Buka Mata Anak Jati Port Dickson Ingatkan Pengundi Tambun Tentang Anwar


satuberita.my
By SatuBerita
-November 1, 2022
PENGUNDI Port Dickson berkata nama dan pengaruh besar tidak bermakna seseorang itu boleh menjadi wakil rakyat yang baik, meluahkan kekecewaan mereka kepada penyandang Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan jarang turun ke kawasan sepanjang sepenggal beliau menjadi wakil rakyat mereka

Seorang anak jati Port Dickson, Sulaiman Dolah, 58, berkata ahli Parlimen perlu menyantuni rakyat dan melaksanakan janji, selain tidak menyukarkan urusan mereka.

Sulaiman yang turun mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 2018 berkata, Anwar jarang dilihat di kawasan itu.

“Satu penggal dia pegang, perubahan tiada. Bercakap sahaja.

“Kalau turun padang tapi perkembangan tiada pun tidak berguna juga,” katanya, lapor MalaysiaNow.

Sulaiman juga berkata Anwar dilihat tidak bersuara untuk rakyat Port Dickson di Parlimen.

Berikutan itu, dia serik dengan janji ahli politik tidak kira dari mana-mana parti.

“Apa yang penting, wakil rakyat perlu bertanggungjawab dan sentiasa memantau perkembangan rakyat,” katanya.

Anwar menggerakkan Langkah Port Dickson yang menyaksikan peletakan jawatan penyandangnya Daniyal Balagopal Abdullah yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan tiket PKR, memberi laluan kepada presiden parti itu untuk kembali ke Parlimen.

Anwar memenangi kerusi itu dengan majoriti sebanyak 23,560 undi mengalahkan pesaingnya dari PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar yang hanya mendapat 7,456 undi.

Bagaimanapun, pada Pilihan Raya Umum ke-15 November depan, Anwar mengumumkan beliau akan bertanding di Parlimen Tambun.

Lantikan politik PH dan isu lalu lintas

Dalam pada itu, antara isu yang dibangkitkan penduduk tempatan ialah ketua kampung yang merupakan lantikan politik oleh Pakatan Harapan (PH).

“Ketua kampung semua orang dia. Sudah pegang dua penggal tapi apa pun tiada.

“Kalau tiada ‘cable’, hendak jumpa dia memang susah,” katanya yang pernah meminta bantuan apabila kedainya terbakar.

Menurut bancian 2020, Port Dickson mempunyai kira-kira 128,954 penduduk. 69.4% merupakan Bumiputera manakala masyarakat Cina dan India masing-masing membentuk 23.2% dan 6.7% daripada populasi Parlimen itu.

Faktor undi tentera turut memainkan peranan besar di kawasan yang dikenali sebagai “Bandar Tentera Darat “itu.

Seorang lagi penduduk Razali Ishak, 61, yang merupakan penggali kubur, berkata sikap setiap parti dapat dilihat di tanah kubur.

“Ketua kampung sini, ada orang mati pun dia tak datang. Yang datang sini (wakil) Barisan Nasional (BN).

“Wakil PKR kurang datang, hendak kena jemput baru mereka datang,” katanya.

Selain itu, katanya, antara isu yang masih terus dihadapi warga Port Dickson adalah kesesakan lalu lintas dan ketiadaan parkir yang secukupnya terutama apabila hujung minggu.

Anwar ke Tambun, KJ masuk Port Dickson?

Razali turut bersetuju dengan Sulaiman, terpulang pada Anwar untuk bertanding di kerusi mana namun kehadiran ahli Parlimen perlu dirasai oleh penduduk.

Bahkan, Razali turut menyatakan secara peribadi, dia mahu Khairy Jamaludin bertanding di kerusi itu.

“Walaupun dia bukan anak jati Negeri Sembilan, tapi orang dah kenal. Dia boleh sampai tiga penggal di Rembau,”

“Di Negeri Sembilan, ahli Dewan Undangan Negeri tak jalan. Menteri besar pula orang tak kenal,” katanya.

Sekurang-kurangnya pertembungan lima penjuru dijangka berlaku di kerusi Port Dickson membabitkan BN, PH, Perikatan Nasional dan bebas.

Bagaimanapun, hanya calon utama parti dan gabungan politik diumumkan sementara nama calon sepenuhnya masih belum didedahkan.

Dalam pada itu, Sulaiman yang mengikuti perkembangan politik tempatan meninggalkan nasihat untuk pengundi Tambun.

“Buka-bukalah mata itu, macam mana kawasan ini kena, beringatlah.

“Tidak usahlah berbuah dua kali.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/buka-mata-anak-jati-port-dickson.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Penduduk Tambun Dapat Tengok Rekod Saya Di Port Dickson Permatang Pauh Anwar

Apa Penduduk Tambun Dapat Tengok Rekod Saya Di Port Dickson Permatang Pauh Anwar

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 156 hits
Penghijrahan Presiden KEADILAN ke kerusi parlimen Tambun bukan semata mata satu strategi politik untuk menawan Perak atau batu loncatan menjadi Perdana Menteri kemudian berakhir di situ Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya pengundi Tamb...
Ge15 Negri Mb Aminuddin To Stand In Anwar S Old Seat Port Dickson

Ge15 Negri Mb Aminuddin To Stand In Anwar S Old Seat Port Dickson

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 223 hits
Pakatan Harapan chairman Datuk Seri Anwar Ibrahim with Negri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun during party s Jelajah Harapan Negri Sembilan programme in Lukut NSTP AZRUL EDHAMPORT DICKSON Negri Sembilan Menteri Besar Datuk ...
Anwar Lari Ke Tambun Kerana Takut Ditolak Pengundi Melayu Dakwa Azmin

Anwar Lari Ke Tambun Kerana Takut Ditolak Pengundi Melayu Dakwa Azmin

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 118 hits
freemalaysiatoday com October 27 2022 8 15 AMAnwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak sebelum mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 PUTRAJAYA Pengerusi Pakatan H...
Pakatan Umno Pas Bersatu Mampu Tamatkan Karier Politik Anwar Di Tambun

Pakatan Umno Pas Bersatu Mampu Tamatkan Karier Politik Anwar Di Tambun

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 250 hits
freemalaysiatoday com October 27 2022 12 36 PMMohd Zuhdi Marzuki berkata jika Anwar Ibrahim kalah di Parlimen Tambun ia juga akan menggagalkan usaha DAP untuk menjadikan Perak sebagai negeri ke 4 ditawan PH PETALING JAYA Umno PAS dan Bersat...
Tepukan Gemuruh Di Tambun Tapi Adakah Nyanyian Anwar Ikut Rentak

Tepukan Gemuruh Di Tambun Tapi Adakah Nyanyian Anwar Ikut Rentak

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 189 hits
malaysiakini comMenempuh jarak sejauh 62km dan tujuh jam ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengakhiri lawatannya di sekitar kawasan parlimen Tambun semalam dengan penuh semangat sambil menyanyikan lagu kegemarannya sejak kebelakangan ini Anwa...
Rentasan 1240 Panas Kini Azmin Ali Dedah Punca Sebenar Anwar Ibrahim Lari Ke Parlimen Tambun

Rentasan 1240 Panas Kini Azmin Ali Dedah Punca Sebenar Anwar Ibrahim Lari Ke Parlimen Tambun

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 209 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1240 1 APA ISTIMEWANYA TITIWANGSA 2 PENGUNDI PATUT TOLAK PARTI PEMFITNAH 3 DAP TAMBAH CALON MELAYU DI PARLIMEN 4 LAIN JADI TALI BARUT LAIN YANG DICACI Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berit...
Mat Sabu Calon Pm Ph Jika Anwar Kalah Di Tambun

Mat Sabu Calon Pm Ph Jika Anwar Kalah Di Tambun

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 170 hits
Penganalisis politik menjangkakan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sebagai calon perdana menteri alternatif Pakatan Harapan sekiranya Anwar Ibrahim tumbang di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Penganalisis politik v...
Aziz Bari Relieved To See Anwar In Tambun Trusts Voters

Aziz Bari Relieved To See Anwar In Tambun Trusts Voters

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 124 hits
Abdul Aziz Bari opposition leader in the outgoing Perak state assembly originally considered running in himself but is now relieved that PKR president Anwar Ibrahim will lead the charge He s Pakatan Harapan s number one with the calibre and...
Saya Tetap Tidur Lena Walaupun Anwar Tanding Di Tambun Kata Saarani

Saya Tetap Tidur Lena Walaupun Anwar Tanding Di Tambun Kata Saarani

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 217 hits
Menteri Besar sementara Perak Saarani Mohamad berkunjung ke rumah keluarga K Devagi di Sungkai sempena Deepavali TANJUNG MALIM Umno dan Barisan Nasional Perak tidak pernah gentar berdepan dengan Anwar Ibrahim yang dipertaruhkan Pakatan Hara...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids