Boleh Kerjasama Tapi Beri Umno Jawatan Pm



(Malaysiakini) – Umno boleh pertimbang kerjasama dengan PKR, namun jawatan perdana menteri perlu diberikan kepada Umno, kata Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil.
Jelasnya, akar umbi pasti menolak kerjasama dengan PKR jika matlamatnya adalah untuk mengangkat Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
“Pada hemat saya, kita terbuka untuk pertimbang kerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mereka ikhlas dan jujur dalam kerjasama tersebut. Dan ia juga bergantung kepada penerimaan akar umbi Umno dan pucuk pimpinan parti.
“Saya tidak rasa akar umbi Umno akan terima kerjasama ini jika tujuan Anwar semata-mata kerana dia ingin jadi perdana menteri.
“Oleh itu, jika Anwar ikhlas untuk bekerjasama dengan Umno maka dia perlu terima hakikat bahawa dia tidak boleh paksa Umno untuk terimanya sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu Anwar mendakwa bahawa terdapat perbincangan tidak rasmi antara partinya dan Umno mengenai kemungkinan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Anwar mengumumkan bahawa dia akan mengadakan sidang media hari ini pada pukul 4.30 petang dan dijangka akan menyentuh isu tersebut.
Dia juga dijangka mengulas mengenai tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti baru-baru ini.
Difahamkan, kedua-dua parti tidak berpuas hati dengan Bersatu yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menerima penyertaan sejumlah anggota parlimen yang berpaling tadah dari Umno dan PKR.
Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia baru-baru ini, Anwar berkata bahawa kerjasama itu tidak lebih daripada sekadar untuk menyelamatkan negara daripada kebobrokan.
Dalam pada itu, Isham berkata jika tujuan kerjasama bagi mengangkat Anwar sebagai perdana menteri, niat itu sama seperti bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggunakan Umno untuk mencapai cita-cita.
Katanya, sebelum ini negara telah mencuba selama 22 bulan bersama perdana menteri Pakatan Harapan (PH) dan 12 bulan bersama perdana menteri Perikatan Nasional (PN) dan ianya telah gagal untuk membawa kestabilan politik dan ekonomi.
“Perdana menteri PKR (PH) tidak akan merubah keadaan ini.
“Pada pandangan saya, perdana menteri perlu datang dari parti yang paling besar dengan akar umbi Melayu Islam yang paling ramai, iaitu Umno.
“Ini kerana, negara ini masih lagi majoriti Melayu dengan kumpulan terbesarnya umat Islam, dan selama ini Umno yang berterusan banyak memperjuangkan kumpulan ini tanpa meminggirkan atau mengenepikan hak-hak kaum-kaum lain,” katanya.
Oleh itu katanya percaturan itu amat penting untuk kestabilan politik, kestabilan ekonomi dan sosial negara.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/16/boleh-kerjasama-tapi-beri-umno-jawatan-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Boleh Kerjasama Dengan Ppbm Tapi Jangan Susahkan Umno Kata Tajuddin

Pas Boleh Kerjasama Dengan Ppbm Tapi Jangan Susahkan Umno Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 309 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Umno tidak ada halangan untuk PAS bekerjasama dengan PPBM selagi PAS tidak membantu parti itu menyerang calon Umno pada pilihan raya umum ke 15 kata Tajuddin Abdul Rahman Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu menega...
Tak Mustahil Umno Boleh Jalinkan Kerjasama Dengan Pakatan Harapan Pada Pru 15 Nanti

Tak Mustahil Umno Boleh Jalinkan Kerjasama Dengan Pakatan Harapan Pada Pru 15 Nanti

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Tidak mustahil UMNO akan menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang kata Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight ahli po...
Kerjasama Dengan Ph Boleh Menguntungkan Umno Prof Agus Yusoff

Kerjasama Dengan Ph Boleh Menguntungkan Umno Prof Agus Yusoff

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 248 hits
Slogan tolak Anwar DAP tak bawa Umno ke mana kata AgusPenganalisis politik melihat slogan yang digunakan oleh Umno No Anwar No DAP yang bertujuan menolak kerjasama dua pihak tersebut bukanlah modal politik yang terbaik untuk Umno kata Prof ...
Ahli Pemimpin Umno Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap Boleh Di Ambil Tindakan Displin

Ahli Pemimpin Umno Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap Boleh Di Ambil Tindakan Displin

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 301 hits
KUALA NERUS Mana mana ahli UMNO termasuk pemimpin yang didapati menjalinkan kerjasama bersama PKR dan DAP boleh dikenakan tindakan disiplin Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Majlis Tertinggi sudah membuat kep...
Kerjasama Umno Dap Apa Saja Boleh Berlaku Anthony

Kerjasama Umno Dap Apa Saja Boleh Berlaku Anthony

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 219 hits
Tidak timbul isu sama ada DAP sanggup bekerjasama dengan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang mengambil faktor UMNO bukanlah lawan tradisi DAP di kerusi kerusi yang ditandingnya Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata m...
Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 281 hits
PAS tidak mencampuri urusan Umno sekiranya rakan sekutunya itu ingin menjalinkan kerjasama dengan PKR Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata dalam negara demokrasi kerjasama itu sentiasa terbuka namun PAS tetap berpendirian tidak akan menjal...
Bimbang Umno Tikam Belakang Penyokong Anwar Desak Konvensyen Tergempar Bincang Kerjasama

Bimbang Umno Tikam Belakang Penyokong Anwar Desak Konvensyen Tergempar Bincang Kerjasama

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 327 hits
Penyokong Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Harapan khususnya PKR mengadakan konvensyen tergempar bagi membincangkan isu kerjasama dengan Umno Abdul Razak Ismail berkata langkah itu penting bagi mendengar sendiri maklum balas ahli sama ada mer...
Kleptokrat Salahuddin Ayub Berubah Ubah Pendirian Tentang Kerjasama Dengan Umno

Kleptokrat Salahuddin Ayub Berubah Ubah Pendirian Tentang Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 214 hits
March 19 2021 Nampak ada sahabat jahil kata Salehuddin Ayyub berubah ubah pendirian kejap kata tolak Kleptokrat Kejap kata takda masalah perundingan dengan pemimpin UMNO ni masalah Jenis geng baca Tajuk Tak reti beza antara Kleptokrat dan p...
Kerjasama Dap Umno Tidak Untuk Pru15 Hanya Isu Isu Rakyat

Kerjasama Dap Umno Tidak Untuk Pru15 Hanya Isu Isu Rakyat

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 292 hits
Tiada sama sekali kerjasama politik antara DAP dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 Itu tegas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berkata parti itu hanya akan bekerjasama dengan UMNO dalam isu isu yang membabitkan kepentingan rakyat sa...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor