Pakatan Umno Pas Bersatu Mampu Tamatkan Karier Politik Anwar Di Tambun


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-October 27, 2022 12:36 PM
Mohd Zuhdi Marzuki berkata, jika Anwar Ibrahim kalah di Parlimen Tambun, ia juga akan menggagalkan usaha DAP untuk menjadikan Perak sebagai negeri ke-4 ditawan PH.
PETALING JAYA: Umno, PAS dan Bersatu perlu membentuk pakatan pilihan raya di Tambun jika mahu melihat karier politik Anwar Ibrahim “tersungkur” di Parlimen berkenaan, kata seorang pemimpin PAS.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Parlimen Tambun dan dua DUN di bawahnya, iaitu Hulu Kinta dan Manjoi, boleh ditawan oleh parti Melayu jika Umno memberi laluan kepada Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu bertanding di Tambun, calon Umno bertanding di Hulu Kinta dan calon PAS di Manjoi.

Tambun ialah kubu kuat Barisan Nasional (BN), namun jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) apabila Bersatu berada dalam gabungan PH ketika itu.

Bagaimanapun, Bersatu keluar daripada PH susulan Langkah Sheraton pada Februari 2020.

Parlimen Tambun kini dipegang Bersatu, menerusi Faizal, sementara DUN Hulu Kinta dan DUN Manjoi milik PH.

Zuhdi berkata, dalam situasi semasa, setelah Bersatu meninggalkan PH, sokongan pengundi Melayu yang tinggal kepada PH di Parlimen Tambun hanya sekitar 10% sahaja.

“Lagi 90% sokongan pengundi Melayu dengan BN atau PN. Sokongan pengundi Melayu seperti ini, yang sebahagian besarnya tidak berpihak kepada PH, boleh menyebabkan Anwar tersungkur.

“Yang menjadi halangan terbesar untuk melihat Anwar tersungkur di Parlimen Tambun ialah sokongan pengundi Melayu terbahagi, sebahagian kepada Umno dan sebahagian lagi kepada Bersatu.

“Sebab itu, formula untuk memastikan Anwar tersungkur di Parlimen Tambun ialah pakatan pilihan raya (electoral pact) antara Umno, PAS dan Bersatu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, jika Anwar kalah di Tambun, ia juga akan menggagalkan usaha DAP untuk menjadikan Perak sebagai negeri keempat ditawan PH selepas Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Perjalanan politik Anwar akan ternoktah dengan formula ini. Jika ini boleh berlaku, satu pertiga daripada punca krisis politik Malaysia yang tidak berkesudahan dapat dihilangkan,” tegasnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/pakatan-umno-pas-bersatu-mampu-tamatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tolak Ajakan Pas Bekerjasama Dengan Pn Untuk Mengalahkan Anwar Di Tambun

Umno Tolak Ajakan Pas Bekerjasama Dengan Pn Untuk Mengalahkan Anwar Di Tambun

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 158 hits
MalaysiakiniUmno tolak kerjasama tewaskan Anwar di Tambun laporanUmno dilaporkan menolak cadangan bekerjasama dengan PAS dan Bersatu di Tambun untuk menewaskan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan menamatkan kerjaya politiknya Laporan Free Malays...
Umno Yakin Mampu Tamatkan Pemerintahan 32 Tahun Pas Di Kelantan

Umno Yakin Mampu Tamatkan Pemerintahan 32 Tahun Pas Di Kelantan

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 288 hits
bharian com my Oktober 16 2022 10 27amAhmad Jazlan pada sidang media selepas Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Kota Bharu malam tadi NSTP NIK ABDULLAH NIK OMARKOTA BHARU Barisan Nasional yakin mampu merampas Kelantan daripada pem...
Umno Cuba Tamatkan Karier Politik Khairy Kata Pemerhati

Umno Cuba Tamatkan Karier Politik Khairy Kata Pemerhati

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 132 hits
UMNO cuba membunuh karier politik Khairy Jamaluddin dengan mencalonkan bekas ahli Parlimen Rembau itu sebagai calon bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada pilihan raya umum akan datang kata pemerhati Pakar politik bersetuju Khairy hampir ti...
Umno Tolak Kerjasama Tewaskan Anwar Di Tambun Laporan

Umno Tolak Kerjasama Tewaskan Anwar Di Tambun Laporan

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 170 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 28 2022 10 02 PMUmno dilaporkan menolak cadangan bekerjasama dengan PAS dan Bersatu di untuk menewaskan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan menamatkan kerjaya politiknya Laporan Free Malaysia Today memetik Setiaus...
Politik Tiada Kerjasama Tidak Bermakna Pas Umno Bermusuh

Politik Tiada Kerjasama Tidak Bermakna Pas Umno Bermusuh

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 111 hits
Keputusan Pas untuk memilih Perikatan Nasional sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 tidak bermakna parti itu bermusuh dengan UMNO kata Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan SUBSCRIBE now Astro Awani https www
Tuan Ibrahim Dedah Pas Akan Bekerjasama Dengan Umno Lepas Pru Pas Akan Khianati Bersatu

Tuan Ibrahim Dedah Pas Akan Bekerjasama Dengan Umno Lepas Pru Pas Akan Khianati Bersatu

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 113 hits
Pas beri bayangan kerjasama dengan UMNO tidak akan berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Kata timbalan presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ini kerana UMNO mendakwa parti itu tidak ada pendirian tetap Kata Tuan Ibrahim parti itu...
Bersatu Umno And Pas Too Obsessed With Issues Of Race And Religion

Bersatu Umno And Pas Too Obsessed With Issues Of Race And Religion

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 121 hits
When talking about the challenges PH faces in trying to win the fence sitter vote he said its rivals always fell on the tired trope of using race and religion to scare the Bumiputera into thinking the Opposition were trampling on their righ...
Anwar Bertanding Di Tambun Banyak Ketua Umno Bahagian Tolak Bertanding Pru 15 Kata Mb Perak

Anwar Bertanding Di Tambun Banyak Ketua Umno Bahagian Tolak Bertanding Pru 15 Kata Mb Perak

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 156 hits
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan terdapat beberapa Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang menolak untuk dicalonkan mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke 15 Namun Saarani yang juga Pengerusi BN Pera...
Pru15 Umno Dijangka Letak Ketua Bahagian Di Tambun Lawan Anwar

Pru15 Umno Dijangka Letak Ketua Bahagian Di Tambun Lawan Anwar

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 354 hits
PRU15 Umno dijangka letak ketua bahagian di Tambun lawan Anwar Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 22 Oct 2022 11
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Continuous Learning

Maksud Gaji Bersih Gaji Kasar Gaji Pokok Perbezaannya

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Hati Bersih Hidup Bahagia

Ai Team Talent Sementara Batch 3