Bicara Kes Ketiga Babitkan Najib Bermula Isnin Depan


Perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, yang menghadapi pertuduhan meminda laporan akhir pengauditan 1MDB, akan bermula Isnin ini seperti dijadualkan.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan semasa membuat keputusan itu berkata adalah sukar untuk mencari tarikh lain sekiranya tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan lebih awal di hadapannya dikosongkan seperti dimohon oleh pihak pendakwaan.
Loading… Mohamed Zaini sebelum ini menetapkan 18 hingga 29 Nov tahun ini dan 13 hingga 17 Jan 2020 sebagai tarikh perbicaraan.
“Sekiranya saya mengosongkan tarikh berkenaan, adalah amat sukar untuk mencari tarikh lain,” katanya.Iklan
Pada 7 Nov, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan memohon untuk mengosongkan tarikh perbicaraan itu berikutan saksi utama yang akan dipanggil memberi keterangan dalam kes itu sedang memberi keterangan dalam pemeriksaan balas pada perbicaraan kes Najib yang menghadapi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1MDB.
Menurut Sri Ram, kemungkinan besar pemeriksaan balas ke atas saksi itu, bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam kes 1MDB tidak akan selesai dalam waktu terdekat.
Mengulas isu itu, Mohamed Zaini mencadangkan kepada pihak pendakwaan untuk memanggil saksi lain untuk memberi keterangan.
“Bila tiba masanya bagi giliran Datuk Shahrol memberi keterangan, saya boleh beri jaminan kepada pihak pendakwaan bahawa saya tidak akan mendesak beliau untuk memberikan keterangan sehingga beliau selesai memberi keterangan dalam kes 1MDB,” katanya.
Najib, 66, yang memakai sut biru diwakili peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah manakala Arul Kanda, 43, diwakili peguam N Sivananthan.
Pada 4 Jan 2019, Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi kes Najib dan Arul Kanda dibicarakan bersama.
Pada 12 Dis 2018, Najib menghadapi pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.
Beliau dituduh sebagai seorang pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Febi 2016 dan 26 Feb 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/11/bicara-kes-ketiga-babitkan-najib-bermula-isnin-depan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Kes Saman Waytha Terhadap Lokman Adam 8 Jun Tahun Depan

Bicara Kes Saman Waytha Terhadap Lokman Adam 8 Jun Tahun Depan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 197 hits
Bicara kes saman Waytha terhadap Lokman Adam 8 Jun tahun depan Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Nov 2019 1
Permohonan Najib Tangguh Bela Diri Kes Src Ditolak

Permohonan Najib Tangguh Bela Diri Kes Src Ditolak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 372 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd yang dijadual bermula pada 3 Dis Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menol...
Perbicaraan Kes 1mdb Hakim Bagi Amaran Kepada Ds Najib

Perbicaraan Kes 1mdb Hakim Bagi Amaran Kepada Ds Najib

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 234 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Fokus Kes Mahkamah Najib Dan Zahid

Fokus Kes Mahkamah Najib Dan Zahid

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 218 hits
KENALI makhluk ini Supaya kita berterima kasih kepada PH Itu kena akurAt list kita dah tahu soalan bocor soalan kubur oleh para malaikat Soal nak kritik kerajaan Nak tukar kerajaan Itu hak dan masih dalam PROSES
Shafee Abdullah Kes Src Najib Terkejut Di Arahkan Bela Diri

Shafee Abdullah Kes Src Najib Terkejut Di Arahkan Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut diperintah untuk membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd Peguam belanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata be...
Bila Ada Kes Prima Facie Najib Kena Bela Diri

Bila Ada Kes Prima Facie Najib Kena Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 284 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Apa susah Najib ada bany...
Selepas Ini Najib Kena Jawab Kes Di Mahkamah

Selepas Ini Najib Kena Jawab Kes Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 293 hits
Perintah yang dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam disifatkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai permulaan yang baik ke atas perbicaraan penyelewengan dan salah guna kuasa pemimpin BN Ia ambil masa lebih se...
Pm Ahli Politik Tak Wajar Komen Kes Najib Kata Pemimpin Pas

Pm Ahli Politik Tak Wajar Komen Kes Najib Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 322 hits
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata mana mana pihak termasuk perdana menteri harus menjauhkan diri daripada mengulas kes Najib Razak yang semalam diperintah membela diri terhadap tujuh pertuduhan berkaitan SRC International Sdn B...
Campur Tangan Pakatan Harapan Di Dalam Kes Src Najib

Campur Tangan Pakatan Harapan Di Dalam Kes Src Najib

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 349 hits
High Court judge Justice Mohd Nazlan Mohd Ghazali will be presiding over the criminal cases of former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak Justice Mohd Nazlan was recently transferred to the criminal court from the commercial division ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools