Bible Kecill Disangka Kamus Diedar Setiap Pelajar Islam



BIBLE yang diedarkan lelaki cina ketika pelajar pulang dari sekolah, Jumaat lalu. - Foto ihsan pembaca 


BUKIT MERTAJAM: “Saya lihat dua lelaki mengedar buku kecil kepada setiap pelajar Islam yang keluar dari kawasan sekolah,” kata seorang pekerja am yang enggan dikenali.Dia terkejut apabila mendapati buku kecil yang disangka pelajar sebagai kamus itu adalah kitab Bible.

Menurut pekerja berusia 50-an itu, dia bersama rakan sekerja yang mahu keluar rehat melihat gelagat dua lelaki berusia 40-an dan 60-an mengedarkan Bible kepada pelajar sebaik tamat waktu persekolahan.Katanya, dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, pelajar didapati berada dalam keadaan kebingungan dan mengambil sahaja buku kecil yang dihulurkan namun meninggalkannya kepada pengawal keselamatan yang berada di pintu pagar utama sekolah.“Pada mulanya, saya tertanya-tanya apa buku yang diberikan kepada pelajar sehinggalah saya membukanya dan melihat ia adalah kitab Bible.“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi di kawasan sekolah kerana ia menggugat sensitiviti masyarakat beragama Islam,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, di sini, hari ini. SEORANG pengawal keselamatan yang enggan dikenali menunjukkan gambar diantara tiga atau empat individu lelaki cina tidak dikenali berada di luar pintu pagar utama dan belakang sekolah mengedarkan sebuah buku kecil dipercayai bible ketika pelajar pulang dari sekolah. - Foto ihsan pembacaNSTP yang mengadakan tinjauan ke sekolah berkenaan dimaklumkan seorang pengawal keselamatan dekat situ bahawa kejadian itu adalah pertama kali berlaku.Menurutnya, difahamkan terdapat tiga atau empat individu tidak dikenali berada di luar pintu utama dan belakang sekolah menunggu pelajar keluar bagi mengedarkan Bible berkenaan.“Mujurlah kebanyakan pelajar tidak membawa pulang kitab itu kerana mereka sangka ia adalah kamus dan meninggalkannya kepada pengawal keselamatan untuk diserahkan kepada pihak sekolah,” katanya.Bagaimanapun, katanya, isu berkenaan tular di media sosial Facebook selepas ada ibu bapa pelajar memuat naik kandungan buku berkenaan.“Pelbagai pihak berkaitan juga sudah mengadakan pemeriksaan dan mengambil kesemua naskhah Bible yang ditinggalkan di sekolah ini untuk siasatan mereka,” katanya.Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) Mohd Jamil Mohamed ketika dihubungi, berkata pihaknya sudah mengadakan pemantauan di sekolah itu dan menasihati semua pelajar beragama Islam yang mengambil kitab berkenaan untuk menyerahkannya kepada pihak sekolah.“Saya ingatkan kepada semua pihak bahawa kawasan sekolah adalah sama sekali dilarang untuk perkara-perkara seperti ini kerana ia jelas melanggar Perlembagaan negara.“Pihak JPN memandang serius akan perkara ini dan meminta supaya setiap individu dapat menghormati kawasan sekolah dan berharap perkara sebegini tidak berulang lagi,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis menerima tiga laporan yang dibuat dua wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang waris pelajar berhubung isu berkenaan.“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan,” katanya.Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menasihati supaya semua pihak menghormati Perlembagaan negara tanpa menimbulkan sebarang masalah atau ketegangan kaum serta agama.Beliau dilaporkan berkata, semua pihak perlu memahami Artikel 11 (4) bahawa agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh didakwah kepada orang Islam. (BH)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/bible-kecill-disangka-kamus-diedar_8.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bible Turut Diedar Kepada Pelajar Melayu Mujahid

Bible Turut Diedar Kepada Pelajar Melayu Mujahid

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 432 hits
PUTRAJAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa memaklumkan kitab Bible yang diedarkan di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam Pulau Pinang baru baru ini turut diagihkan kepada pelajar Melayu Mujah...
Mujahid Sahkan Kes Edar Bible Kepada Pelajar Sekolah Di P Pinang

Mujahid Sahkan Kes Edar Bible Kepada Pelajar Sekolah Di P Pinang

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 706 hits
06 November 2018 5 53 PMMujahid Yusof RawaKEPALA BATAS 6 Nov Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof mengakui berlaku kegiatan mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sin...
Edaran Bible Kepada Orang Islam Tindakan Yang Mencemarkan Perlembagaan Ulamak Pas

Edaran Bible Kepada Orang Islam Tindakan Yang Mencemarkan Perlembagaan Ulamak Pas

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 396 hits
oleh nbsp USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD nbsp 4 Rabi Al Awal 1440 12 November 20181 Timbul isu di Pulau Pinang mengenai sebuah NGO yang mengedarkan Bible kepada orang ramai termasuklah kalangan penganut Islam baru baru ini Hal ini mendapat liputa...
Orang Islam Sibuk Bertelagah Mubaligh Kristian Sibuk Edar Bible Kepada Orang Melayu

Orang Islam Sibuk Bertelagah Mubaligh Kristian Sibuk Edar Bible Kepada Orang Melayu

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 925 hits
Dua tiga hari ni berlegar di media sosial akan posting mengenai beberapa individu yang dikatakan mengedar Bible kepada orang Melayu sekitar Pulau Pinang Menurut posting di Facebook tersebut aktiviti ini telah lama dijalankan dan mubaligh mu...
Pengambilan Pelajar Program Diploma Kolej Pengajian Islam Johor Sesi Mei 2017

Pengambilan Pelajar Program Diploma Kolej Pengajian Islam Johor Sesi Mei 2017

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 763 hits
Pengambilan Pelajar Program Diploma Kolej Pengajian Islam Johor Sesi Mei 2017 Pelajar lepasan SPM atau yang setaraf dengannya adalah dipelawa untuk melanjutkan pelajaran di MARSAH Johor untuk sesi Mei 2017 MARSAH No Perakuan Pendaftaran J4P...
Walau Tanpa Umno Islam Dan Melayu Islam Terus Hidup Di Serata Dunia 8594

Walau Tanpa Umno Islam Dan Melayu Islam Terus Hidup Di Serata Dunia 8594

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 1090 hits
Mereka dah biasa jadi barua Itu sebab mereka menganggap orang lain pun bersikap seperti mereka Lagu Warisan Lagu WARISAN Lirik Penuh Sedih dengar lagu ini Benar benar penuh pengertian Tetapi hakikahtnya sadis buat Islam dan Melayu Islam Dit...
Anda Harus Tahu 13 Aurat Wanita Dalam Islam

Anda Harus Tahu 13 Aurat Wanita Dalam Islam

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 548 hits
Anda Harus Tahu 13 Aurat Wanita Dalam Islam Sungguh indah seorang wanita dalam Islam Wanita tersebut lagi indah bila batasan batasan dijaga dengan baik dan sempurna Oleh itu DH ingin kongsikan Dalam Islam yang patut diketahui oleh lelaki da...
Membersihkan Nama Maharaja Islam Aurangzeb Dalam Sejarah

Membersihkan Nama Maharaja Islam Aurangzeb Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 539 hits
India pernah menjadi saksi kepada kemunculan salah satu empayar agung di benua kecil berkenaan selepas Empayar Maurya Empayar tersebut ialah Empayar Mogul yang menyaksikan kemunculan maharaja maharaja hebat seperti Akbar Shah Jehan dan Aura...
George Washington Dan Islam

George Washington Dan Islam

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 359 hits
Umum mengetahui peranan George Washington dalam membentuk Amerika Syarikat yang kita kenali hari ini Beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan pengasas negara berkenaan yang dikenali sebagai Founding Fathers Malah selepas negara itu men...
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Drama Abang Imam Minah Skuter

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Junosuara Lrt Gombak Chord

Mcdonald S Malaysia Empowers Youth With Paid Vocational Training

Scoot Adds Kota Bharu And Da Nang Flights This October

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability

Ulama Must Continue To Lead Pas Says Spiritual Leader

Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025