Kerjasama Umno Dap Apa Saja Boleh Berlaku Anthony



(Utusan) – Tidak timbul isu sama ada DAP sanggup bekerjasama dengan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang mengambil faktor UMNO bukanlah lawan tradisi DAP di kerusi-kerusi yang ditandingnya.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, mengambil kira perkara tersebut, pertembungan DAP dengan UMNO adalah sangat minimum.
Sehubungan itu, katanya, jadi sama ada akan berlaku kerjasama di antara kedua-dua parti itu tidak timbul.
“Kalau kita lihat kerusi yang ditandingi DAP setakat ini, mengikut pilihan raya lepas bertembung dengan UMNO hanya satu kerusi iaitu Cameron Highlands. Kebanyakan kerusi lain, kita tidak bertembung dengan UMNO.
“Musuh dan lawan tradisi kita ialah calon daripada MCA, Gerakan, SUPP di Sarawak dan MIC. Jadi, pertembungan kita dengan umno itu amat minimum. Persoalan adakah DAP sanggup kerjasama dengan UMNO, itu tidak timbul, sebab kerusi kita tidak bertindih dengan UMNO. Dari segi Pakatan Harapan (PH) dengan UMNO, itu kita belum bincang, saya tak pasti,” katanya.
Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian dalam temu bual bersama Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan dalam Program Khas Ulang Tahun ke-55 DAP, ‘Muhibah’ yang disiarkan di Facebook DAP, malam tadi.
Bagaimanapun, tegas beliau, tiada perbincangan antara DAP dan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), namun mengakui apa juga boleh berlaku pada masa hadapan.
“Adakah kerjasama itu boleh dibentuk selepas pilihan raya? Dinamik politik hari ini ia berubah, tidak ada sesiapa yang boleh katakan bahawa sesuatu itu tidak akan berlaku, langsung tidak akan berlaku, siapa yang boleh katakan itu? Tiada sesiapa.
“Sebab politik itu adalah seni yang berkemungkinan, kalau keadaan memerlukan bahawa semua parti kena kerjasama demi satu kerajaan yang stabil dan kukuh maka ia perlu dibincangkan. Sampai masanya ia perlu dibincangkan, namun menjawab soalan adakah DAP, UMNO sudah berbincang dalam PRU-15, jawapannya tidak,” katanya.
Jelasnya lagi, pendirian DAP adalah jelas bahawa tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pimpinan ataupun ahli Parlimen yang telah disabitkan dengan kesalahan dan digelar sebagai kleptokrat.
“Tetapi adakah kita tidak ada langsung kerjasama dengan UMNO, itu pun tidak betul sebab di Perak kita ada perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) dengan UMNO, itu merupakan bentuk kerjasama. Di negeri Johor ada satu kerjasama tak rasmi juga bahawa kita bersedia untuk memberikan sokongan kepada kerajaan.
“Kalau kita lihat dalam konteks kerjasama itu, ia sudah wujud di Perak dan Johor sudah wujud. Ada kerjasama itu, tetapi adakah kerjasama itu rasmi? Ia boleh kata rasmi, boleh kata tidak rasmi, sebab dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) memang ada kerjasama tersebut, ada terjalin khususnya di negeri Perak,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/18/kerjasama-umno-dap-apa-saja-boleh-berlaku-anthony/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Pemimpin Umno Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap Boleh Di Ambil Tindakan Displin

Ahli Pemimpin Umno Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap Boleh Di Ambil Tindakan Displin

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 413 hits
KUALA NERUS Mana mana ahli UMNO termasuk pemimpin yang didapati menjalinkan kerjasama bersama PKR dan DAP boleh dikenakan tindakan disiplin Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Majlis Tertinggi sudah membuat kep...
Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 382 hits
PAS tidak mencampuri urusan Umno sekiranya rakan sekutunya itu ingin menjalinkan kerjasama dengan PKR Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata dalam negara demokrasi kerjasama itu sentiasa terbuka namun PAS tetap berpendirian tidak akan menjal...
Dap Tegaskan Lagi Tak Mahu Kerjasama Dengan Kleptokrat Umno

Dap Tegaskan Lagi Tak Mahu Kerjasama Dengan Kleptokrat Umno

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 358 hits
malaysiakini comDiterbitkan 14 Mar 2021 12 57 pmSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan kleptokrat daripada kalangan pemimpin Umno yang kebanyakannya menghadapi kes rasuah dan kini mengubah sokon...
Umno Saja Tak Boleh Berkuasa Ppbm Pun Perlu Muafakat Demi Orang Melayu Kata Rais

Umno Saja Tak Boleh Berkuasa Ppbm Pun Perlu Muafakat Demi Orang Melayu Kata Rais

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 420 hits
Rais Yatim berkata setiap parti perlu ada jiwa bekerjasama dan memajukan negara bersama selain berpendapat mana mana orang Melayu yang tidak rela bekerjasama kedudukan kebangsaannya boleh dipersoal JELEBU Umno dan PPBM perlu bermuafakat dem...
Kerjasama Dap Umno Tidak Untuk Pru15 Hanya Isu Isu Rakyat

Kerjasama Dap Umno Tidak Untuk Pru15 Hanya Isu Isu Rakyat

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 391 hits
Tiada sama sekali kerjasama politik antara DAP dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 Itu tegas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berkata parti itu hanya akan bekerjasama dengan UMNO dalam isu isu yang membabitkan kepentingan rakyat sa...
Boleh Kerjasama Tapi Beri Umno Jawatan Pm

Boleh Kerjasama Tapi Beri Umno Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 317 hits
Umno boleh pertimbang kerjasama dengan PKR namun jawatan perdana menteri perlu diberikan kepada Umno kata Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil Jelasnya akar umbi pasti menolak kerjasama dengan PKR jika matlamatnya adalah untuk mengangka...
Kerjasama Umno Pkr Dap Adalah Propaganda Pn Kata Najib

Kerjasama Umno Pkr Dap Adalah Propaganda Pn Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 483 hits
March 16 2021 DESAS DESUS kerjasama Umno dengan PKR dan DAP adalah propaganda kerajaan Perikatan Nasional kata bekas presiden Umno Najib Razak Propaganda itu bagaimanapun katanya mengarut
Umno Bukan Lawan Tradisi Dap Soal Sanggup Kerjasama Tak Timbul Kata Loke

Umno Bukan Lawan Tradisi Dap Soal Sanggup Kerjasama Tak Timbul Kata Loke

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 339 hits
Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook berkata musuh dan lawan tradisi parti itu ialah MCA Gerakan SUPP di Sarawak dan MIC PETALING JAYA Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook berkata tidak timbul soal adakah DAP sanggup kerjasama denga...
Dalang Kerjasama Dap Ph Lebih Teruk Daripada Pembocor Rahsia Ketua Umno Bachok

Dalang Kerjasama Dap Ph Lebih Teruk Daripada Pembocor Rahsia Ketua Umno Bachok

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 721 hits
Astro AwaniMac 19 2021 17 01 MYTMohd Zain tidak menafikan kemungkinan mereka yang terlibat adalah orang orang yang mempunyai kepentingan demi menguntungkan diri sendiri tanpa meletakkan keutamaan parti Facebook Mohd Zain YasimKUALA LUMPUR S...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Mini Steam Iron Antara Barang Yang Harus Kena Ada Bila Travel

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua