Cara Mudah Bina Website Kedai Online Yang Cantik Dan Profesional
Baru-baru ini, kami ditanyakan soalan berkaitan laman web E-commerce. Kami bukan pakar buat laman web, tetapi kami pakar mencari penyelesaian untuk anda.
iPay88 Sdn Bhd recorded 38.2 million online transactions last year via its payment gateway systems, for a 161% increase, from the 14.6 million in 2015Sumber - The Star
Daripada kenyataan akhbar diatas, dapat disimpulkan bahawa rakyat Malaysia pada masa kini cenderung membeli secara atas talian (online) berbanding Offline. Orang dah malas membeli diluar, dengan jalan raya sesak, bayar caj parking, kos bahan api (minyak petrol/diesel) yang semakin mahal dan masa yang banyak dibazirkan diluar
Perkembangan baik ini merupakan berita baik buat peniaga di negara ini. Samada yang sudah lama berniaga atau baru nak mula berniaga tidak terkecuali daripada memiliki laman web atau kedai online bagi perniagaan mereka. Inilah peluang terbaik anda memiliki kedai online dengan mudah dan tanpa memerlukan kepakaran IT yang hebat.
Kos Membina Sebuah Kedai Online?
Apapun yang kita lakukan, mesti ada modal yang harus di keluarkan. Membina sebuah laman e-dagang online bukan satu kerja yang percuma jika anda bukan pakar IT. Kita ringkaskan kos untuk bina kedai online seperti bawah.
Fi Domain dan Hosting - RM300 hingga RM500Bayaran upah web designer - RM1500 hingga RM5000 (bergantung kepada fungsi dan keperluan)
Anggaran kos - RM5000 hingga RM10000
Anggaran kos ini belum termasuk kos pembelian invetori dan photoshoot produk anda lagi. Mungkin lebih, mungkin juga kurang
Modal anda cukup
Kalau cukup, teruskan dengan mengupah web designer..
Pilihan kedua adalah anda bina sendiri kedai online. Namun, tidak semua orang mampu dan mempunyai kepakaran teknikal dan bangunkan sebuah kedai online.
Bina Website Kedai Online Modal Rendah
Tahukah anda? Terdapat servis yang tersedia template, payment gateway dan pakej bulanan serendah RM32.50 sebulan di EasyStore.co
Murah kan
Ya, bukan saja murah..malah untuk menghasilkan sebuah laman web e-dagang anda tidak memerlukan kepakaran yang tinggi, hanya perlu pandai edit gambar, upload gambar, menulis detail produk dan promote website anda
Anda cuma perlu membayar RM32.50 hingga RM82.50 sebulan sudah cukup untuk anda memiliki kedai online yang cantik dan profesional
Yang bagusnya dengan EasyStore ini, ada pakej Free Trial selama 14 hari untuk anda mencuba dahulu membina website kedai online anda. Jika sudah faham bagaimana untuk upload gambar produk dan memilih theme yang sesuai, anda boleh membeli pakej Basic, Plus atau Premium untuk mula serius dengan kedai online anda. Bagi permulaan, anda boleh langgan pakej Basic terlebih dahulu, sebanyak 1000 produk anda boleh masukkan dengan image dan file storage sebanyak 100GB. Bagi peniaga pemula dan mahu belajar, pakej basic sesuai untuk anda.
Kelebihan Dan Kebaikan Membina Kedai Online Dengan EasyStore
More than 30,000 sellers have already created an online store with EasyStore
Sehingga kini, sudah 30,000 peniaga online telah membina website mereka dengan EasyStore. Banyak perkongsian kejayaan yang turut dikongsikan.
Anda mesti nak tau apa kelebihan dan kebaikan membina website kedai online dengan EasyStore kan? baiklah, kami akan terangkan serba sedikit apa yang membuatkan EasyStore ini pilihan terbaik untuk anda.
1 - 11 Pilihan Payment Gateway
Terdapat 11 pilihan Payment Gateway untuk transaksi pembelian di website kedai online anda iaitu.
billplzeGHLipay88Maybank2u PAYMP@Yrev PAYsenangPAYBraintreeMOLPayPayPal2CheckOut
Buat masa ini, langganan untuk eGHL dan iPay88 adalah percuma sehingga 31 Januari 2018
2 - 35 Pilihan Theme Yang Kemas Dan Profesional
Setakat ini, terdapat 35 theme website kedai online yang boleh dipilih. Tetapi, jika anda ada idea untuk menghasilkan Theme yang menarik, anda boleh membuat atau design theme sendiri didalam akaun anda nanti
3 - Sync Ke Pelbagai Platform Jualan Online
Dengan EasyStore, kedai online anda boleh disambungkan atau di connect kan kepada laman web E-commerce terkenal seperti Lazada, Youbeli, Logon dan banyak lagi. Jika anda menyertai program dropship Kumoten, anda juga sync produk anda dari Komuten ke website kedai online anda di EasyStore
4 - Pilihan Shipping Logistics Yang Pelbagai
Di Malaysia saja, terdapat 22 channel pilihan untuk logistics.
5 - SSL Certificate (Keselamatan Website Kedai Online Anda)
What is SSL? - SSL (Secure Sockets Layer) is a standard security technology for establishing an encrypted link between a server and a browser. Websites with SSL is displayed as HTTPS.
Dengan adanya sistem keselamatan SSL, keyakinan pembeli bertambah membuat pembelian di kedai online anda. Aktifkan mengikut langkah mudah yang ditunjukkan nanti
6 - Server Yang Stabil
Sebuah website kedai online tidak seharusnya selalu OFFLINE, kestabilan server EasyStore boleh dikatakan 99.99 peratus stabil.
7 - Facebook Promoter (Auto Reply)
Paling menarik, kedai online anda tersedia Facebook Promoter yang membolehkan Auto Reply komen pelanggan anda di Facebook Page kepada Facebook Messenger. Setiap pertanyaan pelanggan anda pasti berjaya dijawab dengan tools ini
Sekarang, kira semula kos anda membina sebuah laman web kedai jualan online selepas melanggan pakej di EasyStore tadi
Pakej Basic - RM32.50Domain - RM45.00 (jika tidak beli domain, namakedai.easy.co akan terpapar)Payment Gateway - Percuma (tertakluk kepada tempoh promosi)
Jumlah Kos - RM32.50 hingga RM77.50
Dengan EasyStore anda jimat RM5000-RM77.50 = RM4922.50 !!
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, EasyStore adalah alternatif terbaik paling mudah dan murah membina website kedai online anda. Samada anda baru berniaga atau sudah lama berniaga tetapi belum ada kedai online, ambil lah peluang ini untuk terus mengembangkan keuntungan dan perniagaan anda
Untuk membuka dan membina kedai online secara mudah dan murah, daftar melalui pautan ini - KLIK SINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rujukanniaga.com/2018/01/cara-mudah-bina-website-kedai-online.html