Bible Turut Diedar Kepada Pelajar Melayu Mujahid


PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa memaklumkan kitab Bible yang diedarkan di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini turut diagihkan kepada pelajar Melayu.
Mujahid berkata, selepas kegiatan berkenaan tersebar dan menjadi viral, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam untuk kesahihan.
“Saya akui kegiatan mengedar kitab Bible oleh wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlaku dan sekarang timbul persoalan kitab berkenaan diedarkan kepada siapa, adakah untuk orang Melayu atau hanya diedarkan kepada orang bukan Islam.
“Perkara berkenaan jelas menimbulkan kontroversi sebab daripada maklumat yang kita dapat ada juga yang diberikan kepada orang Melayu,” katanya ketika menjawab soalan seorang peserta program Town Hall Maqasid: Tadbir Urus Maqasid Syariah di sini hari ini yang bertanyakan isu edaran kitab Bible berkenaan.
Semalam, Mujahid pada sidang medianya di Pulau Pinang mengakui berlaku kegiatan mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, seperti yang viral di media sosial baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut berhubung isu berkenaan, beliau berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu maklumat lanjut berhubung kejadian itu dan difahamkan polis akan mengambil keterangan pelajar dan pengetua sekolah terbabit hari ini.
“Saya difahamkan bila mereka (pelajar) keluar sekolah itu ada Islam dan bukan Islam, kadang-kadang dia (pengedar kitab Bible) tersalah bagi ingat bukan Islam, benda itu yang saya katakan pada awal lagi bukan tindakan bijak untuk berbuat demikian,” katanya.
Dalam pada itu mengulas isu lain, Mujahid berkata, kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan penguatkuasaan keadilan syariah yang memberi tumpuan kepada wanita yang diceraikan dan tidak mendapat pembelaan termasuk kegagalan menerima bayaran nafkah oleh bekas suami.
“Ketika ini banyak wanita yang diceraikan tidak mendapat hak mereka apabila bekas suami lepas tangan tanpa sebarang penguatkuasaan.
“Kebanyakan wanita ini tidak ada tempat untuk mengadu dalam segi penguatkuasaan. Bagaimanapun, perkara ini sudah dibincangkan di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), saya harap penguatkuasaan itu dipertingkatkan contohnya mengenakan sekatan bank ke atas lelaki yang ‘liat’ untuk membayar nafkah kepada bekas isteri mereka,” katanya.
Ditanya jumlah dan peratusan lelaki yang gagal membayar nafkah seperti diperintahkan mahkamah, katanya beliau tidak mempunyai statistik itu, namun tidak menafikan jumlahnya ramai.
“Ramai yang terbabit dalam hal ini berdasarkan aduan yang diterima daripada isteri yang tidak dibela kerana kegagalan dan kecuaian suami untuk membayar nafkah yang sudah diputuskan mahkamah.
“Jadi kita perlu ada penguatkuasaan yang lebih tegas supaya mereka tahu bahawa keputusan mahkamah itu perlu dihormati dan kalau mereka tidak buat akan ada tindakan penguatkuasaan ke atas diri mereka,” katanya.
The post Bible Turut Diedar Kepada Pelajar Melayu – Mujahid appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/bible-turut-diedar-kepada-pelajar-melayu-mujahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bible Kecill Disangka Kamus Diedar Setiap Pelajar Islam

Bible Kecill Disangka Kamus Diedar Setiap Pelajar Islam

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 434 hits
BIBLE yang diedarkan lelaki cina ketika pelajar pulang dari sekolah Jumaat lalu Foto ihsan pembaca BUKIT MERTAJAM Saya lihat dua lelaki mengedar buku kecil kepada setiap pelajar Islam yang keluar dari kawasan sekolah kata seorang pekerja am...
Mujahid Sahkan Kes Edar Bible Kepada Pelajar Sekolah Di P Pinang

Mujahid Sahkan Kes Edar Bible Kepada Pelajar Sekolah Di P Pinang

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 645 hits
06 November 2018 5 53 PMMujahid Yusof RawaKEPALA BATAS 6 Nov Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof mengakui berlaku kegiatan mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sin...
Mujahid Malu Malu Bertegas Dengan Pengedar Bible

Mujahid Malu Malu Bertegas Dengan Pengedar Bible

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 211 hits
Susulan kitab Bible yang diedarkan di hadapan sekolah menengah di Bukit Mertajam Pulau Pinang baru baru jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof semalam seolah olah menjaga pihak lain dari sensitiviti umat Islam sen...
Icerd Mujahid Tuduh Orang Melayu Fitnah

Icerd Mujahid Tuduh Orang Melayu Fitnah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 762 hits
MUJAHID NI SEBENARNYA TAU KE DIA CAKAP APA 1 Sebelum ini Mujahid mempertahankan ICERD dan berkata ia tidak akan memberi kesan kepada hak orang Melayu 2 Tapi kini pemimpin DAP sendiri mengakui bahawa ICERD akan menghapuskan hak istimewa oran...
Orang Islam Sibuk Bertelagah Mubaligh Kristian Sibuk Edar Bible Kepada Orang Melayu

Orang Islam Sibuk Bertelagah Mubaligh Kristian Sibuk Edar Bible Kepada Orang Melayu

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 851 hits
Dua tiga hari ni berlegar di media sosial akan posting mengenai beberapa individu yang dikatakan mengedar Bible kepada orang Melayu sekitar Pulau Pinang Menurut posting di Facebook tersebut aktiviti ini telah lama dijalankan dan mubaligh mu...
Ketuanan Melayu Tsmy

Ketuanan Melayu Tsmy

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 538 hits
Komen YB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Ketuanan Melayu
Icerd Hapus Hak Istimewa Melayu Bumiputera

Icerd Hapus Hak Istimewa Melayu Bumiputera

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 557 hits
Meratifikasi atau mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum akan mengakibatkan berlakunya penghapusan kepada hak istimewa yang dimiliki orang Melayu serta anak anak negeri Sabah dan Sarawak Bek...
Tak Guna Bercakap Ketuanan Melayu Kalau Bekerja Sebagai Kuli Orang Tun M

Tak Guna Bercakap Ketuanan Melayu Kalau Bekerja Sebagai Kuli Orang Tun M

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 408 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas apa yang disifatkannya sebagai perjuangan berdegar degar yang mempertahankan dan mengangkat isu ketuanan Melayu Saya bagi tahu pada orang Melayu semua tak guna bercakap ketuanan Melayu kalau ...
Keen Malay Rights Advocate Rais Yatim Now Says Ketuanan Melayu Not In Constitution

Keen Malay Rights Advocate Rais Yatim Now Says Ketuanan Melayu Not In Constitution

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 400 hits
Former minister Tan Sri Rais Yatim appears to have changed his view on ketuanan Melayu or Malay supremacy tweeting today that the concept he had long championed has no place in Malaysia s constitution Instead the former Umno leader who join...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang