Bacalah 8 Nasihat Henry Ford Ini Jika Mahu Berjaya Dalam Bisnes


Kereta pertama telah dicipta sebelum Henry Ford, tetapi dia tidak pernah berputus asa dan mengimpikan bahawa sebuah kereta mampu digunakan oleh semua orang dan dia tidak pernah berhenti bergerak maju ke hadapan, apabila akhirnya berjaya mencipta enjin pertamanya, 'Quadricycle', selepas berhadapan dengan banyak kegagalan.


Bagaimana Henry Ford akhirnya berjaya mencapai impian? Jawapannya mudah, dia percaya, menetapkan dirinya dan tidak berhenti untuk mencapainya.

Rahsia kejayaan Henry Ford terletak pada hakikat bahawa dia menyukai pekerjaannya, taksub dengan realisasi rancangan dan impiannya.

Kali ini, kami ingin kongsikan 8 nasihat yang sangat bermanfaat dari Henry Ford, bagaimana untuk menghadapi cabaran untuk menjadi orang yang berjaya.

1- Minta Nasihat Daripada Orang Lain

Menurut Henry Ford, salah satu kesilapan yang beliau lakukan sepanjang bergelar usahawan adalah tidak mendengar nasihat beberapa individu yang dipercayainya.

Ramai orang termasuk anaknya telah memberi nasihat dan amaran mengenai kereta keluaran syarikat lain yang semakin popular.

Dia mengenepikan nasihat ini dan memandang rendah kepada potensi syarikat lain dan tidak membuat inovasi pada kereta keluaran syarikatnya.

Akibatnya, walaupun dia masih lagi antara lelaki terkaya di dunia, namun syarikatnya Ford Motor Company tidak lagi menjadi pemimpin dalam industri automobile sebaliknya jatuh di tangga ketiga berbanding syarikat lain.

Jika dia tidak begitu selesa dengan kedudukan sedia ada dan kekal menjalankan inovasi bagi produknya, pasti mereka masih mendahului rekaan inovasi syarikat lain dan menjadi ikutan dalam industri.

Dia mulai faham sesiapa yang berhenti belajar akan menjadi sangat tua dan akan ketinggalan tidak kira usia.

2- Cipta Untuk Semua

Ramai usahawan yang berjaya telah mengungguli kelasnya yang tersendiri dan mereka memberi fokus untuk mencipta atau menjual produk bagi golongan kelas atasan sahaja.

Sebaliknya, Henry Ford telah mencipta produk mampu milik yang boleh dimiliki oleh semua orang jika mereka berusaha mahu membelinya.

Malah, dia turut menaikkan gaji para pekerjanya untuk membolehkan mereka akhirnya mampu untuk membeli kereta yang mereka sendiri telah buat, menyebabkan pekerjanya setia bekerja dengan syarikat Ford.

3- “Whether you think you can, or you think you can’t — you’re right”

Ini adalah falsafah kegemaran yang dipetik daripada Henry Ford sendiri. Dia sememangnya percaya bahawa kejayaan yang dicapai semuanya bermula dengan minda.

Falsafah ini merupakan prinsip dan ideologi yang dipegang oleh beliau dalam bisnes. Ramai usahawan baik lelaki atau wanita percaya yang apa sahaja yang anda fikir akan dapat dimanifestasikan dalam realiti.

Jadi, untuk berjaya, perkara pertama yang kita harus lakukan adalah mengubah ‘minda’ untuk jadi positif agar kita juga berjaya mendapat keputusan yang bagus.

4- Melabur Dengan Relevan

Apa yang membuatkan Henry Ford adalah satu nama yang berjaya adalah, dia mengusahakan idea bisnesnya dengan lebih besar dan memastikan ia berjaya.

Setiap kali dia mahu memajukan syarikatnya, dia akan melaburkan wang untuk membesarkan kilangnya terlebih dahulu, kerana kilang yang besar akan mampu menampung keperluan pengeluaran dan permintaan produk yang lebih tinggi.

Jika dia masih beroperasi di kilang lama dan beroperasi pada skala kecil pasti dia tidak akan berjaya malah, dia juga turut mempelbagaikan perkhidmatan syarikatnya selain daripada menjual kereta.

Walaupun kos untuk membesarkan kilang dan operasi syarikat adalah sangat tinggi namun dia sanggup mengambil risiko dan melabur bagi perkara yang berpotensi untuk mendatangkan keuntungan.

5- Lakukan Sesuatu Dengan Penuh Minat

Minat adalah kata kunci bagi setiap kejayaan orang lain yang kita dengar. Sama ada anda lakukan sesuatu yang anda minati atau lakukan sesuatu dengan penuh minat.

Jika mendapati anda tiada minat untuk meneruskannya, maka anda harus berhenti dan lakukan sesuatu yang lain. Tiada fasa yang mudah dalam bisnes dan hanya dengan minat yang tinggi anda dapat bersabar semasa menghadapi detik-detik kesukaran dan meneruskannya.

6- Semuanya Mungkin Jika Anda Mahukannya

Henry Ford adalah bukti di mana jika ada kemahuan, pasti ada jalan. Dia telah membina empayar automobil ternama di dunia. Semuanya bermula daripada usahanya sendiri daripada bawah. Dia bukanlah berasal daripada seorang yang kaya dan mempunyai harta yang banyak.

Dia berusaha mencari pelabur dan mengembangkan bisnes sedia ada setiap tahun perlahan-lahan. Dia turut membuat kajian dan belajar daripada usahawan terkenal yang lain dan buat inovasi untuk produk syarikatnya.

Ternayata, dia seorang inovator yang sangat mementingkan perkembangan dan kemajuan insan. Dia melayan pekerjanya dengan baik dan memahami kesukaran mereka kerana dia sendiri pernah berada dalam situasi yang sama.

7- Sentiasa Kekalkan Prestasi Kerja Yang Berkualiti

Henry Ford pernah berkata yang kualiti adalah melakukan sesuatu perkara dengan betul walaupun tiada orang melihatnya.

Jadi, sentiasa memberi hasil kerja yang terbaik walaupun majikan, rakan sekerja, ahli keluarga dan orang lain tidak melihatnya, itulah kualiti kerja bagus yang sebenar. Ini juga akan menjadi satu tabiat yang bagus bagi seorang usahawan yang ingin berjaya.

8- Jangan Cari Kesalahan, Cari Penyelesaian

Sememangnya senang untuk kita menyalahkan orang lain di atas kesilapan kita sendiri. Henry menasihatkan, antara kemahiran mahal yang anda boleh pelajari adalah bertanggungjawab dengan kesilapan diri sendiri.

Sebaiknya, cari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah dengan baik. Dengan itu, barulah anda dapat menjadi seorang yang benar-benar berjaya pada masa akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Bagaimana Orang Cina Menjadi Jutawan Melalui BisnesDalam Bisnes Jual Beli Hargai Orang Asing, Itu Pesanan Jack Ma
sumber: majalahniaga



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/8-nasihat-henry-ford-untuk-berjaya-dalam-bisnes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford

3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 352 hits
Henry Ford adalah seorang usahawan Amerika salah seorang individu paling berjaya di sunia pengasas Ford Motor Company dan penaja pembangunan teknik barisan pemasangan pengeluaran besar besaran Dia juga memperkenalkan buat pertama kalinya ke...
Ikuti 4 Tip Ini Untuk Berjaya Dalam Bisnes Affiliate

Ikuti 4 Tip Ini Untuk Berjaya Dalam Bisnes Affiliate

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 302 hits
Kak Su ni kan sering kali menerima luahan hati dari rakan2 blogger yang pernah menyertai program affiliate Mereka meluahkan kekecewaan mereka Belum lagi berjaya jana pendapatan blog melalui program affiliate Sebenarnya akak pun agak musykil...
Kerajaan Turki Berjaya Pindahkan Masjid Berusia 600 Tahun

Kerajaan Turki Berjaya Pindahkan Masjid Berusia 600 Tahun

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 281 hits
Sebuah masjid lama kurun ke 15 di Turki dipindahkan ke lokasi baru dengan menggunakan jentera khas ke kawasan baru bagi memberi laluan kepada pembangunan sebuah empangan Masjid berkenaan dikatakan dipisahkan kepada dua bahagian sebelum dian...
Jom Perbaiki 5 Perkara Ini Untuk Berjaya

Jom Perbaiki 5 Perkara Ini Untuk Berjaya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 203 hits
Kemenangan besar bermula dengan kemenangan kemenangan kecil yang kita lakukan setiap hari Setuju kawan kawan Kalau setuju Jom kita mulakan dengan 5 perkara ini 1 REFILL ILMU Setiap hari kita mesti membaca cari ilmu Ilmu jualan ilmu close sa...
Siapa Sebenarnya Haziq Aziz Identiti Sebenar Berjaya Di Dedahkan Bukan Calang2 Individu

Siapa Sebenarnya Haziq Aziz Identiti Sebenar Berjaya Di Dedahkan Bukan Calang2 Individu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 506 hits
Fokus tertumpu kepada Muhammad Haziq Abdul Aziz selepas jejaka berusia 27 tahun itu membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi s3ks dalam rakaman sebuah video yang didakwa bersama seorang menteri kabinet Siapa Sebenar...
Kenapa Ramai Yang Tidak Berjaya Online Business

Kenapa Ramai Yang Tidak Berjaya Online Business

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 225 hits
Begitu ramai yang menaruh impian untuk berjaya online business Boleh dikatakan setiap hari ada yang berkata Aku nak buat duit di Internet Aku nak dapatkan RM10 ribu setiap bulan di Internet dan Aku mesti berjaya dengan online business Namun...
Misi Baby Ainul Berjaya Dr Amalina Ucap Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat

Misi Baby Ainul Berjaya Dr Amalina Ucap Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 526 hits
Selepas mendapat perkhabaran dari London mengenai pembedahan adik Ainul Mardhiah dilaporkan berjaya seluruh rakyat Malaysia tumpang gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Amalina Che Bakri dan team atas kerja keras mereka Uca...
3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu

3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 428 hits
Artikel kali ini saya nak dedahkan satu teknik yang dipanggil custom dropship khusus berniaga di ebay Sebenarnyam ada seribu satu teknik dropship untuk memulakan jualan di ebay Tapi jarang anda temui teknik yang ditunjuk secara terperinci b...
Berkat Doa Sokongan Rakyat Malaysia Alhamdulillah Pembedahan Adik Ainul Mardhiah Berjaya

Berkat Doa Sokongan Rakyat Malaysia Alhamdulillah Pembedahan Adik Ainul Mardhiah Berjaya

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 609 hits
Kisah adik Ainul Mardhiah yang menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia yang prihatin sebelum ini telah dilaporkan selamat menjalani pembedahan kelmarin Ainul yang menghidapi kanser mulut Germ Cell Tumor yang sebelum ini seperti...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun