Tepukan Gemuruh Di Tambun Tapi Adakah Nyanyian Anwar Ikut Rentak


malaysiakini.com
Isabelle Leong
Diterbitkan: Oct 28, 2022 9:41 AM
Menempuh jarak sejauh 62km dan tujuh jam, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mengakhiri lawatannya di sekitar kawasan parlimen Tambun semalam dengan penuh semangat - sambil menyanyikan lagu kegemarannya sejak kebelakangan ini.

Anwar, yang gemar membawakan lagu-lagu lama Tamil ketika berceramah, sebaliknya memilih untuk menyanyikan single terbaru Altimet 'Aduh Malaysia' dan diceriakan dengan tepukan orang ramai yang hadir pada program Deepavali di Hulu Kinta.

Presiden PKR itu bukan sahaja disambut dengan tepukan gemuruh di Tambun, malah dia juga disambut mesra oleh penyokong berbilang kaum sepanjang siri jelajah itu.

Sambutan yang meriah kali ini, berbanding reaksi awal apabila pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mula-mula mengumumkan pencalonannya, sedikit sebanyak menghilangkan keraguan terhadap keupayaannya untuk merampas kerusi yang sebelum ini dimenangi Ahmad Faizal Azumu pada pilihan raya umum 2018. .

Mungkinkah sentimen di bawah yang kelihatan positif ini menjadi petunjuk kepada nasib Anwar di kawasan itu nanti?

Adakah nyanyian Anwar mengikut rentak?

Walaupun langkah Anwar menjadikan Tambun sebagai medan perjuangannya dilihat mendapat sambutan baik oleh lebih 1,000 penyokong yang hadir pada siri-siri jelajah atau program tersebut, namun beberapa aspek lain juga perlu dilihat,

Jika kita memberi perhatian terhadap reaksi orang ramai semasa ucapan Anwar dan pemimpin PH yang lain pada acara yang berbeza sepanjang lawatan itu, kita akan sedar tidak semua penonton tidak sabar untuk mengikuti ucapan Anwar.
Berdasarkan pemerhatian Malaysiakini di Pesta Lei Cha bersama penduduk Khantan di Chemor, Perak, majoriti orang ramai lebih teruja dengan ucapan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, dengan mereka bertepuk tangan dan bersorak penuh semangat.

Sementara itu, ada yang hanya menunggu Anwar - ahli politik berusia 75 tahun itu selesai menyampaikan ucapannya - supaya mereka boleh menjamu selera dengan hidangan tradisional Hakka percuma yang diperbuat daripada daun teh dan nasi.

“Walaupun saya yakin pengaruh Anwar memainkan peranan dalam peratusan keluar mengundi, orang datang untuk DAP.

“Saya tidak kisah apa yang dia (Anwar) katakan. Saya datang untuk 'lei cha',” sindir seorang yang hadir, namun enggan namanya disiarkan.

Walaupun masih awal, pencalonan Anwar sebagai calon perdana menteri daripada PH pada PRU15 akan datang tidak cukup untuk membantunya meyakinkan pengundi.

Adakah ini akan menyusahkan penyandang ahli parlimen Port Dickson itu, atau wajarkah dia kekal dengan gaya kempen ketika ini dan tidak menambahkan siri jelajahnya untuk menemui lebih ramai pengundi?

Rekod prestasi cemerlang di PD untuk menang di Tambun?

Tidak salah untuk mengatakan bahawa Anwar menggunakan 'rekod prestasi cemerlangnya' sebagai ahli parlimen Port Dickson, dengan berharap pengundi boleh membuat perbandingan dan mengundinya.

Salah satu perkara penting yang disebut berulang kali di hampir setiap acara sepanjang jelajah itu ialah dia memotong gaji selama dua bulan sebagai ahli parlimen semasa pandemik Covid-19 dan membelanjakan wang itu untuk membantu rakyat di kawasannya sebelum ini.
Walaupun kerusi Tambun boleh digunakan PH untuk menonjolkan calon perdana menteri mereka, harapan Anwar untuk bergantung kepada prestasinya di Port Dickson dalam menghadapi pertandingan pelbagai penjuru di kerusi majoriti Melayu itu boleh menjadi bumerang.

Bagaimanapun, Anwar mungkin mempunyai helah lain selepas hari penamaan calon pada 5 Nov.

Adakah nyanyian Anwar akan dianggap sumbang, atau adakah dia akan menyanyikan lagu mengikut rentak sama dengan pengundi Tambun? Hanya masa akan menentukan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/tepukan-gemuruh-di-tambun-tapi-adakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertanding Di Tambun Perangkap Untuk Kuburkan Anwar

Bertanding Di Tambun Perangkap Untuk Kuburkan Anwar

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 234 hits
Balqis Jazimah Zahariam hmetro com myIpoh Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Tambun tidak gentar dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke 15 ini Pengerusi Pemuda BN ...
Anwar For Tambun Cold Shoulder Vs Knight In Shining Armour

Anwar For Tambun Cold Shoulder Vs Knight In Shining Armour

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 213 hits
While Pakatan Harapan s Perak chapter welcomes Anwar Ibrahim s candidacy in Tambun it appears that voters in the parliamentary seat do not share the same sentiments Observations by Malaysiakini at the constituency found contrasting opinions...
Awani Tonight What S Anwar Strategy In Tambun

Awani Tonight What S Anwar Strategy In Tambun

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 242 hits
With Tambun shaping to be a battleground in GE15 what is Anwar Ibrahim s strategy as he goes head to head with incumbent Ahmad Faizal Azumu SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di htt...
Pilih Tambun Bermakna Anwar Seorang Yang Suka Cabaran

Pilih Tambun Bermakna Anwar Seorang Yang Suka Cabaran

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 221 hits
Pengerusi PH Anwar Ibrahim akhirnya memutuskan Parlimen Tambun sebagai kawasan yang akan ditandinginya pada PRU15 nanti Mengumumkan perkara di Konvensyen PH di Ipoh malam tadi Anwar berkata keputusannya memilih Tambun adalah bertujuan untuk...
Tujuan Anwar Beralih Ke Tambun Kuatkan Ph Sebelah Utara

Tujuan Anwar Beralih Ke Tambun Kuatkan Ph Sebelah Utara

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 206 hits
Anwar beralih ke Tambun kuatkan PH sebelah UtaraPosted By on October 22 2022Keputusan mengejut Pengerusi Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Tambun sebagaimana diumumkan semalam di...
Pru15 Umno Dijangka Letak Ketua Bahagian Di Tambun Lawan Anwar

Pru15 Umno Dijangka Letak Ketua Bahagian Di Tambun Lawan Anwar

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 427 hits
PRU15 Umno dijangka letak ketua bahagian di Tambun lawan Anwar Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 22 Oct 2022 11
Anwar Boleh Kempen Dari Penjara Tapi Najib Tak Boleh

Anwar Boleh Kempen Dari Penjara Tapi Najib Tak Boleh

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 219 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 21 2022 8 00 AMAnak perempuan Najib Razak Nooryana Najwa menyoal mengapa ketua pembangkang ketika dipenjarakan Anwar Ibrahim boleh berkempen untuk isterinya pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2015 Ka...
Pru15 Kerusi Panas Tambun Berjayakah Anwar Tawan Kubu Kuat Bn

Pru15 Kerusi Panas Tambun Berjayakah Anwar Tawan Kubu Kuat Bn

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 285 hits
Selama beberapa dekad Tambun terkenal dengan buah limau bali manis dan bukit bukau berbatu kapur Walau bagaimanapun dalam beberapa minggu akan datang Tambun akan menjadi gelanggang pertempuran politik utama Penyandang kerusi parlimen Tambun...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro

Traffic Reported Smooth On Major Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan