Cara Mudah Claim E Penjana Menerusi Aplikasi Touch Go
Salam to all readers,
I think semua orang dah tahu nak claim E-Penjana ini macam mana. Sahaja je aku kongsikan sekali lagi memandangkan, first aku apply kena reject sebab nama tak tally dalam aplikasi MySejahtera sebab aku lupa bubuh 'Binti". Aku suka aplikasi MySejahtera ini dibandingkan dengan aplikasi MySelangor dan lain-lain apps. MySejahtera ini sekali key in, all details kau dah ada, scan pun tak sampai 2 saat dah settle. Aku sejak covic-19 ni, nak masuk mall pun malas. Malas sebab kena scan bagai. Kalau masuk pintu mall sekali tu kena scan kira okay lagi. Ini dah masuk mall scan, nak masuk kedai scan lagi. Renyah. Kalau dah terdesak nak cari barang barulah pergi.
Seperti yang sedia maklum, E-Penjana sudah boleh apply pada pagi raya Aidiladha haritu. Sungguhpun dia war-warkan akan bagi pada bulan 7. Orang bagi duit free kenalah ambil masa lama sikit, bukan dia umumkan terus dapat. Bukan kau sorang je dapat, semua rakyat dapat, berapa puluhan ribu yang apply. Kerajaan galakkan pakai aplikasi MySejahtera kau taknak download, bila orang apply E-Penjana, kau baru hegeh-hegeh nak download aplikasi MySejahtera, bila download tak boleh kau memekak dalam laman sosial. Cakap nak bagi RM50 je pun, macam-macam kena buat, lecehlah. Orang-orang macam ini tengok profile nya mostly orang ada-ada. Sungguhpun RM50, ada orang lebih memerlukan. Follow jerlah instruction kerajaan suruh buat. Bukan susah mana pun.
Okaylah, cara mudah claim E-Penjana di Touch&Go E-Wallet. Ikutkan korang boleh je nak tebus dekat aplikasi lain, seperti Boost, Shopee, Grab pun boleh. Tapi aku prefer Touch&Go E-Wallet. Banyak beli barang guna apps ini.
1) Buka aplikasi My Touch&Go & Klik pada Button E-Penjana
2) Klik apply now. Tunggu je, pada mereka yang tidak bekerja proses untuk dapat tak sampai sehari pun. Haritu aku buatkan mak aku pagi raya, pukul 12.00pm macam tu dah masuk duit dalam E-Wallet dia. hehe.. Bagi yang bekerja ambil masa sikit, dan mungkin reject seperti gambar dibawah. Aku first-first apply tu, hari kedua baru dapat notifacation ini. Check balik MySejahtera aku lupa letak "Binti".
3) Amend semula nama dalam MySejahtera, dan tunggu maklum balas dari E-wallet
4) Malam tu, dapat notification duit E-Penjana dah masuk.
5) Tunggu dengan penuh sabar. Insyallah dapat, dan dukacita duit pun otw habis dah beli barang dapur. hahaha..
Jangan cepat gelabah, atau meroyan tak tentu pasal. Tunggu je, memanglah payah nak claim. Orang bagi duit free, kenalah banyak step. Tiada istillah tak ikhlas nak memberi bagi aku. Kerajaan ingin menggalakkan orang guna aplikasi MySejahtera bagi memudahkan kerja mereka untuk trace orang-orang yang positif covic-19. Harap rakyat, lebih peka lepas ini. Ikutkan kerajaan syorkan untuk download aplikasi MySejahtera bukan pada raya haji tapi dari awal covic-19 menular lagi.
Thank you for reading
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2020/08/cara-mudah-claim-e-penjana-menerusi.html