Buah Zaitun 14 Kelebihan Menurut Pakar Pemakanan


Tahukah anda, khasiat buah zaitun memberi manfaat yang sangat besar kepada kesihatan manusia?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah zaitun dan tips untuk memilih buah ini yang segar di pasar.
Baca juga:
Khasiat Buah Tin Khasiat Habbatus Sauda Khasiat Kurma Ajwa Apa itu buah zaitun? Buah zaitun (Oleaeurofea) adalah buah-buahan kecil yang tumbuh dari pokok zaitun. Ia tergolong dalam kumpulan buah yang dipanggil sebagai drupes dan berkait rapat dengan mangga, ceri, pic, badam dan pistachio.
Buah zaitun mempunyai pengemarnya yang tersendiri dalam hidangan salad, sandwic, dan sajian lainnya.
Buah yang matang biasanya berwarna hijau dan apabila ia masak bertukar menjadi warna hitam.
Di rantau Mediterranean, 90% buah zaitun digunakan untuk membuat minyak zaitun.
Fakta kandungan nutrisi Setiap 100 gram buah zaitun mengandungi nutrisi seperti berikut:
Air: 80 g Tenaga: 116 kcal Protein: 0.84 g Jumlah lemak: 10.9 g Karbohidrat: 6.04 g Serat: 1.6 g Kalsium: 88 mg Zat besi: 6.28 mg Magnesium: 4 mg Fosforus: 3 mg Kalium: 8 mg Natrium: 735 mg Zink: 0.22 mg Mangan: 0.22 mg Selenium: 0.9 µg Vitamin C: 0.9 mg Thiamin: 0.003 mg Niasin: 0.037 mg Vitamin B-6: 0.009 mg Kolin: 10.3 mg Karotena: 198 µg Vitamin A: 330 IU Vitamin E: 1.65 mg Vitamin K: 1.4 µg Asid lemak tepu: 2.28 g Asid lemak tak tepu: 7.65 g Jenis-jenis buah zaitun Terdapat pelbagai jenis buah zaitun di dunia ini. Berikut adalah antara spesis yang popular:
Frantoio: Berasal dari Itali. Bahan asas dalam minyak ziatun. Picholine marocaine olives: Banyak ditanam di Morocco. Saiznya sederhana, berwarna hijau, berbentuk memanjang, isinya lembut, rasa seperti kacang. Manzanillo: Berasal dari Sepanyol. Saiznya besar, berwarna ungu kehijauan, berbentuk bulat bujur, dan isinya tebal. Kornoneiki: Berasal dari Greece. Saiz buahnya kecil dan agak sukar untuk ditanam, namun ia digunakan secara eksklusif untuk pengeluaran minyak berkualiti tinggi. Picholine: Banyak ditanam di Selatan Perancis serta Morocco. Paling stabil dan sangat berkualiti tinggi. Khasiat dan manfaat 1. Tinggi antioksidan
Antioksidan ialah molekul yang selamat boleh berinteraksi dengan radikal bebas.
Zaitun mengandungi antioksidan seperti polifenol dan vitamin C yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Ini bermakna setiap kali anda memakannya, anda secara tidak langsung sedang menghantar sekumpulan peneutral ke dalam sistem untuk membantu radikal bebas dinyah aktifkan.
Kesannya ia mampu untuk mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.
2. Mengurangkan tekanan darah
Khasiat buah zaitun juga merangkumi kesannya dalam mengurangkan tekanan darah.
Komponen seperti polifenol dapat membantu mengendalikan tekanan darah dalam badan.
3. Meningkatkan kesihatan kulit dan rambut
Minyak zaitun adalah hidrat semula jadi yang hebat untuk kulit. Ia membantu mengelakkan kulit daripada kering dan mengurangkan risiko penyakit kulit seperti ekzema.
Hal ini terbukti dari kandungan asid lemak dan antioksidan dalam buah zaitun yang bertindak dalam menyuburkan dan menghidrat kedua-dua kulit dan rambut. 
Selain itu, Vitamin E juga adalah yang paling kuat daripada semua antioksidan dalam buah zaitun.
Ia bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran ultraungu malah membantu mencegah kedutan dan mengekalkan kesihatan kulit.
Asid oleik dalam buah zaitun pula dikatakan mampu meningkatkan lagi penampilan kulit dan meningkatkan kesihatan rambut.
4. Mengurangkan risiko diabetes
Walaupun hasil dapatan kajian ini masih dikaji, namun sesetengah sumber menyakinkan bahawa buah zaitun sememangnya boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah.
Buah ini boleh mengubah cara badan seseorang bertindak balas terhadap insulin, dan membantu pesakit yang mempunyai paras gula yang tinggi.
5. Menyokong kesihatan otak
Otak sebahagian besarnya diperbuat daripada asid lemak, seperti mana yang terkandung dalam khasiat buah zaitun.
Asid lemak dalam buah ini membantu mengekalkan ingatan dan juga meningkatkan tumpuan. 
Pengambilan buah zaitun juga didapati dapat mencegah kematian sel otak (akibat penyakit) dan mengurangkan masalah hilang ingatan.
Kandungan antioksidan dan asid lemak omega-3 dalam minyak zaitun baik untuk otak dan dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan kemerosotan kognitif.
6. Menyokong fungsi hati
Buah zaitun membantu memelihara fungsi hati yang sihat dan dapat mengurangkan risiko penyakit hati berlemak.
7. Mengurangkan risiko kanser
Kandungan antioksidan dalam zaitun boleh membantu melindungi sel daripada mutasi yang boleh menyebabkan kanser.
Ia juga dikaitkan dengan penurunan risiko kanser payudara dan usus besar.
Hal ini dibuktikan dari kajian epidemiologi, bahawa kadar kanser tertentu lebih rendah di Mediterranean berbanding di AS.
Yang mana ini sangat berkait rapat dengan diet orang Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun.
Satu kajian mendapati bahawa asid oleik dalam minyak zaitun mampu menyekat pertumbuhan sel-sel kanser payudara.
8. Mengurangkan keradangan
Keradangan difahamkan berpunca dari penyakit. Justeru itu, mengambil langkah pertama untuk mengurangkan keradangan adalah sangat penting bagi proses penyembuhan yang singkat.
Kandungan anti-radang dalam buah zaitun membantu mengurangkan keradangan dalam badan, yang dapat menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
9. Melancarkan sistem pencernaan
Minyak zaitun Extra Virgin mempunyai sifat anti-bakteria yang boleh membantu melawan jangkitan bakteria dalam sistem pencernaan dan merangsang sistem pencernaan.
10. Mengurangkan risiko osteoporosis
Kalsium dalam buah zaitun membantu meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis, terutamanya pada wanita menopaus.
11. Menurunkan berat badan
Minyak zaitun boleh membantu mengurangkan lemak abdominal dan mengurangkan risiko obesiti.
Asid lemak berpotensi meningkatkan tahap kolesterol, menjadikan badan lebih cekap dalam melakukan aktiviti, termasuk membakar kalori.
Menariknya lagi, buah zaitun sesuai untuk dijadikan snek sebelum makan kerana kandungan lemak dalam buah zaitun itu sendiri sudah mengenyangkan.
12. Mengurangkan risiko strok
Kandungan antioksidan dalam buah zaitun dapat membantu mengurangkan risiko stroke dengan meningkatkan aliran darah ke otak.
Secara keseluruhannya, buah zaitun adalah makanan yang sangat sihat dan berguna untuk kesihatan manusia.
Penggunaan minyak zaitun Extra Virgin dalam pemakanan harian dan pelbagai hidangan sangat disarankan untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik.
13. Mengurangkan risiko osteoporosis
Kalsium dalam buah zaitun membantu meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis, terutamanya pada wanita menopaus.
14. Meningkatkan kesihatan mata
Di samping itu, antioksidan dalam buah zaitun turut membuktikan satu perkara dalam mengekalkan kesihatan mata. 
Tekanan oksidatif biasanya akan menjejaskan penglihatan. Sebagai berlawanan, antioksidan dalam buah zaitun boleh menghalang perkara ini daripada berlaku.
Zaitun mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua nutrien yang baik untuk mata. Ia melindungi mata daripada degenerasi makula dan katarak.
Tips memilih minyak zaitun yang berkualiti Bagi anda yang berminat untuk membeli minyak zaitun yang berkualiti, berikut adalah antara ciri penting yang perlu dikenal pasti kerana minyak ini sangat sensitif kepada cahaya, oksigen, tempoh masa dan suhu.
Pilih grade EXTRA VIRGIN (EVOO) sahaja Mesti dalam botol kaca gelap kalis UV atau tin aluminium Pastikan ada maklumat syarikat pengeluar dari negara asli Pastikan bukan EVOO dalam botol plastik Pastikan bukan dalam bentuk kapsul atau softgel Pastikan bukan minyak zaitun unfiltered atau tanpa tapisan Pembotolan dengan nitrogen injection Ada maklumat “harvest date”. production date dan expiry date Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah zaitun dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Buah Zaitun Kerberkatan dan Rahsia Perubatan. USIM Types of Olives Worth Seeking Out. Serious Eats Olives 101: Nutrition Facts and Health Benefits. Healthline

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/buah-zaitun/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buah-zaitun

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selawat Tafrijiyyah Bacaan Dalam Rumi Maksud Kelebihan

Selawat Tafrijiyyah Bacaan Dalam Rumi Maksud Kelebihan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSELAWAT TAFRIJIYYAH BACAAN DALAM RUMI MAKSUD KELEBIHAN tocify title KANDUNGAN Selawat Tafrijiyyah atau selawat yang bermula dengan Allahumma solli solatan merupakan satu selawat sughra yang jika diamalkan ...
8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 275 hits
Daun pudina adalah antara herba yang cukup popular Ia bukan sahaja sering dijadikan penyeri masakan malah ia juga sesuai untuk diletakkan di dalam minuman bagi menambahkan kesegaran Daun ini juga telah digunakan secara tradisi untuk meningk...
Kelebihan Mengamalkan Surah Al Kafirun Terlepas Daripada Kekafiran

Kelebihan Mengamalkan Surah Al Kafirun Terlepas Daripada Kekafiran

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 151 hits
Kelebihan Mengamalkan Surah Al Kafirun Terlepas daripada Kekafiran 22 Apakah anda tahu tentang surah ditujukan kepada golongan kafir Surah ini menceritakan tentang ketegasan dalam beragama bagi orang Islam Dua ayat terakhir surah al kafirun...
Amin Ya Rabbal Alamin Maksud Bila Perlu Ucapkan Kelebihan

Amin Ya Rabbal Alamin Maksud Bila Perlu Ucapkan Kelebihan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 193 hits
Amin Ya Rabbal Alamin Maksud Bila Perlu Ucapkan Kelebihan Amin Ya Rabbal Alamin adalah merupakan satu frasa Bahasa Arab yang sering digunakan dalam kehidupan seharian umat Islam Walaupun kalimah ini bukan daripada al Quran al Karim dengan i...
Lafaz Doa Pengantin Baru Dan Kelebihan Mendoakan Pengantin

Lafaz Doa Pengantin Baru Dan Kelebihan Mendoakan Pengantin

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 113 hits
Lafaz Doa Pengantin Baru dan Kelebihan Mendoakan Pengantin 15 Adakah anda merancang ke majlis dan tidak pasti doa pengantin baru Berikut adalah doa yang anda boleh bacakan untuk pengantin yang baru sahaja menjalani pernikahan Artikel ini me...
Video Komandan Brimob Polri Datangi Marinir Al Usai Anak Buah Terlibat Bentrok Di Sorong

Video Komandan Brimob Polri Datangi Marinir Al Usai Anak Buah Terlibat Bentrok Di Sorong

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 174 hits
Komandan Batalyon Marinir Pertahanan Pangkalan Jayapura Letkol Marinir Muhammad Kristian menyambut kedatangan Komandan Satuan Brimob Polda Papua
Surah As Sajadah Ringkasan Surah Kelebihan Membacanya

Surah As Sajadah Ringkasan Surah Kelebihan Membacanya

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 103 hits
Surah As Sajadah Ringkasan Surah Kelebihan Membacanya Surah As Sajadah adalah merupakan surah ke 32 dalam Al Qur an yang terdiri daripada 30 ayat Ia tergolong di antara surah Makkiyah iaitu surah yang diturunkan di Makkah Surah ini dinamaka...
Ini Restoran Terbaik 2024 Di Indonesia Menurut Bri Dan Exquisite Media

Ini Restoran Terbaik 2024 Di Indonesia Menurut Bri Dan Exquisite Media

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 165 hits
Acara ini bertujuan memberikan penghargaan dan apresiasi kepada restoran dan bar terbaik di Indonesia
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan