Memang Ada Rasa Nak Give Up Susukan Anak Kepayahan Yang Berbaloi Tasha Manshahar Kongsi Cerita


Perjalanan menyusukan anak memang tidak mudah. Memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjayakan penyusuan dengan baik dan lancar. Sama seperti kita, Tasha Manshahar juga mengakui pengalamannya menyusukan anak sulungnya Muammar tidak mudah.
Malah kata Tasha lagi, dia yang ketika itu bekerja mengakui pengalaman menyusukan anak ketika bekerja agak mencabar, malah menuntut lebih masa. Namun dia bersyukur Allah mempermudahkan urusan penyusuannya dengan baik sehingga dapat menyusukan Muammar seminggu sebelum masuk usia dua tahun, seperti yang diimpikannya sejak dia hamil anak pertama lagi.

“Sejujurnya journey menyusukan Muammar bukan mudah, sebab Tasya tak pernah ada pengalaman sebelum itu, menyusukan baby dan lagi pulak tak dibesarkan sepenuhnya menyusukan badan.
” Dulu masa mummy Tasha pun dia tak dapat menyusukan Tasha masa kecil sebab masa dulu kurang ilmu mengenai penyusuan dan dia sendiri tak dapat menyusukan Tasha sampai umur dua tahun. Hanya beberapa bulan yang awal saja, lepas tu Tasha dah minum susu formula sepenuhnya.

” Jadi nak minta ilmu dan knowlegde pun mummy kata dia tak tahu sebab tak ada pengalaman nak menyusu. Tapi alhamdulillah sekarang ini ada banyak ilmu dan sampaikan mummy Tasha sampai impress dan cakap “bestnya susu meriah macam ni dapat susukan anak, mummy dulu tak dapat merasa macam ni”. Sampai macam tu sekali,” kata Tasha berkongsi.

Lepas seminggu baru susu keluar
Malah kata pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu lagi, pada awalnya dia menghadapi masalah ketika menyusukan Muammar. Dan selepas seminggu barulah susu keluar seperti biasa.
“Jadi awal-awal memang Tasha campur formula dulu sebab masa mula-mula susu Tasha tak keluar. Lepas seminggu baru susu kolostrum tu keluar. Itu pun sebab ada bidan tolong ajarkan dan urut untuk rangsang susu keluar dan sebagainya. Kalau tak memang Tasha tak tahu macam mana nak susukan anak.
“Walaupun pada awalnya memang dah niat nak susukan sampai umur dua tahun. Bila niat macam tu, Allah mudahkan jalan. Mulanya memang ada rasa nak give up tapi ada saja jalan Allah nak bagi untuk Tasha terus susukan Muammar. Contohnya Muammar tak nak minum susu botol, tak nak susu formula dan sebagainya, jadi nak tak nak Tasha kena adakan juga supaya dapat susukan Muammar.

“Memang struggle masa mula-mula, sebab tak ada pengalaman dan tak ada ilmu. Tasha pula waktu tu tengah bekerja. Jadi nak kena pam susu. Bagi Tasha mengepam susu tu memang struggle pada Tasha. Tasha lagi prefer direct feed sebab pam tu memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi. Jadi Tasha memang salute sangat-sangat mommy yang jaga waktu dia untuk mengepam susu. Memang salute!

Anak nak direct feed sahaja
” Saya jadi stress sebab nak kejarkan kelas, Muammar pulak tak nak hisap susu botol, nak direct feed. Lepas setahun dia lagi kerap menyusu waktu malam, jadi saya penat. Memang penat tapi saya rasa berbaloi dan puas hati.
” Pengalaman paling mencabar bila Muammar tak minum stok susu yang Tasha pam. Tasha dah buat macam-macam cara tapi Muammar memang tak nak. Agak payah waktu tu. Apa yang Tasha buat, Tasha pam dulu sebelum pergi kerja. Stok susu yang Tasha simpan selama ni dibuang macam tu saja bila Muammar nak direct feed sahaja.

” Penat dan sedihnya tak payah cakaplah, tapi bayaran dia adalah kepuasan kita nampak anak kita membesar dengan sihat, jarang sakit dan kita nampak bonding dengan dia tu masyallah luar biasa, jadi Tasya rasa berbaloi.
“Untuk anak kedua ni, disebabkan ada pengalaman insyallah rasanya tidak sesusah dengan Muammar dulu. Apa kesilapan dulu Tasha dah tahu kali ini, insyallah Allah mudahkan.
“Sekarang ni pulak dah ramai konsultan dan ramai yang share pasal penyusuan, insyallah boleh membantu,” kongsinya.

 
Jangan putus asa
Kata Tasha lagi jangan putus asa bila Allah tak rezekikan kita untuk susukan anak. Apa yang penting kata Tasha adalah anak kita sihat.
“Apa yang penting bagi Tasha adalah niat kita. Kita niatkan awal-awal untuk susukan anak insyallah Allah mudahkan.

” Bagi Tasha semua ibu nak anak sihat, bagi yang tak ada rezeki nak susukan anak dengan susu ibu tak mengapa, asalkan anak kita sihat itu sudah memadai. Kalau ada yang nak terus berusaha, carilah ilmu sebanyak mungkin mengenai penyusuan bayi dan doa pada Allah untuk susu yang mencukupi dan berkat untuk anak kita, insyallah,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Tasha yang mengumumkan kehamilan keduanya pada awal Syawal yang lalu mengharapkan rezekinya untuk menyusukan anak keduanya kali ini dipermudahkan Allah SWT.
Menarik: Masa Si Kembar Baru Lahir Mereka Menyusu Lebih 1-2 Liter Sehari, Dr Tengku Ezulia Kongsi Tip Banyakkan Susu

Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021.
Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya.
Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @tashamanshahar
The post “Memang Ada Rasa Nak Give Up Susukan Anak” Kepayahan Yang Berbaloi, Tasha Manshahar Kongsi Cerita! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/memang-ada-rasa-nak-give-up-susukan-anak-kepayahan-yang-berbaloi-tasha-manshahar-kongsi-cerita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balik Hotel Setiap 2 Jam Nak Susukan Anak Fiza Frizzy Cekal Susukan Anak Sampai Umur 2 Tahun

Balik Hotel Setiap 2 Jam Nak Susukan Anak Fiza Frizzy Cekal Susukan Anak Sampai Umur 2 Tahun

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 330 hits
Tidak semua merasa rezeki untuk menyusukan anak sehingga umur mereka dua tahun Namun kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh pengacara Fiza Frizzy walaupun sibuk bekerja Baginya sesi penggambaran di seluruh Malaysia ketika anaknya masih ke...
Bukan Senang Banyak Pengorbanannya Fasihnya Anak Tomok Cakap Mandarin Isteri Kongsi Kepayahan

Bukan Senang Banyak Pengorbanannya Fasihnya Anak Tomok Cakap Mandarin Isteri Kongsi Kepayahan

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 428 hits
Merancang pendidikan anak sebenarnya bukan satu hal yang mudah Selain mendapatkan pandangan dari pasangan rakan rakan terdekat banyak faktor perlu diambil kira Semuanya demi memastikan anak kecil kita dibekalkan dengan ilmu yang cukup apabi...
Sembang Sampai Sejam Nak Luah Rasa Rindu Cikgu Kongsi Video Potong Bawang Dengan Muridnya

Sembang Sampai Sejam Nak Luah Rasa Rindu Cikgu Kongsi Video Potong Bawang Dengan Muridnya

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 529 hits
Salah satu kekangan yang berlaku dek kerana pandemik Covid 19 ini adalah anak anak yang tidak dapat ke sekolah Mula mula mungkin seronok tak perlu ke sekolah tapi bila dah lama sangat wujudlah rasa rindu pada cikgu dan rakan rakan Pun begit...
Susu Tak Keluar Jangan Putus Asa Praktis Tip Menyusu Ni Barulah Rasa Nikmatnya Dapat Susukan Anak

Susu Tak Keluar Jangan Putus Asa Praktis Tip Menyusu Ni Barulah Rasa Nikmatnya Dapat Susukan Anak

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 348 hits
Proses menyusukan anak sememangnya tidak mudah Tanpa pengalaman dan ilmu pengalaman pertama kali menyusukan anak menjadi terlalu sukar dan memenatkan Apa lagi kalau membandingkan susu kita dengan orang lain Boleh rasa down dan akhirnya kita...
Buat Apa Saja Asalkan Susu Cukup Hanya Minum Air Pam Berkala Dr Halina Kongsi Tip Susukan Anak Kembar

Buat Apa Saja Asalkan Susu Cukup Hanya Minum Air Pam Berkala Dr Halina Kongsi Tip Susukan Anak Kembar

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 363 hits
Menyusukan seorang anak pun sudah terasa kepenatannya inikan pula menyusukan anak kembar Kegigihan dan kecekalan hati isteri Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina Yunos menyusu dua anak kembarnya sememangnya amat dikag...
Lepas Yahaira Nampak Lisa Susukan Yusof Terus Dia Menangis Lisa Surihani Kongsi Pengalaman Susukan Anak Ke 2

Lepas Yahaira Nampak Lisa Susukan Yusof Terus Dia Menangis Lisa Surihani Kongsi Pengalaman Susukan Anak Ke 2

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 419 hits
Bila diimbau kembali pengalaman menyusukan anak pasti ramai ibu yang merindui saat struggle itu Susah payah yang sangat berbaloi kerana selama lebih 2 tahun anak dapat merasai susu ibu Pelakon Datin Lisa Surihani berkongsi pengalaman menyus...
Video Nama Kakak Sarah Shuib Kongsi Cerita Anak Kecil Mimpi Berjumpa Siti Sarah

Video Nama Kakak Sarah Shuib Kongsi Cerita Anak Kecil Mimpi Berjumpa Siti Sarah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 577 hits
Sejak beberapa hari pemergian Allahyaham Siti Sarah pelbagai berita dan kisah tentang kebaikan allahyarham yang diceritakan di media massa
Nak Anak Lelaki Amalkan Ayat Ini Dan Doa Banyak Banyak Yatt Kongsi Pengalaman Istimewa Kelahiran Anak Lelaki

Nak Anak Lelaki Amalkan Ayat Ini Dan Doa Banyak Banyak Yatt Kongsi Pengalaman Istimewa Kelahiran Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 388 hits
Pelakon Yatt Hamzah berkongsi bagaimana cara dia berusaha untuk mendapatkan anak lelaki setelah memiliki 4 cahaya mata perempuan Perkongsian ini dikongsi melalui Borak Pa Ma dan apa yang paling penting amalkan surah yang dikongsi dan sabar ...
Pernah Berjaya Susukan Anak Kembar Wanita Ini Kongsi Resipi Milkbooster Semulajadi

Pernah Berjaya Susukan Anak Kembar Wanita Ini Kongsi Resipi Milkbooster Semulajadi

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 242 hits
Milkbooster semulajadi boleh didapati dari sayur sayuran dan buah buahan Ibu menyusu digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat supaya dapat menyusukan bayi dengan baik Elakkan mengambil sebarang produk yang tidak diketahui tentang k...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik