Minum Susu Kambing Setiap Hari Susu Pekat Banyak Dua Dua Anak Tak Hisap Botol
“Menyusukan anak kita perlu enjoy..” Ini antara tip yang dipegang oleh ibu muda yang juga seorang influencer, Shazwanie Yazip yang berjaya menyusukan anak sulungnya sehingga dua tahun secara eksklusif dan kini sedang menyusu pula anak kedua berumur 5 bulan.
Berkongsi pengalaman penyusuannya kepada Pa&Ma, Shazwanie atau mesra dipanggil Wanie menyatakan sebagai ibu muda kadang-kadang ada juga rasa stres. Tambah lagi ketika baru menimang cahaya mata pertama sebelum ini.
“Dengan tiada ilmu tetapi memang berniat nak menyusu anak, banyak saya belajar dari anak pertama, Lashira. Walaupun waktu itu rasa hampir berputus asa, bila tengok anak menyusu, kita rasa macam satu kepuasan pula.
“Sedar tak sedar, berjaya juga menyusu Lashira sehingga usianya dua tahun sebelum mengandung anak kedua. Selepas kelahiran anak kedua, alhamdulillah setakat ini susu masih lagi meriah seperti kakaknya dulu,” katanya.
Amalkan minum susu kambing
Tambah Wanie lagi, ramai juga yang bertanya apa tip yang saya amalkan untuk susu sentiasa ada walaupun tengok saya kurus je.
“Bila orang tanya jawapan saya hanya amalkan minum susu kambing setiap hari dari mula-mula mengandung anak pertama sehinggalah sekarang. Memang ini amalan yang tak pernah saya tinggalkan dan minum tiga kali sehari iaitu pagi, petang dan malam.
“Selain susu kambing, kurma juga antara menu wajib yang saya ambil sebagai snek harian kerana ia antara yang membantu susu meriah dan berikan mood kita sentiasa happy. Bukan itu saja, sepanjang menyusu juga saya tak pernah nak diet. Mungkin ini juga yang menyebabkan pengeluaran susu sentiasa banyak.
“Nasi memang diambil setiap hari. Tak ada pantang-pantang pun. Walaupun makan banyak, mungkin sebab menyusu, jadi berat tak pernah naik mendadak. Ini je rahsia saya,” ujarnya.
Elak makan masam, kurangkan pedas
Kongsi Wanie lagi, walaupun semua makanan diambil, ada juga sesetengah makanan seperti yang masam dan pedas dielakkan. Bukan apa pernah sebelum ini ambil dua jenis makanan ini, anak cirit birit.
Jadi terpaksa beringat juga jenis makanan yang diambil sebab kesannya pada anak lepas minum susu. Jadi jika teringin sangat ambillah sikit untuk rasa.
Tak pernah buat stok susu
Sementara itu, sepanjang menyusukan Wanie menjelaskan dia tak pernah pun pam susu untuk buat stok. Semuanya diberi secara terus mengikut waktunya. Memang tak ada istilah stok susu.
“Mungkin juga sebab Wanie kerja dari rumah dan anak-anak sentiasa ada bersama. Jadi stok susu itu memang tak pernah buat. Walaupun penat anak asyik mengempang tapi seronok.
“Lenguh badan, tak cukup tidur tu biasa tapi sebab kita betul-betul bertekad semua itu jadi mudah. Pernah juga berikan anak susu Wanie yang diletakkan dalam botol tetapi anak terus menolaknya. Bila hisap hanya main-main dan meleleh di tepi bibir,” katanya.
Imun badan anak jadi kuat
Lagi satu Wanie tengok, keajaiban susu ibu ini anak-anak Wanie memang jarang sakit. Jika nampak dia tak sihat, mula nak demam, Wanie akan banyakkan dia menyusu pada hari berkenaan dan sentiasa peluk.
Mungkin ini kebetulan tapi memang Wanie bersyukur sangat-sangat. Bukan saja anak dapat menyusu, hubungan anak dengan kita pun jadi rapat.
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be! Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021. Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.
Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Minum Susu Kambing Setiap Hari, Susu Pekat & Banyak! Dua-Dua Anak Tak Hisap Botol appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/minum-susu-kambing-setiap-hari-susu-pekat-banyak-dua-dua-anak-tak-hisap-botol/