Lafaz Doa Pengantin Baru Dan Kelebihan Mendoakan Pengantin
Lafaz Doa Pengantin Baru dan Kelebihan Mendoakan Pengantin 15
Adakah anda merancang ke majlis perkahwinan dan tidak pasti doa pengantin baru? Berikut adalah doa yang anda boleh bacakan untuk pengantin yang baru sahaja menjalani pernikahan. Artikel ini menerangkan apakah itu doa pengantin baru, lafaz doa pengantin baru, doa pengantin lelaki kepada pengantin perempuan, doa sebelum berhubungan suami isteri dan kelebihan doakan pengantin.
Apakah itu Doa Pengantin Baru?
Doa pengantin baru adalah doa-doa yang dibaca oleh pengantin yang baru sahaja menjalani akad nikah, atau doa yang dibaca oleh ahli keluarga dan saudara-mara pengantin yang hadir pada majlis pernikahan pengantin baru itu. Doa pengantin baru dibaca sesudah majlis akad nikah berjalan agar kehidupan yang bakal ditempuh oleh kedua pengantin sentiada diredhai dan dirahmati Allah swt.
Sesungguhnya Allah SWT menciptakan manusia itu berpasang-pasangan secara fitrahnya. Maka syariat menganjurkan supaya manusia itu berkahwin dengan tujuan untuk meraikan fitrah manusiawi. Bahkan telah sabit beberapa larangan ke atas perbuatan tidak mahu berkahwin.
Berdasarkan sebuah riwayat daripada Samurah bin Jundub R.A beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ التَّبَتُّلِ
Maksudnya: “Sesungguhnya baginda melarang dari perbuatan al-tabattul (memutuskan diri dari wanita, dan meninggalkan berkahwin).”
Doa-doa Pengantin Baru
Antara doa-doa yang anda boleh bacakan untuk pengantin baru, dan doa dibaca oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang dinikahi dan juga doa sebelum berhubungan suami isteri adalah seperti berikut.
Doa kepada Pengantin Baru
Jika anda ke majlis pernikahan atau perkahwinan, anda boleh membaca doa tersebut untuk ditujukan kepada kedua-dua pengantin baru.
بَارَكَ اللهُ لَكُماَ وَبَارَكَ عَلَيْكُماَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Maksudnya: Semoga Allah swt memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin lelaki dan perempuan) dalam kebaikan (Riwayat At-Tarmizi)
Lafaz Doa Pengantin Baru dan Kelebihan Mendoakan Pengantin 16
Doa Pengantin Lelaki kepada Pengantin Perempuan
Disunatkan bagi si suami untuk mendoakan isteri yang baru dinikahi dengan doa sambil meletakkan tangan di atas ubun-ubun isterinya. Berdasarkan hadis berikut:
Nabi SAW bersabda:
إِذَا أَفَادَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً ، أَوْ خَادِمًا ، أَوْ دَابَّةً ، فَلْيَأْخُذْ بِنَاصِيَتِهَا ، وَلْيَقُلِ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا ، وَخَيْرِ مَا جُبِلَتْ عَلَيْهِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا ، وَشَرِّ مَا جُبِلَتْ عَلَيْهِ.
Maksudnya: Apabila seseorang kamu berkahwin dengan seorang perempuan atau memiliki seorang khadam atau mendapat seekor haiwan yang menjadi tunggangan, maka hendaklah kamu pegang pada ubunnya seraya berdoa: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.
Selepas nikah, anda dianjurkan solat sunat akad nikah dan boleh bacakan doa seperti berikut.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْه
Maksudnya: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.
Lafaz Doa Pengantin Baru dan Kelebihan Mendoakan Pengantin 17
Doa Berhubungan Suami Isteri
Berikut adalah doa sebelum berhubungan suami isteri.
بِسْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Lafaz Rumi: “Bismillah, allahumma jannibnaasy syaithoona wa jannibisy syaithoona maa rozaqtanaa”
Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau kurniakan kepada kami.”
Lafaz Doa Pengantin Baru dan Kelebihan Mendoakan Pengantin 18
Kelebihan Mendoakan Pengantin
Kelebihan mendoakan pengantin baru1. Tujuannya adalah memberikan sokongan emosi kepada pengantin baru yang akan menempuh gerbang perkahwinan.2. Memberikan keharmonian dan berkah pasangan pengantin untuk hidup bersama.3. Meningkatkan kebersamaan dan kecintaan sesama pengantin demi mencari keredhaan Allah swt4. Menyebarkan pesan cinta dan perasaan toleransi antara kedua mempelai.5. Memberi sokongan kerohanian kepada pengantin baru.
Soalan FAQs Berkenaan Doa Pengantin Baru
Apakah doa pengantin baru?
Doa-doa yang dibaca oleh pengantin yang baru sahaja menjalani akad nikah, atau doa yang dibaca oleh ahli keluarga dan saudara-mara pengantin yang hadir pada majlis pernikahan pengantin baru.
Apakah maksud doa pengantin lelaki kepada pengantin perempuan?
Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.
Apakah maksud doa sebelum berhubungan suami isteri?
Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau kurniakan kepada kami.”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/doa-pengantin-baru.html