Kita Sokong Barangan Muslim Tapi Tak Perlu Boikot Memboikot Produk Lain


hi there, wah ndak lama lagi kita rakyat Malaysia akan sambut Hari Merdeka yang ke-62 kan, dengan temanya SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH. Kalau kita menghayati tema tahun ni, ianya menyeru kepada perpaduan kamu berbilang bangsa untuk mencintai Negara sendiri dan usaha kerajaan untuk memastikan semangat bersatu padu serta muafakat terus dicapai demi kemakmuran negara.
Tapi kan, malangnya ada pula pihak-pihak tertentu ingin memecah-belahkan perpaduan kaum dengan menjentik dan menyulam rasa benci terhadap kaum lain! Melayu, Cina, India, Kadazan dan apa saja.. sebenarnya kita semua ini satu negara bah. Tidak mau gaduh-gaduh begini. Rasanya yang mengikuti berita semasa, pergh famous hot lagi viral ni KEMPEN BOIKOT BARANGAN CINA. Eh, kenapa juga mau buka isu boikot boikot begini? 
Macam aku ni mix-marriage, husband Christian convert Muslim, tapi family mertua aku chill jak layan aku baik-baik … nah, enjoy bah macam ni, rasa macam keluarga sendiri, tiada yang pilih bulu ... kalaupun kita ada pilihan masing-masing, tapi jangan sesekali condemn pilihan orang lain pula … macam aku ni memang lebih memilih barangan tempatan, lagi lagi produk muslim kan pasal boleh guna tanpa was-was bah gitu.

gambar: Google
sokong produk muslim tempatan

Bah berbalik kepada isu memboikot ni, kalaupun kau ndak mau beli barangan keluaran bukan seketurunan kau, nak boikot barang orang, silakan. Tapi bah jangan kau suka kasi panas. Kau mau kempen jom guna produk Muslim aku suka bah sebabnya aku dan famili juga sangat suka sama muslim produk. Halal! Sihat! Selamat. Tapi jangan kau terus kempen cara kasar, itu sudah nampak kurang baik. Aku tak kata produk keluaran Cina itu bagus semua dan aku juga tak kata produk keluaran Muslim itu tidak bagus sebab macam aku sebut tadi aku ni Muslim, maka memang aku akan utamakan produk Muslim untuk Halal status. 
Bagus juga ni kita beli produk saudara seagama kita, sambil kita membeli, sambil kita membantu meningkatkan ekonomi saudara seagama kita, tapi biarlah bah dengan cara yang berhemah, beradab sopan, berbudi bahasa, dan bijak pandai. Bukan dengan cara mau boikot-memboikot … katakan barangan yang kau mau beli tu habis di pasaran, ndak juga salah kalau beli dari jiran sebelah yang bukan seagama kan , asalkan suci lagi halal produk tu … itu sebenarnya maksud ku bah… 


gambar: Google
sokong produk muslim tempatan
Banyaknya keluaran produk muslim, maklumat tu di hujung jari jak!
Sekali lagi, sebagai seorang Muslim, sudah tentu Aku juga ikut suka kalau produk Muslim ini makin maju. Aku sendiri utamakan beli produk Muslim guna satu famili walau famili aku macam-macam kaum ada. Mereka juga ikut beli produk Muslim ndak ada masalah sebab kami tidak ada sebarang isu politik.
Kalau kamurang ndak sure senarai barangan tempatan bumiputera muslim, kamu GOOGLE jak ya anak-anak sekalian. Zap zup zap Google kasi senarai dengan pantas. Senang kan … sudah tahu senarai mana yang berkenan di hati, nah teruslah menjadi pengguna yang setia. Begitulah baru ngam!
gambar: Google
sokong produk muslim tempatan

Macam aku ni kan surirumah, every month memang buat grocery shopping. Dan antara produk barangan muslim yang aku memang setia beli dan guna ialah daging burger Ramly (ni memang sedap buat homemade burger tau), rempah ratus pula aku beli jenama Adabi, kalau minuman kordial aku suka minum jenama Sunquick dengan flavor peberet Blackcurrant, bila buat biskut aku pakai marjerin Pelangi, minyak masak pula beli jenama Saji. 
Misalnya shawl, aku suka pakai Avilla, Putri Dewi dan Naelofar … alaaa kamurang ni, ndakkan ndak kenal si Naelofar yang cantik tu … inner tudung dia yang main ikat-ikat belakang tu, paling tiptop aku suka pakai, dan tudung shawl dia laku macam pisang goreng panas hangat di pasaran, selalu jak aku kelambatan membeli bah.
Selain tu, banyak lagi kan keluaran barangan muslim ni dan pengusaha-pengusaha muslim ni semakin hari semakin berkembang , contohnya si Vivy Yusof, Aliff Syukri, Dato Seri Vida, Yusof Taiyoob dan ramai lagi. Iklan dorang merata sana sini, sama kita jak ni mau peka untuk dapatkan informasi ataupun tidak.
Gambar: Google
Dato Seri Vida I Am Me

Bagi aku produk Muslim ini banyak yang bagus! Usahawan Muslim juga ramai yang hebat! Cuma jika masih kurang dari segi ekonomi untuk produk Muslim, aku rasa ini juga ada kena mengena dengan iklan dan marketing. 
Nah, satu lagi contoh mau kasi. Jika dulu ramai fikir nak viral kena masuk TV. Nak iklan TV modal puluh ribu tidak mampu…. Eh kalau tidak mampu boleh saja guna cara lain bah. 
Cuba lihat cara Dato Vida buat promosi pakai Youtube. Ada tagline ‘I AM ME’. Lihat juga company Das Abdul Global (DAG) punya marketing. Bikin terkejut ni iklan peluk peluk bantal ni! Eiiii apa iklan ni, peluk peluk bantal best sangat ni! Das Abdul Global (DAG) tagline ‘DAG BANTAL HOTEL 7 BINTANG!’. Nah, kalau sampai standard 7 bintang, aku pun mau beli ni bantal. 
Gambar : Google
Bantal DAG sesedap bantal hotel 7 bintang!

Aku juga perasan, Dato Vida dan Das Abdul Global ini sama-sama pengusaha bumiputera Islam kelahiran Kelantan! Wow! Hebat juga ya minda marketing orang Kelantan ni berniaga. Keluaran anak muda Kelantan ni makin lama makin susah nak jangka. 
Susah sangat pakai saja khidmat blogger untuk marketing. Ramai blogger Malaysia yang hebat-hebat dengan pembaca seramai puluh ribu sehari. Aku juga ada buat, harga tak payah bayar puluh puluh ribu RM pun. Nak iklan tentang apa? Sebut saja aku boleh kerjasama dengan harga yang sangat berpatutan. Blog ini pakai trafik juga tahu, cuma bezanya ia di baca bukannya di tonton macam iklan kat TV. Blog ini lebih pada majalah dan suratkhabar cuma bezanya kami ini pakai klik klik hujung jari baca terus dari handphone.  
Aku memang bangga bila lihat syarikat Islam usaha anak bumiputera makin maju. Bila bisnes semakin maju begini, maka zakat pun semakin banyak dibayar oleh syarikat syarikat muslim ni, sekaligus membantu menaikkan taraf ekonomi dan senangkan sedikit golongan asnaf yang memerlukan…
Kita berbeza agama dan bangsa tapi …
Hujung minggu ni aku ada family day sebelah suami. Aku rasa teruja mau attend the event, boleh jumpa family member yang lain. Walaupun berbeza agama dan bangsa, itu bukan penghalang untuk kami lepak-lepak , makan-makan gathering ramai-ramai.  Ndak perlulah boikot-memboikot sesame kita, padahal KITA-KITA JUGA BAH INI … 
Yang pergi bercuti tu sempena cuti Hari Merdeka, semoga percutian kamurang membawa keriangan, dan yang memandu sepanjang perjalanan menuju ke destinasi. Till then, tata titi tutu, jaga diri jaga keperibadian ok.
xoxo, lots of love.
cheers.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2019/08/kita-sokong-barangan-muslim-tapi-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Produk Islam Boikot Barangan Cina

Sokong Produk Islam Boikot Barangan Cina

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 1095 hits
Pertama sekali CN nk minta maaf kalau ada yang akan terasa Niat CN bukan nk cari gaduh cuma sekadar nak lepaskan pendapat saja Bagi CN Sudah tiba masanya untuk kita menyokong 100 produk islam kerana sekarang banyak orang melayu yang sudah t...
Kempen Bmbf Bukan Boikot Barangan Bukan Muslim Bumiputera

Kempen Bmbf Bukan Boikot Barangan Bukan Muslim Bumiputera

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 633 hits
Penulis menyokong kempen Buy Muslim Bumiputera First namun ini tidak bermakna bahawa penulis memboikot barangan keluaran bukan Muslim Bumiputera Bagi penulis kempen ini amat bagus kerana mampu mendidik rakyat Malaysia terutama sekali yang b...
Sibuk Dengan Boikot Tapi Tak Beli Pun Produk Orang Islam

Sibuk Dengan Boikot Tapi Tak Beli Pun Produk Orang Islam

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 833 hits
Hangpa perasan tak spesis yang jenis orang kempen boikot dia pun tak nak kalah Pung pang pung pang kat social media boikot tu boikot ni Alih alih lepak starbuck la makan kat kopitiam membeli belah kat pasaraya pasaraya besar milik bukan Isl...
Bantu Beli Produk Muslim Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

Bantu Beli Produk Muslim Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1333 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam agar mengetengahkan kempen untuk membantu ekonomi sesama Muslim di Malaysia dan bukannya melalui kempen memboikot barangan bukan Islam yang hanya merugikan ramai pihak Biarpun sikap...
Redzuan Boikot Produk Bukan Muslim Tak Bagus Untuk Ekonomi Negara

Redzuan Boikot Produk Bukan Muslim Tak Bagus Untuk Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 343 hits
Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof menyifatkan kempen mengutamakan produk Muslim tidak bagus untuk ekonomi negara Beliau berkata kempen yang memboikot barangan keluaran bukan Islam tidak sepatutnya berlaku di negara yang berbil...
Kenapa Perlu Sokong Produk Muslim

Kenapa Perlu Sokong Produk Muslim

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 490 hits
Kempen utamakan produk dan perkhidmatan muslim perlu dipertingkatkan Tindakan ini tiada kaitan dengan permusuhan antara agama Sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan ekonomi orang Islam Tentu sekali tidak salah untuk kita membantu sesama m...
Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim

Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 436 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Roadshow fasa pertama bermula 8 September di Pulau Pinang KUALA LUMPUR Istilah memboikot produk bukan muslim hanyalah label yang dikeluarkan oleh pemimpin politik bukannya peniaga mahupun pengusaha Islam tega...
Sokong Profuk Muslim 22 Produk Perlu Ditukar Sekarang

Sokong Profuk Muslim 22 Produk Perlu Ditukar Sekarang

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 942 hits
Sokong Profuk Muslim 22 Produk Perlu Ditukar Sekarang Ya tajuk bukan rasis tapi fardhu kifayah yang dituntut dalam Islam sendiri mencari menjaga mengguna memakai yang halal itu WAJIB dilaksana oleh setiap orang Islam diatas muka bumi ini NO...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow