Boikot Fitnah Terhadap Komuniti Muslim




oleh AB JALIL BACKER
PENGUMUMAN Jemaah Kabinet menolak tindakan memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam dan menyifatkan kempen itu sebagai tidak wajar adalah sangat menghairankan.
Ini menunjukkan kerajaan hari ini telah jauh daripada realiti masyarakat terutamanya penduduk beragama Islam. Malah saya cenderung menganggap kenyataan itu merupakan satu fitnah kepada komuniti Muslim di negara ini.Tidak ada kempen memboikot barangan keluaran usahawan bukan Islam atau non-bumi seperti yang cuba digambarkan oleh parti pemerintah.
Naratif kempen memboikot barangan bukan Islam atau barangan usahawan Cina adalah naratif DAP yang terdesak. Tidak pernah ada mana-mana organisasi berasaskan kepentingan Islam atau parti politik yang mengadakan kempen memboikot barangan bukan Islam.
Malah di luar sana juga belum ada lagi kedai bukan Islam yang ditutup atau hilang perniagaan.Ada beberapa pemimpin DAP pergi lebih jauh cuba mengaitkan kempen ini dengan UMNO dan Pas. Ini jelas membayangkan niat jahat memfitnah dan merosakkan imej komuniti Islam di negara ini.
Portal Malaysiakini cuba menjustifikasi dakwaan DAP ini dengan menerbitkan satu artikel berjudul ‘Melihat kempen boikot perniagaan bukan Muslim.’ Malangnya, dalam artikel yang disusun oleh Geraldine Tong dan M Fakhrull Halim ini, tiada satu bukti pun menunjukkan ada kempen ‘boikot barangan bukan Islam’.Satu-satunya bukti kononnya ada kempen memboikot barangan keluaran bukan Islam ialah dengan memetik sebuah blog yang bernama BBCM (Boikot Barangan Cina DAP) yang aktif sekitar tahun 2013.
Blog ini timbul pun sebagai tindak balas sebahagian kempen warganet daripada masyarakat Cina ketika itu yang menyeru pemboikotan roti Gardenia hanya kerana sebahagian saham syarikat tersebut telah dibeli oleh Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.
Kempen
Ada apa dengan kempen ‘Buy Muslim Bumiputera First (BMBF)’? Asal usul kempen ini bermula daripada slogan ‘Buy Muslim First’ yang telah dilancarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) beberapa bulan lalu. PPIM melancarkannya sebagai langkah tindak balas terhadap penipuan sijil halal, penggunaan unsur-unsur Islam dalam restoran milik bukan Islam yang tiada sijil halal Jakim dan sebagai sebahagian usaha meningkatkan ekonomi orang Islam di negara ini.
Namun kempen ini telah diperbesarkan oleh warganet yang berasa kecewa dengan beberapa kontroversi membabitkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Ini termasuklah tentangan terhadap pengajaran tulisan jawi, menghalau penceramah agama Islam Dr Zakir Naik dan beberapa pengumuman yang dilihat menghakis kepentingan bumiputera di negara ini.
Hati-hati dengan penyerang korporat
Hasilnya muncul kempen BMBF. Kempen ini menggalakkan masyarakat bumiputera mengutamakan produk Muslim dan bumiputera ketika membuat pembelian. Perlu dijelaskan kempen ini berbeza dengan semangat kempen boikot. Dalam kes kempen boikot kita akan meminta orang berhenti membeli produk yang diboikot. Mereka yang membeli produk yang diboikot akan dimalukan, ‘diherdik’ dan diberi pandangan yang mencurigakan.
Namun ini tidak berlaku dalam kempen BMBF. Tidak ada unsur penghinaan kepada orang Islam yang masih menggunakan produk keluaran syarikat bukan Islam. BMBF bukan tindakan berasaskan perkauman atau rasis kerana ia tidak berasaskan bangsa Melayu menentang Cina atau bukan Melayu. Kempen BMBF merangkumi Islam yang ada pelbagai bangsa dan bumiputera yang turut terdiri daripada bukan Islam.
Masyarakat bumiputera, terutamanya orang Islam, merasakan mereka tidak lagi mempunyai kuasa dan pengaruh dalam pengurusan negara bagi menjaga kepentingan Islam dan bumiputera. Justeru gerakan massa dilancarkan merentasi batas politik, mazhab, geografi dan etnik. Ini adalah tindakan massa yang sangat indah membabitkan soal kelangsungan (survival) orang Islam dan bumiputera.
Orang Islam di negara ini sudah lama berada dalam keadaan selesa sehingga tidak begitu mengambil berat soal penguasaan ekonomi. Hari ini apabila diasak kami memilih untuk bangun membetulkan sesuatu yang telah lama terabai, yakni kekuatan ekonomi.
Kami mahu membuktikan perjuangan hari ini tidak perlu angkat senjata atau bergaduh di jalanan bagi mempertahankan hak. Jika kerajaan gagal berfungsi melindungi kepentingan kami, maka kami melakukan dari bawah.Percayalah kami juga tidak mahu ‘membunuh’ perniagaan bukan Islam. Kami hanya mahu menyusun kek ekonomi dengan lebih adil. Belum ada usahawan bukan Islam jatuh miskin kerana kempen ini. Apa yang berlaku hanya jualan mereka sedikit berkurangan. Apakah mereka begitu tamak sehinggakan setelah menguasai 70 peratus ekonomi negara pun masih mahu menggagalkan kempen kecil ini?
Jika ada yang bersalah dalam kemunculan kempen ini, ia adalah kesalahan DAP dan sebahagian usahawan pro-DAP yang begitu galak mempromosi agenda yang menghakis kontrak sosial kemerdekaan negara. Mereka telah menyedarkan orang Islam bahawa kuasa politik tidak lagi melindungi kami.
Abd Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/09/boikot-fitnah-terhadap-komuniti-muslim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5259 Fitnah Terhadap Komuniti Muslim Sinar Harian 09 09 2019

5259 Fitnah Terhadap Komuniti Muslim Sinar Harian 09 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 360 hits
PENGUMUMAN Jemaah Kabinet menolak tindakan memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam dan menyifatkan kempen itu sebagai tidak wajar adalah sangat menghairankan Ini menunjukkan kerajaan hari ini telah jauh daripada realiti masyarakat...
Kita Sokong Barangan Muslim Tapi Tak Perlu Boikot Memboikot Produk Lain

Kita Sokong Barangan Muslim Tapi Tak Perlu Boikot Memboikot Produk Lain

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 992 hits
hi there wah ndak lama lagi kita rakyat Malaysia akan sambut Hari Merdeka yang ke 62 kan dengan temanya SAYANGI MALAYSIAKU MALAYSIA BERSIH Kalau kita menghayati tema tahun ni ianya menyeru kepada perpaduan kamu berbilang bangsa untuk mencin...
Tak Bijak Kalau Sertai Kempen Boikot Produk Bukan Muslim

Tak Bijak Kalau Sertai Kempen Boikot Produk Bukan Muslim

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 564 hits
Kempen memboikot produk bukan bumiputera perlu dihentikan kerana bukan sahaja ia boleh menjejaskan perpaduan nasional malah turut merugikan pengguna Ini kerana pengguna tidak boleh membeli barangan yang lebih berkualiti pada harga yang lebi...
Bantu Beli Produk Muslim Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

Bantu Beli Produk Muslim Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1324 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam agar mengetengahkan kempen untuk membantu ekonomi sesama Muslim di Malaysia dan bukannya melalui kempen memboikot barangan bukan Islam yang hanya merugikan ramai pihak Biarpun sikap...
Redzuan Boikot Produk Bukan Muslim Tak Bagus Untuk Ekonomi Negara

Redzuan Boikot Produk Bukan Muslim Tak Bagus Untuk Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 337 hits
Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof menyifatkan kempen mengutamakan produk Muslim tidak bagus untuk ekonomi negara Beliau berkata kempen yang memboikot barangan keluaran bukan Islam tidak sepatutnya berlaku di negara yang berbil...
Kes Saman Fitnah Menteri Terhadap Jamal Mungkin Selesai Cara Baik

Kes Saman Fitnah Menteri Terhadap Jamal Mungkin Selesai Cara Baik

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 246 hits
MALAYSIAKINI Kes saman fitnah Menteri Tenaga Teknologi Sains Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor mungkin diselesaikan secara baik...
Fitnah Tak Jual Produk Muslim Bumiputera Econsave Buat Laporan Polis Beri Tempoh 48 Jam Untuk Minta Ampun

Fitnah Tak Jual Produk Muslim Bumiputera Econsave Buat Laporan Polis Beri Tempoh 48 Jam Untuk Minta Ampun

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 498 hits
Pasar raya Econsave Cash Carry Sdn Bhd semalam membuat laporan polis terhadap beberapa akaun Facebook yang dipercayai menyebarkan fitnah mendakwa pasar raya itu tidak menjual produk produk Muslim dan Bumiputera Pengurus Besar Econsave Mas I...
Jangan Fitnah Kempen Beli Produk Muslim

Jangan Fitnah Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 456 hits
Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia menyelar tindakan sesetangah pihak yang memfitnah Kempen Utamakan Produk Muslim sebagai satu kempen untuk memboikot produk bukan muslim Presidennya Normala Sudirman turut melahirkan rasa kesal te...
Tindakan Boikot Barangan Bukan Muslim Adalah Tindakan Kurang Bijak Mufti Perlis

Tindakan Boikot Barangan Bukan Muslim Adalah Tindakan Kurang Bijak Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 392 hits
Baru baru ini heboh di media sosial mengenai kempen memboikot perniagaan bukan Islam dan Bumiputera giat dilaksanakan di media sosial sehingga pelbagai senarai barangan dikongsikan agar pengguna mengetahui status produk tersebut dimiliki ol...
Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


New Order

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Biskut Timbang Datang Lagi

Lirik Lagu Terima Kasih Masih Di Sini Glenn Samuel

Aku Awang Belanga

Melinda Cinta Satu Malam Chord