Bunga Kantan Jenis Dan Potensinya Untuk Kesihatan Tubuh


Bunga kantan merupakan salah satu herba semulajadi yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Mempunyai aroma yang wangi dan rasa yang unik, herba yang dikenali sebagai Torch Ginger dalam Bahasa Inggeris ini mampu membangkitkan keenakan pelbagai hidangan tradisional.
Antara juadah yang menggunakan bunga kantan adalah laksa, asam pedas dan kerabu.
Ia juga mudah dikenali dengan tangkai berwarna hijau kekuningan yang agak pucat dan bunga berwarna merah jambu terang.
Jenis Bunga Kantan Mungkin ramai yang menganggap terdapat cuma satu jenis bunga kantan iaitu yang berwarna merah jambu.
Berdasarkan perkongsian daripada FAMA Negeri Johor, terdapat tiga jenis bunga kantan yang popular di Malaysia iaitu yang berwarna putih, merah jambu dan merah.
Sumber : House Digest Bunga kantan berwarna merah biasanya digunakan untuk seni gubahan kerana warnanya yang menyerlah.
Yang berwarna putih dan merah pula sering dijadikan ramuan dalam masakan.
Sumber : Polynesian Produce Stand Namun, atas permintaan yang tinggi, bunga kantan berwarna merah jambu sering ditanam berbanding jenis yang lain.
Sumber : gardenia.net Khasiat Bunga Kantan Di sebalik rasanya yang segar dan enak, herba dengan nama saintifik Etlingera elatior ini mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan.
Bukan sahaja bunga, malah setiap bahagian daripada tumbuhan ini telah digunakan dalam rawatan tradisional bagi merawat pelbagai penyakit.
Sebagai contoh, bunganya digunakan untuk merawat masalah mulut berbau dan bau badan.
Daunnya pula bermanfaat untuk merawat luka, cirit-birit dan hilang selera makan.
Beberapa kajian turut menemukan beberapa potensi unik yang dimiliki oleh herba beraroroma harum ini.
Sumber : Facebook FAMA Negeri Johor Berpotensi Merawat Kencing Manis Sebuah kajian terhadap tikus makmal mendapati paras gula dalam darah boleh menurun sehingga 70% dengan penggunaan ekstrak daun bunga kantan.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa estrak daun tumbuhan ini bukan sahaja dapat membantu mengawal paras gula dalam darah tikus makmal, malah ia turut berpotensi dalam mengawal kekurangan berat badan akibat komplikasi diabetis.
Sumber Antioksidan Yang Baik Kandungan antioksida yang tinggi dalam tumbuhan ini menjadikan ia sangat baik untuk diamalkan bagi mencegah kerosakan sel.
Di samping itu, diet tinggi antioksida juga dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan dan mencegah tubuh daripada jangkitan yang tidak diingini.
Berpotensi Mengawal Darah Tinggi Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa herba ini mempunyai mineral kalium yang tinggi.
seperti yang kita tahu, kalium merupakan mineral yang memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah dan sekaligus mencegah masalah tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
Tinggi Kandungan Serat Bunga ini juga dilihat mempunyai kandungan serat yang agak tinggi berbanding tumbuhan liar lain.
Ini membuatkan ia sesuai untuk diamalkan bagi mencegah pelbagai masalah kesihatan seperti sembelit, kolesterol, masalah jantung dan darah tinggi.
Berpotensi Sebagai Antikanser Berdasarkan sebuah kajian, ekstrak bunga kantan dilihat berpotensi untuk mencegah kanser kulit dan kanser perut.
Lebih menarik lagi, ekstrak bunga ini didapati tidak menjejaskan sel normal yang sihat.
Baik Untuk Kesihatan Kulit Di samping itu, bunga kantan juga didapati berpotensi untuk merawat pelbagai masalah kulit. sebuah kajian mendedahkan bahawa herba ini mampu bertindak sebagai anti-penuaan dan mencerahkan kulit.
Ditambah pula dengan kebaikan yang dimiliki oleh herba ini, ia didapati mampu mencegah kulit daripada kedutan dan kepekatan melanin yang mengakibatkan kulit menjadi kusam dan gelap.
Dengan pelbagai potensi yang dimiliki oleh tumbuhan ini, memang wajar untuk kita sama-sama amalkan penggunaan bunga kantan sebagai ramuan semulajadi dalam hidangan.
Rasanya juga sangat enak dan mampu meningkatkan seri masakan.
Sumber : researchgate.net, FAMA Negeri Johor, gardeningsg.nparks.gov.sg
Baca Juga : Bunga Cengkih : Khasiat, Petua Batuk, Sakit Gigi & Banyak Lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bunga-kantan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bunga-kantan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Kobis Bunga Untuk Kesihatan Tubuh

Khasiat Kobis Bunga Untuk Kesihatan Tubuh

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 111 hits
Adakah anda penggemar hidangan kobis bunga Walaupun rasanya tawar dan berwarna pucat namun sayuran ini terkandung pelbagai khasiat penting untuk tubuh Ia juga sangat mudah untuk dijumpai di pasaran dan mudah untuk diolah menjadi hidangan si...
Greenlife Aloe Greens Minuman Kesihatan Bantu Tubuh Seimbang

Greenlife Aloe Greens Minuman Kesihatan Bantu Tubuh Seimbang

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 133 hits
Greenlife Aloe Greenas adalah minuman kesihatan yang kita perlukan dalam dunia yang serba pantas dan penuh tekanan ini Korang tahu tubuh yang berasid boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan Bila Tubuh BerasidKeadaan tubuh yang berasid ...
10 Pelembap Muka Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

10 Pelembap Muka Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 171 hits
Apakah pelembap muka terbaik yang sesuai untuk anda beli pada tahun 2024 Dalam artikel ini kami akan kongsikan 10 pelembap muka terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Cetaphil Moisturizing Cream Pros Hypoallergenic Ses...
Tanda Anak Tidak Cukup Tidur Ibu Bapa Kena Ambil Tahu Penting Untuk Jaga Kesihatan

Tanda Anak Tidak Cukup Tidur Ibu Bapa Kena Ambil Tahu Penting Untuk Jaga Kesihatan

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 93 hits
Tanda anak tidak cukup ibu bapa mesti kena ambil tahu penting untuk jaga kesihatan merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia terutama bagi kanak kanak yang sedang membesar Tanda Anak Tidak Cukup Tidur Ibu Bapa Mesti Tahu Pe...
Jenis Makanan Dan Minuman Yang Digemari Di Jamuan Hari Raya Serta Open House Anak Anak Di Sekolah

Jenis Makanan Dan Minuman Yang Digemari Di Jamuan Hari Raya Serta Open House Anak Anak Di Sekolah

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 81 hits
Bismillahi MashaAllah Assalamualaikum dan Salam Syawal Masih belum terlambat untuk Syida mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada anda semua Semoga syawal kali ini lebih bermakna buat kita semua Aamiin Bulan Syaw...
Kuatkan Jari Anak Sebagai Persediaan Menulis Cuba 16 Jenis Permainan Ni

Kuatkan Jari Anak Sebagai Persediaan Menulis Cuba 16 Jenis Permainan Ni

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 85 hits
Nak ajar anak menulis dengan cara memegang pensil yang betul bukan mudah Anak selalu mengadu cepat penat lepas menulis Semuanya disebabkan salah memegang pensil dengan cara yang betul Jadi sejak usia anak kecil lagi perlu diasah kemahiran d...
Membaca Al Quran Perlukah Memahami Maknanya Wajib Atau Tidak Ada Al Quran Jenis Terjemahan

Membaca Al Quran Perlukah Memahami Maknanya Wajib Atau Tidak Ada Al Quran Jenis Terjemahan

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 165 hits
Sejak dari kecil kita semua dititik beratkan untuk belajar mengaji dan mengenal huruf al Quran Apabila dewasa kita sebagai ibu mengajarkan pula kepada anak anak untuk mengenal dan menghafal huruf hijaiyah kerana mereka akan membaca al Quran...
Jenis Jenis Bos Yang Selalu Kita Kena Hadap

Jenis Jenis Bos Yang Selalu Kita Kena Hadap

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 228 hits
Sepanjang aku kerja 20 tahun dah banyak bos aku hadap Ada yang dah lama pencen ada yang masih berkhidmat Berikut adalah jenis jenis bos yang aku pernah kena hadap
Aktiviti Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan Kecantikan Kesihatan Dan Produk Halal 2024 Ppim 24 08 2024

Aktiviti Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan Kecantikan Kesihatan Dan Produk Halal 2024 Ppim 24 08 2024

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 195 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi mengahadiri ke majlis perasmian Karnival Keusahawanan Kecantikan Kesihatan dan Produk Halal 2024 anjuran UTV Media Malaysia dengan kerjasama Persatuan Media Digital Kreatif Yayasan Wilayah Persekutuan P...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda