Bimbang Umno Tikam Belakang Penyokong Anwar Desak Konvensyen Tergempar Bincang Kerjasama



(FMT) – Penyokong Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR mengadakan konvensyen tergempar bagi membincangkan isu kerjasama dengan Umno.
Abdul Razak Ismail berkata, langkah itu penting bagi mendengar sendiri maklum balas ahli sama ada merestui atau menolak kerjasama dengan Umno yang juga musuh tradisi khususnya PKR sejak lebih 23 tahun.
“Bagi saya secara peribadi, keputusan untuk bekerjasama dengan Umno banyak impak dan implikasinya kepada akar umbi parti dan senario politik tanah air. Maka amat wajar ahli parti diberikan peranan untuk membuat keputusan bersama.
“Biar kita dengar apa pandangan akar umbi sama ada mereka menerimanya dengan baik atau menolaknya dengan lantang. Mereka telah lawan Umno dan BN lebih 23 tahun selepas pemecatan dan pemenjaraan Anwar sejak 1998.
“Selama ini, pucuk pimpinan membuat keputusan parti secara ‘top to bottom’ (dari atas ke bawah) tapi untuk keputusan besar kerjasama ini disarankan agar akar umbi parti diberikan peranan untuk membuat keputusan dari bawah ke atas (from bottom to top), katanya yang juga setiausaha Otai Reformis kepada FMT.
Katanya, PKR perlu memikirkan secara masak sebelum memuktamadkan keputusan kerana ia melibatkan maruah dan air muka ahli parti yang sebelum ini berjuang habis-habisan menentang Umno dalam gelanggang politik.
“Ini melibatkan maruah dan air muka mereka. Satu ketika dulu mereka meludah dan memaki hamun pimpinan-pimpinan Umno dan tiba-tiba mereka terpaksa telan semula ludahan dan makian mereka bila pucuk pimpinan parti menerima ‘kerjasama politik’ dengan Umno bagi menghadapi PRU15 nanti,” katanya.
Razak berkata, pihaknya juga bimbang PH akan menjadi mangsa “tikam belakang Umno” apabila menjalinkan kerjasama selepas PRU15 berdasarkan rekod bagaimana parti itu merampas kuasa pentadbiran negeri daripada sekutu sendiri PPBM dalam Perikatan Nasional (PN).
“Ketulusan Umno sangat diragui, kes kejatuhan Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak dan kes Umno berkuasa semula di Johor jelas menunjukkan Umno ‘mampu merampas kuasa’ tanpa mengambil kira kerjasama mereka dengan rakan dan sekutu mereka sebelum ini dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya.
Razak berkata, menerusi konvensyen tergempar itu pucuk pimpinan boleh memberi penerangan lebih jelas kepada ahli selepas PH hilang kerajaan setahun lalu.
“Selepas ‘Langkah Sheraton’ (tumbangnya PH), penerangan lanjut tidak diberikan secara ‘bersemuka’ oleh pimpinan parti (PH-PKR) kepada ahli seluruh negara kecuali kenyataan media secara ‘online’, media sosial atau siaran televisyen dan akhbar.
“Kekangan PKP Covid-19 lebih setahun ini mungkin alasan untuk pimpinan membuat konvensyen tergempar tetapi ia boleh diadakan di negeri masing-masing dengan beberapa pimpinan utama turun untuk memberi penerangan.
Presiden PKR Anwar Ibrahim baru-baru ini mengesahkan wujud usaha menjalin kerjasama dengan Umno ketika negara menuju PRU15, dengan beberapa pertemuan diadakan dengan pemimpin parti itu yang menampakkan hasil “positif”.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/20/bimbang-umno-tikam-belakang-penyokong-anwar-desak-konvensyen-tergempar-bincang-kerjasama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dedah Hukum Pemimpin Misteri Umno Bincang Kerjasama Rahsia Dengan Anwar Penganalisis

Dedah Hukum Pemimpin Misteri Umno Bincang Kerjasama Rahsia Dengan Anwar Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 388 hits
Astro AwaniMac 17 2021 11 51Anwar pada Selasa tidak menafikan kemungkinan kerjasama antara parti pimpinannya dengan UMNO namun setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan awal Gambar fail Astro AWANIKUALA LUMPUR UMNO perlu mendedahkan...
Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 431 hits
Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan kemungkinan kerjasama antara parti pimpinannya dengan UMNO namun setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan awal Agak terlalu awal un...
Pemimpin Pembangkang Desak Anwar Tolak Kerjasama Dengan Kleptokrat

Pemimpin Pembangkang Desak Anwar Tolak Kerjasama Dengan Kleptokrat

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 334 hits
Pemimpin Amanah DAP Muda Warisan dan Parti Sarawak Bersatu mendesak Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat susulan laporan media mengaitkan presiden PKR itu merangka persefahaman awal bersama segelintir...
Anwar Cuba Dapatkan Sokongan Pas Untuk Tikam Belakang Dr Mahathir Kata Mukhriz

Anwar Cuba Dapatkan Sokongan Pas Untuk Tikam Belakang Dr Mahathir Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 240 hits
Bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir hari ini mendedahkan Presiden PKR Anwar Ibrahim berusaha untuk mengusulkan undi tidak percaya bagi menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketika pentadbiran Pakatan Harapan Dalam s...
Propaganda Kerjasama Umno Anwar Dap

Propaganda Kerjasama Umno Anwar Dap

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 443 hits
Umum mengetahui Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memutuskan tidak akan ada sebarang bentuk kerjasama dengan PKR dan DAP dalam PRU15 nanti Keputusan tersebut tidak pernah diubah dan kekal sah Penafian akan terbentuk kerjasama dengan PKR dan...
Lebih Baik Ismail Sabri Bincang Bersama Presiden Umno Daripada Menyerang Anwar

Lebih Baik Ismail Sabri Bincang Bersama Presiden Umno Daripada Menyerang Anwar

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 327 hits
Serangan tanpa asas yang dibuat oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke atas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh merugikan Umno dalam percaturan politik jangka panjang parti itu Ketua Penerangan KEADILAN Datuk...
Penyokong Ph Tolak Kerjasama Dengan Umno

Penyokong Ph Tolak Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 329 hits
ZIN MAHMUDApabila tersiar berita bahawa Anwar Ibrahim menyatakan kemungkinan Pakatan Harapan mengadakan kerjasama dengan Umno ia menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penyokong penyokong pembangkang Sebagai ketua PH beliau mungkin menge...
5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan Umno

5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan Umno

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 625 hits
Seramai lima ahli Parlimen pembangkang menyatakan kekecewaan mereka terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mengadakan perbincangan dengan Umno 5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan UmnoDalam satu kenyataan bersama R...
Anwar Nafi Ada Perjanjian Kerjasama Dengan Umno Hanya Perbincangan Awal

Anwar Nafi Ada Perjanjian Kerjasama Dengan Umno Hanya Perbincangan Awal

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 373 hits
malaysiadateline com Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sudah ada perjanjian kerjasama antara PKR dengan Umno sebagaimana tanggapan sesetengah pihak Apa yang saya katakan adalah ada perbincangan awal antara pimpinan PKR dengan pimpinan Umno...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Najib Guilty In 1mdb Case Major Milestone In Fight Against High Level Corruption

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari