Cabaran Menjalankan Bisnes Homestay Yang Anda Perlu Tahu


Orang lain buat bisnes homestay sampai boleh jadi jutawan, kita pun terinspirasi nak ikuti jejak langkah yang sama.
 
Sebelum pergi lebih jauh, atau terus terjun dalam bidang ini, apa salahnya kita pertimbangkan dan fikirkan dulu, apa sebenarnya cabaran yang bakal dihadapi apabila menjalankan perusahaan homestay ini nanti.
 
Andai kata anda mempunyai kenalan yang menjalankan bisnes ini, apa salahnya anda duduk bersama dan cuba ambil ilmu dari dia. Itupun kalau kawan anda itu bukannya dari jenis yang tak kedekut ilmu.

Saya bukanlah pandai sangat atau banyak ilmu dalam bab menjalankan bisnes homestay, tapi In Shaa Allah saya ada serba sedikit pengetahuan. Apa yang saya tahu, saya kongsikan dalam blog ini mudah-mudahan dapat beri manfaat kepada pembaca dan bakal usahawan sekalian.
 
Jom kita teruskan, apa agaknya cabaran bisnes homestay yang anda perlu tahu dan siap sedia untuk hadapi…

 
(1) Lokasi homestay yang tidak berada dalam kawasan strategik Sekiranya idea untuk memulakan bisnes homestay timbul sebelum anda membeli hartanah, kebarangkalian untuk anda memilih rumah yang terletak dikawasan yang kurang strategik adalah agak rendah.
 
Tapi ada juga keadaan dimana pemilik rumah buat keputusan untuk jalankan bisnes homestay, disebabkan
(i) Mereka ada rumah kedua yang tak digunakan. Kalau dibiarkan kosong rasa membazir, dan kalau nak jadikan rumah sewa, susah pula nak keluar masuk ke rumah tersebut selagi tempoh kontrak sewaan masih belum tamat.
 
(ii) Bimbang kalau dijadikan rumah sewa, rumah akan rosak.
 
(iii) Mereka mahu dapatkan potensi pendapatan yang lebih tinggi, dengan menjadikan kediaman sebagai homestay

Manalah tau, dengan menjalankan bisnes homestay, satu hari nanti ada peluang untuk jadi jutawan.
 
Kalau lokasi homestay anda agak kurang strategik, dalam situasi ini anda perlu lebih kreatif dan usaha lebih dalam bab-bab marketing.
 
Kalau homestay jauh dikawasan pedalaman, highlight betapa seronok dan damainya pemandangan dan suasana kehijauan yang terdapat disekeliling anda.
 
Andai kata ada anak sungai, tunjukkan juga contoh aktiviti yang boleh dilakukan misalnya memancing, mandi sungai dan sebagainya.

Jika dekat dengan kebun yang merupakan milik anda, ajaklah tetamu anda untuk masuk ke kebun dan ambil hasil tanaman secara percuma. Semua ini boleh membuatkan tetamu anda rasa seronok untuk check in walaupun lokasi homestay anda agak jauh dengan kawasan pekan.
 
Satu lagi, anda boleh buat begini. Katakanlah anda nak bagitahu jarak antara homestay anda dengan kemudahan-kemudahan yang terdapat disekeliling seperti restoran, kedai serbaneka dan sebagainya.
 
Anda gunakan sukatan masa dan bukannya jarak. Contoh
15 minit untuk ke restoran
13 minit untuk ke kedai serbaneka, shopping mall dan sebagainya
 
Kalau guna sukatan jarak, nanti anda mungkin akan buatkan pelanggan rasa terkejut, sebab jarak dalam KM agak jauh.
11KM untuk ke restoran
16KM ke kedai serbaneka.
 
Apapun, cubalah jadi kreatif. Bukannya nak suruh menipu, cuma jadi lebih kreatif dalam menyampaikan maklumat.
Baca juga: Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay 
 
(2) Ada banyak persaingan dari pengusaha bisnes yang sama dan seumpama dengannya Dalam bisnes homestay, siapa sebenarnya adalah pesaing anda?
 
Jawapannya ialah, mereka yang menawarkan perkhidmatan tempat bermalam atau menginap yang ada disekitar anda. Mereka ini boleh jadi adalah pengusaha hotel, hostel, resort, chalet dan sebagainya.
 
Walaupun persaingan itu memang banyak, apa yang perlu anda lakukan adalah fahami apa kehendak bakal penyewa, dan cuba sebaik mungkin untuk sediakan apa yang diperlukan.
 
Misalnya, tetamu yang datang dengan keluarga yang besar, mereka akan perlukan tempat tinggal yang mempunyai bilik sekurang-kurangnya tiga buah. Setiap bilik mesti ada katil besar dan dilengkapi dengan penyaman udara.
 
Pelanggan yang menepati kriteria seperti itu, pasti akan memilih homestay anda sebagai pilihan pertama.
 
(3) Tiada perlindungan dan jaminan jika berlaku kerosakkan Mari kita lihat bagaimana proses biasa apabila kita nak mula menyewa sebuah rumah untuk jangka masa panjang.
 
Kebiasaannya kita akan pergi ke rumah yang bakal disewa dan bertemu dengan tuan rumah atau ejen. Selepas kita capai persetujuan untuk menyewa, biasanya tuan rumah akan letakkan syarat seperti
(i) Perlu bayar deposit 2 bulan sewa rumah tambah sewa 1 bulan
(ii) Deposit untuk bil elektrik dan air
(iii) Tandatangan perjanjian sewa untuk satu tempoh masa
(iv) Penyewa perlu berikan notis jika ingin tamatkan kontrak sewa lebih awal
 
Jika rumah yang disewa tidak ada sebarang kerosakkan, tuan rumah akan pulangkan kesemua duit deposit yang dah dibayar sebelum ini. Begitu juga halnya dengan bil-bil berkaitan. Kalau tiada bil yang tertunggak, yang pada asalnya memang yang digunakan oleh penyewa, tuan rumah juga akan pulangkan semula duit deposit.
 
Tetapi, ini berbeza dengan sewa homestay atau mana-mana sewa jangka masa pendek.
 
Sesetengah homestay tidak meletakkan syarat untuk bayar deposit atau cagaran. Homestay seperti ini lebih disukai oleh bakal penyewa, tetapi risiko kerosakkan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik rumah. Kalau penyewa ada rosakkan sesuatu, anda yang perlu tanggung risiko ini.
 
Kalau bernasib baik, anda akan dapat penyewa yang cermat dan sentiasa menjaga peralatan yang terdapat dirumah anda. Ataupun, kalau mereka rosakkan barang sekalipun, mereka akan beritahu apa yang rosak dan akan bayar ganti rugi.
 
Tapi kalau kurang bernasib baik, ada juga kategori penyewa yang bila dah rosakkan barang bukan sahaja tak mahu bayar ganti rugi malahan dia siap sorokkan kerosakkan tersebut.
 
Masuk penyewa yang baru, sudah tentu penyewa ini tak akan mengaku dia yang rosakkan peralatan tersebut. Sebabnya kerosakkan telah berlaku lebih awal dan penyewa sebelum ini yang bertanggungjawab.
 
Pemilik homestay, harap dapat bertenang, dan kalau penyewa tak mengaku, janganlah bergaduh pula. Ada kemungkinan, memang bukan dia yang rosakkan. Tak kan nak mengaku salah pada perkara yang dia tak lakukan.
 
Atas sebab itu, sekarang ini banyak pemilik homestay mula menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Airbnb.

Airbnb menyediakan perlindungan sehingga USD1,000,000 jika terdapat kerosakkan pada hartabenda anda ketika ada tetamu menginap dikediaman milik anda.
 
Walaubagaimanapun, pada ketika ini saya belum mempunyai info yang lengkap tentang bagaimana perlindungan ini berfungsi.
 
Mungkin kalau anda dapatkan panduan ini, anda akan dapat jawapan tentang bagaimana perlindungan ini berfungsi.
 
(4) Cabaran mengemas apabila tetamu check out Lazimnya, masa untuk check in ditetapkan pada jam 3.00 petang.
Masa untuk check out pula pada jam 12.00 tengahari.
 
Masa yang berbaki, lebih kurang 3 jam itu diperuntukkan untuk kerja-kerja mengemas rumah, supaya tetamu seterusnya boleh daftar masuk on time.
 
Masalahnya, ada tetamu yang suka berlengah-lengah. Dah tahu pukul 12 kena keluar, tapi waktu tu masih belum siap packing barang. Pukul 12 ada yang baru sibuk nak mandi, nak pakai tandas dan sebagainya.
 
Akhirnya, pukul 1 baru keluar rumah. Ini menjadikan anda hanya ada masa berbaki lebih kurang dua jam untuk persiapkan rumah.
 
Dalam bab-bab mengemas ini, anda perlu tahu apakah yang perlu dilakukan setiap kali ada tetamu check out, dan apakah yang boleh dilakukan seminggu sekali, bagi tujuan menjimatkan masa.
 
Kalau anda tak sanggup untuk kemas rumah tersebut, boleh upah orang lain untuk buat. Saya ambil contoh tempahan melalui laman web Airbnb. Sesetengah pemilik rumah mengenakan caj cleaning fee.
 
Caj ini sebenarnya adalah upah untuk tukang kemas rumah. Kalau anda rasa boleh buat sendiri kerja-kerja mengemas, duit untuk cleaning fee tersebut anda boleh simpan untuk diri sendiri. Jadikan ia sebagai pendapatan tambahan.
 
(5) Masa untuk tetamu datang check in yang tak menentu Pada peringkat awal, anda mungkin rancang untuk sambut setiap tetamu yang datang untuk menginap dan serah kunci secara in person.
 
Rancangan ini memang bagus, cuma anda mungkin perlu fikirkan semula. Waktu ketibaan tetamu anda mungkin tak menentu. Kalau dia kata akan sampai di homestay pukul 4 petang, mungkin sampai masa dia masih belum sampai.

Kalau anda nak tunggu, ini mungkin akan buang masa anda. Melainkan kalau anda memang tinggal berdekatan dan tak sibuk dengan urusan lain, saya kira tak ada masalah untuk anda sambut setiap tetamu.
 
Jadi cara yang lagi mudah, adalah anda menggunakan sistem kunci nombor smartlock ataupun tinggalkan kunci rumah di tempat yang selamat. Tetamu boleh datang anytime untuk ambil kunci, tanpa perlu ganggu masa dan urusan anda.
 
(6) Pemilihan konsep dan dekorasi homestay Cuba buka laman web Airbnb. Anda akan dapati, homestay yang disenaraikan disitu kebanyakkannya cantik-cantik dan hiasan dalamannya setanding dengan hotel.
 
Tanyalah pada diri. Tak kan masih nak gunakan perobot style lama dan kelengkapan yang terdapat dalam rumah pun asalkan ada.
 
Saya bukan nak kata apalah. Cuma kadang-kadang saya rasa macam sesetengah pengendali bisnes homestay ini macam tak berapa serius dengan bisnes yang dia jalankan.
 
Guna perabot yang dah buruk. Saya rasa perabot dalam homestay tu mungkin perabot yang dia dah tak pakai, jadi daripada dibuang, dia gunakan untuk homestay.
 
Hiasan dalaman rumah pun cuma ala kadar. Dalam rumah ada beberapa kerosakkan kecil yang tak dibaiki. Tak rasa segan ke buat bisnes dalam keadaan rumah yang tak sempurna macam ni?
 
Tetamu yang datang bukannya tinggal situ percuma. Mereka membayar sewa. Perelokkanlah rumah kalau betul serius nak berbisnes.
 
Dalam contoh situasi ini, saya amat syorkan pemilik bisnes homestay, terutamanya yang owner melayu tu,
(i) Biasakan diri check in kat tempat orang lain untuk lihat bagaimana mereka susun atur homestay milik mereka
(ii) Belajar juga dari bangsa lain, bagaimana mereka jaga kualiti homestay
 
(7) Pembaziran elektrik Ini adalah situasi yang biasa berlaku dan merupakan perkara yang anda patut siap sedia apabila menjalankan perniagaan jenis tempat penginapan.
 
Ada jenis tetamu yang tidak begitu menitikberatkan aspek penjimatan dalam penggunaan tenaga elektrik. Tetamu seperti ini akan pasang penyaman udara dengan suhu paling sejuk dan apabila mereka keluar rumah, mereka tetap biarkan penyaman udara terpasang.
 
Alasannya adalah untuk memastikan kediaman yang disewa sentiasa sejuk.
 
Boleh jadi mereka beranggapan oleh sebab dah bayar sewa, maka mereka boleh buat apa sahaja.

Untuk kategori tetamu seperti ini, sebenarnya anda boleh minta mereka untuk jimatkan penggunaan elektrik melalui beberapa cara.
 
Pertama, anda sediakan buku panduan untuk dibaca oleh tetamu dan dalam buku tersebut, minta kerjasama dari setiap tetamu untuk jimatkan penggunaan elektrik dan tutup semua suis apabila tidak digunakan.
 
Cara kedua, lekatkan notis untuk ingatkan pada tetamu supaya tutup suis peralatan elektrik apabila tidak digunakan, ataupun ketika ingin keluar rumah.
 
Cara ketiga, yang ni agak mahal sedikit, iaitu gunakan peralatan elektrik yang mempunyai sensor. Kalau tak ada orang dalam rumah, secara automatik suis akan mati sendiri.
 
(8) Dapatkan full booking Dalam sebulan ada lebih kurang 30 malam. Persoalannya ialah, adakah mustahil untuk dapatkan full booking? 30 malam terus menerus ada tetamu yang check in di kediaman milik anda.
 
Jawapannya sudah tentulah tak mustahil. Boleh jadi, ada tetamu yang memilih untuk duduk menginap di homestay milik anda untuk satu tempoh yang agak lama. Contohnya untuk 10 malam berturut-turut.
 
Dalam situasi ini, sebenarnya cabarannya ialah bagaimana cara anda nak buat marketing, supaya tetamu seperti ini sedar akan kewujudan homestay anda.
 
(9) Masalah double booking Ini pun merupakan satu cabaran yang boleh jadi satu masalah yang serius jika anda tak berhati-hati. Masalah dengan double booking ini boleh terjadi kalau anda bersikap sambil lewa dengan tempahan.
 
Pelanggan A hubungi anda dan menyatakan hasrat untuk sewa homestay anda pada 15hb hingga 17hb.
Pelanggan B hubungi anda dan menyatakan hasrat untuk sewa homestay dari 16hb sampai 19hb.
 
Kedua-duanya telahpun buat bayaran.
 
Mungkin anda tak perasan, rupanya pelanggan A akan check out pada 17hb. Pada 16hb homestay anda itu masih ada pelanggan A, dan kalau pelanggan B datang pada 16hb tu, dia tak boleh masuk ke rumah tersebut.
 
Masalah double booking ni, boleh diselesaikan melalui beberapa cara, antaranya
(i) Gunakan sistem tempahan yang sistematik yang link dengan kalendar anda
Dengan ini anda boleh semak dengan mudah sama ada pada tarikh tertentu homestay anda available atau tidak
 
(ii) Buat kerjasama dengan pemilik homestay yang lain
Kalau anda berkawan baik dengan pengusaha bisnes yang sama, anda boleh sewa homestay milik dia dan letakkan pelanggan B di homestay milik kenalan anda tersebut. Perkara ini perlukan persetujuan dan kompromi antara pelanggan dan juga pemilik homestay lain.
 
(10) Dapatkan tetamu yang datang semula untuk kali kedua Tetamu yang berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang anda pernah berikan sebelum ini, pasti tak akan teragak-agak untuk datang untuk kali kedua di homestay milik anda.
 
Cuma ada juga keadaan apabila disekitar anda ada banyak homestay yang hebat-hebat, tetamu yang sama walaupun sangat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang anda berikan, tetap memilih untuk check in di tempat lain, sebabnya dia ingin dapatkan pengalaman yang berbeza.
 
(11) Bantahan dari komuniti dan persatuan penduduk Perkara ini juga anda perlu siap sedia untuk hadapi.
 
Saya ada berkenalan dengan pemilik bisnes homestay yang menjalankan bisnes ini dikawasan kondo. Sebenarnya persatuan penduduk disitu tak bersetuju dengan pemilik kondo yang menjalankan bisnes homestay atau short term rental seperti model bisnes homestay ini.
 
Penduduk disitu merasakan ianya kurang selamat dan penyewa ini mengganggu privasi mereka. Terdapat juga kes terpencil yang mana penyewa jenis short term ini tidak begitu berdisiplin dan tak ikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
 
Peraturan seperti dress code, penggunaan kolam renang, gym dan sebagainya selalu diabaikan oleh penyewa jenis short term. Ini antara perkara yang membuatkan penduduk disitu kurang senang dengan short term stay.
 
Kalau anda nak buat juga bisnes homestay ditempat seperti ini, pandai-pandai la anda rahsiakan aktiviti tersebut dan jangan sampai aktiviti anda diketahui oleh persatuan penduduk disitu.
 
(12) Penyewa dari luar negara Ini merupakan satu lagi risiko ataupun mungkin rahmat yang bakal anda hadapi apabila menggunakan Airbnb atau lain-lain laman web tempahan untuk mendapatkan penyewa. Penyewa dari luar negara, belum tentu boleh faham bahasa Melayu.
 
Justeru anda kenalah siap sedia untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, kalau kebetulan dapat pelanggan dari luar negara. Kalau tak mahir, belajarlah!
 
Lagipun bahasa Inggeris ini kan kita dah belajar sejak dari darjah satu sampailah tingkatan 5. Sebelas tahun belajar bahasa Inggeris, apa lagi alasan kita untuk kata tak pandai bahasa Inggeris?
 
Anda rasa ada lagi cabaran lain yang saya terlepas? Atau anda ada pengalaman dan pandangan yang berbeza. Apa kata anda kongsikan dekat bahagian komen. Kita sama-sama belajar dan kongsi ilmu serta pengalaman.
 
 
 
 
The post Cabaran menjalankan bisnes homestay yang anda perlu tahu appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/cabaran-bisnes-homestay/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Langkah Penting Menjalankan Bisnes Bundle Secara Online

Tips Langkah Penting Menjalankan Bisnes Bundle Secara Online

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 347 hits
Bundle bukan pakaian tidak bermutu cuma kualitinya berkurang sedikit Saya dan famili antara peminat pakaian bundle Kami tak kesah memakai pakaian kategori pakaian bundle ini apatah lagi bila ianya pakaian yang agak sukar ditemui di kedai da...
Kelemahan Dan Kekurangan Menjalankan Bisnes Bakeri Dan Produk Pastri

Kelemahan Dan Kekurangan Menjalankan Bisnes Bakeri Dan Produk Pastri

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 571 hits
Bisnes bakeri ada kelemahannya Itu sudah tentu Ia tak jauh beza dengan lain lain jenis bisnes yang ada diluar sana Tiada bisnes yang perfect yang langsung tak ada kelemahan atau kekurangan Namun sebagai usahawan atau bakal usahawan produk b...
Panduan Bisnes Homestay Delima Pengusaha Dan Penyewa

Panduan Bisnes Homestay Delima Pengusaha Dan Penyewa

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 348 hits
Homestay pekara asas yang perlu ada dari sudut penyewa yang biasa biasa Setakat ada set sofa dengan TV dah ok kot Nak best sikit ada wifi Lagi kalau nak Homestay tu lagi ohsem kena letak jugalah PS4 Mahu ada yang tak tidur gamaknya Lagi kep...
Pemilihan Lokasi Yang Strategik Untuk Bisnes Homestay

Pemilihan Lokasi Yang Strategik Untuk Bisnes Homestay

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 392 hits
Faktor pemilihan lokasi yang strategik merupakan salah satu faktor yang akan menjadi penentu sama ada perniagaan homestay yang anda jalankan bakal mencapai kejayaan atau sekadar suam suam kuku Saya percaya bagi mereka yang bercadang untuk m...
5 Teknik Extra Income Bila Buat Bisnes Homestay

5 Teknik Extra Income Bila Buat Bisnes Homestay

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 387 hits
Orang yang buat bisnes homestay sebenarnya boleh tambahkan lagi pendapatan ataupun buat extra income melalui bisnes yang sedang dijalankan Ini boleh dilakukan dengan menawarkan servis tambahan yang memang diperlukan dan dicari cari oleh pen...
Ketahuilah 4 Langkah Hendak Memulakan Bisnes Di Ebay

Ketahuilah 4 Langkah Hendak Memulakan Bisnes Di Ebay

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 550 hits
Apa yang perlu orang baru tahu pasal belajar bisnes ebay Saya terima banyak soalan dari orang baru yang masih belum faham macam mana nak mulakan bisnes di ebay Soalan yang selalu ditanya Bagaimana hendak menjual di ebay Berapa modal permula...
Bacalah 8 Nasihat Henry Ford Ini Jika Mahu Berjaya Dalam Bisnes

Bacalah 8 Nasihat Henry Ford Ini Jika Mahu Berjaya Dalam Bisnes

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 660 hits
Kereta pertama telah dicipta sebelum Henry Ford tetapi dia tidak pernah berputus asa dan mengimpikan bahawa sebuah kereta mampu digunakan oleh semua orang dan dia tidak pernah berhenti bergerak maju ke hadapan apabila akhirnya berjaya menci...
3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu

3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 435 hits
Artikel kali ini saya nak dedahkan satu teknik yang dipanggil custom dropship khusus berniaga di ebay Sebenarnyam ada seribu satu teknik dropship untuk memulakan jualan di ebay Tapi jarang anda temui teknik yang ditunjuk secara terperinci b...
Panduan Untuk Bisnes Tudung

Panduan Untuk Bisnes Tudung

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 1604 hits
Memang terdapat banyak tips dan juga panduan bagaimana untuk bermula di dalam perniagaan tudung secara kecil kecilan Untuk berjaya di bisnes tudung ini Sesetengah dari mereka memulakan perniagaan tudung dengan modal kecil kecilan dan memula...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization