Ketahuilah 4 Langkah Hendak Memulakan Bisnes Di Ebay


Apa yang perlu orang baru tahu pasal belajar bisnes ebay? Saya terima banyak soalan dari orang baru yang masih belum faham macam mana nak mulakan bisnes di ebay
Soalan yang selalu ditanya:
Bagaimana hendak menjual di ebay? Berapa modal permulaan permulaan untuk berniaga di ebay? Jika tak pandai tulis bahasa Inggeris boleh ke berniaga di ebay? dan banyak lagi
Ok baiklah. Saya harap artikel ini dapat membantu usahawan ebay yang baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay dapat tahu macam mana nak bermula
Untuk mulakan bisnes di ebay, anda perlu menguasai 4 ilmu iaitu:Kaedah membuat kajian produkMencari sumber pembekal yg murahMembuat iklan di ebayProses pesanan (order)Saya terangkan serba ringkas untuk anda dapat mudah paham prosesnya dengan baik
Langkah 1: Kaedah membuat kajian produkIni adalah soalan utama yang sering bermain di kepala orang baru. Antara soalan tersebut ialah: barang apa yang nak dijual, adakah ada orang nak beli dan sebagainya
Cara nak buat penyelidikan ni kalau anda dah tahu mesti terkejut sebab tak terfikir begitu banyak barang yang boleh dijual di ebay
Cara yang paling mudah nak menjual, ialah anda perhatikan dalam rumah sendiri, barang apa yang tidak dipakai lagi, jadi ambil gambar dan iklankan di ebay
Kaedah ke-2, kalau anda masih takde idea nak jual apa, pergi kat shopping complex, supermarket Tesco, kedai runcit, jualan gudang yang terdekat dan perhatikan barang yang ada dijual di situ
Jika ada barang yang menarik, cuba buat carian di ebay, ada tak orang jual kat ebay. Kalau ada, anda boleh beli satu dulu dan buat iklan di ebay
Mari kita tengok beberapa contoh:Tiger balm ni boleh dapat si kedai runcit. Harga datang baru berapa ringgit je, kalau anda beli borong, tentu dapat harga lagi murah
Contoh barang ke-2:Harga borong sebotol baru RM15 or USD3.52, penjual di Ebay ni jual USD12.99. Dah terjual sebanyak 193 unit
193 x 12.99 = USD2,507.07 = RM10682.02! banyak tu kan?Jual durex play jer…Ok, so dah tau sikit-sikit tu, cubalah lah buat latihan. Bagi suami yang selalu temankan isteri shopping, anda boleh buat market survey sikit
Tengok apa barang yang anda jumpa tu, lepas tu buka handphon search kat ebay, ada tak jual barang yg anda tengah tengok tu
Kalau ada, simpan data tu, balik rumah buat analisis sikit
Oklah tu kaedah cuba-cuba. Orang panggil kaedah konvensional
Manakala kaedah yang terpelajar sikit anda buat analisis gunakan the past historical selling of data dari ebay sama ada secara manual atau guna software
Kalau secara manual anda kena scrape data dari ebay kemudian masukkan dalam excel dan analisis berapa harga jualan purata, berapa unit terjual sebulan, berapa ramai pesaing dan sebagainya
Anda boleh juga pergi ke website ebay dan lihat apa barang yang telah terjual menggunakan advanced search ebay
Memang leceh sikit kalau buat manual
Jadi jangan buang masa, gunakan segala apa sumber yang ada seperti website terapeak
Website terapeak ni akan bantu anda buat analisis barang terjual dan bantu anda buat keputusan patut atau tak patut untuk jual barang yang anda jumpa tu
Di dalam Video Blue Print Ebay Research Intelligence Method (BPERIM), ada lebih kurang 6 video tutorial yang menerangkan macam mana nak buat kajian pasaran secara santai tapi mengancam
Langkah 2 : Mencari sumber pembekal yang murahBila dah tau permintaan, sekarang cuba cari pembekal yang termurah di pasaran
Jika anda ada modal besar dan yakin barang tu boleh pergi jauh berdasarkan kajian dan analisa terapeak, jadi jangan takut untuk mula labur sikit duit beli produk dari pembekal
Jangan peningkan diri anda, kalau tak jumpa pembekal atau pemborong, pergi tengok kat kedai runcit ada tak jual barang tu, tengok kat Mydin, Tesco, Jusco, Watson, DIY, Guardian atau mana-mana yang ada jual barang yang anda mahu dapatkan
Kalau terjumpa harga barang lagi murah dari ebay, ada untung, apa lagi jalan lah
Itulah pembekal anda, tak semestinya pembekal itu menawarkan harga paling rendah, nanti bila dah mula jual perlahan-lahan cari lagi pembekal yang lebih murah
Yang penting anda jual kat ebay ni dan ada kemajuan
Tentu anda belajar benda baru kan? Tak perlu tunggu sampai dapat harga yang betul-betul murah. Kalau tidak, saya percaya sampai bila pun anda takkan mula menjual di ebay
Kalau takut nak beli banyak, beli sikit satu atau dua 1-2 dulu sebagai permulaan bisnes di ebay
Nanti bila dah dapat rentak dan yakin hasil kajian anda tu memang menjadi dan ada permintaan di ebay, baru mula dengan modal besar untuk tambah stok
Ni orang kata cara smart berbisnes. Modal serendah mungkin dan untung semaksima boleh. Baru namanya anda bisnes dengan kos yang minima
Langkah 3 : Membuat iklan di ebayJadi, bila anda dah tau ada permintaan, lepas tu dah ada pembekal, dah mula beli satu atau dua stok untuk jual, apa lagi, ambil gambar cantik-cantik untuk buat iklan di ebay
Kalau tak ada kamera canggih takpe. Kamera handphon dan cantik. Kalau takde lighting box pun tak pa. Tak ada masalah
Jangan bebankan fikiran anda untuk sediakan semua alat sampai lengkap, tak payah, yang penting ada kemajuan setiap masa
Guna sahaja apa yang ada dulu. Nanti bila dah ada jualan masuk atau ada bajet, baru mula upgrade barang keperluan bisnes
Ok bila dah ada gambar yang cukup dan cantik, buka akaun ebay dan buat iklan untuk cuba jual barang jualan secara auction atau buy it now
Kalau barang tak terjual, tidak rugi pun. Kalau terjual anda dapat untung
Mudah kan
Ebay dah tolong carikan buyer untuk anda. Dah siap iklan tunggu hingga listing anda tamat. Sementara tunggu tu, anda boleh buat kerja lain pula
Langkah 4 : Proses memesan (Order)Congatulation your ebay item sold! You receive a payment
Itu ialah email yang pertama anda akan terima apabila barang anda berjaya terjual
Kalau barang ni ialah barang yang pertama anda berjaya jual, ucap syabas untuk diri anda
Akhirnya, penat anda telah berhasil. Jangan fikir dulu berapa untung yang anda dapat, walaupun tak besar pada mulanya, tapi apa yang lebih penting ialah pengalaman berniaga  di ebay
Anda dah faham secara ringkas macam mana nak menjual di Ebay ni. Yang penting ialah anda dah dapat ilmu berniaga di ebay
Langkah terakhir ialah proses order bila anda dah dapat pembeli dari jualan di ebay
Peringkat ini anda kena belajar macam mana nak pos barang ke pelanggan, kenal pasti syarikat perkapalan yang terbaik dan murah
Saya cadangkan anda gunakan pos malaysia flexipax, sebab kosnya murah. Dengan harga RM8 + RM4.6 (tracking number) anda dah boleh hantar barang ke USA
Bila dah hantar barang, upload tracking number ke dalam akaun paypal anda dan akaun ebay anda untuk bagi update pada buyer
Mudah kan
KesimpulanSebagai kesimpulan, apa yang saya nak kongsikan ialah jika belum pernah buat jualan kat ebay, mulakan sekarang
Kos nak buka akaun ebay sangat rendah tapi pelanggan yang anda bakal dapat adalah satu dunia. Kira-kira ebay ialah bisnes antarabangsa
Tak rugi anda spend masa 2-3 jam sehari belajar cara buat jualan di ebay. Apa yang penting ialah dah ada ilmu kena cepat bertindak
Lepas baca artikel ini buatlah dulu apa yang anda mampu. Yang penting ada kemajuannya
Percayalah, bisnes di internet ini, bahagian yang paling susah ialah hendak mendapatkan trafik pembeli
Ramai orang baru gagal sebab belum pandai tarik trafik untuk buat jualan, tapi di ebay masalah utama yang dihadapi oleh orang baru niaga ni, Ebay dah bantu selesaikan
Waktu mula anda berniaga, memang takkan nampak sangat untungnya sebab akaun ebay anda belum cukup matang dan belum cukup kuat bagi anda duit yang banyak
Anda perlu ada minda yang betul, ini bukan skim cepat kaya, hari ni buat pelaburan, esok lusa nak dapat untung besar
Kalau anda tanam durian, dua tiga tahun belum tentu dapat hasil jualan. Modal tanam pokok durian pun banyak kosnya, ini termasuk benih, baja dan kos penjagaan? Itu belum kira ada pokok durian yang mati kerana cuaca atau dirosakkan oleh monyet dan sebagainya
Berbanding dengan bisnes ebay – modal cuma buka akaun ebay, iaitu kena bayar RM3 untuk update automatic seller fees, dan caj kedua adalah nak verify paypal RM10. Jumlah kos adalah RM13 sahaja
Modal selebihnya adalah modal menimba ilmu dan modal beli barang untuk jual kat ebay
Saya mencadang dan menyokong jika anda berminat untuk belajar secara mendalam dan sistematik menjual di ebay, anda boleh rujuk ebook panduan lengkap ini
Ia sangat sesuai untuk orang yang baru nak memulakan bisnes di Ebay dengan menggunakan dropship
Download laporan PERCUMA yang mendedahkan pengalaman bagaimana seorang usahawan dari Malaysia buat jualan 6 angka dengan menjual barang di Ebay sahaja! >>Semoga bermanfaat


Untuk keterangan lanjut sila layari Ketahuilah 4 Langkah Hendak Memulakan Bisnes di Ebay..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/06/ketahuilah-4-langkah-hendak-memulakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu

3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 435 hits
Artikel kali ini saya nak dedahkan satu teknik yang dipanggil custom dropship khusus berniaga di ebay Sebenarnyam ada seribu satu teknik dropship untuk memulakan jualan di ebay Tapi jarang anda temui teknik yang ditunjuk secara terperinci b...
Tips Langkah Penting Menjalankan Bisnes Bundle Secara Online

Tips Langkah Penting Menjalankan Bisnes Bundle Secara Online

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 347 hits
Bundle bukan pakaian tidak bermutu cuma kualitinya berkurang sedikit Saya dan famili antara peminat pakaian bundle Kami tak kesah memakai pakaian kategori pakaian bundle ini apatah lagi bila ianya pakaian yang agak sukar ditemui di kedai da...
5 Teknik Extra Income Bila Buat Bisnes Homestay

5 Teknik Extra Income Bila Buat Bisnes Homestay

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 387 hits
Orang yang buat bisnes homestay sebenarnya boleh tambahkan lagi pendapatan ataupun buat extra income melalui bisnes yang sedang dijalankan Ini boleh dilakukan dengan menawarkan servis tambahan yang memang diperlukan dan dicari cari oleh pen...
Kelemahan Dan Kekurangan Menjalankan Bisnes Bakeri Dan Produk Pastri

Kelemahan Dan Kekurangan Menjalankan Bisnes Bakeri Dan Produk Pastri

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 571 hits
Bisnes bakeri ada kelemahannya Itu sudah tentu Ia tak jauh beza dengan lain lain jenis bisnes yang ada diluar sana Tiada bisnes yang perfect yang langsung tak ada kelemahan atau kekurangan Namun sebagai usahawan atau bakal usahawan produk b...
Cabaran Menjalankan Bisnes Homestay Yang Anda Perlu Tahu

Cabaran Menjalankan Bisnes Homestay Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 336 hits
Orang lain kita pun terinspirasi nak ikuti jejak langkah yang sama Sebelum pergi lebih jauh atau terus terjun dalam bidang ini apa salahnya kita pertimbangkan dan fikirkan dulu apa sebenarnya cabaran yang bakal dihadapi apabila menjalankan ...
Pemilihan Lokasi Yang Strategik Untuk Bisnes Homestay

Pemilihan Lokasi Yang Strategik Untuk Bisnes Homestay

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 392 hits
Faktor pemilihan lokasi yang strategik merupakan salah satu faktor yang akan menjadi penentu sama ada perniagaan homestay yang anda jalankan bakal mencapai kejayaan atau sekadar suam suam kuku Saya percaya bagi mereka yang bercadang untuk m...
Hendak Selfie 2 Pemuda Malah Tewas Usai Kapal Terbalik Ke Danau

Hendak Selfie 2 Pemuda Malah Tewas Usai Kapal Terbalik Ke Danau

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 279 hits
Saat ini jasad dari kedua buruh di Tangerang asal Bandung tersebut dibawa ke RSUD Balaraja untuk pemeriksaan lebih lanjut
Panduan Bisnes Homestay Delima Pengusaha Dan Penyewa

Panduan Bisnes Homestay Delima Pengusaha Dan Penyewa

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 348 hits
Homestay pekara asas yang perlu ada dari sudut penyewa yang biasa biasa Setakat ada set sofa dengan TV dah ok kot Nak best sikit ada wifi Lagi kalau nak Homestay tu lagi ohsem kena letak jugalah PS4 Mahu ada yang tak tidur gamaknya Lagi kep...
Muktamar Pas Bukan Saya Terhegeh Hegeh Hendak Pergi Zamri

Muktamar Pas Bukan Saya Terhegeh Hegeh Hendak Pergi Zamri

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 299 hits
Muktamar Pas Bukan saya terhegeh hegeh hendak pergi ZamriPosted By on June 20 2019Muhamad Zamri Vinoth Kalimuthu mendakwa tidak mengetahui isu sebenar yang menyebabkan kehadirannya dalam muktamar tidak disenangi perwakilan PAS Perlis Zamri ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan