersebut di website anda. Anda boleh letakkan gambar berserta link affiliate di banner website anda atau meletakkan link website pada setiap tulisan yang anda hasilkan.
Sebagai contoh, di website ini juga saya letakkan gambar beserta link affiliate seperti di bawah ini. Setiap kali orang klik dan dapatkan ebook PERCUMA menggunakan link saya, saya akan dibayar.
E-Commerce
Cara ini juga salah satu cara mudah untuk jana income di website. Anda boleh menjual peralatan fizikal anda di laman web. Contoh e-commerce yang popular adalah seperti Lazada.com, Zalora.com, dan Alibaba.com.
Anda hanya perlukan sedikit pengetahuan asas untuk membina website e-commerce. Contoh website e-commerce yang mudah ialah seperti janasunnah.com/shop.
Kesimpulan
Berikut adalah 5 Cara Jana Income di Website. Semoga anda dapat manfaatkan website dengan sebaiknya. Pastikan website anda sentiasa hidup dengan memastikan ada perkongsian yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Website anda akan sentiasa mempunyai pelawat dan seterusnya menambahkan lagi peluang untuk anda berkongsi di samping menjana income.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rafiqhasrudin.com/5-cara-mudah-jana-income-di-website/