Jenis Makanan Dan Minuman Yang Digemari Di Jamuan Hari Raya Serta Open House Anak Anak Di Sekolah
Bismillahi MashaAllah
Assalamualaikum dan Salam Syawal. Masih belum terlambat untuk Syida mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada anda semua. Semoga syawal kali ini lebih bermakna buat kita semua. Aamiin
Bulan Syawal kita akan dapat banyak jemputan open house tak kira la open house dari ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, jiran-jiran kita malah ada juga open house di pejabat dan juga di sekolah. Tujuannya adalah untuk mengelakkan silaturrahim antara sesama kita sambil menikmati juadah raya yang pelbagai
Memandangkan anak sulung Syida, Banglong Razin baru je menyambut hari raya di sekolah, maka Syida nak kongsikan kemeriahan menyambut hari raya di sekolah dia
Cikgu kelas senaraikan jenis-jenis makanan yang ingin di sponsor oleh ibu bapa jika ada untuk majlis jamuan raya dan open house Banglong Razin. Memandangkan kurang mendapat sambutan, cikgu hanya mengutip RM6 untuk membeli spageti karbonara, air dan kuih muih. Selain itu, ibu bapa boleh lah menyumbang apa-apa makanan ringan untuk memeriahkan lagi majlis hari raya
Banglong Razin bawak keropok keping yang Syida beli dari kampung Syida. Goreng je dan letak dalam bekas. Memang laku tau. Lepas jamuan kosong bekas. Hehe. Keropok ni nampak simple tapi budak-budak sangat suka. Bagi Syida, lebih baik kita bawak makanan yang anak-anak makan daripada kita bawak makanan yang belum tentu anak-anak nak makan. Akhirnya membazir ke tong sampah gitu je. Sayang kan.
Banglong Razin juga kongsikan keseronokkan beraya di open house kelas-kelas lain jugak. Mereka boleh ke kelas-kelas lain untuk menikmati makanan yang disediakan di dalam kelas lain. Macam konsep open house jugak lah
Budaya mengadakan jamuan seperti jamuan hari raya ni sangat bagus bagi Syida. Dalam mengeratkan silaturrahim dikalangan anak-anak di sekolah, kita juga boleh merasa makanan yang belum pernah kita makan ataupun kita yang memberi peluang anak-anak yang lain makan makanan yang jarang mereka makan kerana kekangan tertentu dari keluarga mereka
Kita boleh teruskan tradisi jamuan hari raya ni cumanya kita perlu memilih juga dalam pemilihan makanan yang perlu anak-anak bawa ke jamuan hari raya. Jika makanan yang kurang diminati anak-anak lebih baik kita elakkan atau bawa sedikit sahaja untuk elakkan pembaziran.
Makanan yang anak-anak suka pula kadangkala bila terlalu banyak pun boleh jadi membazir. Jadi berpada-padalah juga kita sebagai ibu bapa supaya tiada pembaziran. Membazir kan amalan syaitan
Di bawah ni Syida senaraikan 5 jenis makanan atau minuman yang pelajar sekolah rendah suka atau kurang minat
1. Mee, bihun, kuetiau, nasi goreng paling banyak lebihan stiap kali ada jamuan hari raya. Jika ini menu yang kita boleh sediakan untuk anak-anak, mungkin kita boleh bawa dalam kuantiti yang sedikit. Lebih bagus jika kita dapat pack dalam bekas kecil-kecil supaya bila tak habis, mudah untuk cikgu bahagikan untuk di bawa balik.
Jika pasta, makanan proses seperti nugget, nasi berperisa seperti nasi lemak, nasi ayam, nasi arab dan lain-lain, anak-anak biasanya akan suka. Boleh lah dibungkus siap-siap supaya senang untuk di bawa bali
2. Kek pisang dan aneka kek potong sangat jarang dimakan (jika dibawa waktu bukan jamuan insyaallah cepat habis)
(dadih, puding dalam bekas kecil, cup cake dan aiskrim malaysia sangat digemari anak-anak)
3. Buah terutama tembikai, epal, pisang dan aneka buah potong pun kadang-kandang jarang di makan. Ni pun kalau bukan time jamuan mesti laku dan cepat habis. Tapi bukan waktu jamuan. Kurang mendapat sambutan. Waktu jamuan, biasanya anggur cepat habis dimakan
4. Kuih raya, aneka jenis muruku dan kerepek paling tidak laku kepada anak-anak sekolah rendah. Jika ada makan seperti ni, cikgu boleh mintak bntuan anak-anak untuk bungkus dan bawa balik sikit sorang. Anak-anak sekolah rendah sangat suka kalau cikgu minta tolong buat sesuatu. Insyaallah smpai di rumah, makanan yang dibungkus habis dimakan bersama ahli keluarga 😁. Cheese tart, keropok berbentuk kon perisa cheese atau bbq, jajan, selalunya anak-anak sangat suka makan kalau ada jamuan)
5. Kuih muih tradisional, ketupat, nasi impit, lemang pun sangat kurang mendapat sambutan di jamuan hari raya sekolah rendah. Makanan yang selalu anak-anak suka di waktu jamuan ialag pizza, sate, ayam goreng, kentang goreng, nuget, sosej, jajan. Walaupun anak-anak suka tetapi kadang-kadang tak habis kerana ramai membawa makanan yang sama. Sebab ini lah cikgu selalu minta ibu ayah senaraikan makanan yang nak dibawa di jamuan hari raya supaya ibu ayah boleh pelbagaikan
Waktu jamuan, anak-anak akan cari makanan yg jarang mereka dapat makan atau yang memang menjadi kegemaran mereka
Air mineral juga kurang mendapat sambutan. Air yang digemari anak-anak sekolah rendah di jamuan hari raya ialah air kotak, air gas dan aneka air berperisa ataupun jus segera.
Guru kelas perlulah mainkan peranan apabila makanan yang dibawa anak-anak tidak habis di makan. Guru boleh la arahkan anak-anak untuk bantu ambil sedikit seorang makan yang masih berbaki untuk di bawa pulang, atau diberikan kepada kawan-kawan kelas lain, atau dikongsi bersama staf sekolah yang bukan guru supaya makanan yang dibawa anak-anak tidak dibawa balik ke rumah semula
Semoga jamuan hari raya dan open house anak-anak kita menjadi kenangan yang paling bermakna untuk mereka kenang bila mereka besar nanti
Semoga entry Syida bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke noktah terakhir
Selamat Hari RayaMaaf Zahir dan Batin
Open house open house jugak. Jangan lupa adab sopan kita. Jemput baca tentang Adab Sopan Open House Aidilfitri ni. Terima kasih
Alhamdulillah 'ala kulli hal
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023#shakleetriumph2023#blogmegashaklee#shakleepuchong2023
Disclaimer: Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nurulsyahidaali.blogspot.com/2023/05/jenis-makanan-dan-minuman-yang-digemari.html