Buffet Ramadan Kl 2019 Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel
Buffet Ramadan KL 2019 - Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel | Biasanya dah dekat dekat bulan Ramadan ni, mesti ada yang tercari-cari buffet Ramadan kan?
Okay, kali ni Fadzi nak kongsikan dengan korang buffet Ramadan di Kuala Lumpur yang korang boleh cuba untuk berbuka puasa nanti. Yang Fadzi nak kongsikan kali ini adalah Bazaria Buffet Dinner by The Boulevard St Giles Hotel.
Buffet Ramadan KL 2019 - Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel Dengan bertemakan Alfresco Dining by the poolside, korang akan berpeluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa berbumbungkan langit di tepi kolam. Fuh! Boleh bayangkan? Nampak best kan?
Nanti mereka akan menyediakan BBQ berkonsepkan open air dengan beberapa stall yang menyajikan pelbagai pilihan makanan tradisional serta kuih muih Melayu di sekeliling kolam renang.
Yang Fadzi suka tentang Bazaria Buffet Dinner ini adalah lokasinya. Bazaria Buffet Dinner ini akan diadakan di Wild Rice Restaurant. Restaurant ini terletak di tingkat 9 di The Boulevard St Giles Hotel.
The Boulevard St Giles ni sangat senang nak pergi. Sebabnya ia terletak di Mid Valley. Naik bas boleh, naik Grab boleh, naik teksi pun boleh, nak drive sendiri lagi lah boleh.
Signature Dish Wild Rice Restaurant Dekat Wild Rice Restaurant ni, signature dish dieorang adalah Sup Gear Box Utara. Rasa dia memang terangkat. Bau dia pun memang sedap.
Ada 20 jenis condiments yang korang boleh makan dengan sup gear box ni. Antaranya adalah:Mee hoonTulang gear boxDagingParu-paruUrat DagingPerut lembuHati lembuLidah lembuBebola dagingLobak masinTauhuTaugeBawang gorengDaun bawangDaun supLimau kasturiRoti bengaliCili kicapCili sambal merahCili hijau
20 condiments yang korang boleh pilih untuk makan dengan sup gear box tu nanti.
Dalam mangkuk ni ada mee hoon, tauhu, daging dan ha segedebuk tulang gear box.
Menu Istimewa Bazaria Buffet Dinner Wild Rice RestaurantSelain daripada signature dish dieorang - Sup Gear Box, Fadzi cadangkan jugak korang cuba menu-menu yang sedap seperti:Ekor Asam PedasUdang Sambal PetaiAyam Kepak MaduSerawa DurianDurian ABC
Dekat mana lagi yang buat ABC Durian masa buffet Ramadan nanti? Dekat Bazaria Buffet The Boulevard Hotel ni dah confirm memang ada dah. Fadzi dapat rasakan yang ABC Durian ni akan jadi hote stuff masa bulan Ramadan dekat hotel ni nanti.
Menu-menu dekat atas ni memang Fadzi suka. Dan ini menu yang Fadzi sangat sangat cadangkan korang kena cuba. Jangan tertinggal satu pun menu dekat atas ni tau.
Pilihan Menu Bazaria Buffet Dinner Wild Rice RestaurantSebenarnya banyak lagi menu-menu yang korang boleh cuba masa berbuka puasa dekat sini nanti. Korang boleh cuba aneka ulam-ulaman dan aneka kerabu sebagai pembuka selera.
Menu utama pula, korang boleh cuba nasi briyani, ayam rendang pucuk ubi dan terung berlada.
Nasi briyani
Lauk pauk Melayu
Ketupat palas dan lemang
Untuk menu BBQ, pilihan yang ada adalah seperti ayam percik, kambing bakar berempah dan aneka ikan bakar.
There's always room for dessert. Betul tak? Dah makan kenyang-kenyang, mesti nak cuci mulut dengan hidangan yang manis-manis kan. Kalau Fadzi, tak makan pencuci mulut, memang tak sah.
Antara hidangan pencuci mulut yang ada seperti aneka jeli, kuih muih Melayu, aneka puding, sago gula Melaka, tapai ubi dan tapai pulut.
Aneka jenis jeli. Yang atas sekali tu sedap. Yang tu Sago Gula Melaka. Rasa lemak manis dia cukup.
Pelbagai jenis kuih muih Melayu yang dihidangkan. Bukan ini saja sebenarnya. Ada lagi beberapa kuih muih yang lain.
Serawa durian. Boleh makan dengan roti.
Antara pilihan air minuman yang boleh korang pilih nanti.
Harga Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel Harga untuk Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel adalah seperti di bawah.
Dewasa RM98.00+Kanak-kanak RM48.00+
Harga kanak-kanak bermula umur 6 hingga 12 tahun.
Tapi yang bestnya, kalau korang beli awal, korang boleh dapat harga early bird. Korang cuma perlu bayar 1 harga tapi boleh makan untuk 2 orang. Korang kena cepat sebab harga 1 untuk 2 orang tu cuma sah untuk 100 voucher saja.
Korang boleh mula berbuka puasa di Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel pada waktu seperti di bawah.
12 hingga 30 Mei 20197.00 hingga 10.00 malam
Untuk tempahan atau pun sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi:
Wild Rice Restaurant, Level 9,The Boulevard - A St Giles Hotel03-22958124/
[email protected]Fadzi sendiri tak sabar nak tunggu untuk berbuka puasa dekat sini bulan Ramadan nanti. Sebabnya nak makan makanan yang sedap-sedap terutamanya serawa durian dan durian ABC tu.
Tambah lagi nak merasa berbuka puasa dengan konsep open air. Siap ada open air BBQ. Memang rare habis. Jarang-jarang ada hotel nak buat konsep berbuka puasa macam ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fadzirazak.com/2019/04/buffet-ramadan-kl-2019-bazaria-buffet.html