Pemilihan Lokasi Yang Strategik Untuk Bisnes Homestay


Faktor pemilihan lokasi yang strategik merupakan salah satu faktor yang akan menjadi penentu sama ada perniagaan homestay yang anda jalankan bakal mencapai kejayaan atau sekadar suam-suam kuku.
 
Saya percaya, bagi mereka yang bercadang untuk memulakan bisnes homestay ini, pasti telah mendengar dari banyak sumber, tentang pentingnya memilih lokasi strategik.
 
Boleh jadi, sewaktu anda baru membeli hartanah untuk dijadikan homestay, ejen yang menjual hartanah tersebut pernah menjual idea yang mengatakan hartanah yang anda beli ini terletak di lokasi yang strategik.

Apa kata kita renungkan sejenak, dan buat sesi brainstorming bagi mengenalpasti, sama ada lokasi yang bakal dipilih untuk dijadikan tempat bisnes itu sebenarnya betul-betul strategik ataupun tidak.
 
Saya telahpun mengenalpasti beberapa kriteria yang boleh dijadikan panduan bagi mengenalpasti sama ada lokasi perniagaan homestay yang sedang atau bakal dijalankan sebenarnya berada di lokasi yang strategik ataupun tidak.
 
Anda mungkin akan dapati, bukan semua ciri-ciri yang saya nyatakan dalam posting ini ada dalam sesuatu hartanah. Mungkin kalau ada sekalipun, hanya sebahagian sahaja.
 
Kenapa pemilihan lokasi yang strategik sangat penting untuk bisnes homestay? Ada banyak sebab.
 
Tetamu yang datang menginap di kediaman milik anda yang dijadikan sebagai homestay, sebenarnya datang ke situ atas tujuan lain yang lebih penting, bukannya semata-mata sebab nak menginap di homestay milik anda.

 
Boleh jadi tetamu anda itu sebenarnya memang ada urusan dekat tempat tersebut, dan kebetulan homestay anda terpilih untuk dijadikan tempat untuk mereka menginap.
 
Tetamu ini akan pilih dulu tempat atau lokasi yang dia nak pergi, kemudian barulah akan pilih tempat penginapan yang bagaimana yang sesuai.
 
Andai kata homestay anda terletak di lokasi yang memang menjadi tumpuan pengunjung dari luar termasuk pelancong asing, ini akan membuka peluang untuk bisnes homestay yang anda jalankan sentiasa ada tetamu yang menginap.
 
Persoalannya, apakah yang membawa pengunjung dari luar datang ke sesuatu tempat? 
 
Ada beberapa perkara yang boleh diperhatikan. Antaranya

(1) Bangunan Pejabat/ Ibu Pejabat
Lokasi seperti ini biasanya akan diadakan lawatan kerja ataupun mesyuarat berkaitan dengan projek. Orang dari luar akan datang ke tempat ini dan bermesyuarat. Jika lawatan kerja tersebut mengambil masa yang agak lama, pastinya mereka yang terlibat akan memerlukan tempat penginapan.
 
(2) Kawasan tumpuan aktiviti pelancongan
Lokasi seperti Pulau Langkawi, Kundasang, dan Cameron Highland memang telah terkenal sebagai kawasan tumpuan pelancong.

Lazimnya, tempat-tempat seperti ini akan ada ramai pengunjung terutama sekali apabila musim cuti sekolah.
 
(3) Terdapat kilang dan kawasan perindustrian
Sama juga dengan point yang pertama, biasanya tetamu yang datang adalah atas urusan kerja.
 
(4) Kolej, universiti dan lain-lain pusat pengajian
Pelanggan tumpuan biasanya ialah dari kalangan ibu bapa yang ada anak-anak yang belajar di pusat pengajian tersebut. Dalam hal ini, saya syorkan anda sentiasa ulang-ulang dalam ayat iklan anda, yang homestay anda sangat dekat atau berhampiran dengan pusat pengajian yang mana satu.
 
(5) Hospital
Kadang-kadang ada saudara mara jauh yang jatuh sakit, dan kita nak pergi melawat. Kalau cuma nak melawat satu hari, mungkin tak cukup. Jadi, perlu ada tempat menginap kalau nak jaga orang sakit dan tunggu hingga doktor beri izin untuk pesakit keluar dari hospital.
 
(6) Lapangan terbang
Tetamu yang dalam perjalanan jauh atau yang risau terlepas flight tapi memerlukan tempat untuk berehat, boleh check in dulu di tempat anda. Kalau jarak homestay anda bukannya walking distant, boleh offer servis jemput dan hantar di airport.
 
(7) Lebuhraya
Untuk mereka yang dalam perjalanan jauh dan penat memandu, bolehlah singgah sebentar berehat dan tidur di homestay milik anda.
 
(8) Dewan Orang Ramai
Sekiranya dewan ini kerap dijadikan tempat untuk diadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, maka ada juga kebarangkalian yang ada tetamu dari luar akan datang ke kawasan tersebut bagi memenuhi jemputan dan mereka akan perlukan tempat untuk menginap.
 
Jaringan pengangkutan Lokasi yang strategik perlu mempunyai jaringan pengangkutan yang baik. Ini secara tak langsung akan membuatkan pengunjung berasa senang untuk bergerak dan bebas untuk ke sana dan kemari.
 
(1) Jalan raya / lebuh raya
Ada homestay yang terletak dikawasan pedalaman. Pemandangan disekitar memang sangat cantik. Suasana yang dingin lagi menyamankan. Di kejauhan kelihatan pemandangan gunung ganang yang sangat memukau.

Namun untuk sampai ke homestay tersebut sangat mencabar! Kenderaan biasa memang agak sukar untuk sampai ke tempat tersebut. Kalau dalam keadaan ini, anda perlu beritahu dengan jelas, bagaimana kaedah untuk sampai ke homestay anda.
 
Adakah terdapat kenderaan khas? Jika tetamu perlu membawa kenderaan sendiri, kenalah pastikan jalan untuk masuk ke homestay boleh dilalui tanpa ada risiko menyebabkan kerosakan pada kenderaan.
 
(2) Perkhidmatan Teksi/ Grab/ e-hailing
Adakah semua tempat ada perkhidmatan e-hailing? Saya rasa jawapannya bergantung kepada sama ada di tempat tersebut ada orang yang nak jadi driver e-hailing ataupun tidak. Tak mustahil, ada tempat yang tak ada perkhidmatan ini.
 
Jika di tempat anda ada perkhidmatan ini, dan mudah untuk dapatkannya, maka nyatakanlah.
 
(3) Bas
Mungkin dewasa ini dah tak ramai yang menggunakan perkhidmatan bas, tapi ia adalah satu mode pengangkutan yang baik terutama sekali kalau nak jimatkan duit.
 
(4) Kereta api/ LRT/ MRT
Pengangkutan ini sangat sesuai untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Biasanya kalau kawasan bandar, memang agak sukar nak elak kawasan jam. Jadi pengangkutan yang lebih baik adalah menggunakan LRT ataupun MRT.
 
Perkhidmatan yang terdapat di sekitar Perkhidmatan ataupun kemudahan yang terdapat disekitar anda, juga menjadi faktor penyumbang sama ada homestay anda boleh dikira terletak di lokasi yang strategik ataupun tidak.
 
(1) Restoran
Orang yang pergi bercuti, biasanya memang tak ada masa untuk memasak. Jadi mereka perlu cari restoran yang sesuai untuk makan.
 
Cuba senaraikan sebanyak mungkin restoran yang terdapat disekitar homestay anda. Buat dalam bentuk jadual, susun mengikut makan pagi, tengahari dan makan malam. Ini pasti akan memudahkan tetamu anda untuk buat keputusan.
 
Kalau berdekatan dengan homestay anda ada restoran yang popular dan pernah viral, ini juga satu point yang sangat baik.
 
(2) Shopping Mall
Shopping mall kalau ada panggung wayang, boleh layan midnight movie. Jadi pada waktu malam, ada hiburan untuk tetamu homestay anda.
 
(3) Kedai Runcit/ Serbaneka
Kalau tak ada shopping mall, ada kedai runcit dan serbaneka juga dah cukup baik.
 
(4) Kedai perkhidmatan dobi
Saya berpendapat, kalau homestay anda sangat dekat dengan kedai dobi, sama ada dobi layan diri ataupun dobi perkhidmatan, anda tak perlu sediakan mesin basuh dan pengering dalam homestay juga tiada masalah.
 
Keselamatan Dalam membincangkan soal lokasi yang strategik, kita juga perlu ambil kira faktor keselamatan. Apalah gunanya lokasi yang berdekatan dengan kawasan tumpuan pelancong, banyak restoran… tapi tak aman.
 
Selalu ada insiden pengeboman, penculikkan, jenayah dan sebagainya. Maka, faktor keselamatan juga perlu diambil kira. Kalau ada balai polis berdekatan dengan homestay anda, ini juga perlu diberikan penekanan, supaya bakal tetamu merasa selamat.
 
Jika homestay anda terletak dalam kawasan berpagar, ada sekuriti yang selalu meronda, ini juga perlu dinyatakan. Tujuannya supaya pelanggan anda merasa selamat untuk menginap di homestay milik anda.
 
Apa yang dibincangkan dalam artikel ini, adalah antara point-point yang boleh kita jadikan sebagai rujukan bagi mengetahui sama ada hartanah yang kita miliki itu sesuai ataupun tidak untuk dijadikan sebagai homestay.
 
Untuk buat bisnes, sudah tentu kita perlu jalankan bisnes tersebut disebuah lokasi yang sesuai dan strategik. Dari situ kita akan dapat ramai pengunjung, dan pada masa yang sama, kita boleh tetapkan kadar sewa semalaman yang tinggi sedikit namun pengunjung tidak merungut untuk membayarnya.
 
Namun, jika rumah yang anda ingin jadikan sebagai homestay itu tidak mempunyai poin-poin yang saya sebutkan, mungkin anda patut pertimbangkan lagi idea untuk menjadikan ia sebagai sebuah homestay.
 
Terima kasih kerana membaca dan semoga ada manfaat.
 
Anda mahukan lebih banyak info tentang bisnes homestay? Apa kata anda muat turun panduan ini sekarang.
 
 
The post Pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/lokasi-strategik-bisnes-homestay/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Bisnes Homestay Delima Pengusaha Dan Penyewa

Panduan Bisnes Homestay Delima Pengusaha Dan Penyewa

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 348 hits
Homestay pekara asas yang perlu ada dari sudut penyewa yang biasa biasa Setakat ada set sofa dengan TV dah ok kot Nak best sikit ada wifi Lagi kalau nak Homestay tu lagi ohsem kena letak jugalah PS4 Mahu ada yang tak tidur gamaknya Lagi kep...
Cabaran Menjalankan Bisnes Homestay Yang Anda Perlu Tahu

Cabaran Menjalankan Bisnes Homestay Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 337 hits
Orang lain kita pun terinspirasi nak ikuti jejak langkah yang sama Sebelum pergi lebih jauh atau terus terjun dalam bidang ini apa salahnya kita pertimbangkan dan fikirkan dulu apa sebenarnya cabaran yang bakal dihadapi apabila menjalankan ...
5 Teknik Extra Income Bila Buat Bisnes Homestay

5 Teknik Extra Income Bila Buat Bisnes Homestay

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 387 hits
Orang yang buat bisnes homestay sebenarnya boleh tambahkan lagi pendapatan ataupun buat extra income melalui bisnes yang sedang dijalankan Ini boleh dilakukan dengan menawarkan servis tambahan yang memang diperlukan dan dicari cari oleh pen...
Kelemahan Dan Kekurangan Menjalankan Bisnes Bakeri Dan Produk Pastri

Kelemahan Dan Kekurangan Menjalankan Bisnes Bakeri Dan Produk Pastri

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 571 hits
Bisnes bakeri ada kelemahannya Itu sudah tentu Ia tak jauh beza dengan lain lain jenis bisnes yang ada diluar sana Tiada bisnes yang perfect yang langsung tak ada kelemahan atau kekurangan Namun sebagai usahawan atau bakal usahawan produk b...
3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu

3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 435 hits
Artikel kali ini saya nak dedahkan satu teknik yang dipanggil custom dropship khusus berniaga di ebay Sebenarnyam ada seribu satu teknik dropship untuk memulakan jualan di ebay Tapi jarang anda temui teknik yang ditunjuk secara terperinci b...
Ojk Fintech Terdaftar Hanya Minta Akses Kamera Mikrofon Dan Lokasi

Ojk Fintech Terdaftar Hanya Minta Akses Kamera Mikrofon Dan Lokasi

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 136 hits
Otoritas Jasa Keuangan menegaskan tetap membatasi akses data digital pribadi untuk fintech lending atau pinjaman online selama belum ada undang undang perlindungan data pribadi yang bisa menjerat pelaku penyalahgunaan data ini OJK lebih mem...
Yusril Pertanyakan Lokasi Waktu Kecurangan Yang Dituduhkan Prabowo Sandi

Yusril Pertanyakan Lokasi Waktu Kecurangan Yang Dituduhkan Prabowo Sandi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 150 hits
Saat membacakan jawaban sebagai pihak terkait mewakili Jokowi Ma ruf di MK Yusril mengatakan Prabowo Sandi pemohon justru terlihat memaksakan diri agar permohonannya diterima Mahkamah Konstitusi
4 Sebab Kenapa Dewan Magica Star Avenue Subang Lokasi Idaman Bakal Pengantin

4 Sebab Kenapa Dewan Magica Star Avenue Subang Lokasi Idaman Bakal Pengantin

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 1795 hits
Hai bakal raja sehari Sebut nama Magica Event Functions Hall kat Star Avenue Subang mesti orang kata itu tempat impian nak buat majlis perkahwinan No wonder la ramai bakal pasangan pengantin baru sangat terpesona dengan tawaran dekorasai ga...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization