Buat Apa Saja Asalkan Susu Cukup Hanya Minum Air Pam Berkala Dr Halina Kongsi Tip Susukan Anak Kembar
Menyusukan seorang anak pun sudah terasa kepenatannya, inikan pula menyusukan anak kembar. Kegigihan dan kecekalan hati isteri Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina Yunos menyusu dua anak kembarnya sememangnya amat dikagumi.
Lebih-lebih lagi terpaksa bekerja dan fokus pada tanggungjawab dikala negara berdepan pandemik. Bukan satu hal yang mudah. Pastinya sebuah kekuatan yang dibawakan oleh ibu cekal ini.
Menerusi beberapa entrinya di Instagramnya jelas menunjukkan kekuatan yang dibawanya. Tidak hanya berjaga malam menyusukan anak, bahkan asal ada waktu terluang sahaja, ibu kepada enam orang cahaya mata ini cepat-cepat mengepam susu untuk stok Eusoff dan Emelia.
Kata Dr Halina, dia kini masih lagi menyusukan kedua kembarnya yang kini sudah pun berusia sembilan bulan.
“This is how I drive my car.. and I believe many others are doing the same. Bila nampak roadblock. Kelam kabut cari nursing cover 😀 Time waits for no woman,” kongsi Dr Halina menerusi sekeping gambar yang dikongsikannya ketika memandu kereta.
View this post on Instagram
A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina)
Asal ada waktu terluang, walaupun di dalam kereta, stok susu harus terus dibekalkan buat kedua anak kembarnya. Memang terbaik!
Kongsi tip penyusuan
Menerusi entri terawalnya selepas kelahiran Eusoff dan Emelia, Dr Halina juga turut berkongsi beberapa tip dan panduan untuk penyusuan ibu. Malah turut berkongsi tip penyusuannya ketika menyusukan Noah dan Adam menerusi blog peribadinya, BarelySupermommy. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
View this post on Instagram
A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina)
Petua lain melalui pengalaman saya…
Minumlah air yang banyak. Bahan utama susu adalah air. Bagaimana kita nak hasilkan susu kalau kita sendiri mengalami dehidrasi. Hanya minum, bawa air ke tempat kerja, simpan sebotol di mana sahaja yang mudah dicapai.
Sekarang ni saya minum 5L sehari untuk jaga kesihatan diri dan hasilkan susu! Jangan tanya saya berapa kali saya kencing haha..saya akan buat apa saja untuk pastikan saya mempunyai cukup susu untuk anak-anak saya.
Pam lah secara berkala, tak kisah walaupun ada di rumah atau ibu bekerja. Sebab apa penting? Untuk hasilkan lebih banyak susu, payudara kita perlu dikosongkan selepas menyusu.
Payudara kosong akan beri isyarat kepada otak kita untuk hasilkan lebih banyak susu (otak tak hasilkan susu tetapi otak melepaskan prolaktin, hormon yang beritahu kelenjar susu kita sebagai kelenjar payudara untuk hasilkan lebih banyak susu).
Selama tiga bulan pertama, saya biasa mengepam lepas bagi makan anak kembar saya. Saya tahu saya tak akan dapat banyak pun, mungkin 0.5oz. Dalam jangka masa panjang, percayalah, anda akan dapat lebih banyak susu, in shaa Allah.
Adakah saya masih minum kopi masa menyusu? Ya, saya kurang minum kopi masa mereka kecil sebab bayi kita akan terkena kesan kafein, melalui susu ibu. Ada waktu mereka susah nak tidur jika ibu minum kopi. Saya perasan ni masa Adam dan Noah kecil lagi.
Saya harap, dengan berkongsi pengetahuan saya, saya dapat membantu ibu dalam perjalanan penyusuan anda. Saya mungkin menulis entri lain mengenai mengepam susu pula, in shaa Allah,” kongsinya lagi.
Menarik: Kecewa Tapi Reda Demi Baby Sayf, Terpaksa Campur Susu Redakan Kuning Anak, Kini Yatt Syukur Susu Melimpah
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021. Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @drhalina & barelysupermommy.com
The post “Buat Apa Saja, Asalkan Susu Cukup” Hanya Minum Air & Pam Berkala, Dr Halina Kongsi Tip Susukan Anak Kembar! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/buat-apa-saja-asalkan-susu-cukup-hanya-minum-air-pam-berkala-dr-halina-kongsi-tip-susukan-anak-kembar/