Buffet Ramadhan Di Sama Sama Hotel Klia 2019
Buffet Ramadhan di Sama-Sama Hotel Klia bertemakan Gerbang Pesona Malaysia. datang lagi. Perasaan tidak sabar terus menerpa dalam diri. Rasa kerinduan untuk bertemu dengan ramadhan. Pada masa yang sama jua, mata terus mencari-cari resepi yang enak untuk dimasak. Tidak kurang juga dengar rakan-rakan dah mula berbincang untuk berbuka puasa di luar. Raja Buah Menggamit Datang. Berbuka puasa disini amat menggembirakan jiwa. Salah satu sebabnya disini adalah antara Buffet Ramadhan yang menyediakan buffet durian. Jadi, penggemar durian berpeluang menikmati Raja Buah yang dikopek segar oleh chef bertugas. Tapi Un, kopek sendiri sahaja. hehee Menu di Buffet Ramadhan di Sama-Sama Hotel Klia 2019 Un rasakan masakan disini amat menarik dengan adunan dan hasil masakan seperti masakan ibu dan ianya amatlah mempersonakan. Malah, mata yang memandang setiap menu yang terhidang juga takkan menafikan bahawa ianya amat menyelerakan disamping rasa yang memikat jiwa. Menu pilihan Un adalah; Sotong Kangkung, Rojak Buah, Nasi Goreng Udang, Udang Butter, Kari Kambing dan dessert yang semuanya sedap. Antara menu lain yang menggamit untuk pengunjung datang dan menikmati juadah disini pula adalah ; Gulai Lemak Siput Sedut dari Malaysia, Nasi ayam Hainan darip Singapura, Nasi Ambeng dari Indonesia, Omelet Oyster dari Taiwan, Daging masak Kaldareta dari Filipina dan banyak lagi. Menurut jurucakap hotel, Cik Puan Nora Jaswa, ” Menu disini special kerana makanan dan masakan adalah tidak menggunakan perisa atau msg. Ianya adalah masakan yang bersih tanpa msg.” Bunga Tulip Sempena Hari Ibu Khas Bagi Pengunjung Yang Datang ke Buffet Ramadhan di Sama-Sama Hotel Klia 2019. Manakala pada bulan ramadhan nanti, chef di Sama-Sama Hotel KLIA juga akan turut menyediakan hidangan secara langsung di gerai “Live-Stall” dan antara menu yang akan disediakan secsra live adalah Kambing Golek, Ikan Bakar,apam balik, cendol dan pelbagai lagi. Ramadhan tahun ini istimewa, malah lebih istimewa apabila Hari Ibu yang diraikan pada 12 Mei juga jatuh pada bulan ramadhan. Pihak Sama-sama Hotel KLIA , ingin meraikan kaum ibu dengan menyerahkan sekuntum bunga Tulip yang diterbangkan khas dari Belanda khas bagi para ibu yang datang pada 12 Mei 2019. Ini adalah sebahagian daripada sokongan berterusan Hotel bagi Malaysia Airports Holdings Berhad bersama-sama dengan KLM Royal Dutch Airlines. Selain itu, keistimewaa lain yang membuatkan Un juga teruja adalah wall design sempena ramadhan ini dengan tema Gerbang Pesona Malaysia mereka membawakan dekorasi yang diinspirasikan dari era zaman Melayu tradisional, dan disulami dengan seni bina ikonik negara sekitar ruang legar Hotel di Tingkat 1. Tetamu juga berpeluang menyimpan memori Instagram dengan dekorasi pop-up 2D (wall to wall), lengkap dengan prop dan alatan sampingan berkonsepkan gerai jualan. Secara overall, idea dan konsep serta menu yang disediakan, Un personally bagi 5🌟. Tahniah Sama-Sama Hotel KLIA kerana sentiasa ingin berikan yang terbaik kepada pengungjung dan tetamu sempena Ramadhan tahun ini. Promosi Buffet Ramadhan di Sama-Sama Hotel Klia 2019 Buffet ramadhan di Sama-Sama Hotel KLIA akan bermula pada jam 6petang sehingga jam 10malam. Early Bird; RM105, Harga Biasa Rm145.Pihak hotel juga menyediakan tempahan banquet atau kumpulan bagi 50orang dan ke atas. Bilik jamuan khas akan disediakan bagi memastikan pengunjung dapat berbuka puasa dengan selesa dan lebih intim bersama keluarga, sahabat handai dan rakan perniagaan. Maklumat lanjut : Email : sales@samasanahotels com +6038787 333
The post Buffet Ramadhan di Sama-Sama Hotel Klia 2019 appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/04/buffet-ramadhan-di-sama-sama-hotel-klia-2019/