Pkpd Anak Kecil Minum Air Sungai Untuk Tidur 23 Kampung Didakwa Belum Terima Makanan


Antara keadaan rumah orang Asli - Gambar Ramesh


Penduduk Orang Asli di 23 lokaliti dalam daerah Batang Padang, Mukim Bidor, Ipoh yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak tiga hari lalu dilaporkan belum menerima sebarang bantuan makanan.

Pengasas Koperasi Pembangunan Orang Asli, Ramesh Arumugam Chettiar mendakwa, kesemua penduduk di perkampungan tersebut kini terputus bekalan makanan dan berada dalam kelaparan.

Justeru, Ramesh mempersoalkan tindakan pihak berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang seolah-olah bersifat berat sebelah terhadap kebajikan masyarakat pribumi itu.

"Setakat pukul 3.30 petang hari ini, mereka belum menerima bekalan makanan.

"Hampir 99 peratus Orang Asli di semua kampung ini, sudah tiga hari tidak makan sebab mereka tiada dana untuk membeli makanan dan disimpan sebelum PKPD dilaksanakan.

Ramesh mendakwa kesemua penduduk di 23 lokaliti yang dikenakan PKPD terputus bekalan makanan, dan berada dalam kelaparan - Gambar ihsan Ramesh "Anak-anak kecil minum air sungai untuk tidur. Jadi, kenapa Orang Asli dianaktirikan padahal ini pribumi? Mana badan bukan kerajaan (NGO) yang selama ini nak sangat bantu masyarakat, semua hilang?," katanya hari ini.

Terdahulu, kerajaan memutuskan melaksanakan PKPD di 23 perkampungan Orang Asli suku Semai di daerah Batang Padang selama 14 hari bermula 11 hingga 24 Ogos depan.

Pelaksanaan PKPD tersebut dianggarkan melibatkan 1,159 penduduk.

Sementara itu, Bernama pada Jumaat melaporkan sebanyak 400 bakul makanan akan dihantar ke kawasan perkampungan Orang Asli tersebut, manakala 800 lagi bakul makanan dihantar pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ramesh mendakwa tindakan melengah-lengahkan penghantaran bekalan makanan menyebabkan ada penduduk perkampungan Orang Asli berkenaan terpaksa masuk ke hutan untuk mencari sumber makanan. "Bila masuk hutan dan terjumpa dengan budak-budak dari kampung lain, (kemungkinan jangkitan) akan merebak," ujarnya.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan membiarkan Orang Asli menjalani kuarantin di rumah bersama ahli keluarga.

Katanya, tindakan sedemikian boleh memberikan risiko kepada ahli keluarga lain memandangkan kebanyakan rumah penduduk Orang Asli adalah bersaiz kecil.

"Setakat semalam, Ketua Polis Perak (Datuk Mior Faridalathrash Wahid) telah beri kenyataan seramai 784 orang positif, sementara lapan kematian. Persoalan saya kenapa mereka tidak dikuarantin atau diasingkan?

"Selain itu, budak-budak yang pakai gelang dan positif bermain bola sepak bersama di dalam kampung. Selepas itu, yang pakai gelang merah semua mandi sungai bersama-sama, kenapa jabatan yang dipertanggungjawabkan tidak masuk ke kawasan PKPD untuk memberikan penerangan?" dakwanya lagi.

Sehubungan itu, Ramesh menggesa semua agensi dan pihak berkaitan agar memperkasakan koordinasi dan memberikan penerangan jelas kepada komuniti Orang Asli bagi mengelakkan mereka berasa takut, termasuk melibatkan ujian saringan COVID-19.

Astro AWANI sedang cuba mendapatkan respons daripada pihak berwajib berkenaan perkara tersebut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/pkpd-anak-kecil-minum-air-sungai-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Apa Saja Asalkan Susu Cukup Hanya Minum Air Pam Berkala Dr Halina Kongsi Tip Susukan Anak Kembar

Buat Apa Saja Asalkan Susu Cukup Hanya Minum Air Pam Berkala Dr Halina Kongsi Tip Susukan Anak Kembar

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 402 hits
Menyusukan seorang anak pun sudah terasa kepenatannya inikan pula menyusukan anak kembar Kegigihan dan kecekalan hati isteri Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina Yunos menyusu dua anak kembarnya sememangnya amat dikag...
Kenapa Anda Dilarang Menjerit Ketakutan Dihinggapi Lipas Ketika Ada Bersama Anak Kecil

Kenapa Anda Dilarang Menjerit Ketakutan Dihinggapi Lipas Ketika Ada Bersama Anak Kecil

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 293 hits
Cuba bayangkan ketika berbual dengan kawan kawan Tiba tiba datang terbang seekor lipas besar singgah di badan salah seorang kawan Dia lalu menjerit kuat Dilibas libas tangannya cuba hapuskan lipas yang singgah di belakangan badannya itu Dia...
Video Nama Kakak Sarah Shuib Kongsi Cerita Anak Kecil Mimpi Berjumpa Siti Sarah

Video Nama Kakak Sarah Shuib Kongsi Cerita Anak Kecil Mimpi Berjumpa Siti Sarah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 601 hits
Sejak beberapa hari pemergian Allahyaham Siti Sarah pelbagai berita dan kisah tentang kebaikan allahyarham yang diceritakan di media massa
Air Mata Siti Sarah Tatapan Terakhir Shuib Dan Anak Anak

Air Mata Siti Sarah Tatapan Terakhir Shuib Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 377 hits
Air mata Siti Sarah tatapan terakhir Shuib dan anak anak Malam tadi adalah detik terakhir saya dan anak anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa dengan bantuan jururawat dan doktor Itu kata Shuib mengenai panggilan video dia ber...
Jangan Tidur Lama Lama Sayang I Anak Anak Rindu You Shuib Mohon Terus Doakan Sarah

Jangan Tidur Lama Lama Sayang I Anak Anak Rindu You Shuib Mohon Terus Doakan Sarah

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 304 hits
Hanya Allah yang tahu bagaimana leganya hati seorang lelaki bernama Shuib setelah bayi pramatang mereka yang selamat dilahirkan semalam kini menunjukkan perkembangan yang cukup positif
Sekiranya Anak 2 Tahun Belum Sambung Ayat Lagi Skil Ini Kena Tengok Boleh Ke Belum

Sekiranya Anak 2 Tahun Belum Sambung Ayat Lagi Skil Ini Kena Tengok Boleh Ke Belum

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 332 hits
Sepatutnya umur berapa anak saya akan mula bersedia nak menyambung ayat Ini antara yang ramai ibu bapa nak tahu kan Di awal usia anak setahun biasanya anak akan mula mengeluarkan satu patah perkataan Perkembangan ini dah dianggap normal Con...
Hiburan Anak Cantik Nak Salahkan Siapa Didakwa Jual Anak Abby Abadi Beri Respon

Hiburan Anak Cantik Nak Salahkan Siapa Didakwa Jual Anak Abby Abadi Beri Respon

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 273 hits
Pelakon Abby Abadi menyedari terdapat tuduhan yang mengatakan dia menggunakan kecantikan anak keduanya Marissa Dania Hakim sebagai pelaris perniagaan yang diusahanya pada ketika ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAbby atau nama sebenarnya A...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle