Cara Defrost Daging Ayam Dan Ikan Cepat Dan Mudah Tak Payah Rendam Air Dah


Kerja memasak ni boleh jadi lambat masak disebabkan menunggu barang dapur/bahan-bahan basah beku macam daging, ayam dan ikan cair selepas keluarkan dari dalam peti ais. Betul tak? Tak semena-mena boleh jadi timbul sifat kemalasan sebab malas nak menunggu

Kalau boleh nak kerja masak tu jadi senang, barulah rajin nak memasak kat dapur tu. Ini tidak, sejam sebelum masak kena siap-siap defrost dulu. Sempat lah buat kerja apa yang patut dulu. Defrost/thawing/nyahbekuNak masak udang atau sotong tak perlu nak defrost beria sebab dua dua tu mudah dan cepat defrost. 
3 Cara defrost yang biasa lakukan di rumah1. Biarkan tanpa letak air.Keluarkan bahan mentah basah dari dalam peti ais. Letak kat sinki dan biarkan je sampai cair. Effortless method lah orang kata. Cara nyahbeku ayam paling mudah. Berapa lama defrost ayam dengan cara begini lebih kurang dalam 1 jam lebih

baca juga : Tips simpan barang/bahan mentah basah dalam peti air sejuk beku

2. Rendam dalam airKeluarkan bahan mentah, buka penutup bekas dan masukkan air dan biarkan terendam. Tukarkan air rendaman selepas 30 minit. Cara defrost rendam air ambil masa kurang lebih 1 jam. 
3. MicrowaveKeluarkan bahan mentah basah, buka penutup bekas dan masukkan dalam microwave. Pilih menu defrost dan defrost selama 5-10 minit. 
Cara defrost ayam beku microwave, cara yang biasa Fiza buatlah kalau nak masak ayam. Stok daging memang tak ada kat rumah sebab bukan pemakan daging sangat. Makan daging bila raya atau kenduri je. Bukan pilihan utama di rumah

Cara defrost daging guna noxxa tu boleh digunakan jika kat rumah kau orang ada periuk mahal noxxa tu. Cara cepat defrost ikan pun boleh gunakan kaedah menggunakan microwave juga. Tak ambil masa lama

Nak masak santai-santai tak rushing tu boleh lah guna kaedah biarkan saja dalam sinki dengan bekas-bekas tu tanpa letak air. Atau letakkan air dalam bekas dan biarkan terendam

Bila nak cepat masak, malas nak menunggu boleh gunakan microwave je terus. Cara cepat defrost ayam!. Tapi yang tak syoknya bila microwave berbau tu. Nak tak nak kena rajin membersih baru terjaga kebersihan dan tak bercampur bau

Cara defrost daging, ayam dan ikan cepat dan mudah.Sekarang dah ada cara baru untuk defrost bahan mentah basah dengan mudah dan jimat tanpa tenaga elektrik pun. Bukan baru, rasanya lama dah. Cuma baru pada Fiza sebab baru nak mencuba gunakan teknologi. 
Sesekali kita kena seiring dengan zaman teknologi ni. Asyik tertinggal keretapi je kan. Up to date lah sikit kononnya. Sebab apa baru terjebak? Sebab benda ni bila dah lama sikit dia akan jadi murah. Masa murah ni lah baru berbaloi beli. 
Bagus tak membeli cara Fiza ni. Tapi kemunduran sikitlah. Orang dah mencuba kita baru hegeh-hegeh nak mencuba

Jadi, macamana cara yang mudah tu? 


Ini dia dipanggil defrost tray/ defrost board/ thawing board/thawing tray. Gajet terbaru dan paling best untuk mak-mak di dapur. Tak payah rendam air dah

Rupa dia macam papan pemotong. Tapi bukan dia! Jangan sesekali dibuat papan pemotong sebab tray ni diperbuat daripada aluminium. Tercalar atau rosak akan mengakibatkan tray ni kurang berfungsi dengan baik atau tidak selamat digunakan

Defrost ni bukan sejenis pakai buang. Boleh digunakan berkali kali sebab boleh dicuci macam cuci pinggan. Kena cuci gunakan span lembut je untuk elakkan tray tercalar atau rosak

Berapa lama defrost menggunakan defrost express traySetakat ni Fiza baru gunakan untuk ikan dan ayam. Untuk ikan tu lebih kurang dari setengah jam. Ayam pula dalam 30 minit macam tu lah. Masa tu dapat dikurangkan lagilah kalau guna kaedah biasa.


Memang guna mircowave lagi cepat. Tapi kaedah guna defrost ni lagi energy saving dan mesra alam orang kata. Lagipun tak semua rumah ada microwave. Jadi bolehlah gunakan kaedah defrost tray untuk defrost daging, ikan, ayam dan sewaktu dengannya

Sebab harga dia mampu beli


Harga Defrost TrayHarga defrost ni boleh kira mampu milik semua orang. Bermacam-macam harga ada kat shopee tu. Boleh survey ikut bajet yang kau orang ada. Harga juga mengikut jenis saiz defrost tray juga. Yang Fiza beli RM17.70, saiz M (29x20.5x0.2cm)
Berbaloi lah juga melabur membeli defrost tray ni. Sangat-sangat membantu sebenarnya walaupun dia bukan sepantas seminit dua. Janji berkesan dan masa defrost tu dapat dikurangkan

Cara guna defrost trayCara guna dia sangat mudah. Keluarkan barang bahan mentah dan letakkan atas tray. Bila dah terlerai sikit, susun bagi bahan tu terkena semua pada tray. Biarkan sampai sedia untuk dimasak. Pastikan ditutup untuk elakkan lalat bertelur

Cara defrost ayam yang betulTahu tak yang kalau kita defrost dengan cara yang salah akan membuatkan kuman dan bakteria membiak bila bahan tersebut dibiarkan terdedah selepas dikeluarkan dari dalam peti ais

Bila bakteria dah mula membiak akan menyebabkan keracunan makanan pula. 
Cara yang betul boleh digunapakai boleh ikut cara-cara :
Letakkan di bahagian bawah peti sejuk (alihkan dari tempat sejukbeku ke bahagian sejuk biasa)Rendam dalam air yang bersihGuna fungsi defrost jika gunakan microwaveGuna periuk tekanan tinggi
Cara defrost yang salahLetak diluar seharianRendam dalam air panasGunakan slow cookerSumber : Public Health Malaysia

Begitulah ceritanya. Boleh lah mula survey kat shopee sekarang. Mungkin ada yang kata macam tak okay. Tapi pada Fiza so far okay lah membantu juga. Lebih cepat sikit dari kaedah biasa dan jimat penggunakan elektrik juga bila mana tak perlu gunakan microwave dah

Kau orang masukkan je keyword defrost tray, gerenti jumpa. Better cari yang local seller lah cepat sikit dapat compare dengan oversea memang ada yang murah sikit. Tapi buat masa sekarang, masa itu emas. Tak kuasa nak tunggu lama. 
Kalau jenis tak kisah tunggu lama dan nak murah, boleh beli dari seller oversea. Faham ada yang memang nak berjimat. Ikut cara masing-masing okay




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2020/10/cara-defrost-daging-ayam-dan-ikan-cepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Pembiakan Pokok Lidah Mak Mentua Menggunakan Air

Cara Mudah Pembiakan Pokok Lidah Mak Mentua Menggunakan Air

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 323 hits
Cara Mudah Pembiakan Pokok Lidah Mak Mentua Menggunakan Air Cerita masa PKP lama sangat kan terperuk di rumah jadi macam macam aktiviti dibuat Antaranya macam biasalah membelek Ummi Ilham s Mini Garden Ummi lupa sebenarnya bila mula Ummi po...
Cara Dan Tips Anak Ikan Betta Supaya Cepat Besar

Cara Dan Tips Anak Ikan Betta Supaya Cepat Besar

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 1122 hits
Tips Ikan Betta Cepat Besar Pemeliharaan ikan laga atau nama komersilnya ikan betta semakin agak tular Cara Cepatkan Pembesaran Anak Ikan LagaPenulis sudah memiliki pengalaman dengan ikan laga dari zaman kecil lagi itu pun adalah ikan laga ...
Nasi Ayam Thai Viral Aroma Bau Nasinya Bangkitkan Selera Cara Buat Pun Mudah

Nasi Ayam Thai Viral Aroma Bau Nasinya Bangkitkan Selera Cara Buat Pun Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 449 hits
Nasi ayam semua orang boleh buat sendiri Cuma nak kena ada kerajinan lebih sikit je untuk siapkannya Bukan apa sebab ada banyak langkah sebelum dapat dimakan Tapi bagi anda yang teringin nak makan tetapi cara penyediaannya cepat boleh cuba ...
Cara Mudah Menabung Melalui My Goal Di Maybank2u

Cara Mudah Menabung Melalui My Goal Di Maybank2u

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 261 hits
Salam to all readers Bila meningkat dewasa ini amalam menabung memang aku titik beratkan Walaupun terkadang alpa juga bilamana alpa ketika shopping Tak beli menyesal dah beli pula rasa menyesal juga Menyesal perhabis duit tak tentu arah Bil...
Cara Mudah Saya Maintain Muka Cerah Glowing Pinkish Dengan Vita Milky Mango

Cara Mudah Saya Maintain Muka Cerah Glowing Pinkish Dengan Vita Milky Mango

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 542 hits
Assalamualaikum semua Dah tak lama tak share pasal tips maintain handsome cantik ni Korang tahu kan BBL sekarang tengah consume Shinjumi Vita Milky sejak bulan Febuari tahun ni Ha mesti lupa kan Boleh baca balik entri ni Alhamdulilah sekara...
Cara Mudah Claim E Penjana Menerusi Aplikasi Touch Go

Cara Mudah Claim E Penjana Menerusi Aplikasi Touch Go

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 297 hits
Salam to all readers I think semua orang dah tahu nak claim E Penjana ini macam mana Sahaja je aku kongsikan sekali lagi memandangkan first aku apply kena reject sebab nama tak tally dalam aplikasi MySejahtera sebab aku lupa bubuh Binti Aku...
Cara Buat Air Asam Versi Ketagih Dan Sedap Cukup Sempurna Perfect Mak Mentua Senyum Sampai Telinga Bila Rasa

Cara Buat Air Asam Versi Ketagih Dan Sedap Cukup Sempurna Perfect Mak Mentua Senyum Sampai Telinga Bila Rasa

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 316 hits
Selain sambal air asam ini juga antara yang boleh kita buat stok simpan dalam peti ais Senang kalau nak makan ikan daging atau ayam bakar Ceduk saja Air asam ini juga ada macam macam versi tapi kalau nak yang sedap dan boleh buat kita ketag...
Jom Cuba Sendiri 5 Cara Mudah Untuk Hilangkan Sel Kulit Mati Di Muka

Jom Cuba Sendiri 5 Cara Mudah Untuk Hilangkan Sel Kulit Mati Di Muka

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 555 hits
Tak kira tua ataupun muda kalau tak jaga muka secara rutin regiman yang lengkap tanda tanda penuaan tu tetap akan muncul Amat penting untuk kita buang sel kulit mati yang mungkin dah bertimbun di kulit muka Cara nak hilangkan sel kulit mati...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator