Bicara Kes Rasuah Pecah Amanah Zahid Mula Esok


Perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi akan bermula esok di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Kes Ahmad Zahid, yang juga presiden Umno, akan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Loading… Hakim terlebih dahulu akan mendengar permohonan Ahmad Zahid untuk mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, dari segi perlembagaan, yang melibatkan tuduhan yang dihadapinya.
Pada 22 Mac, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran memaklumkan mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu.
Pada 19 Okt dan 14 Dis, 2018, serta 20 Feb tahun ini, Ahmad Zahid, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seysen di Kuala Lumpur terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT), lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Bagi pertuduhan CBT, Ahmad Zahid, 66, didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi lapan tuduhan rasuah, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya seorang Pegawai Badan Awam iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.
Ia bagi melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia, sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian KDN.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016, dan 15 Mac 2018, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama iaitu boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Ahmad Zahid juga berdepan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), menjadikan tuduhan yang dihadapinya sebanyak 87 pertuduhan.
Pada 26 Jun lepas, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan menerima suapan daripada sebuah syarikat berjumlah S$4.24 juta membabitkan Sistem VLN, dua tahun lepas.
Ahmad Zahid kemudiannya didakwa pada 27 Jun lepas dengan 33 lagi pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM42.76 juta daripada sebuah syarikat berhubung sistem sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/11/bicara-kes-rasuah-pecah-amanah-zahid-mula-esok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayat Saya Merujuk Kegagalan Pendakwaan Buktikan Kes Zahid

Ayat Saya Merujuk Kegagalan Pendakwaan Buktikan Kes Zahid

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 296 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertahankan ucapannya pada Ceramah Perdana di Tanjung Piai pada 6 Nov lepas berkenaan kes basikal lajak baru baru ini Ayat yang saya sebut itu bukan merujuk kepada mahkamah tetapi k...
Jawapan Kes Rasuah Calon Bn Tanjung Piai Wee Jeck Sent

Jawapan Kes Rasuah Calon Bn Tanjung Piai Wee Jeck Sent

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 439 hits
Kenyataan Media calon Barisan Nasional Dato Sri Dr Wee Jeck Seng Laporan polis terhadap saya yang kononnya terlibat dengan rasuah dalam projek Permit Masuk Kenderaan jelas bermotifkan politik bagi menentang saya dalam Pilihan Raya Kecil ket...
Fokus Kes Mahkamah Najib Dan Zahid

Fokus Kes Mahkamah Najib Dan Zahid

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 217 hits
KENALI makhluk ini Supaya kita berterima kasih kepada PH Itu kena akurAt list kita dah tahu soalan bocor soalan kubur oleh para malaikat Soal nak kritik kerajaan Nak tukar kerajaan Itu hak dan masih dalam PROSES
Mahkamah Perintah Najib Bela Diri Untuk 7 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Pecah Amanah Dan Pengubahan Wang Haram

Mahkamah Perintah Najib Bela Diri Untuk 7 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Pecah Amanah Dan Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 291 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Naz...
Bicara Kes Ketiga Babitkan Najib Bermula Isnin Depan

Bicara Kes Ketiga Babitkan Najib Bermula Isnin Depan

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 321 hits
Perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang menghadapi pertuduhan meminda laporan akhir pengauditan 1MDB akan bermula Isnin ini seperti dijadualkan Hakim Mahkama...
Bicara Bersama A Hadi Esok Ditangguh Upm Tanpa Sebab Jelas

Bicara Bersama A Hadi Esok Ditangguh Upm Tanpa Sebab Jelas

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 216 hits
Tangguh atas sebab tidak jelas Ir KhairilKL Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ir Khairil Nizam Khirudin pasrah dengan keputusan pihak Universiti Putra Malaysia yang menangguhkan Slot Bicara Eksklusif Bersama Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awa...
Lelaki Pecah Amanah Dipenjara Selama 584 Tahun Dan Sebat 146 Kali Sebatan

Lelaki Pecah Amanah Dipenjara Selama 584 Tahun Dan Sebat 146 Kali Sebatan

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 814 hits
Mengambil harta orang tanpa keizinan adalah satu perbuatan yang berdosa dan lebih lebih lagi harta anak anak yatim Sebagai orang Islam si pelaku yang melakukan perbuatan sewajar dihukum mengikut kesalahnnya Itulah yang berlaku terhadap seor...
Mana Boleh Gugur Menteri Dap Amanah

Mana Boleh Gugur Menteri Dap Amanah

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 212 hits
Shahrir Abdul Samad KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh menggugurkan menteri menteri DAP dan Parti Amanah Negara walaupun kedua dua parti ini gagal menarik pengundi pengundi Tanjung Piai untuk menyo...
Caleg Partai Gerindra Yang Dipecat Doakan Prabowo Sehat Dan Amanah Jadi Menhan

Caleg Partai Gerindra Yang Dipecat Doakan Prabowo Sehat Dan Amanah Jadi Menhan

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 92 hits
Dipecat semena mena tanpa alasan jelas mantan caleg Partai Gerindra yang seharusnya lolos ke DPR Misriani Ilyas tidak berniat protes ke Ketum Prabowo Subianto perihal pemecatannya Dia hanya mendoakan Prabowo sehat dan amanah jadi Menteri Pe...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally