Saya Tetap Tidur Lena Walaupun Anwar Tanding Di Tambun Kata Saarani


 
Menteri Besar sementara Perak, Saarani Mohamad berkunjung ke rumah keluarga K Devagi di Sungkai sempena Deepavali. (Gambar Bernama)TANJUNG MALIM: Umno dan Barisan Nasional (BN) Perak tidak pernah gentar berdepan dengan Anwar Ibrahim yang dipertaruhkan Pakatan Harapan (PH) sebagai calon di kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Saarani Mohamad berkata, jentera parti Umno dan BN telah lama melakukan pelbagai persediaan untuk berlawan habis-habisan dengan sesiapa sahaja termasuk calon ‘nama besar’ dari parti pembangkang.
“Saya juga percaya pengundi telah belajar daripada kesilapan (pada PRU14 yang lalu), takkanlah ‘orang’ Tambun begitu mudah tertipu dan terpedaya dengan Anwar yang telah ditolak oleh pengundi Melaka, Johor dan Sarawak pada pilihan raya negeri yang lalu.
“Keputusan PH meletakkan Anwar untuk bertanding di Tambun tidak membimbangkan saya, tidak juga membuatkan saya gusar atau tidak tidur malam kerana saya tahu jentera parti sudah bersiap sedia dan kami (BN) yakin akan meraih undi yang banyak pada PRU15 nanti,” katanya.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Saarani yang juga menteri besar sementara Perak bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program ramah mesra bersama keluarga K Devagi sempena sambutan Deepavali di Jalan Lama Kampung Chengai, Sungkai di sini hari ini.
Ditanya mengenai kemungkinan meletakkan Ketua Umno Bahagian Tambun, Aminuddin Md Hanafiah sebagai calon BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Saarani berkata keputusan mengenai perkara itu belum dimuktamadkan.
“BN ini ada kebijaksanaan yang tersendiri, kami akan umum bila tiba masanya dengan calon yang betul,” katanya.
Pada Sabtu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata Aminuddin dijangka dipilih BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun seperti dicadangkan Badan Perhubungan Umno Perak.
Pada PRU14, Ahmad Faizal Azumu yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR, menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon BN dan PAS, selepas meraih 38,661 undi dengan majoriti 5,320 undi.
Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai ura-ura meletakkan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki di kerusi Parlimen Gerik pada PRU nanti, Saarani berkata BN tidak akan meletakkan calon payung terjun.
“BN tidak akan mencipta masalah baharu, kami selesaikan masalah sedia ada dan jangan mencipta masalah baharu. Insya-Allah tidak ada calon payung terjun,” katanya.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kerusi Parlimen Gerik dijangka menyaksikan pertembungan antara dua pemimpin ‘muda’ Umno iaitu Asyraf Wajdi serta calon dari DAP iaitu Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Howard Lee Chuan How pada PRU15.
Pada PRU14, calon BN, Hasbullah Osman yang meninggal dunia pada November 2020 memenangi kerusi Parlimen Gerik dengan majoriti sebanyak 5,528 undi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/10/saya-tetap-tidur-lena-walaupun-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tambun Akan Jadi Tapak Saya Bukan Gelanggang Bunuh Karier Kata Anwar

Tambun Akan Jadi Tapak Saya Bukan Gelanggang Bunuh Karier Kata Anwar

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 259 hits
freemalaysiatoday com October 31 2022 8 00 AMPada PRU15 Anwar Ibrahim yang juga calon perdana menteri PH dijangka bertembung di kerusi Parlimen Tambun dengan penyandangnya Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu PETALING JAYA Pengerusi...
Anwar Sah Tanding Di Tambun Sumber

Anwar Sah Tanding Di Tambun Sumber

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 268 hits
malaysiakini comPengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sah akan bertanding di kerusi parlimen Tambun Perak pada Pilihan Raya Umum ke 15 Sumber sumber yang rapat dengan presiden PKR itu mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini sebentar t...
Anwar Tanding Di Tambun Jadi Calon Perdana Menteri Ph

Anwar Tanding Di Tambun Jadi Calon Perdana Menteri Ph

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 233 hits
Shaq Ismail dan Danial AzharIPOH Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke 15 Anwar ketika mengumumkan dirinya akan bertanding di kerusi itu berkata beliau tidak memilih kawa...
Ph Tanding Semua 25 Kerusi Parlimen Sabah Labuan Kata Anwar

Ph Tanding Semua 25 Kerusi Parlimen Sabah Labuan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 203 hits
Pakatan Harapan akan bertanding semua 25 kerusi Parlimen di Sabah dan Labuan pada pilihan raya umum kata pengerusinya Anwar Ibrahim Beliau berkata calon gabungan itu akan mula diumumkan pada 28 Okt ini Jumlah kerusi PH akan tanding di Sabah...
Riwayat Politik Anwar Akan Berakhir Di Tambun Kata Pengarah Komunikasi Bn

Riwayat Politik Anwar Akan Berakhir Di Tambun Kata Pengarah Komunikasi Bn

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 319 hits
agendaily com25 10 2022Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah Tindakan berani Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil risiko bertanding di Parlimen Tambun bakal mengundang padah kata Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah Pengarah Komunikasi Barisan Nasi...
Anwar Bertanding Di Tambun Banyak Ketua Umno Bahagian Tolak Bertanding Pru 15 Kata Mb Perak

Anwar Bertanding Di Tambun Banyak Ketua Umno Bahagian Tolak Bertanding Pru 15 Kata Mb Perak

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 212 hits
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan terdapat beberapa Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang menolak untuk dicalonkan mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke 15 Namun Saarani yang juga Pengerusi BN Pera...
Pakatan Pertimbang Permintaan Agar Wan Azizah Tanding Pru15 Kata Anwar

Pakatan Pertimbang Permintaan Agar Wan Azizah Tanding Pru15 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 189 hits
PAKATAN Harapan akan mempertimbangkan permintaan sayap Wanita PH yang mahu Pengerusi Majlis Penasihat PKR Wan Azizah Wan Ismail bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata beliau maklum mengenai
Bye Bye Zuraida Beralih Ke Tambun Kerana Mahu Tawan Kawasan Baharu Kata Anwar

Bye Bye Zuraida Beralih Ke Tambun Kerana Mahu Tawan Kawasan Baharu Kata Anwar

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 212 hits
October 29 2022 5 00Anwar Ibrahim berkata Parlimen Permatang Pauh dan Port Dickson yang dimenanginya dahulu sudah kukuh untuk meneruskan rentak kemenangan KUALA LUMPUR Presiden PKR Anwar Ibrahim menjelaskan pemindahannya ke kerusi Parlimen ...
Anwar Jadi Panglima Ajar Pimpinan Jangan Pilih Kawasan Selamat Kata Farhash

Anwar Jadi Panglima Ajar Pimpinan Jangan Pilih Kawasan Selamat Kata Farhash

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 223 hits
October 25 2022 Bekas ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya Pakatan Harapan bagi Parlimen Tambun PETALING JAYA Keputusan Anwar Ibrahim bertanding di Tambun merupakan langka...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet